Sedap!! Klik gambar di atas!

Memang, Dr M adalah Malaysian of The Year

Ketika Malaysiakini mengisytiharkan rakyat Malaysia sebagai "Newsmaker of the Year" bagi tahun 2008, Malaysian Insider (MI) sebelum itu mengisytiharkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Majathir Mohamad sebagai "Malaysian of the Year"bagi tahun 2008.

Walaupun saya terbau "something fishy" dan saya juga tidak peduli apa yang tersirat apabila MI menyifatkan Dr Mahathir lebih berpengaruh dari Pakatan Rakyat (PR) dalam menggerakkan rakyat Malaysia menjatuhkan Barisan Nasional (BN), tetapi saya bersetuju dengan apa yang tersurat (saya juga tak ambil pot gambar Dr Mahathir yang kelihatan angkuh yang disiarkan oleh MI).

"Beliau menggesa rakyat mengundi menentang BN tetapi kemudiannya menyalahkan kepimpinan yang lemah yang mengakibatkan kekalahan yang tidak pernah dialami BN di dalam pilihan raya," kata MI.

Tanpa mempedulikana apa yang tersirat, saya menerima apa yang tersurat yang menyatakan Dr Mahathir lebih berpengaruh dari Pakatan Rakyat (PR) dalam menggerakkan rakyat Malaysia menjatuhkan BN.

Pada 7 September lalu, dalam posting saya bertajuk "Mat Sabu tak betul," saya kata:
Orang dah jenuh marah kat saya, tapi saya tak peduli. Saya tetap kata kemenangan besar pembangkang dalam pilihan raya 8 Mac lalu berpunca dari tindakan Dr Mahathir yang bersungguh-sungguh menentang kerajaan yang dipimpin oleh pengganti yang diangkatnya sendiri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tetapi itu tidak bermakna berkurangan pula sokongan saya kepada pendapat Malaysiakini yang menyatakan bahawa rakyat kebanyakan - yang tidak pernah bertindak selama ini - tiba-tiba merapatkan saf bagi menahan badai kegagalan dalam bidang politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

Malaysiakini menyifatkan tanda-tanda kebangkitan rakyat mula kelihatan sejak penghujung tahun 2007 lagi.

"Bagaimanapun, laporan-laporan risikan, analisis dan keresahan daripada masyarakat di akar umbi itu terus diabaikan," katanya.

Tinggal tanda tanya, kata laman berita itu, sama ada akibat rasa terlalu yakin mendorong pihak berkuasa menjadikan penangkapan demi penangkapan pemimpin politik untuk terus mengertak dan menakut-nakutkan pencabar mereka penghujung 2007.

Tindakan yang sudah lazim itu bagaimanapun membangkitkan keberanian yang selama ini terpendam sejak beberapa dekad.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. ahlan wasahlan 2009,

    yeahh...mahathirism is coming back!!!
    UMNO perosak amanah rakyat dan pemusnah kredibiliti org2 islam/melayu.

  2. Salam bang bakar, kak salwa dan anak2.
    Ya. dlm banyak perkara lain Tun M genius, tapi bila mengimbau kembali cerita sedih Memali, rasa nak tembak saja kepala beliau. Kalaupun ada jasa beliau membantu meruntuhkan empayar BN, namun tak semudah itu untuk meletakkan beliau sebagai watak utama, cuma sekadar sedikit pemangkin kepada fenomena tsunami politik. Kita harus percaya, umat Islam khususnya wajib percaya bahawa semuanya berlaku atas perancangan dan pelaksanaan Allah SWT, berlaku atas doa rakyat2 yg tertindas serta kerja keras semua pihak yg jijik melihat ego UMNO/BN yg terlampau.

    Lupakah bang bakar zaman Tun M, kita ibarat hidup zaman komunis, tak panas hati ka bila ingatkan kembali pihak KDN mai rampas al-harakah (kini Harakah) depan mata kita masa di Pejabat AMI, Jln Raja Abdullah.

  3. Selamat Tahun Baru :-)













    (( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Forum Generasi Muda
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
    http://pro-faizal.blogspot.com

  4. melayu mudah lupa!!!!
    mahathir (pemusnah) tahu orang melayu akan lupa dengan apa yang beliau telah buat...
    Semua kesalahan dan kesilapan beliau yang lalu disucikan,dipikul dan ditanggung oleh Pak lah (pemunah)...
    Banyak sumbingan dari sumbangan...
    Umur dah lapan posen masih tak sedar-sedar

    Kes memali tetap menjadi ingatanku...

  5. Penarik beca,

    Walaupun Tun Dr. Mahathir dilihat sebagai orang jahat bagi setengah pihak, bagi aku dia adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah berkhidmat selama lebih 21 tahun.

    Selama itu tiada siapa yang berani bersuara. Tiada siapa yang berani menentang kepimpinannya. Oleh kerana itu dia memang wira dan juara.

    Oleh kerana itu kita sebagai rakyat malaysia mesti memuji dan mengenang jasa baiknya terhadap Malaysia walaupun sedikit. Dan kita patut mengutuk diatas kejahatan dan kezaliman yang dilakukan selama pentadbirannya dan keburukannya mesti dijadikan sempadan.

  6. salam..
    Tun mahathir adalah manusia..ada baik,ada buruknya..janganlah kita pula bertindak sebagai hakim untuk menentukan betul atau salah nye dia...tetapi ambil lah iktibar diatas apa yang diperbuat olehnya..yang baik wat teladan,yang buruk jangan di ulang...sesungguhnya semua manusia akan di hisab di hadapan Allah...Beringatlah!!!

  7. Setiap manusia ada salah silap nya..begitu jugak Tun..yang penting Tun bejaya sbg. pemimpin yang tak menyusahkan hidup rakyat secara umum..adil dan peluang samarata..cuma antara nak rebut dengan tidak saja dan nak mengomel saja..

  8. mahdet ini memang pemusnah.........kita saja yg tak reti2 .........

  9. Kenapa bukan abg Anwar brahim..dialah tokoh politik popular dan hebat tahun ni kerna pelbagai isu dan angan-angan mat jenin nya...

    www.sila-silagerasibansa.blogspot.com

  10. Orang yang tak reti aje yang kata Mahathir pemusnah

  11. Apa yang bagus sangat Mahathir tu...
    cara dia perentah Malaysia ni.
    macam mamak berniaga restoren..semu bangsa suka makan kedai mamak kan..
    lepas makan kira..kalau 3 kali kira 3 kali harga lain lain..Pembelit ...

  12. Mahathir maha segala-segala. Kuku besi, air liur basi. Maha pembangun maha fir'un. Maha ilmuan maha bomohan.Maha mengetahui maha lupadiri. Maha kebal maha bebal. Itu lah Mahathir. siapa dibawahnya ibarat harimau tidak bertaring.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008