Dalam berita Malaysiakini bertajuk "Anwar sanggup diludah...," Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata:
Tak payah aku ungkitlah. Sendiri mau ingat.
Tu satu perkara. Saya juga ingin merujuk artikel dalam Tranungkite bertajuk "Blog Anwar Ibrahim tertutup". Untuk berlaku adil, dengan nama Mat Mustahak saya pernah debik Anwar dalam blog dia dan disiarkan (Mat Mustahak ni kira kawan Anwar masa zaman Abim dan Yayasan Anda dulu. Bila Anwar masuk Umno, Mat Mustahak terus ikut dia. La ni, setau saya, anak Mat Mustahak jadi aktivis Pemuda PAS di Pendang. Saya dah mohon maaf kepada Mat Mustahak atau Abang Mail kerana guna nama dia untuk debik Anwar).
Debik saya yang tersiar dalam posting Anwar bertajuk "Antara Wolfowitz & Presiden Bush":
Saya tidak berani bersumpah atau berjanji, tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya.Datuk Seri, nak buat apa aku ludah muka hang? Buat habis ayaq lioq aku ja. Baik aku debik hang dalam blog ni dan di mana saja aku boleh debik. Aku dah sebut dah, aku sanggup masuk keluaq lokap dengan lebih kerap lagi kalau hang jadi Perdana Menteri dan lepas tu perangai hang tak berubah - sama macam zaman Abim dan zaman Umno dulu.
Tak payah aku ungkitlah. Sendiri mau ingat.
Tu satu perkara. Saya juga ingin merujuk artikel dalam Tranungkite bertajuk "Blog Anwar Ibrahim tertutup". Untuk berlaku adil, dengan nama Mat Mustahak saya pernah debik Anwar dalam blog dia dan disiarkan (Mat Mustahak ni kira kawan Anwar masa zaman Abim dan Yayasan Anda dulu. Bila Anwar masuk Umno, Mat Mustahak terus ikut dia. La ni, setau saya, anak Mat Mustahak jadi aktivis Pemuda PAS di Pendang. Saya dah mohon maaf kepada Mat Mustahak atau Abang Mail kerana guna nama dia untuk debik Anwar).
Debik saya yang tersiar dalam posting Anwar bertajuk "Antara Wolfowitz & Presiden Bush":
(Anwar kata) Penaklukan Amerika di Iraq ditentang keras. tentera Amerika mesti undur segera. Demikian pendirian saya!Debik saya dalam posting Anwar bertajuk "Usah khuatir dengan serangan":
(Saya kata) Ini memang trademark jawapan Datuk Seri, sejak saya mengkagumi Datuk Seri pada tahun 1975 sehingga kira-kira Mac 1982.
Datuk Seri akan jawab dengan mengalihkan perhatian kepada soal lain. Atau jawab secara juzuk-juzuk, tetapi tidak semua. Selepas itu, para pengikut akan mendakwa Datuk Seri dah jawab dah - seolah-olah jawab semua. Dalam Abim lagilah teruk, budaya Melayu dan perangai bangsawan Saudi dijenamakan dengan jenama Islam - sami’na wa ‘ata’na konon…
Lebih cekap lagi, Datuk Seri akan jawab sikit (memang sikit sangat), selepas itu Datuk Seri akan serang orang lain, atau orang yang bertanya itu sendiri. Hilang perkara asal yang dipersoalkan, serangan Datuk Seri pula yang menjadi isu.
Taktik itu banyak ditiru oleh orang2 Abim di zaman sebelum Mac 1982 (selepas itu, saya tak ambik tau langsung fasal Abim). Ada yang menjadi, tetapi banyak yang tak menjadi.
Bagaimanapun, Datuk Seri beruntung. Taktik itu selalu menjadi hampir setiap kali Datuk Seri menggunakannya - walaupun tidaklah setiap kali, seperti jawapan di atas.
Barangkali saya boleh membantu menjawabnya, “Saya tak sokong sama sekali tindakan syaitan menderhakai Tuhan, tetapi jangan persoalkan persahabatan saya dengan syaitan. Mengapa tak tanya atau persoalkan apa pendirian Abu Lahab atau Fir’aun?!”
(Anwar kata) Umpamanya teori “ah mustahak" yang mendabik dada seolah lebih mengetahui sikap pimpinan Abim 1982. Walhal saya tidak pernah mendengar dari Almarhum Ustaz Fadhil, dan lain-lain pimpinan Abim mengenai tafsiran sdr.Saya harap blog Anwar masih terbuka, sama seperti ketika saya debik dia dulu.
(Saya kata) Yang Datuk Seri sebutkan sebagai teori saya itu bukan tanggapan saya seorang. Bukankah itu yang Datuk Seri lakukan ketika menjawab soalan di Parlimen?
Sambil jawab, suruh orang “kencing dalam tempurung dan suluh muka”.
Dan, “wal maki wal hamun, lepas itu balik tidoq. Apa program?” Sekarang Datuk Seri pun pembangkang juga, apa program?
Saya tanya Datuk Seri, bukan meminta Datuk Seri mendapatkan persaksian Almarhum Ustaz Fadhil. Buat apa libatkan Almarhum Ustaz Fadhil? Biarkan dia beristirehat di sisi Kekasihnya Yang Maha Agung.
(Anwar kata) Bak kata ulama, Nabi Musa Alaihissalam pun menemui Firaun, inilah jawapan Sheikh Muhd Al-Ghazali manakala dikritik tatkala menemui Hosni Mubarak.
(Saya kata) Nabi Musa ‘Alaihissalam menemui Firaun untuk berdakwah, atas perintah Allah.
Tiada siapa pun yang berhak menjustifikasikan perbuatan mereka menemui mana-mana tyrant tanpa tujuan dakwah atau untuk kepentingan ummah dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Musa ‘Alaihissalam.
Terima kasih kerana kesudian menjawab. Saya bukan datang ke sini untuk bermusuh. Saya hanya berharap Datuk Seri memperbetulkan kesilapan. Bukankah sebagai manusia biasa Datuk Seri juga mempunyai terlalu banyak salah dan silap? (Saya lagi banyak salah dan silap)
Bagaimana saya nak melupakan pendirian Datuk Seri dalam banyak isu? Umpamanya isu IFC dan beberapa isu lain. Saya maksudkan pendirian selepas Datuk Seri diusir dari Umno. Yang dalam Umno, itu biasalah.
Janganlah lupa, Datuk Seri menjadi harapan begitu ramai rakyat. Sambil menyeru diri saya sendiri, saya menyeru Datuk Seri, please reform!










Cantik? Klik 






“Saya tak sokong sama sekali tindakan syaitan menderhakai Tuhan, tetapi jangan persoalkan persahabatan saya dengan syaitan. Mengapa tak tanya atau persoalkan apa pendirian Abu Lahab atau Fir’aun?!”
Pak Bakaq,
Sepatutnya dia cakap macam ini "Saya memang tidak sokong sama sekali tindakan Syaitan Besar itu, tapi jangan persoalkan perasaan saya terhadapnya. Sebagaimana anda tidak pernah mempersoalkan perasaan Nabi Musa terhadap Firaun, Nabi Luth terhadap Isterinya, Nabi Nuh terhadap anakanda-anakandanya, seperti itulah anda patut tidak meragui nama siapa yang lebih atas nak saya bubuh pada senarai top ten singgah sana hati saya!" hu hu hu
Betui..Betui.. yang mana nak tak betul kita hentam...setakat ludah ja..apa kes!!!tujuannya bukan apa kita hanya mahu kebenaran & keadilan kepada rakyat..semua orang termasuk diri kita sendiri pun x terlepas dari kesalahan tetapi kesalahan pemimpin akan membawa natijah yang buruk kepada rakyat..itu sebab pemimpin x boleh di kasi ruang untuk buat salah...kita mesti teguq dia...kalo dia x mau dengaq..toksah angkat dia jadi pemimpin lg...cari org lain yg lebih baik..
Aku setuju yang amat sangat dengan artikel ini.
Bukan anti anwar, cuma kekadang tu terasa macam Anwar ni gila sangat nak jadi PM.
Takut - takut kalau dia jadi PM nanti lebih teruk dari Najib.
Muslim sejati tidak akan lubang yang sama sebanyak 2 kali.
Adakah dia takut kena debik lagi??
oooooo ini kan KETUA SEGALA KETUA dalam memperjuangkan THE FREEDOM OF SPEECH..
WONDER WHY??
Anwar can never deny the fact that he's a product of UMNO.period.no matter what he says regarding UMNO,the truth remains that he used to be with UMNO in high and low.
so i see Anwar as no more than an excellent opportunitist.he says and do the things that can benefit him well.he has no shame to work with the party that he used to mock around.
and so now he make fun of the party that used to be his home and shelter.
Any how, Anwar factor has changed the politic scenario in Malaysia...there is good and bad about it but people must beware the consequences of the changes..if he kept berdolak dalik about his stand & action about US and Israel...that something perculiar is going on....i dont know what, may be the khabar angin about him is true..wallahualam.
Daripada memperjuangkan Anwar jadi PM yang akan 'pi mai pi mai tangtu jugak' dengan yang sebelum ini elok carilah seseseseseseorang yang baru dan lebih trampil, takkan tak ada kot...
Menulis dalam blog anwar umpama biskut, sekejap ada, sekejap lagi terus hilang bila tulisan itu mendebiknya kaw kaw. Itukah pemimpin yang berani didebik, apalagi di ludah, asyik lari masuk duta Turki !! lepas tu ke Dubai, gah cerita sekampung, macam le terror sangat.
Orang kata, rupa tak boleh diubah tetapi perangai boleh diubah. Tapi bila membawa kepada umur lebih 60 tahun ni perangai pun dah susah nak ubah.Macam hang katalah, dah jadi trademark.
Macam hang jugalah, katakan tiba-tiba hang jadi pendiam, cakap pun bersopan santun, sepatah orang tanya, sepatah hang jawab.
Orang yang kenai hang akan kata,Awat bakaq jadi macam tu? Dah buang tebiat ke?
Jadi ada benda yang kita boleh ubah, ada perkara kadang-kadang memang payah nak ubah.
Bakaq!
Aku rasa hang ni semua untuk kepentingan masa depan hang semua lebih baiklah hang semua kekalkan Pak Lah atau Najib sebagai Perdana Menteri walaupun Hang semua bersemangat pembangkang, bukan mudah nak cari seorang pemerintah macama pemimpin UMNO, siapa bodek dia merasa dan selesa! Bukankah begitu Bakaq?
ya please DSeri REFORM!..CEPAT!
Pak Bakaq....mungkin sejarah dan pengalaman hang melebihkan hang (dah sekawan2 sewaktu dengan hang) tau lagi banyak pasal peribadi DSAI berbanding generasi reformis yang baru dalam politik. Kalau TGNA dan pimpinan PAS umumnya boleh 'menerima' DSAI secara umum untuk menjadi gandingan dalam PR, kenapa hang terlalu taksub dengan masalah peribadi??. Bagi PR yang berstatus pembangkang dalam negara sekarang, lawan mereka adalah BN (and UMNO). Selagi kita menjadi batu api dan duri dalam daging dan saling bukak tembelang sesama "geng" dalam PR, bila nak menang lawan pembangkang. Aku pun bukannya taksub dgn DSAI, tapi manusia mana yang sempurna. Setidak-tidaknya, DSAI yang "tempang" dimata hang (dan mereka2 yang sependapat dgn hang) masih mampu mengepalai angkatan PR. Apa kita sanggup jadi pembangkang picisan kembali sepertimana dulu-dulu. Kuasa ditangan rakyat. Kalau DSAI ditakdirkan jadi PM dan buat 'onar' (as you predict), rakyat boleh turun kejalanan lebih hebat dari apa yang ada sekarang ni. Apa nak risau sangat. Nasi baru nak ditanak, walaupun berasnya usang, belum tentu berkerak, kalau kena cara masaknya, dan itu sajalah beras yang ada untuk mengisi perot yang tgh kebuloq ni...terimalalah seadanya. -- batubara007 ---
Bagi aku Artikel yang pak bakaq tulih ni,bukan nak memperlekehkan DSAI atau pun memperbesarkan konflik peribadi depa..Kalo kita boleh kritik pemimpin BN.. x kan x leh kritik pemimpin PR..kita sebagai rakyat memerhati segala tindakan yang pemimpin buat..kalo depa cakap lain,buat lain..kita perlukan penjelasan...sokongan yang kita berikan bukan menkhinzir buta..kalo DSAI hendak jadi pemimpin yg lebih baik,dia mesti dengaq teguran rakyat..lebih baik kita menegur DSAI sekarang daripada apabila ditakdirkan dia jadi PM,kalo dia dah berkuasa,senario yang berlaku sekarang semasa pemerintahan BN pasti akan berulang lagi..aku bukan nak sokong pak bakaq,aku tahu pak bakaq pun teguq DSAI bukan pasai di nak ganti DSAI atau nak tunjuk dia lebih baguih dari DSAI..tapi dia mahu DSAI reform..itu aje..
-rakyat marhain-
pak bakaq salam. Baguih juga pak bakaq tulis bagi ingat perangai DSAI dulu2 bagi kami yg muda2 nih. Kalau tak kena gaya, pimpinan yang tinggi dalam pas (contohnya; prediden, timbalan presiden pas dll) mesti kita ikut perkembangannya. tak taulah... nih yang kami nampak.....lebih politik dari dakwah. Doa agar tok guru2 tak dijadikan kuda dan bahan politik je. waallahualam.
pAK bAKAQ,
Apa yang saya nampak buat masa ini barisan kepimpinan PR dibawah pimpinan DSAI adalah barisan kepimpinan yang bersih dan baik untuk mentadbir kerajaan Malaysia jika dibandingkan dengan kepimpinan BN yang telah tercemar dengan berbagai skandal.
Jika hendak kita nilai dari segi pengalaman DSAI, saya lihat beliau mempunyai begitu banyak pengalaman pentadbiran dan perhubungan luas dengan pemimpin-pemimpin besar dunia..
Buat masa ini eloklah kita sebagai rakyat yang cintakan kemajuan dan keamanan memberikan tumpuan dan sokongan kepada PR dan tidak ada salahnya terus menyumbangkan sebarang tegoran dan komen walaupun pahit dan pedas kerana ulaman yang pahit dan sambal belacan yang pedas akan menambahkan selera makan demi kesihatan tubuh badan.
Setuju dengan pak berahim. There can be only one leader and at the moment, the PR can only be led by DSAI. Apa jua cacat celanya, harap2 ia menjadi masalah dalam kelambu yang takperlu dicanang merata-rata. Rasanya TGNA boleh tarbiah sikit2 kat DSAI tu..la ni pun aku tengok DSAI dah mula pro PAS dalam bab hudud...kira ok tuu.....batubara007
apa la korang yg dok kritik DSAI..
korang ingat senang ka nak cari pemimpin yg berkarisma mcm dia..
kalau korang orang yg terpelajar dari segi ilmu dunia dan akhirat..korang takkan kritik beliau..
dan korang takkan sokong UMNO/BN LAKNATULLAH..
semoga kemenangan berpihak kepada perjuangan islam seperti janji ALLAH TAALA..AMIN