Sedap!! Klik gambar di atas!

Kuala Terengganu: Melayu tercicir, Cina khuatir

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memang kalah di Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Kalah pun, beliau mendapat 31,934. Hanya kurang 628 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN). Mat Sabu kalah apabila kira-kira 900 undi pos dikira (kini ada kira-kira 1,035 undi pos). Dengan mengambilkira faktor orang luar dan sebagainya, satu lagi sebab utama Mat Sabu kalah ialah keperibadian calon BN ketika itu, Allahyarham Datuk Razali Ismail. Orang Kuala Terengganu menyifatkan Allahyarham sebagai orang berjurus (baik) malah orang PAS pun kata payah nak cari cacat cela beliau. Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh saya tak tau. Berjuruskah dia?

Tak kisahlah tu. Dah jadi sejarah. Kalah tetap kalah.

Tetapi bagaimana Mat Sabu mendapat sehingga 31,934 undi? Tentulah semua faktor mesti diambilkira. Dun Wakaf Mempelam dan Batu Burok boleh dianggap dengan mudah sebagai kubu PAS. Selain itu, banyak lagi faktor lain.

Tetapi, yang saya masih ingat waktu itu ialah antara battle cry Mat Sabu ialah nasib Melayu Kuala Terengganui yang beliau sifatkan seperti Melayu Pulau Pinang. Boleh dikatakan itulah antara modal utama ceramah-ceramah Mat Sabu.

Saya bangkitkan perkara itu kerana Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam berjanji bahawa kerajaan negeri akan melaksanakan projek pembangunan bernilai hanya RM5.8 juta sahaja di Kuala Terengganu sekiranya BN terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil 17 Januari ini.

Saya dok tertanya-tanya, adakah terbela nasib Melayu Kuala Terengganu dengan nilai sekecil RM5.8 juta? Mengapa sikit sangat? Sedangkan, dalam pilihan raya kecil Ijok dahulu, ada yang kata RM37 juta di belanjakan (lihat Malaysiakini "Ramai penduduk Kampung Bukit Badong dijangka undi Khalid") dan ada yang kata hampir 100 juta.

Takkan di Kuala Terengganu sikit sangat! Kita harap orang Kuala Terengganu mintak banyak-banyak. Tengah banjir pembangunan ni!
Melayu Kuala Terengganu diancam nasib seperti Melayu Tanjung Tokong

Harakah (2/2/08): Orang-orang Melayu Kuala Terengganu akan menerima nasib yang sama seperti orang-orang Melayu Tanjung Tokong di Pulau Pinang jika langkah-langkah pencegahan tidak diusahakan bersama.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya yang sepatutnya membawa rahmat dan manfaat kemajuan kepada orang-orang Melayu dibimbangi akan menjadi ancaman kepada mereka.

"Tanah-tanah orang Melayu di Kuala Terengganu semakin banyak yang terlepas, sama ada dijual atau diambilalih oleh kerajaan.

"Jika diambilalih lebih teruk lagi. Bantahan tidak dibenarkan dan hanya boleh merundingkan harga sahaja," kata beliau yang baru kembali dari majlis penerangannya di Kuala Terengganu.

Apabila projek pembangunan dilaksanakan selepas diambilalih, katanya, harganya melambung dengan begitu tinggi mengakibatkan orang-orang Melayu tidak mampu untuk menikmatinya.

"Jangan terkejut jika satu hari nanti orang-orang Melayu Kuala Terengganu akan menerima nasib yang sama seperti orang-orang Melayu Tanjung Tokong.

"Apabila kawasan mereka dimajukan dengan pembangunan yang begitu hebat, orang-orang Melayu Tanjung Tokong terpaksa membawa diri ke kawasan-kawasan luar bandar termasuk di Kedah dan Perak kerana tidak mampu hendak berkongsi nikmat pembangunan itu," katanya lagi.

Menurut Teras Pengupayaan Melayu (Teras), sejak Pulau Pinang menerima "tuah" pembangunan di pulau itu, kesan hakisan masyarakat Melayu sangat ketara sehingga secara statistik, masyarakat Melayu terhakis bukan sahaja dari segi jumlah penduduk Melayu malah dari segi aset tanah-tanah milik Melayu turut terhakis.

Perkara itu, menurut Teras, berlaku di kawasan orang Melayu di sekitar kawasan seperti Tanjung Tokong, Bayan Lepas, Jelutong, Batu Maung, Batu Uban, Bayan Baru, Sungai Nibong, Batu Feringghi, Balik Pulau dan Telok Kumbar.

Jumlah penduduk Melayu menguncup, malah kalau adapun tinggal di rumah-rumah kampung yang terhimpit di tengah-tengah pembangunan. Akibatnya, menurut Teras, orang Melayu 'dipaksa' dan 'terpaksa' meninggalkan tapak mereka.

"Perkara yang sama boleh berlaku ke atas orang-orang Melayu Kuala Terengganu. Projek-projek yang dijalankan oleh kroni-kroni Perdana Menteri termasuk orang yang dipanggil Patrick Badawi tidak pernah mengambilkira kepentingan dan masa hadapan orang-orang Melayu," kata Mohamad Sabu.

Beliau menyeru rakyat Terengganu bangkit beramai-ramai mempertahankan kepentingan dan masa hadapan mereka yang diancam oleh projek-projek yang tidak "mesra Melayu" itu.

"Kalau di Pulau Pinang, penghakisan Melayu tidak menghairankan kerana parti Gerakan yang memerintah di sana. Malangnya, ia juga berlaku di negeri yang diperintah oleh Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu.

"Orang-orang Melayu Terengganu mesti bangkit beramai-ramai menghentikan pengkhianatan itu. Mereka tidak boleh biarkan Umno melekakan mereka dengan "projek-projek wayang" seperti kampung hadhari tetapi pada masa yang sama kepentingan dan masa hadapan mereka disembelih habis-habisan," tegas beliau

Kuala Terengganu: Melayu tercicir, Cina khuatir

Harakah (24/2/08): Melayu tercicir, Cina khuatir. Itulah gambaran terbaik yang dapat diberikan mengenai Kuala Terengganu sejak tahun 2004 lalu.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, sejak Terengganu diperintah semula oleh Barisan Nasional, orang-orang Melayu di Kuala Terengganu terpinggir dan tercicir dari kemajuan pembangunan.

"Akibatnya, orang-orang Cina pula merasa khuatir kerana perniagaan mereka rugi kerana kemampuan membeli orang-orang Melayu untuk membeli makin berkurangan.

"Pendapatan tidak bertambah dan harga barang pula semakin mahal. Sedangkan orang-orang Melayu merupakan majoriti di sini. Apabila golongan majoriti terhimpit kuasa beli mereka, tentulah orang-orang Cina yang berniaga mengalami kemerosotan," kata beliau.

Beliau yang bimbang orang-orang Melayu Kuala Terengganu akan menerima nasib yang sama dengan orang-orang Melayu Tanjung Tokong di Pulau Pinang berkata, pembangunan yang dimegahkan sebagai rancak tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

"Apa orang Melayu Kuala Terengganu dapat dengan pembangunan Pulau Duyong? Bolehkah orang Melayu kenyang dengan melihat Masjid Kristal? Boleh makan Masjid Kristal?" soal beliau sambil mempersoalkan kewajaran pembinaan masjid tersebut jika solat Jumaat pun tidak boleh diadakan.

Beliau kesal kerana pembangunan yang dilaksanakan lebih mengambilkira kepentingan perniagaan suku-sakat Perdana Menteri seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Patrick Lim Soo Kit yang dipanggil Patrick Badawi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Asyik-asyik dihebohkan tentang peluang pekerjaan. Jadi apa? Jadi kuli?" soal beliau sambil mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Idris Jusoh yang sering dituduh menjadi boneka Khairy dan Patrick.

Dr Mahathir pernah mendedahkan bahawa Terengganu sebenarnya diperintah oleh Khairy dan Patrick.
90 Voters in a big house in KT (Malvu)
Isu Patrick Lim: Calon BN Wan Farid ada peranannya?
(Tranungkite)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. 5.98 juta atau 100 juta,ia masih tetap dikira sebagai satu sumbangan.better than nothing.

    pembangunan adalah satu isu yang perlu dititik beratkan dalam hal berkempen dan bukannya hanya setakat serangan peribadi dan isu pasal halal dan haram semata-mata.rakyat tak boleh menjana pendapatan dengan hanya cakap-cakap pasal hudud tanpa membincangkan isu pembangunan.

    takkkan semua hal pembangunan perlu melibatkan orang Melayu semata-mata.janganlah pula orang Melayu hanya menadah tangan dan menunggu hasil dari pembangunan.macammana nak maju kalau begitu.rebut peluang yang ada.orang melayu kena bersaing dengan kaum lain secara sihat.

    bila orang Melayu tengok orang kaum lain yang dapat manfaat pembangunan,orang Melayu merajuk.padahal kenapa tidak orang Melayu merebut sama peluang pembangunan dari mulanya?

  2. budaya umno tetap tk akan berubah walaupun tlh diberi masej keras pd PRU12 lepas...

    rasuah & ugutan menjadi senjata utama, disamping mengekploitasi media perdana yg mudah dibeli dgn harga maruah yg begitu rendah...

    yg jelas adakah semua janji2 yg sudah, telah di langsaikan????????

    umno pembela MELAYU,
    persoalannya adakah ini benar??????

    1) kerajaan manakah yang yg mendikriminasikan negeri mejoriti MELAYU Kelantan?

    2) kerajaan manakah yang menengtang pelaksanaan hukum Hudud & Qisas di Kelantan?

    3) kerajaan manakah yang merampas eset rakyat (TNB, TM & etch...) & menberikan pada individu2 kroni tertentu atas nama pengswastaan?

    4) kerajaan manakah yg mengadaikan maruah & menjual Tanah Melayu Singapura kepada Singapore?

    5) kerajaan manakah yg membiarkan tanah jajahan Melayu Batu Putih jatuh kepada Singapore?

    6) kerajaan manakah yg menjatuh kan maruah negara dgn membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok mengantikan tambak Johor?

    7) kaum manakah yg paling ramai termiskin di Tanah Melayu - Malaysia?

    8) kaum manakah yg paling ramai berpendapatan bawah 1000 ringgit?

    9) kaum manakah yg mejoritinya mengisi jawatan bawahan (kuli) dlm sektor swasta & perindustrian?

    10) Kaum manakah yg paling ramai tercicir & tk mampu melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan setelah "biasiswa" dihapuskan & digantikan dgn pinjaman PTPTN.

    dan banyak lagi persoalan yg mungkin tk terhuraikan.

    jawaban kepada semua persoalan diatas adalah =

    = """"""""""" M E L A Y U """"""""""

  3. torexxx, kau ni pekat UMNO sungguh.Kau tak faham isu yang dibangkitkan.Isunya Dato' Mat Said ugut masyarakat cina di bandar.Kalau tak sokong calon UMNO projek parit 5.98 juta tak akan buat.Itu nama ugutan.Ugut begitu boleh dilapor kepada Suruhanjaya Rasuah dan Polis.
    Buat longkang dan parit itu memang tugas kerajaan kerana rakyat bayar cukai pintu kepada kerajaan.Rakyat bayar macam-macam cukai kepada kerajaan seperti cukai pendapatan, cukai kereta,cukai tanah dan macam2 bayaran sama ada cukai langsung dan tak langsung.Pastu kenalah kerajaan buat projek,duit tu bukan duit UMNO tapi duit rakyat.

  4. torexxx,

    majoriti umat islam/melayu menjadi golongan yg suka menadah tangan(mentaliti subsidi) hasil budaya didikan UMNO/Perikatan/BN sejak 50tahun yg lalu.

    peruntukan segera sebagai "rasuah politik" setiap kali musim pilihanraya tanpa perancangan yg konkrit adalah satu pembaziran dan ia nya tidak dapat membentuk proses membina jatidiri umat islam/melayu.

    minda dan jatidiri majoriti umat islam/melayu dijadikan barang dagangan setiap kali musim pilihanraya dengan harga rm100-rm500, lebih murah
    dari harta ternakan ibadah korban dimusim hari raya aidil adha yg baru berlalu...fikir2lah!

  5. kalau betol nak menyumbang, kenape ade syaratnya. kalau BN menang kat KT baru nak bagi 5.8 juta tu. kalau BN kalah maknenye terus tak dapatla kan sume tu. bukan ke tu sume tanggungjawab kerajaan negeri.

  6. Salam bang bakar, kak salwa dan anak2

    Pengundi KT lebih tahu apa yg mereka perlukan, yang nak mengundi pun depa. So, kita tak perlu bersusah payah nak fikirkan apa yg bermain diminda pengundi KT. Yg PAS tetap PAS biarpun diletakkan anak kucing mewakili PAS. Yg atas pagar yg perlu kita fikirkan. Kalau calun PAS dilihat lebih memihak dan bersifat kurang kerasnya bila berhadapan dgn puak2 yg atas pagar atau kawasan kelabu, InsyaAllah PAS diminati. Mood pengundi ketika tempoh kempen berbeza dari mood terhadap politik semasa sebelumnya. Serba kemungkinan terutama bagi golongan atas pagar. Mereka bukan jenis fikir satu kehidupan selepas mati, tapi satu kehidupan sebelum mati, tak taksub sepertimana penyokong2 PAS seperti yg kita tahu. Tak ambil pusing dan tak tahupun apa itu erdogan dan sebagainya. Malah tak rugipun bagi mereka kalaupun tak mengundi. Mereka juga jenis tak suka dengar misi dan visi. Cerdik dan bodohnya mereka juga bertempat. Apa yg paling penting, saat2 PRK atau apa2 pertandingan sekalipun, sifat2 semulajadi dan keperibadian calun yg boleh mereka ingati, kenang dan hormatinya, adalah satu kelebihan dan pastinya mampu mengundang simpati pengundi. Itulah asetnya. Itulah juga dikatakan aura. *MAD BLG*

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008