Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti kerja sebagai Perdana Menteri, saya tak dak selera nak debik dia. Malah, saya berterima kasih pula kepada beliau yang membantu pembangkang menghangitkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu. Kalau dia tak bantu pembangkang pun, saya tak nak usik orang tua tu - sama seperti saya tak usik malah menghormati Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tapi itu tak bermakna saya bersetuju semua yang dia buat dan cakap. Hari ni, saya tak setuju lagi bila Dr Mahathir nampak sangat dok pasang perisai untuk melindungi Datuk Seri Najib Tun Razak dalam berita Malaysiakini bertajuk "KT: Undi tidak percaya terhadap Pak Lah, kata Dr M".
Saya tidak melihat bijaknya Dr Mahathir dengan kenyataan itu. Kalau nawaitunya nak memperisaikan Najib, usahanya itu sia-sia tak berguna.
Rakyat bawahan semua dah tahu Abdullah akan pergi Mac ini. Kepada mereka sudah tidak timbul lagi soal undi tidak percaya kepada Abdullah. Rakyat bawahan tahu, tak hero sungguh pukul orang yang dah nak jatuh. Tak hero langsung.
Mungkin ada orang kata, Abdullah sebenarnya tak nak berhenti. Dia akan buat dajai kat Najib dan lepas tu akan terus jadi Perdana Menteri. Tetapi, berapa orang yang tau cerita tu? Berapa ramai pengundi KualaTerengganu yang tau cerita tu untuk mendorong mereka menghenyakkan undi tak percaya kepada Abdullah? Berapa peratus?
Undi tak percaya kepada Abdullah kerana dia pilih Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh? Apa jaminan kalau pilih calon lain BN akan menang? Kita lihat sejak dari awal lagi media cuba melindungi Najib apabila mendakwa pilihan raya kecil Kuala Terengganu ialah mengenai calon, bukan parti. Semua itu dibuat supaya senang nak kambinghitamkan Wan Farid apabila BN kalah. Macam la orang tak tau trick sebelum Merdeka tu.
Arus kebangkitan rakyat nak disembunyikan dengan membubuh taik atas kepala Wan Farid. Cukuplah Saiful Apek atau raja-raja lawak amatur yang buat lawak.
Sebenarnya PAS sepatutnya mendapat undi yang lebih banyak lagi. Tetapi beberapa kebijakan kempen BN menafikan undi-undi itu. Antaranya disebarkan cerita tidak akan ada lagi Exco kerajaan negeri dari bangsa Cina jika pengundi Cina membantu PAS menang.
Orang boleh kata itu taktik kotor. Tetapi, cakap-cakap itu hanya mengingatkan saya kepada mak cik-mak cik yang rajin tengok gusti masa di kampung dulu. Bila penggusti yang depa suka didebik (berlakon semua tu), depa akan kata kat lawan penggusti yang depa suka tu, "dia main jahat". Memang la dia kena main jahat. Itu strategi dia nak menang. Kalau tak main jahat macam mana nak menang. Takkan nak bergusti macam tok sami yang warak tak tentu hala.
Kok mana pun, kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan undi tidak percaya kepada Abdullah seperti pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu. Ia adalah tanda kebencian rakyat kepada Najib. Hakikat memang kadang-kadang pahit. Kalau tak terima pun, tak dak siapa boleh kata apa.

Perubahan perlu dilakukan segera dalam BN - Gerakan (mStar Online)
Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairi (mStar Online)
Analyst: Not too late for BN but it has to wake up (Malaysian Insider)
A pill for KT’s ills (Malaysian Insider)

Cantik? Klik 

pak bakaq,
bagi saya bukan undi tak percaya pak lah atau najib.bagi saya itu mesej jelas undi tak percayakan umno,letaklah mike tyson, letaklah khairi atau siapa2 pembesar umno,kalau keperibadianya tak begitu elok,kalau dah jelas kuat bersandarkan wang,rakyat pasti muak
namun buat pemimpin pas pula, janganlah leka dengan kejayaan,ingat pru 13 tak lah lama lagi,
manalah tau kot2 terbubar lak parlimen,
dan satu lagi, jangan buat apa yang dah pemimpin umno buat,jangan gelap mata terpandang duit.
salam pak bakaq,
sekali-sekala kena godam juga oghang tua tu.
Satu pos yang baik.
Saya belum nampak realiti Pak Lah akan bersara awal. Ada lagi kemungkinannya Pak Lah terus kekal. Paling tidak pernyataan Abdul Hadi Awang. Tambahan pula, apa bakal menanti bila Najib check out dari P 36 Kuala Terengganu ke pusat pentadbiran.
Gitu permainan Mahathir Mohamad. Pak Lah, usah korner balik keputusan.
Perihal perisai Najib, tiada pemimpin nan mampu berbuat begitu. Jika dibuatpun, tiada sekuat lantangnya suara Rakyat Malaysia. Mahathir tahu ini.
Alhamdulillah, syukur atas kemenangan terkini, tambah satu kerusi parlimen.
BTW, tumpang minta curi tumpuan sket, saya nak stretchkan di sini, yang saya semakin meluat dengan kerja2 konon nya ala2 ground work daripada si pelakon saiful bukhari ni..
si pelakon ni semakin aktif bergerak konon2 sebagai penegak keadilan dan kebenaran melalui dua sumber berikut :
1. http://www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com
2. http://profiles.friendster.com/saifulbukhari
mengapa saya bengang? si pelakon ni tidak tulus di dalam posting nya. Mengapa? tiada single comments pon daripada saya menuntut penjelasan lanjut yang di approve oleh beliau. Si pelakon ni semakin desperado mencari publicity murahan yg ketika ini sedang menunggu tarikh perbicaraan kes liwatnya.
Si pelakon ni pula semakin aktif menghentam defendan di dalam kesnya. Izinkan satu persoalan dari saya? Apakah dari sudut undang2 civil negara, adakah valid bila mana si plaintif menyerang si defendan di luar mahkamah menerusi ruang yang beliau ada? Saya kira ini sebagai provokasi menyerang peribadi defendant yg harapan nya adalah untuk mempengaruhi mahkamah.
terus terang, saya sangat benci si pelakon saiful bukhari ini. Dari suka sama suka, kepada paksa rela, kini beliau aktif menonjolkan diri beliau di dalam Friendster sebagai seorang yg baru pulang daripada Tanah Suci Mekah yg sangat kagum keindahan Tuhan, tetapi dalam masa yang sama terus menerus menabur accusation peribadi beliau.
Saudara2 pembaca sekalian, tolong doakan saya agar dapat menghentikan perasaan geram dan maki hamun saya kepada si pelakon ini.
Sekian.
KT = Kebencian Terserlah (Bercabang nih....)
salam..
takkan nak ikut cakap Dr M...ari tu dia komen Najib pengecut,x layak jadi PM..ari ni dia nak jadi perisai plak...mana satu nak dengar....
Salam bang Bakar, Kak Salwa dan anak2.
Cerita sebenarnya ialah UMNO terlalu banyak masalah. KJ tak salah dan semua pemimpin UMNO dan BN tak salah. Yg salah ialah rakyat. Rakyat yg 'bodoh' dan 'miskin' itu tidak sedar diri dgn 'bantuan' kerajaan salurkan. JKKKP pun kata begitu. "Kerajaan" BN bagi macam2 pun tak bersyukur mcm 'aku' ni.
Rupanya rakyat yg dianggap 'bodoh' dahpun bertukar 'cerdik', itu kini tahu duit itu sebenarnya memang hak mereka, cuma kerajaan 'tolong' serahkan. Dulu2 memang ramai yg ingat duit tu duit simpanan Paklah, simpanan Tun Dr. Mahathir, Duit Tun Razak dulu2, duit dari yayasan UMNO serta 'hadiah2' yg dikumpulkan lebih 50 tahun itu. Walaupun begitu masih ada lagi sisa2 yg masih kurang 'bodohnya' dan kurang 'cerdiknya' agak sukar untuk dimaklumkan kerana anak emas mereka dulu dah lama berlalu, juga bukan lagi anak emas, tetapi pelombong emas itu sentiasa menyukarkan dgn hujah palsunya bahawa UMNO kena kuat agar tanah pesaka kita kat baroh itu dikhuatiri tergadai gara2 PR perintah, masih lagi diterima oleh mak bapak mereka. Tak perlu dipersalahkan kerana dulu bapaknya juga berpesan begitu begini, "belajar baik2, pandai2 bawa diri, jgn masuk politik sangat kat kampus kecuali kelab UMNO je".
Sedangkan rakyat satu pihak lagi yg dianggap 'bodoh' itu pun ramai juga jadi cerdik sebab anak2 mereka yg terkini dahpun cerdik dan belajar tinggi. Walaupun dok jauh serta tak dapat balik cuti, tapi senario kuasaan UMNO membodohkan rakyat jelata ini dimana2 termasuk dlm kampus tempat anak mereka belajar, telah mula tunjuk cerdiknya. Mereka pernah dengar bahawa pusat pengajian tak boleh dipengaruhi parti politik, kat sekolah juga. Tapi Menteri keluar masuk kempen, atas tiket rasmi sekolah, rasmi kolej, program serah bagi dana itu ini, tapi selebihnya kempen terang2. Naib Canselor pun mcm tu, staf HEP pun tak banyak berbeza. AUKU lah kuncinya kot.
Walaupun anak tak boleh balik sebab kena tahan PRU Kampus yg penuh muslihat dan peraturan itu dan ini, kerana PRU Kampus juga penentuan untuk terus dapat menginap dikolej atau tidak, sesetengah kampus mensyaratkan begitu. HEP mampu, dan ada jentera mengesan kecondongan pelajar itu. Cuma HEP masih belum boleh berkerjasama dgn syarikat komunikasi je lagi untuk memintas panggilan pelajar. Anak2 yg 'terpenjara' dgn akta ini melepaskan geramnya dgn call mak bapak kat KT, "mak, abah takyah undi BN la, BN tu bla....." Anak emas mak bapak la katakan, takkan anak mak bapak ni pembohong pulak, sedangkan SPM7A, PMR pun 8A. Subjek agama A1.
Maka hasilnya kini, beginila...Akan datang pun, beginila...
sebenarnya kalai diletak calon mana-mana sekalipun,belum tentu lagi BN akan menang juga.Mahathir tak perlulah hendak salahkan Pak Lah.dia pasti tahu senario politik kini di mana pembangkang sedang hari demi hari mendapat tempat di hati masayarakat.walaupun penyokong UMNO/BN masih ramai,namun mereka harus rasa tergugat dengan sokongan yang diterima PR.
BN harus sedar yang pembangkang kini bergerak sebagai PR dan bukannya sebagai PAS,DAP dan PKR.pastinya penyokong DAP dan PKR akan memangkah PAS kerana PAS adalah sebahagian dari PR.andai kata PAS bergerak sendirian,belum tentu mereka akan menang.
Alaa kau pun sama pak bakaq...orang tua tu pun bukan ada kuasa apa dah..biaq la dia cakap..yang kau sakit hati apasal??kau penyokong dollah?..atau kau dengki Najib