Sedap!! Klik gambar di atas!

Kita lawan habis-habisan polis jahat

Jika anda seorang pelancong yang hendak datang ke Malaysia, bagaimana perasaan anda dengan berita-berita di bawah? Sebagai rakyat Malaysia pula, kita mesti perjuangkan sebuah pasukan polis yang bersih. Semua pihak termasuk polis diperlukan oleh negara ini. Kita tuntut dinaikkan pangkat polis baik. Kita lawan habis-habisan polis jahat. Tan Sri Musa Hassan must be held accountable and answerable to all the accusations against him.

Kalaulah dikatakan mustahil ada polis jahat, mustahil juga tidak ada polis baik.

Berita pertama
Polis buru pemandu teksi perogol

Berita Harian Online (23/1/09): Polis sedang memburu seorang pemandu teksi yang dipercayai merogol seorang penumpang wanitanya selepas menggari tangan mangsa dalam kejadian di Manjalara, Kepong sebelum menghantar wanita itu pulang ke rumah di Petaling Jaya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa menaiki teksi terbabit dari kompleks beli-belah One Utama, Bandar Utama, Damansara untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 17 Petaling Jaya, tetapi sebaliknya dibawa ke Manjalara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed, berkata pemandu teksi berusia lingkungan 30-an itu kemudian memberhentikan kenderaannya di sebuah lorong gelap sebelum merogol mangsa.

“Suspek dipercayai bertindak menggari tangan mangsa terlebih dulu sebelum merogolnya. Selepas itu, dia menghantar mangsa pulang ke rumah, tetapi apabila tiba di rumah wanita itu memberi helah tidak cukup duit untuk membayar tambang.

“Mangsa memberitahu perlu masuk ke rumah untuk mengambil wang, tetapi dia kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapa saudaranya yang berada di dalam rumah itu,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, bapa saudara mangsa berusia 41 tahun kemudian cuba menangkap pemandu teksi berkenaan, tetapi gagal dan nyaris dilanggar suspek yang berjaya melarikan diri.

“Wanita itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan dan rawatan, manakala kes ini diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut. Polis juga sudah mengenal pasti teksi dipandu suspek,” katanya.

Difahamkan, dalam kejadian itu mangsa turut melihat ada pakaian seragam polis selain gari dan pisau di dalam teksi berkenaan yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamar sebagai anggota pihak berkuasa itu ketika melakukan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi IPD Sentul di talian 03-40422-222 bagi membantu siasatan.
Berita kedua
Kematian Kugan diklasifikasi kes bunuh untuk siasatan (mStar Online)
Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh (Malaysiakini)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq,

    Kes penjenayah menyamar sebagai penjawat awam ni memang agak ketara terutamanya yang menyamar sebagai anggota penguatkuasa seperti polis dan imigresen.

    Kalau sorang dua menyamar dan mengugut mangsa untuk mendapatkan duit atau merogol tu biasa kita dengar. Tapi yang kita takuti ialah jika mereka yang menyamar tu bergerak dalam kumpulan.

    Kes seperti ni pernah diceritakan oleh beberapa orang pekerja kilang Bangladesh kepada aku di Puchong 4-5 tahun lepas.

    Nak dapat duit mudah, 3-4 orang bergerak dalam satu kereta dan letak cap polis dalam kereta kemudian tahan dan pau mat Bangla 2-3 orang kat tepi jalan.

    Ada juga kes yang bawak minah Indon 3-4 hari untuk dijadikan pemuas nafsu sebelum dihantar pulang ke bangsal tempat mereka bekerja.

    Apa yang kita harapkan ialah penguatkuasaan dan tindakan yang lebih serius daripada mereka yang dipertanggungjawabkan menjaga keamanan negara.

    Tak kan baru nak bertindak bilamana anak dara atau saudara-mara mereka dah jadi mangsa. Setahu aku pasukan risik dan UTK PDRM memang cekap dalam menangani kes jenayah berat.

    Kes penyamaran ni boleh selesai dan dapat dihindari unless mereka tu tak menyamar seperti yang dilapurkan... ada pakaian biru dalam kereta.

  2. Persoalan yg timbul dikepala saya ialah perempuan ni balik pukul 4.00 pagi dtg dari mana......

  3. mcm mana pulak dgn polis jahat yg amik rasuah RM5 atau note merah dari penunggang moto yg tak de lesen.atau driver lori yg tak ikut undang-undang..polis ni jahat ke baik?

  4. masaalah samar-menyamar ni memang serius dalam masyarakat negara islam hadhari ni....

    pemandu teksi menyamar jadi polis,
    polis menyamar jadi lebai (dlm program PAS),
    ustaz UMNO menyamar jadi tuan guru,
    paprik lim menyamar jadi paprik badawi,
    perasuah menyamar jadi penderma,
    penipu menyamar jadi pembelarakyat,
    pembunuh menyamar jadi pengasih,

    dan banyak lagi...letih,letih, kalau aku nak senaraikan!!!

  5. Kes-kes seperti inilah yang menyumbangkan kepada memburukkan nama polis. Ada penjenayah yang sanggup menyamar sebagai polis untuk kepentingan diri... Ada juga polis yang menyamar jadi penjenayah untuk memastikan tugas atau misi berjaya. Macam-macam...

  6. cherry

    alamak.. orang macam ini sepatutnya ditangkap dan di gantung mati, malaysia apa ini...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008