Sedap!! Klik gambar di atas!

Saya jamin Wahid tak jadi tunggul di Dewan Rakyat!

Kira-kira jam 6.30 petang semalam, apabila mendapat tahu dari seorang wartawan New Straits Times bahawa Mohd Abdul Wahid Endut menjadi calon PAS bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, saya terus beritahu Waejo: "Esok surat habaq akan kata calon kompromi".

Tadi, saya baca laporan Malaysian Insider yang menyatakan:
His selection is seen as a compromise decision as rival factions in the party could not agree on either Batu Buruk assemblyman Dr Syed Azman Nawawi or state party chief Datuk Mustafa Ali.
Pemilihan Mohd Abdul Wahid juga tidak mengejutkan saya. Mungkin saya salah, tetapi saya dah agak, Cik Gu Pa (Haji Mustapha Ali) akan memilih calon yang "mendengar kata". Sekali lagi, mungkin saya salah, tetapi saya melihat Mohd Abdul Wahid bagaikan replika Cik Gu Pa. Banyak pihak yang menuduh Dr Syed Azman tu "Erdogang" dan tidak pro-engehmeng. Itu tuduhan - masuk telinga kiri, boleh keluar mana dia suka kalau tak jumpa lubang telinga kiri.

Saya juga tak kisah siapa jadi calon, "Erdogang" pun tak pa, puak muqabalah pun tak pa (dulu-dulu, muqabalah tu secara bergurau saya panggil muka belah atau splitted face - sebelah cap bulan, sebelah cap keris. La ni dak dah). Janji selepas 17 Januari nanti, PAS ada 23 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

"Erdogang" pun tak pa, puak muqabalah pun tak pa, janji bukan Mat Sabu yang jadi calon. Sejak kenyataan akhbar Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Azman Shapawi Abdul Rani yang tak mboh orang luo (Azman Shapawi di sebelah kiri Mohd Abdul Wahid dalam gambar ihsan mStar Online di atas. Gambar di bawah juga ihsan mStar Online), saya berpecah pemikiran dengan penyokong-penyokong Mat Sabu yang tersilau dengan undian di alam siber. Saya tak peduli mereka naik angin kepada saya. Peduli apa. Kepada saya maruah lebih penting, harga diri lebih penting. Kalau bertanding pun, isu orang luar akan jadi isu utama untuk diriuh-rendahkan oleh Umno - sebab PAS dah ajar buat gitu.

Memang, "Erdogang" pun tak pa, muka belah pun tak pa, janji bukan Mat Sabu yang jadi calon.

Oleh kerana semuanya sudah selesai sekarang dan calon sudah diumumkan, kita buatlah apa yang terdaya untuk memastikan kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Oleh kerana saya tak pernah minta duit, tak pernah minta kerja, tak pernah minta projek, tak pernah berkejar ke Terengganu mencari makan selepas PAS menang pada tahun 1999 dulu dan selepas itu memaki-maki tangan yang memberi dan tak pernah minta apa-apa pun dari Mohd Abdul Wahid, beranilah saya katakan bahawa calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang saya kenali sejak pertengahan tahun lapan puluhan itu adalah orang berjurus, orang baik.

Saya juga yakin, Mohd Abdul Wahid tidak akan menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat berehat jika kita menghantar beliau ke dewan itu. Saya yakin berdasarkan prestasinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu. Undilah PAS!


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. betul ka ni bakaq..ana rasa kerja BN bertambah mudah lepas ni..patut ambil dokter tempatan tu..majoriti mahu kan dokter tu termasuk rakyat KT sendiri..apa pun kita lihat la nanti?

    http://writtenbyhim.wordpress.com/

  2. kalau dia berehat di parlimen, kita pakat kutip 'tunggui-tunggui' dari BN tu kita pakat 'bakaq'. Apamacam? Setuju?

  3. Calon kompromi?
    Awat ada yang rasa bersalah ke tak ambil Mat Sabu. Kalau ada rasa bersalah tu bererti pemilihan calon tu tak betullah.

  4. Rahim

    Aku hanya jangka media akan kata calon kompromi. Malaysian Insider nampaknya sebut gitu.

    Sebenarnya bukan calon kompromi. Wahid ialah pengganti yang paling layak kepada permintaan ramai dalam PAS Kuala Terengganu supaya Syed Azman dicalonkan.

    Ada radio buruk mendakwa, Syed Azman tidak dicalonkan sebab dia dilabelkan sebagai "Erdogang".

    Tu yang aku dapat tau la. Apa sebenarnya, aku tak jelas.

  5. Apakah kita tidak yakin dengan pucuk pimpinan terengganu...tidak dengarkah ucapan Tuan Guru...
    seolah-olah kita lebih bijak...
    Siapapun pilihan,tugas kita mesti memenangkan PAS.

  6. Masalah pemilihan calon udah selesai...x perlu lah nak diperpanjangkan lagi....mulai hari ini berusahalah untuk memenangkan calon pilihan tersebut...

  7. tuan speaker,

    pm dah bagitau tak boleh berkempen dalam internet@blog. hang kempen juga. hang dah langgar amanat ketua hadari. aku tak tau la berdosa ke tak hang buat mcm ni. tapi aku peringat jerk!

  8. Anak tempatang...
    Biar anak tempatang sahaja yang berkerja bagi PRK di KT...
    Aku bukang anak tempatang...
    Jadi, aku rasa berdosa membantu anak tempatang..
    Ahli-ahli PAS semua kena sedar...

    PAS....
    bukan sebuah parti Asobiyah..
    Bukan parti kenegerian...
    Bukan parti kedaerahan...

    Kita lihatlah nanti keputusannya...
    Kalau PAS kalah apa pulak alasan mereka...

  9. Apapun, calon PAS dah pun diketahui. Kita tengok jelah nanti. Kalau kempennya bagus, menanglah dia. Kalau kempennya tak bagus, kalahlah dia.

  10. Salam,

    Soal fraksi, soal kem dalam mana-mana organisasi adalah normal. Itu menggambarkan kedinamikan organisasi. Semuanya masih dalam dalam misi yang sama.

    Kalau Syed Azman dipilih, tetapi sokongan berbelah bahagi, tidak akan menguntungkan parti. Satu isu yang jadi bebanan jentera kempen telah pun selesai!

    Yang penting ialah gerak kerja. cakap-cakap atau analisis tidak rasmi, prinsip, cita rasa, dan cara berpolitik orang Terengganu amat berbeza. mengatur strategi untuk terengganu memerlukan strategi khusus yang sesuai dengan orang Terengganu.

    Gandingan ketiga-tiga parti amat penting. Kepala dingin dan saling menghormati dalam memilih strategi terbaik amat dituntut.

    Pastikan setiap pengundi PAS, pengundi pro BN, dan pengundi atas pagar didekati.

    Wassalam.

  11. sapa pn calon yg diletakkan PAS aku tk kisah.... janji bn tumpas!!!!!!!

    tapi aku sikit terkilan kerana Pakatan Rakyat - PAS tk belajar dari kesilapan.
    kalau sebelum ini bn di Permatang Pauh dikecam kerana mengambil calon yg telah bergelar ADUN... sekarang apa dah jadi?????

    walau apa pun aku tetap yakin PAS pasti menang... sebab komitment dari semua cabang dlm Pakatan RAkyat dpt dilihat jelas dgn kehadiran wakil dari PKR & DAP. ini memusnahkan semua tohmahan media perdana yg mengatakan pakatan sedang bermasaalah.

    lawan tetap lawan!!!!!

  12. presiden dah istikharah...

  13. Semoga PAS akan menang dengan kerja keras dan juga doa dari para penyokong PAS tak kira siapapun calonnya.

  14. salam.
    marilh kita sama2 berdoa moga kita diberi kemenangan...
    insaallah,yg bulat dtg bergoleh,yg pipih dtg melayang.yg buta dtg berpimpin,yg capik dtg bertongkat...setelah kata sepakat diambil kami dari bukit mertajam dan jentera permatang pauh akan bergerak menuju medan tempur di KT.tolong doakan keselamatan kami dalam perjalanan.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008