Sedap!! Klik gambar di atas!

Kira-kira 60 peratus di pondok panas PAS

(Gambar-gambar lain di bawah) Beberapa sahabat yang saya tanya kesemuanya menyatakan jumlah pengundi yang datang menyemak nama mereka dalam senarai pengundi yang disediakan di pondok panas PAS lebih banyak dari jumlah yang datang ke pondok panas Barisan Nasional (BN). Ada yang kata hampir tiga kali ganda lebih banyak. Wartawan Harakah, Mohd Rashidi Hassan menggangarkan hampir dua kali lebih banyak.

Tetapi, kecuali dalam posting "40,000 iring calon PAS," saya lebih suka memilih angka yang paling konservatif. Saya lebih selesa dengan anggaran yang diberikan oleh Pengarang Siasah, Zulkifli Sulong. Zul kata, lebih kurang 60 peratus pengundi datang menyemak nama mereka dalam senarai yang disediakan di pondok panas PAS (saya menunggu-nunggu komen yang menyatakan kawan kepada kawan abang ipar kakak ipar aku kata tak ada pun macam tu).

Saya sengaja bertanya tentang jumlah pengundi yang datang menyemak nama mereka dalam senarai yang disediakan di pondok panas PAS kerana, seperti kata Azman Mat Yunus dari Pantai Chendering, "orang kampung tak rajin berbohong bab mengundi ni".

Kalau mereka suka dan nak undi PAS, mereka akan pergi ke pondok panas PAS. Kalau mereka meluat kat PAS, tobat lahum depa tak jeru pondok PAS. Lebih kurang begitu. Lebih kurang.

Depa tak macam saya. Saya pilih pondok panas yang tak ramai orang sebab saya rimas nak tunggu lama-lama nak semak nama dalam daftar pengundi di pondok panas. Kalau saya tengok pondok panas BN tak ramai orang, saya pi pondok BN. Bab mengundi, setakat ni tangan saya ni tak pernah lagi pangkah BN. Kepada Allah saya mempersembahkan kesyukuran.

Azman juga memberitahu perkara yang sama. Lebih ramai pengundi datang menyemak nama mereka dalam senarai yang disediakan di pondok panas PAS.

Tetapi yang lebih menggembirakan beliau ialah apabila melihat sokongan pengundi Cina kepada calon PAS. "Dah berapa kali pilihan raya dah, tak pernah macam ni," kata beliau.

Sahabat saya, Waejo yang juga pegawai Urusetia Parlimen PAS memberitahu, beliau berjumpa dengan dua orang pengundi Cina yang pulang dari Singapura, di mana mereka tinggal dan berkerja, semata-mata untuk mengundi calon PAS. "Sebelum ni, dia ghoyak dia undi BN," kata Waejo.

Antara maklumat terkini boleh didapati di Buletin Online dan Kelab Greenboc.

Para petugas dihalang ke laluan utama oleh kawalan polis









Ihsan Laman Pilihan Raya Kuala Terengganu

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school

kuala terengganu by election 170109 polling day queue

kuala terengganu by election 170109 polling day wheelchair
Ihsan Malaysiakini


Not to be left out, Pas ladies sedately put out their candidate to voters filing past them, taking no chances even if some observers are seeing a green wave rising (Malaysian Insider) Gambar-gambar lain sila klik di sini.

Ihsan Malaysia Today






Video-video lain di sini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Penari beca,

    Semuga Calon Pakatan Rakyat - PAS menang dengan majoriti besar. Ajar UMNO yang kurang ajar.

  2. InshAllah, menang.....

  3. Ambo..
    Buktikan bahawa Islam itu benar..

  4. PAS pasti menang! Insyaalah! Allahuakbar!

  5. Kami orang-orang Sarawak di Kuching menunggu penuh minat perkembangan di KT. Doa kami tidak putus-putus agar calon kita PAS dari PR akan memperolehi kemenangan bergaya. Insyaalah

  6. hehehehe. memang tepat UMNO mesti diajar, sama juga dengan PBB di Sarawak. Kurang ajar punya Parti! Asyik anak dia saja yang jadi YB dan menteri. Nyah kau selepas ni Taib mahmud!

  7. Allah sentiasa bersama pihak yg benar..ALLAHUAKBAR!!!!..

  8. Tuan Penarik Beca,

    Say suka kenyataan tuan yang tuan membuat semakan di pos parti yang kurang sambutan. Di sini dapat dilihat kebijaksaan tuan memilih keselesaan. Tuan jelas pandai mengambil kesempatan dan opurtunis melihat peluang. Apapun saya ingin melihat demokrasi di Malaysia terus subur dengan tidak memandang bias kepada politik kepartian, menerima kemajmukan pilihan dan keperbagaian serta meraikan perbezaan pandangan politik selepas pilihanraya berlalu. Malangnya di Malaysia, umat Melayu khasnya terbawa emosi ini berpanjangan dengan berlakunya pemulauan dan diskriminasi sehingga kita sering berlaku tidak adil kepada mereka yang berlainan aliran dan fahaman politik dengan kita. Di tahap ini kita masih belum matang dan dewasa dalam berpolititik.

  9. kami rakyat selangor tetap menyokong ganu kita
    BN menang duit rakyat habis masuk poket sendiri.
    rakyat nganga tengok Najib tipu rakyat

  10. alhamdulillah......pas menang dgn majoriti 2072 lebih banyak dr BN......

  11. cik pah .
    alhamdulilah terengganu menang ....sy sentiasa doa dan menanti saat satu malaysia dikuasai pas dan pkr...dan hukum hudud dilaksanakan.

  12. sy ank ganu yg blajar di penang amt brsyukur dgn kmenangan PAS..

  13. Nanti kiter tgk betape besarnye EGO si Najib commenting the By-Election tuh.

  14. takbirrrrrrrrr!!!!!!!!

  15. Kate Wan Farid sombong, rupe-rupenye nampak memang gitu. Kalau gentleman yang tak sombong, tentu naik pentas ucap tahniah pae yang menang. Cayelah PAS dan PR

  16. tahniah kepada pejuang - pejuang islam..Takbir..

  17. Alhamdulillah... dalam tv bukan main kempen calon bn. batang idung calon pas kejap2 je nampak. mcm x caye lak pas buleh menang. beso gak majoriti tuh.. alhamdulillah syukur...

  18. alhamdulillh..pas memang layak menang..

  19. dengan kemenangan PAS di KT menjadi PR lebih hampir tidak 2010,2011 @ 2013 masanya akan tiba untuk PR mentadbir negara insya allah.

  20. SAPA KATA BN TAK KUAT......BN KUAT PA.....KUAT PENIPU RAKYAT YANG MASIH BENGONG DOK SOKONG BN....CAKAP BESAR LAGI......BARU TAU....ORANG DAH TAK PERCAYA LAGI PADA BN.....

  21. Salam, wahai "pengomen" yang budiman tak baik la maki2 macam tu... orang Islam kene bagi contoh yang baik...

    wassalam...

  22. KEKALAHAN BN BERI TAMPARAN YG SANGAT KUAT KEPADA NAJIB YG AKAN MENJADI PM BULAN MAC NI. INI ADALAH PETANDA BAHAWA SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT M'SIA MENOLAK BN DAN NAJIB. SEMOGA IA MENJADI RENUNGAN, IGAUAN DAN KEINSAFAN KPD MEREKA UTK BERPIHAK KPD KEBENARAN DEMI MENCAPAI KEHIDUPAN YG SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. AMIN... CICIT ALANG KONTIN

  23. xjuga...di UPU paloh, ramai yg check daftar di pondok panas BN tp mangundi PAS...ramai kakitangan kerajaan yg play safe dlm hal ini..tq..!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008