mStar Online hari ini melaporkan:
Pada 23 Ogos tahun lalu, Utusan Malaysia melaporkan Najib melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu dalam kehangatan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
MCA Leaders insulting the Malays again? (The "thirteen million plus Ringgit" guy)
Umno tidak memerlukan penjelasan PAS mengenai pelaksanaan undang-undang hudud yang kini turut menjadi 'hangat' dalam Pakatan Rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini.Saya memahami keengganan Najib untuk disekolahkan. Beliau sudah mempunyai keyakinan yang jitu terhadap hukum hudud. Keyakinannya itu telah lama ditegaskannya kepada para wartawan. Kira-kira 26 tahun lalu, iaitu pada 20 April 1983, Najib menyatakan:
"Tak perlu nak menyekolahkan Umno kerana mereka (PAS)... ini main politik dari mula lagi," kata beliau pada hari keempat kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Dalam isu hudud ini, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, beliau percaya ramai pengundi bukan Islam yang tidak senang hati dengan apa yang dinyatakan pemimpin PAS itu.
Najib mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelah pagi ini bahawa pihaknya tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana Ahli Parlimen Jelutong itu telah faham mengenainya.
"Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham.
"Sekarang ini persoalannya kenapa Umno menolak untuk dilaksanakan hudud? Saya bersedia untuk berbincang dan memberikan penjelasan kepada Umno mengenai hudud," kata beliau kepada pemberita di kediamannya di Rusila, Marang dekat sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal yang meminta parti itu menjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud itu.
Hadi memberitahu, PAS sedia berbincang dengan Umno bagi memberikan penjelasan mengenai implikasi hukum itu jika ia dilaksanakan.
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakanSebab itulah Najib enggan disekolahkan. Sebagai pemimpin Umno, pendiriannya tegas dan jelas. Malah, pada 20 April 1992, beliau menyatakan kepada para wartawan:
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.Pendirian bakal Presiden Umno itu tidak perlu dipersoalkan lagi. Ia telah dinyatakan dengan begitu terang dan jelas.
Pada 23 Ogos tahun lalu, Utusan Malaysia melaporkan Najib melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu dalam kehangatan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.Oleh kerana saya yakin dengan sikap Najib yang sentiasa berani kerana benar, saya memohon beliau bersumpah di mana-mana masjid yang beliau senangi dan bersumpah dengan lafaz berikut:
Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar.
Berkaitan:Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya, Mohd Najib bin Abdul Razak tidak pernah berzina dengan mana-mana wanita yang tidak sah saya bersetubuh dengannya dan saya tidak pernah mengambil wang secara tidak halal sama ada melalui perbuatan rasuah, penyelewengan dan apa jua cara tercela yang lain.
MCA Leaders insulting the Malays again? (The "thirteen million plus Ringgit" guy)










Cantik? Klik 






Pak Bakaq toksahlah suruh dia bersumpah....suruh pegi sekolah pun dia x mau...patut la depa x pandai2...
raba tangan,raba badan,
bom c4 dalam perahu,
suruh makan rasuah,saya makan,
suruh mengaji hudud,saya x mau...
alahai Najib...
Pak Bakaq
I see you have put up the boycott made-in-us logo.
Sila boycott juga Blogger, Google, dll....
YouTube pun US kot....
Jed
Betul jugak.. teroverlooked.
Assalamuaalaikum Pak Bakaq,
Mengucap panjang bila terbaca Najib bagitau Negara akan huru hara kalau undang-undang islam dilaksanakan, siapa yang Najib nak persoalkan sekarang? Jelas lagi nyata Najib tidak meyakini Hukum yang Allah turunkan untuk manusia. LAYAK KE DIA BERGELAR ISLAM?
WALLAHUALAM.
Atau dia takut dia yang kena rejam dulu kalau buat hukum HUDUD?
laahaulawala..najib ni nak kena laknat kot? atau kena baling kasut?
Penarik beca,
Kelihatan Datuk Seri Najib Razak sedang main wayang kulit dihadapan rakyat seperti Mr. Bean dengan lawaknya....
Assalamualaikum wbh. bang bakar, kak salwa dan anak2.
Kalaupun Najib tak suka ke sekolah. Sekurang2nya Najib boleh dengar tazkirah selepas azan isyak di THR.fm. Ajak Rosmah sama. Lagipun Rosmah minat lagu hindustan. Dlm tazkirah pendek tu, disenaraikan sebahagian perkara yg boleh membatalkan syahadah. Kalau itupun tak mau, susah nak cakap la.
Itu dulu sebelum berlaku krisis dalam sistem kewangan dan perbankan Kapitalis. Jadi terpulanglah pada pendebat-pendebat terbaik PAS sama ada mau menyeru agar mereka melihat kebaikan hudud dan menerimanya dengan senang hati atau membiarkan mereka terus buta, benci, takut tak tentu pasal akan hudud.
Cikgu blog saya(http://rymza.blogdrive.com)kata pendebat terbaik adalah pemujuk terbaik. Pak Bakaq adalah orang yang paling dekat dengan PAS. Adakah selama ini Pak Bakaq rasa PAS telah melakukan bujukan terhabis baik agar HUDUD boleh diterima dengan senang hati sebagai mana kami menerima sistem perbankan dan kewangan Islam dengan teruja dan gembira?
Sebenarnya saya terkejut badak gak bila NST melapurkan Menteri Besar Perak mengatakan tak de negara Islam di Perak sejurus dia menganggkat sumpah jadi Menteri Besar. Tapi bila saya baca blog Pak Bakaq pasal perjanjian Pangkor II tu, saya lega dan menyebut "pergh nasib baik, moga Menteri Besar Perak terselamat dari murka Allah"
Lagi satu kenapa highligtkan Najib aje sedangkan saya rasa Raja Perak pun tak setuju dengan Negara Islam PAS. Ini sebahagian dari propaganda PAS bagi kempen by election KT ka? Anwar tok sah cakaplah he he he. Ntah Anwar tu hati dia berat kat belah mana ek? Saya rasa dia mesti mau hudud, tapi dia terlalu romantik untuk melukan hati KARPAL dan Lim Kit Siang dan kawan-kawannya kat luar negara tu kalau dia kata YES to hudud.
Analoginya macam orang berbini lebih dari satulah, sana sayang sini sayang, sampai nak kata sapa yang paling disayangipun hati sentiasa berbelah-bagi. Jadi dia create an impression agar semua bini-bini rasa merekalah yang paling disayangi dan terutama.
Ambo nak tanya dua perkara saja, solat 5 waktu dan hukum hudud adakah hak PAS yang suruh tunaikan? Puak UMNO ni,percaya atau tidak kepada RUKUN IMAN? Bertaubatlah!