"Najib bohong," begitu tajuk utama di muka hadapan Suara Keadilan 14-21 Januari 2009. Di bawahnya dinyatakan, "Janji peruntukan RM100,00 kepada masjid, RM30,000 kepada surau ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh terbukti palsu".
Tertulis lagi, "Ia adalah janji politik dan geran kosong yang selalu digunakan oleh Umno ketika pilihan raya - Pemimpin Umno negeri.
"Kalau duit untuk agama ditipu, apa lagi untuk peruntukan lain - orang ramai
"Pengundi Kuala Terengganu diingat jangan tertipu".
Muka hadapan Suara Keadilan itu juga menyiarkan gambar wakil masjid Kubang Semang, Suhaimi Harun menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan peruntukan RM100,000 ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh. Namun, selepas pilihan raya selesai, dia diberitahu tiada wang peruntukan.
Di muka surat empat Suara Keadilan, tersiar gambar surat Najib yang menjanjikan peruntukan RM100,00 itu. Antara lain, surat yang mempunyai kepala surat yang tertulis Timbalan Perdana Menteri berserta lambang negara Malaysia dan ditandatangani oleh Najib itu menyatakan:
Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa permohonan peruntukan bagi membaik pulih, menaik taraf dan membeli peralatan baru Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bernilai RM100,000.00 telah diluluskan dan pelaksanaannya akan dimulakan dalam jangkamasa terdekat ini.Di muka surat lima akhbar tersebut, disiarkan komen penduduk-penduduk Kubang Semang. Antaranya, Rahim Ibrahim menyatakan:
Saya merayu kepada pengundi di Kuala Terengganu supaya jangan mudah termakan janji. Jika masjid pun kena tipu, apa jaminan peruntukan lain tidak ditipu.Di Kuala Terengganu, Utusan Malaysia 13 Januari 2009 melaporkan Najib berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Januari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya.










Cantik? Klik 






sape suruh percaya?
hehehe
Yang aku risau ada kajian yang mengatakan Melayu tak ambil hal dengan penyelewengan BN. Depa selesa yang ada ni. Mampuihlah kita oi.
Awang oh Awang!!!Mek Tipah, oh Mek Tipah!!!
jgn kena tipu lagi dek UMNO/BN tuuuuu.
boleh buat buku, penipuan bersiri macam kes rogol bersiri tu
Kalau pak bakaq x bongkaq pun kami dah tau sbb bila depa kalah je permatang pauh,wtpe depa nak huloq duit lagi..kalau dah dasar israel! Kat KT ni pun sama la..dan2 mcm2 projek janji apa sume haram j*d*h melimpah ruah...apa punya org x dak akai depa pikiaq rakyat bengong tuli mcm depa ka? cukup2 la!! mai la kita pakat doa sama2 moga x lama lagi PAS akan naik putrajaya. usir ja anj**g2 tu suma..rakyat dah cemuih!!
Orang tua-tua penah kata, "pokok korang nak cantas, nak tebang, tapi buahnya, korang tak malu pulak nak kait makan, nak pelahap".
Dah pi pilih puak yang satu lagi, tagih la kehendak korang kat orang yang hangpa pilih tu. tu pun nak jadi modal kempen ka?
Haiya....
Ini bukan soal pokok ke ,buah ke,
Ini soal janji le....
BN hanya pandai berjanji..
Tu pun kalau menang ,,depa bagi juga ...tapi depa guna duit rakyat juga.Rakyat juga yang menanggung derita.BODOH punya pemimpin.
kalau menang bagi, kalau kalah x bagi, ni duit sape yang buat macam duit sendiri ni. malulah sikit BN ooii...
Kalu orang KT cerdik, bagilah BN menang, barulah dapat apa yang dijanjikan. Kalu tak bagi BN menang (macam yang diseru-seru) tentulah tak dapat. Dapat modal jual surat habaq ja la.
Bagi dulu pun salah, hangpa kata pancing undi. Apa yang betui dengan hangpa? Hangpa dok menagih2 janji orang lain dok mengikih. Esok dah terimpit baru padan muka hangpa.
Pembohong biasa la tu...apa nak terkejutkan. Puak-puak dalam UMNO/BN ni semuanya lengkap, daripada PEMBOHONG, PEROGOL, PEMBUNUH, PENZINA, , PERASUAH semuanya ada. Cakap ape yang takde. Serba serbi ada. AlifMimNunWau=Sarkas huahuahuahuahuahuahau
Hehehee, Sememangnya Hidayah itu Milik Allah. Doakan je la agar penyokong tegar umNO ni sedar dari mimpi. JANJI untuk Rumah Allah pun boleh dibuat main, apalagi benda lain. Duit rakyat, Amanah yang harus ditunaikan dengan saksama pun culas, nak sokong apa lagi.
Kiranya nih bukan tagih janji DUIT DARI KERAJAAN.. tapi tagih janji DUIT DARI KERAJAAN YANG KAUT dari KANTUNG RAKYAT SENDIRI.. hmm
Penarik beca,
Dibagi rasuah salah,
Tak bagi kalah,
UMNO jadi serba salah,
Nak buat macam mana Pak Lah ?,
Buat janji palsu saja lah...
Kata anon 3:02:00 "pokok korang nak cantas, nak tebang, tapi buahnya, korang tak malu pulak nak kait makan, nak pelahap".
Sebenarnya kita memang nak tebang pokok tu kerana buahnya nampak saja cantik tapi didalamnya berulat,busuk dan tidak boleh dimakan. Penipu !.
cube negok negeri bn mcm man???musti byk masjid,tokong,hospital,skolah,pusat jantung...tp musti xde rumah urut,pusat judi ekor,pusat kareok dan dandut rege rage..btul ke???..aku balun je
arapenang-jaisidris
Salam pak bakaq
Bukankah slogan depa, dulu,kini dan selama-lamanya - itulah kerja mereka MENIPU.
Saya jika, Pakatan Rakyat tak kempen pun, saya hingga bila-bila pun akan undi PAS. 90 peratus daripada keluarga, sepupu, dua pupu, saudara mara yang bau durian mahu pun bau bacang, dah lama tinggalkan UMNO dan BN tu. PAS sentiasa di hati kami.
setiap surat peruntukkan yg telah ditanda tangan oleh pegawai kerajaan semestinya telah diluluskan.untuk mengeluarkan peruntukan wang kerajaan bukan macam keluarkan duit dari poket anda semua.ada saluran tertentu,kalau tak sampai atau lambat elok la bertanya kepada yg diberikan tugas untuk menjalankanya.terlalu byk pekara yg perlu diingati sebagai pemimpin tertinggi.harap kita semua maklum.
Anonymous,
Pasai tu cina ceredik sikit dari melayu, depa minta CASH, peruntukan segera, untuk bina dewan sekolah cina. Kesian kat melayu masih dok begaduh!
aku rasa pembangkang yg lebih teruk perangai dari parti pemerintah...buat janji,tak penah semua ditepati,asyik pergi shoping disana sini,asyik beli kereta baru,rampas harta kegunaan org ramai lepas tu tak mengaku..kata boleh tarik pelabur dan meningkatkan ekonomi negeri..kemproh la pembangkang ni..byk auta dari fakta.
kawan x sabar nak tunggu sugar daddy altantuya tu terlingkup je ni..aritu dah bersumpah kat permatang pauh..wait and see..
kan aku dah cakap hari tu...bila mulut dah berbuih2 pemimpin UMNO/BN dah tak tau, tak ingat lagi apa yg dia cakap dan janjikan.
hari tu melalut katanya kalau harga petrol di turunkan kerajaan akan muflis??? sekarang boleh pulak, lepas tu melalut2 ekonomi msia kukuh dan stabil...letih, letih, letih aku tengok depa tu.
mat nisfusyaaban,
Friday, January 16, 2009 9:55:00 AM MYT hari tu melalut katanya kalau harga petrol di turunkan kerajaan akan muflis??? sekarang boleh pulak, lepas tu melalut2 ekonomi msia kukuh dan stabil...letih, letih, letih aku tengok depa tu.
Mat, lenkali jgn dok baca Harakah je..baca la paper len sama. kalau tak nak baca Utusan, baca la the star ke, apa ke..
TPM kata time tu buleh muflis masa harga minyak mahal, USD140 lebih. kalau nak menten harga RM1.92/liter mmg negara akan muflis sbb nak kena tanggung subsidi yg terlalu tinggi.
Lani harga petrol di pam turun sbb harga minyak dunia dah turun smpi sekitar USD40. Jadi harga boleh diturun dan Kerajaan tak perlu tanggung subsidi yg banyak.
Bila baca posting2 mcm ni, aku terasa mcm penyokong PR( PAS, Keadilan, DAP) ni semua bagi statement ikut emosi, tak pakai otak, mcm bodoh dan lebih tertutup drpd katak bwh tempurung.
Itulah jadinya kalau asik nak cari salah orang len je, diri sendiri yg bodoh tak nampak.
aduhai
Hello saudara princemafia, kalau dah rasa panas telinga jgn nak menyibuk-nyibuk masuk. Kat sini bukan tempat kalau ko nak jadi hero umno a.k.a (sarkis). Yg sebenarnya ko tu kalau x badut-badut sarkis tu sendiri sapa lagi. Kalau ko ni rakyat biasa xde la ko nak emo sgt. Setidak-tidaknya perut boroi ko tu kenyang mkn duit dari badut-badut sarkis tu kan? Tau dahhh.... ~wasting my time~
orang yang membela bn/umno kalau bukan kroni depa sendiri habis tu sapa lagi? (princemafia tu salah seeko* di antaranya).. kalau rakyat normal mustahil la nak backing2 kerajaan mega rasuah ni..
Pembakang mengatakan….
Janji2 najib : Jika Masjid pun kena tipu…
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/01/janji-najib-jika-masjid-pun-kena-tipu.html
Bila mase la TPM tipu..TPM dah mengotakan janji dia..tak percaya..lihat disini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm