Allah s.w.t. Yang Maha Menyaksikan, apabila saya menulis posting bertajuk "Janji-janji Najib - Jika masjid pun kena tipu...," saya sudah menjangkakan alasan-alasan seperti prosedur kewangan, kerajaan bagi peruntukan bukan macam pak hang bagi duit kat hang dan sebagainya. Saya juga menjangka akan ada yang berkata, "undi pembangkang, bab duit mintak sedekah kat kerajaan Barisan nasional (BN)".
Izinkan saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Anonymous at Friday, January 16, 2009 8:01:00 PM MYT yang memberitahu kita semua di bawah posting tersebut mengenai berita dalam Utusan Malaysia bertajuk "MAIPP nafi Najib tidak tunai janji".
Antara lain, berita itu memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang juga Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata: "Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan kepada Pejabat Kemajuan Negeri Pulau Pinang dalam satu surat bertarikh 26 Ogos 2008 mengenai kelulusan peruntukan khas itu.
"Walau bagaimanapun penyaluran peruntukan berkenaan di peringkat agensi pelaksana mengambil masa kerana ia perlu mematuhi prosedur kewangan sebelum boleh diagihkan kepada masjid dan surau terbabit".
Saya yakin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan itu bercakap benar. Peruntukan khas telah diluluskan pada 26 Ogos 2008. Surat janji Datuk Seri Najib Tun Razak bertarikh 20 Ogos 2008. Antara lain, surat itu menyatakan:
Perlaksanaan pula, mengikut surat itu, "akan dimulakan dalam jangkamasa terdekat ini". Najib tidak bohong. Beliau berjanji pada 20 Ogos 2008. Hari ini baru 17 Januari 2009. Baru hampir lima bulan sahaja. Belum lima tahun. Masih "dalam jangkamasa terdekat" lagi.
Maklumlah, seperti kata Shabudin "perlu mematuhi prosedur kewangan sebelum boleh diagihkan kepada masjid dan surau terbabit".

Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa permohonan peruntukan bagi membaik pulih, menaik taraf dan membeli peralatan baru Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bernilai RM100,000.00 telah diluluskan dan pelaksanaannya akan dimulakan dalam jangkamasa terdekat ini.Memang benar, sejak 20 Ogos lagi, iaitu tarikh surat janji Najib, peruntukan telah diluluskan.
Perlaksanaan pula, mengikut surat itu, "akan dimulakan dalam jangkamasa terdekat ini". Najib tidak bohong. Beliau berjanji pada 20 Ogos 2008. Hari ini baru 17 Januari 2009. Baru hampir lima bulan sahaja. Belum lima tahun. Masih "dalam jangkamasa terdekat" lagi.
Maklumlah, seperti kata Shabudin "perlu mematuhi prosedur kewangan sebelum boleh diagihkan kepada masjid dan surau terbabit".

Cantik? Klik 

Dan dan ada org cover...hmmm..najib..najib.. den dah tak cayo dah samo dio....
Tak po, dapek juo nampak muko den kat tv !
dapek ko dok bolakang kigho !. sorry !, ayam den telopeh masuk rimbo .............
Pada pendapat saya, kita akan melalui zaman yang suram seandainya orang yang bernama Najib razak yang akan menjadi perdana menteri.
Penipuan akan berleluasa,
rasuah tak usah cerita,
pasti ramai yang kena ISA,
memang cam duduk dalam neraka,
Kita tengok pada penampilan bakal 'First Lady" dah la, kalah artis bollywood. Inikah orang yang akan memimpin golongan wanita dan anak-anak perempuan kita..? subhanallah..