Dalam berita bertajuk "'Wang sogok pengundi' cetus kekecohan," Malaysiakini semalam melaporkan (di bawah ialah gambar-gambar ihsan The Nut Graph - sila klik):

wang tunai RM300 telah diedarkan kepada beberapa wartawan yang bertugas di pusat media Jabatan Penerangan di Kuala Terengganu.
Mereka terlebih dahulu diminta oleh seorang kakitangan pusat media itu, supaya menulis nama, pertubuhan media dan nombor telefon pada sekeping kertas, sebelum diberi sampul surat berwarna putih yang mengisi enam keping wang RM50.
Empat wartawan Malaysiakini turut menulis butiran diri mereka di kertas tersebut tanpa menyedari bahawa mereka akan diberi wang tersebut.
Bagaimanapun, kesemua mereka terus memulangkan wang tersebut kepada kakitangan pusat media tadi.
Kakitangan berkenaan bagaimanapun tidak dapat memberi jawapan apabila disoal dari siapa datangnya tersebut.
Sementara itu, wartawan Merdeka Review telah membuat laporan polis mengenai perakara itu di ibupejabat polis Kuala Terengganu jam 6.30 petang tadi.











Cantik? Klik 






Betoi ka ? macam mana pak bakaq tahu keja depa ?
hebat no pak bakaq ni...kalah nujum pak belalang.
salam..
aku tak heran sangat...parti depa memang dah sinonim ngan rasuah...bukan kata Pak bakaq...semua org pun dah tau...kalo kita nak heran pun kalo depa menang tanpa rasuah..itu tandanya UMNO dah join pas..hehehe..
cina bukannya ramai nak baca surat khabar..diaorang tahu nak undi mana..gimik politik hari mengundi dan nak burukkan melayu...dah la DAP Penang tak dapat bagi ampau untuk gong xi fa chai nanti....
bila bagi duit kata rasuah..tak bagi kata kerajaan tak baik....
TENGOK GAMBAR, PEON YANG BAGI DUIT TU PUN BANGSA CINA...DAH TAULAH SAPA PUNYA ANGKARA..
aar sampai macam tuh??? selagi bole macam2 care kotor nak buat itu pon kalo perkara ni btol2 jadi la kan... taleh ke bersihkan skit politik kita ni dari perkara2 macam nih...