Institut Jantung Negara (IJN) yang seksi nampaknya akan tetap diliwat. Pakatan meliwat IJN dilaporkan oleh Ahiruddin Attan akan diadakan hari ini, Isnin, jam 2.30 petang. Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dilaporkan telah memerintahkan IJN menghulurkan tengkuk atau bermesyuarat dengan Sime Darby.16 Disember lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan sebarang keputusan berhubung cadangan penswastaan IJN kepada Sime Darby sehingga perbincangan lanjut diadakan berhubung perkara itu.
Ahirudin menyifatkannya sebagai "midnight regulations" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mudah ceritanya ia bermaksud, selagi masih berkuasa, beberapa kegianan nafsu seseorang pemimpin dipaksakan sebelum ia berambus.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kejam dan zalim dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) yang akan memberanakkan penipuan berparlimen telah disodok-sodok untuk diluluskan oleh Parlimen. Kini giliran IJN pula untuk diliwat.
Adakah kegianan meliwat IJN sebahagian dari pakej menyelamatkan Sime Darby seperti perancangan membina Terminal Tambang Murah (LCCT) bernilai RM1.7 bilion di Labu yang dijangka akan diserahkan kepada konglomerat itu?
Adakah kebangangan menguruskan sebuah konglomerat yang dilihat lebih banyak kucar-kacir bisnesnya hendak ditebus dengan menikam-nikam jantung rakyat miskin?
Selamat pagi Kuala Terengganu, adakah selepas bangun tidur, masih ada lagi yang berselera menadah telinga kepada kempen-kempen Barisan Nasional? Adakah nak tunggu sehingga Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dijual, diswastakan dan diliwat baru nak marah-marah?
Berkaitan:
Healthcare Blooper of the Year - Malaysian edition (Doctor 2008)
Labu Labi dan Jantungku (Husin Lempoyang)
EPU to meet IJN, Sime Darby... (Sime Darby Watch)
Denial and Clarification from Dr Mohamed Ezani Md Taib (A Voice)










Cantik? Klik 






Ahirudin menyifatkannya sebagai "midnight regulations" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mudah ceritanya ia bermaksud, selagi masih berkuasa, beberapa kegianan nafsu seseorang pemimpin dipaksakan sebelum ia berambus.
- pergh. ambo setuju sangat tu bakaq!
Semasa Synergy Drive ditubuhkan (melibatkan penyatuan 3 syarikat gergasi) ada saham baru yang diterbitkan (rumours says at least 2 blocks of Rm 50mill each) dan didaftarkan ke Syarikat Nominee disebuah bank tempatan. Mungkin kah ini kepentingan Najib dan keluarga?
huh! ... bila ada problem sikit jer .... dah kecoh macam pasar ikan kat parlimen tu .. baru nak wujudkan suruhanjaya.... LAMBAT!!!!
IJN pun nak dirampas, takpe. Nak Rampas boleh, tapi kalau hak istimewa yang sedia ada IJN yang kini kepada orang miskin dilupuskan .. Jangan Kata Najib, dengan kerajaan sekali rakyat malaysia akan gulingkan...
TU LA...PILIH LAGI BN...BAK KATA ORG PERAK RAKYAT BOLEH NENGOK(BN)JE LE TINGKAH LAKU DEME...
tuan speaker,
dengan izin, diswastakan oleh kerana statistik yang dikeluarkan oleh ketua hadari menunjukkan yang sakit jantung itu dari kalangan yang ber gaji tidak kurang 10k. jadi rakyat miskin tak perlu takut kalau diswastakan. orang miskin amat tipis kebarangkalian untuk sakit jantung.
sekian wassalam
mp air terjun lata kasah