Banyak pihak menyatakan pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan menjadi referendum kepada kebolehan Datuk Seri Najib Tun Razak. Malaysian Insider 30 November 2008 menggambarkan, pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan menjadi indikator tentang kebolehan Najib mengepalai dan merangsang gerombolannya serta meyakinkan para pengundi bahawa beliaulah masa hadapan negara ini. Kalau BN bungkus di Kuala Terengganu, Najib tak boleh lagi nak sorok muka dia di dalam hutan rimba kelemahan Abdullah. Tak boleh lagi dah kali ni.
Agaknya mungkin pilihan raya itu sangat dibimbangi akan menjadi mala petaka kepada kegianannya hendak menjadi Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dilihat mencederakan peluang Najib di Kuala Terengganu, saya dok rasa mungkin anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu menghubungi Dr Mahathir merayu pertolongan. Mungkin.
Mengenangkan Allahyarham Abdul Razak banyak berjasa kepadanya, Dr Mahathir akhirnya bersetuju membantu. Kalau benar teropong buluh saya itu, maka akhirnya lahirlah posting Dr Mahathyir dalam blognya yang bertajuk "Kuala Terengganu".
Dr Mahathir membangkitkan isu babi, hudud dan pemberian tanah kepada kaum Cina di Perak.
Isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir mungkin dianggap boleh membunuh peluang PAS di Kuala Terengganu. Saya tidak reti nak jawab apa yang dibangkitkan itu walapun saya penyokong PAS. Apa yang dapat saya lakukan ialah copy and paste apa-apa yang saya jumpa.
Mengenai isu hudud, antara yang saya jumpa adalah beberapa kenyataan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan juga kenyatan Najib, yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri:
Mengenai babi, saya copy and paste beberapa kenyataan berikut:
Dalam posting bertajuk "Kuala Terengganu" itu, Dr Mahathir juga menyatakan:
Cari gali cerita-cerita lama di atas belumlah lengkap. Apa yang saya cari dan jumpa juga juga terbuka untuk dipertikaikan.
Agaknya mungkin pilihan raya itu sangat dibimbangi akan menjadi mala petaka kepada kegianannya hendak menjadi Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dilihat mencederakan peluang Najib di Kuala Terengganu, saya dok rasa mungkin anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu menghubungi Dr Mahathir merayu pertolongan. Mungkin.
Mengenangkan Allahyarham Abdul Razak banyak berjasa kepadanya, Dr Mahathir akhirnya bersetuju membantu. Kalau benar teropong buluh saya itu, maka akhirnya lahirlah posting Dr Mahathyir dalam blognya yang bertajuk "Kuala Terengganu".
Dr Mahathir membangkitkan isu babi, hudud dan pemberian tanah kepada kaum Cina di Perak.
Isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir mungkin dianggap boleh membunuh peluang PAS di Kuala Terengganu. Saya tidak reti nak jawab apa yang dibangkitkan itu walapun saya penyokong PAS. Apa yang dapat saya lakukan ialah copy and paste apa-apa yang saya jumpa.
Mengenai isu hudud, antara yang saya jumpa adalah beberapa kenyataan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan juga kenyatan Najib, yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri:
Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud - amaran Dr Mahathir dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan
Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud - kenyataan Dr Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - kenyataan Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejambatu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan bolehmeneruskan kerja - kenyataan Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan
Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - ucapan Dr Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja - kenyataan Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992
Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan - kenyataan Dr Mahathir , temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991
Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama- ucapan Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah
Mengenai babi, saya copy and paste beberapa kenyataan berikut:
Fakta mengenai projek Modern Pig Farming di Ladang Tumbuk, Selangor.Berita mengenai propaganda babi Kedah yang saya jumpa:
1. Di dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan (BN) Negeri Selangor pada 30 Januari 2008 (Kertas Exco -MTES No: 9/2/2008) telah meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
2. Mesyuarat juga memutuskan bahawa Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Langat diminta menyegerakan urusan pengambilan balik tanah tersebut. Segala pembiayaan kos pengambilan balik tanah tersebut akan dibiayai oleh syarikat swasta dan disalurkan kepada UPEN Selangor.
3. Selain penternakan babi, kawasan Ladang Tumbuk juga terdapat penternakan lembu dan juga ayam secara besar-besaran. Dari segi pengudaraan, ladang ini juga berbau terutamanya selepas hujan dan di waktu malam.
4. Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim pada 2 April telah bersetuju untuk meneruskan projek penternakan babi secara berpusat dan moden ini dengan belanja RM100 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh pelabur dan penternak.
5. Kerajaan sebelum ini telah mengadakan lawatan ke Jerman untuk meninjau teknologi yang mereka gunakan untuk Modern Pig Farming ini. Lawatan itu juga disertai oleh Ketua2 Kampung di sekitar Ladang Tumbuk. Ketua Kampung pun dapat pergi Jerman. Hebat-hebat!
"Kerajaan Kedah hari ini sebenarnya hanya melaksanakan keputusan kerajaan BN Kedah sebelum pilihan raya 8 Mac lalu, tetapi apabila hendak dilaksanakan jika tiada bantahan dari penduduk, Umno pula yang membuat bising," kata Mahfuz.Berita Malaysiakini 14/4/08
Beliau menjelaskan, kerajaan Kedah di bawah PR hanya merancang untuk membuka ladang menternak babi bersistematik (modern pig farming area) jika tidak ada bantahan penduduk setempat di Bukit Selambau.
"Sebenarnya, projek itu telah dilulusskan oleh kerajaan BN dahulu dan perkara itu boleh dilihat dalam surat UPEN (K) 707 SK.4() bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk 'Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) mengenai ladangan masa depan industri ternakan khinzir di Negeri Kedah Darul Aman," kata Mahfuz.
Kawasan seluas 407 ekar di Bukit Selambau itu, katanya, hanya menghadkan sebanyak 46,000 ekor haiwan berkenaan dengan syarat syarikat yang terlibat menjalankan penternakan itu dengan sistem tertutup tanpa bahan buangan (close house system with zero discharged).
Mahfuz bagaimanapun kagum dengan kesungguhan Umno dan alat perkakasnya, sama ada di Kedah atau di Selangor, yang tidak mengenal penat lelah yang kelihatan mahu mengharamkan penternakan babi di negeri-negeri yang diperintah oleh PR.
"Baik sungguh Umno. Apabila negeri yang diperintah oleh PR hendak memastikan penternakan babi dijalankan secara bersih, sistematik dan cukup untuk kegunaan tempatan sahaja, mereka mengamuk seolah-olah dirasuk histeria.
"Tetapi, negeri-negeri yang diperintah BN seperti Melaka dan Negeri Sembilan boleh pula menternak babi di sisi Umno walaupun dijalankan tanpa sistem malah mencemarkan sungai dan kawasan pantai seperti yang berlaku di Melaka.
"Adakah tindakan Umno itu bermakna mereka mahu penternakan babi dimonopoli oleh negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan BN sahaja?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu dengan sinis mempersoalkan
Wakil Umno 'di sebalik' projek babiMengenai kes tanah di Perak, baca penjelasan Yeop kita, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dalam postingnya yang bertajuk "Hak milik tanah kediaman selama-lamanya" dan juga posting-posting Wak Misbah bertajuk "Umno bantah pemberian Hak Milik Tanah" dan "Isu pemberian tanah kepada sekolah Cina".
Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.
Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
selangor pig farmMendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.
Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.
Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.
Karim, yang juga bekas ketua Pemuda Umno negeri, antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.
Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.
Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.
Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.
Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.
Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas.
Kebanyakan ladang tersebut sedia wujud di kampung Ladang Tumbuk atau dari sekitar daerah Kuala Langat, tambah ketua biro MCA itu lagi.
Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.
"Hari ini (Sabtu) saya mahu tekankan bahawa kos RM100 juta itu yang bertujuan mempertingkatkan sistem pembuangan sisa ternakan bukan datangnya daripada kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata.
"Datuk Karim yang akan membawa sebuah syarikat Jerman untuk satu usahasama dengan sebuah syarikat Bumiputera."
Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu Mohamad Tarmudi Tushiran sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.
Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu.
Malah, katanya, beliau terlibat untuk memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi.
Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.
Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).
Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, beratus-ratus ribu risalah penerangan tentang isu tersebut - dipercayai termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini dan data kerajaan negeri - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.
PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - dianggap boleh membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas.
Dalam posting bertajuk "Kuala Terengganu" itu, Dr Mahathir juga menyatakan:
Umno pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon Umno tidak memperdulikan sentimen rakyat. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.Mungkin ubat yang disuap kepada Najib itu sedikit pahit. Namun, ubat tetap ubat.
Cari gali cerita-cerita lama di atas belumlah lengkap. Apa yang saya cari dan jumpa juga juga terbuka untuk dipertikaikan.
BN belum puas hati imej Wan Farid (Malaysiakini)










Cantik? Klik 






Baguslah Kerajaan Selangor kumpulkan babi di satu tempat. Di Pahang Babi-Babi berkeliaran merata-rata - habis harta rakyat disapunya termasuk balak di hutan simpan.
"Banyak pihak menyatakan pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan menjadi referendum kepada kebolehan Datuk Seri Najib Tun Razak"
Setuju 100%. Saya sangat menunggu jawaban keputusan ini. Pada saya ia lebih kepada Najib vs Anwar. Kalau BN menang bermakna Najib lebih baik (lebih layak jadi PM) dari Anwar walau kita tahu dua-dua idaklah seidealis yang kita maukan.
Saya lihatnya sangat senang jika KT's by elction dimenangi oleh PR, maka saya rasa tak mustahil akan ada sesuatu perkara besar setaraf 13 Mei akan berlaku yang memaksa Pilihanraya umum diadakan sekali lagi dalam waktu terdekat* ini seperti yang diharap-harapkan Anwar.
* terdekat bermaksud sebolehnya sebelum keputusan kes Liwat Anwar disebut di Mahkamah.
Sesapa yg ada di KT, print artikel ni, beri pd puak2 ganu yg nak ngundi sana. CEPAT!!!!
beraninya cakap hukum Allah tu primitif..
Tu la pemimpin2 UMNO..hebat dan sungguh berani mempertikaikan hukum Allah..awat la depa bengong sangat ...hukuman rejam dan potong tangan adalah untuk mengajar umat islam betapa besarnya kesalahan itu supaya mereka jangan mencuri & berzina kerana inilah punca kerosakkan ummah dan negara.kalo tak percaya lihat sekarang,apa dah jadi?? Negara kita bangkrap kerana pencuri elit tak kena hukuman potong tangan..dan banyak anak haram dilahirkan pasal penzina tak takut untuk berzina...kalo hukuman rejam & sebat di jalankan x dak sapa berani nak buat..Sebenarnya sekarang ni malaysia berada dalam keadaan primitif seperti zaman jahiliyyah kerana keadaan masyarakatnya tidak mengamalkan hukum islam...itulah hasil kepimpinan UMNO...
aku xske cara diorg handle isu babi nih..ikut kn pembangkang adalah pembela rakyat,apsal bile rakyat xnk ade babi kt kawasan mereka pembangkang xnk ikut plak, tuh dh samar jer klu sokong BN pon..alasanya BN dh lulus kn projek tuh sedangkn pembangkang berkuasa klu nk cancel cam projek stesen kereta api berkembar kt penang tuh..nih aper citer nih
korong nih dh tabsub sgt tuh yg jadi pembangkang nmpk maksum sahaja..
klu lar pembangkang dapat malaysia..ntah aper lg yg diorg bwat..then bagi alasan, projek tuh kerajaan BN dh lulus kn dlu..what the fuck!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
pasal primitif lah, orang sekarang banyak buat anak luar nikah and flush dalam jamban
kalau ada hukum rejam tu..semua orang takut...tak adalah yg berzina
tak macam skarang..dgn bangga rakam dgn telefon bimbit aksi tidak senonoh itu..dah macam haiwan liar
Syabas Pak Bakaq kerana menggali dan berkongsi maklumat lama yang mengandungi fakta-fakta penting untuk diingat kembali dan direnungkan bersama bagaimana "lidah bercabang"nya pemimpin UMNO dalam membuat kenyataan.
Fakta-fakta sebegini memang patut berada dalam public domain supaya rakyat sentiasa mendapat bahan rujukan dan maklumat yang betul bagi membantu mereka memilih pemimpin.
Kepada Anonymous yang royak pada ....
Friday, January 9, 2009 9:48:00 AM MYT
aku xske cara diorg handle isu babi nih..ikut kn pembangkang adalah pembela rakyat,apsal bile rakyat xnk ade babi kt kawasan mereka pembangkang xnk ikut plak,......
SEbab yang luluskan tuu orang BN dulu dan yang kata tak nak tuu (orang kampung )pun orang umno dan orang 2 upahan umno..mereka yang bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).
bang bakaq kalau ada yang boleh korek ,korek lagi kami susah nak korek tak tau tang mana nak cari sumber !
PAS dah apa peluang mereka memerintah Terengganu tetapi rakyat telah memilih semula BN untuk memerintah Terengganu pada pru ke-12.tak mustahil BN boleh menang pada prk ini.
abang becha,
daripada statement mahathir, boleh dikatakan mahathir faham dahulu lagi bahawa hukum hudud adalah untuk orang islam sahaja dan bukan untuk orang bukan islam, sebab itulah daripada statement dia banyak menjuruskan tentang ketakutan orang islam ini daripada mundur sebab hudud.
oleh itu, karpal singh patut bukak balik akal dia, ingat balik dan cuba jangan jadi takut akan undang-undang islam kerana undang-undang islam sebenarnya menjaga hak yang bukan islam juga, walaupun yang bukan islam enggan dikenakan undang-undang itu.
elok dibenarkan sahaja kelantan sebagai negeri mula-mula melakar sejarah malaysia dalam menjalankan undang2 itu.
kita lihat sejauh mana benar ayat2 mahathir.
Dear fecto,
Mungkin rakyat akan mengundi PAS memandangkan trend kekalahan BN masih belum berhenti lagi tapi yang eloknya kita tunggu pada hari keputusan pengundian..walaupun begitu sokongan saya adalah untuk calon PAS...tak mustahil jugak PAS boleh menang kan...TAKBIR!!!
Teman nasihatkan Mahathir bertaubat nasuha sebelum ajalnya yang akan tiba takberapa lama lagi. Usahlah angkuh, kita hanya hamba dan menumpang di bumi ALLAH ini. Kalau Mahathir boleh bertaubat dan menyesal bersungguh-sungguh dan isytihar di Dataran Merdeka akan keceluparannya menentang hukum Hudud, semua pendukung dan pencinta gerakan Islam akan respect pada dia. Jika tidak, hampeh!
Perundangan Islam yang syumul (termasuk hukuman hudud) adalah evergreen sesuai pada setiap zaman hinggalah tiba hari Kiamat. Hukuman hudud bukan primitif tetapi otak Dr.Mahathir yang sebenarnya primitif
Assalamualaikum semua,
Hari nie setelah 51 tahun um-NO memerintah dengan bangganya kita baca barita khalwat sana-sini, buang anak sana sini, bunuh sana-sini, rasuah membarah bla,bla, bla.....
Pemimpin um-NO boleh bangga la kot?? Boleh persoal plak HUKUM ALLAH?? ingat dan hebat sangat ke dah jadi PM dan TPM tu??
hidup kat dunia nie kejap je yang disana kekal abadi, tunggu dan terima la balasanya kelak.
Persoalan Mahathir ini Islam ke? atau..... Islam liberal yang berdasarkan logik. Mungkin yang ke-dua, sebab idea dan pandangan selama ini memang menjurus kepada logik akal.
Jadi, apa heran manusia seperti ini yang Allah jadikan ujian kepada kita sebagai cabaran.
Hukum dalam Islam amat jelas, berpeganglah pada Allah dan Hadist Rasul nescaya kamu tidak akan sesat dan berpecah belah. Bukankah simple.