Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, hubungan antara kaum di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) lebih jujur berbanding pentadiran pembangkang, lapor mStar Online.
Kenyataan beliau bertepatan dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno yang menyifatkan beberapa pemimpin komponen BN yang mempertikaikan ketuanan Melayu mempunyai hati yang tidak ikhlas.
Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tindakan itu didorong oleh hati yang tidak ikhlas, malah melibatkan pertimbangan peribadi dan politik.
mStar Online melaporkan beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang menyatakan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan di Malaysia dan ditolak oleh rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda.
Malah Utusan Malaysia melaporkan beliau menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen BN menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara.
Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.
Sebelum itu, Malaysiakini melaporkan Dr Chua Soi Lek berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.
Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.
"Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya.
Ketika menyokong kenyataan Chua itu, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Wanita MCA turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.
Mengulas kenyataan Dr Chua itu, The Star melaporkan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata: "Saya gembira timbalan saya mengulangi apa yang dinyatakan oleh saya dan pemimpin terdahulu dari saya sejak berbulan-bulan yang lalu"
Sebelum itu, The Star juga melaporkan Ong mendesak supaya istilah ketuanan Melayu tidak disebut-sebut lagi kerana ia memberikan tanggapan ada bangs ayang menjadi tuan manakala yang lain adalah hamba.
The Sun Ogos lalu pernah melaporkan Dr Chua meminta Ong mengulangi apa yang dinyatakannya kepada akhbar-akhbar Cina bahawa MCA mungkin akan keluar dari Barisan Nasional jika Umno meneruskan polisi ketuanan Melayu.
Ahmad Shabery sendiri pernah meminta semua pihak agar tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara.
Bernama melaporkan beliau berkata, ketuanan Melayu tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba.
"Jangan kita mempolitikkan (isu ini) sehingga sampai ke peringkat timbul polemik baru," katanya kepada pemberita ketika memberi reaksi kepada kenyataan Ong mengenai makna istilah ketuanan Melayu.
Ong dilaporkan berkata istilah ketuanan Melayu itu memberikan persepsi seolah-olah kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula memberi amaran kepada parti-parti komponen BN terutama MCA dan Gerakan supaya jangan cuba hendak membuli Umno semata-mata mahu meraih kembali populariti di kalangan kaum masing-masing selepas pilihan raya umum lalu.
Dalam beritya bertajuk "Jangan cuba buli Umno," Utusan Malaysia melaporkan, beliau juga menyatakan rasa sedihnya apabila beberapa parti komponen BN menyuarakan kenyataan yang menyifatkan Umno sebagai parti pembuli dalam BN.
Khaled juga menyifatkan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe tidak wajar membangkitkan kemarahan orang Melayu dengan menyamakan asal usul orang Melayu dengan asal usul setiap kaum di negara ini.
Utusan Malaysia melaporkan, Lian Hoe pada persidangan Gerakan Ogos lalu memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.
Beliau dipetik sebagai berkata: "Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India."
Ketika menyelar kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, calon Timbalan Ketua Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, pemimpin berkenaan perlu melihat sejarah negara ini dan memahami bahawa sesebuah negara terbentuk hasil asimilasi.
"Semakin lama kita merdeka, sesetengah pihak dilihat seolah-olah semakin lupa dengan sejarah negara.
"Kita mesti tahu bagaimana sejarah negara kita bermula," Utusan Malaysia memetik beliau berkata ketika mengulas kenyataan kenyataan Dr Koh yang menyifatkan istilah ketuanan Melayu tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seperti hubungan 'tuan dengan hamba'.
Berkaitan:
Politik tuntut-menuntut (Utusan Malaysia)
Ucapan Ketua Umno Bukit Bendera yang digantung keahliannya, Datuk Ahmad Ismail (Penjaga ketuanan Melayu)











Cantik? Klik 






Ooooo hoooo padanlah sekarang di mana-mana tak ada lagi pemimpin UMNO sebut tentang ketuanan Melayu. Takut rupannya. Cittt !!!!
Salam,
Kalo ko jujur letak jawatan le Shabery cheek...ari tu beria ria benor waktu debat kalo kalah nak resign..Hampeh!!! awat, hang rasa hang menang ka walu semua rakyat berpendapat hang kalah..lain kali jangan cite psl jujur kalo diri sendiri pon x jujur...macamana BN nak jujur kalo pemimpinnya pun x jujur mcm hang!!sendiri ingatle..
istilah kejujuran dlm BN umpama buih-buih dimulut pembohong-pembohong pimpinan UMNO/BN...
busuk lagi membusukkan!!!