Sedap!! Klik gambar di atas!

A hattrick, a trend

Pilihan raya kecil Kuala Terenganu membuktikan penolakan terhadap Barisan Nasional (BN) semakin menjadi trend pemikiran rakyat, begitu lebih kurang kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika berbual melalu telefon dengannya beberapa jam tadi.

"PR menang di lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, selepas itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kini dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pula.

"Hattrick kemenangan pilihan rayabukan lagi satu perkara yang kebetulan berlaku atau semata-mata membayangkan kemungkinan penolakan total terhadap BN, ia sudah menjadi satu trend di kalangan rakyat," gitulah lebih kurang dia kata kat saya.

Salahuddin juga menyifatkan keyakinan rakyat bahawa masa BN sudah hampir tamat sebagai keyakinan umum atau popular belief yang tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Tu cerita Salahuddin. Di pihak saya, saya memang yakin sangat PAS menang di Kuala Terengganu. Tetapi, sebelum ni tak beranilah nak cakap besar. Saya dengar macam-macam kenyataan para pemimpin Umno yang siang-siang lagi menjangkakan Umno akan kalah dengan majoriti berjumlah beribu-ribu undi di Kuala Terengganu. Tetapi, saya tak siarkan dalam blog ini. Buat penaya kawan ja. Nanti sebab kenyataan tu pulak dia kena hamput dengan boss-boss dia dalam Umno.

Apa pun, saya rasa pandangan Salahuddin itu memang benar. Bukan sebab dia kawan minum teh saya di Restoran Thaqwa. G7 pun kawan minum teh saya jugak. Tukang bawak beg duit untuk jamu sana-sini menjelang pemilihan kepimpinan Umno Mac depan pun kawan saya jugak.

Memang, bukan sebab Salahuddin kawan saya. tetapi, kerana itulah yang saya dengar dan saksikan setiap hari dalam demonstrasi di meja-meja kedai kopi, di serambi masjid dan surau, di mana-manalah. Rakyat dah jelak dengan BN.

Adakah kita fikir para pemimpin BN tak tahu dan terus perasan serta syok sendiri? Tak, mereka tahu sebenarnya. Tetapi terpaksa buat-buat tak tahu. Habis, nak buat lagu mana lagi?!!

Tetapi, tahu tak tahu pun, penolakan terhadap BN dah jadi trend di kalangan rakyat. Beberapa hari sebelum pilihan raya Kuala Terengganu, saya memerhatikan dengan penuh minat undian-undian yang dianjurkan oleh media. Anda boleh baca berita bertajuk "Calon PAS dapat 58% sokongan kata poll Yahoo" dan "PAS menang besar di KLpos, Berita Harian, Mstar".

Ramai yang memperlecehkan undian yang dibuat oleh beberapa media itu sebagai mengarut. Saya sendiri pun tak berani nak pakai, takut berbeliak pula biji mata kemudian hari. Lagi pun, entah berapa canguk ja pengundi Kuala Terengganu yang mengambil bahagian dalam undian-undian itu.

Tetapi hakikatnya, undian-undian tersebut memberikan petunjuk mengenai trend pemikiran rakyat. Undian-undian tersebut memberikan petunjuk tentang popular belief bahawa BN dikepung dan distampede oleh kebencian mereka. Dan, trend itu dikristalkan dalam keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu (gambar-gambar ihsan Malaysian Indider dan The China Post).

Berkaitan:
PAS rampas kerusi Parlimen KT (Malaysiakini)
Malaysia govt loses key by-election (Reuters)
Malaysia's Islamists win key by-election (Gulf News)
Malaysia's opposition wins critical by-election (Times of India)
KT result 'spells trouble for Najib' (Malaysiakini)
BN has lost the plot (The Nut Graph)
An awful day for Najib and BN (Malaysian Insider)
Pengundi masih marah kepada BN (A Kadir Jasin)
After KT: Who's irrelevant now? (Ahirudin Attan)
Sebab kekalahan di KT: Calun, calun, dan calun (A Voice)
K. Terengganu - PAS wins, now for Pensiangan! (Reme Ahmad)
Najib as PM? Sorry no way! (Shiok Guy)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Allahuakbar!

  2. Api revolusi rakyat menolak pimpinan UMNO BN masih menyala lg...ia tidak dapat dipadamkan dengan janji2 manis puak UMNO dengan perubahan pemimpin atasannya...rakyat semua dah tahu...bila la korang nak sedar!!!

  3. Quote : Di pihak saya, saya memang yakin sangat PAS menang di Kuala Terengganu. Tetapi, sebelum ni tak beranilah nak cakap besar. Saya dengar macam-macam kenyataan para pemimpin Umno yang siang-siang lagi menjangkakan Umno akan kalah dengan majoriti berjumlah beribu-ribu undi di Kuala Terengganu. Tetapi, saya tak siarkan dalam blog ini. Buat penaya kawan ja. Nanti sebab kenyataan tu pulak dia kena hamput dengan boss-boss dia dalam Umno.

    Aiya.... dah tau result baru ckp gitu...... Khakkkk Puiiiii... Cina Bilang " MA HOU PHAO" ! Tak erti pi tanya kawan2 cina ko...

  4. Anonymous at Monday, January 19, 2009 9:51:00 AM MYT

    Seminggu dua sebelum pilihan raya, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh pergi Kedah. Bila orang tanya dia fasal pilihan raya Kuala Terengganu, dia kata Umno akan bungkus.

    Ada orang terdengar cakap Datuk Mukhriz Mahathir atas kapal terbang sebelum hari mengundi bahawa Umno akan kalah. Umno ka, BN ka, samalah tu.

    Cuma pada masa itu, orang-orang PAS takut cakap-cakap orang Umno bahawa BN akan kalah itu hanya satu psywar.

    Ni aku balik kat hang, khakkkk Puiiiii... MA HOU PHAO!

  5. Adeiii, nampaknya tuan rumah kalah. Kalah dengan budak-budak yang sengaja provoke. Lain kali jangan layan mangkuk macam tu.

  6. mungkin pada ketika ini adalah waktu untuk parti pembangkang untuk menyerlah.kalau masa Dr.M menjadi PM dulu usah haraplah pembangkang nak jadi macam sekarang.

    Anwar pastinya sekarang ni sedang tersenyum lebar sebab setakat ini dan 3 kerusi BN kalah secara rasmi.

    tapi kalah sekali bukan bererti akan kalah selama-lamanya.kita kena ingat yang sekarang ini rakyat tengah "marah" dengan BN disebabkan setimen yang sengaja diwujudkan oleh pembangkang dan juga individu lain yang mahu melihat Pak Lah untuk keluar secepat mungkin (Mahathir yang saya maksudkan).

  7. KALAU NAK NAK SALAHKAN BN TAK PATUT 100% TETAPI YANG PATUT DISALAHKAN ADALAH UMNO PENGKHINAT BANGSA YANG MEMPERBODOHKAN BANGSA YANG MENJUAL BANGSA DAN MARUAH SANGGUP MENJADI DALANG KEPADA KEHANCURAN BANGSA SENDIRI DEMI KONONNYA MEMBELA BANGSA. UMNO = YAHUDI

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008