Sedap!! Klik gambar di atas!

Ekonomi gigit siapa? Kerajaan BN atau kita?

Khabarnya permintaan tenaga elektrik di negara ini turun mendadak pada suku akhir 2008 dan Januari 2009. Akibat dari kekurangan permintaan itu, Tanjong Bin Power Plant, Jimmah Power Plant dan Seberang Perai Power Plant tidak menjana kuasa elektrik manakala Kapar Power Plant hanya menjana 50 peratus tenaga elektrik sahaja. (Sila lihat berita Bernama "TNB kurangkan capex pada 2009 kerana jangka permintaan elektrik susut," Berita Harian "Permintaan tenaga dijangka merosot" dan Berita Harian "TNB Rugi Bersih RM944.1 Juta").

Ada orang kata semua data tersebut menunjukkan ekonomi Malaysia sangat parah. Jangan lupa, mungkin hingga sejuta orang akan dibuang kerja.

Harap-harap kita tidak dipaksa menanggung kerugian TNB dan penjana kuasa bebas (IPP) seperti penumpang dari KLIA dan Terminal Tambang Murah (LCCT) dipaksa membuat bayaran tambahan antara RM2 hingga RM6 sejak hampir tujuh tahun lepas akibat perjanjian berat sebelah antara kerajaan dengan ERLSB.

"Sejak hampir setahun lalu, akhbar telah melaporkan bahawa dalam perjanjian projek ERL bernilai RM2.8 bilion itu, sebahagian dari cukai lapangan terbang diberi kepada ERLSB di mana penumpang penerbangan domestik membayar RM2 manakala penumpang penerbangan antarabangsa membayar RM6, tidak kira dari KLIA atau LCCT.

"Sehingga kini tidak ada penafian kepada laporan itu dan ia bermakna kita terus membayar untuk ERL walaupun kita tidak menggunakannya," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Para penumpang dipaksa untuk membayar kepada ERL untuk memastikan pulangan pelaburan yang bermula sejak 2002.

YTL Corporation mempunyai pegangan 50 peratus dalam ERLSB manakala Tabung Haji Technologies Sdn Bhd mempunyai pegangan 40 peratus dan 10 peratus lagi dipegang oleh Nadicorp Holdings Sdn Bhd.

ERLSB mengendalikan kihidmat keretapi laju itu di bawah perjanjian konsesi 30 tahun, termasuk pilihan untuk melanjutkan 30 tahun lagi.

Bagaimanapun, perkhidmatan tersebut tidak dapat menyaingi perkhidmatan pengangkutan lain termasuk bas yang mengenakan tambang lebih murah berbanding ERL yang mengenakan tambang setinggi RM35.

Cukai lapangan terbang di KLIA ialah RM45 bagi penumpang penerbangan antarabangsa manakala penumpang penerbangan domestik membayar RM6.

Di LCCT, penumpang penerbangan antarabangsa membayar cukai lapangan terbang sebanyak RM35 manakala penumpang penerbangan domestik membayar RM6.

KLIA mengendalikan 25 juta penumpang setahun pada tahun 2007 manakala LCCT kira-kira lapan juta.

Separuh darinya adalah penumpang yang berlepas dan ia bermakna ERL menerima kira-kira RM80 juta setahun hasil dari kutipan cukai lapangan terbang.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam

    pak bakaq..Isnin ni di TV1, jam 9.30 mlm akan membincangkan perihal ekonomi kita yang berada dalam keadaan statik sejak 1998.ekonomi negara yang terlalu bergantung pada pasaran komoditi tanpa mempelbagaikan sumber yang baru.Malah data ekonomi yang ditunjukkan oleh Bank Dunia menunjukkan Malaysia sudah ketinggalan dari segi peningkatan ekonomi berbandaing negara serantau.

    Rancangan : Di Luar Lingkungan
    Tetamu : Dr. Nor Azlan Ghazali (EPU)
    Datul Badli Shah (MDEC)
    Pautan : www.dll.my

    http://www.facebook.com/group.php?gid=42812833773

  2. salam..
    aku rasa ekonomi akan gigit rakyat yang perlukan wang untuk hidup...kpd taukeh2 besar syarikat konsesi yang mendapat perjanjian berat sebelah dari kerajaan mereka tidak akan terjejas sama sekali...mereka ni bila susah akan menggunakan kuasa kerajaan untuk menindas rakyat marhaen...ini le yang selalu aku lihat di malaysia...

  3. Pak Bakaq, pembetulan sikit, bukan 2.8 juta, tapi 2.8 billion Hinggit Malaysia

    "According to sources, under the terms of agreement for the RM2.8 billion ERL project, a portion of the airport taxes that departing passengers pay goes to the company – RM2 for domestic passengers and RM6 for international travellers from KLIA as well as the Low Cost Carrier Terminal (LCCT). "

  4. Ada sapa2 boleh komen ka, apasai MP Lubok Antu ni boleh bagi speech lagu ni?

    Jangan hasut rakyat benci kerajaan

    SRI AMAN 29 Jan. - Golongan cerdik pandai di negeri ini perlu berhenti menghasut para penduduk supaya membenci kerajaan yang kini diterajui oleh parti Barisan Nasional (BN).

    Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata, mereka seharusnya turun padang untuk membantu kerajaan dan bukannya membenci kerajaan.

    Katanya, bantuan golongan tersebut amat diperlukan bagi menaik taraf kehidupan penduduk dan bukannya menyebabkan mereka kian ketinggalan dalam arus pembangunan di kawasan luar bandar.

    "Kepandaian yang diperoleh itu tidak wajar disalahgunakan untuk menghasut penduduk di kawasan rumah panjang agar membenci kerajaan yang diteraju oleh BN pada masa sekarang.

    "Ini adalah satu kesilapan besar buat mereka kerana tindakan seumpama ini hanya akan menyebabkan penduduk ketinggalan dari segi arus pembangunan berbanding lain-lain penduduk yang menyokong teguh BN selama ini," katanya.

    Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili dekat sini semalam.

  5. risau juga ni bila baca paper je keluar pasal orang kena buang kerja.setakat ni dah 10,000 (and counting) dah kena buang kerja.masa operasi kilang pula mungkin akan hadkan 3 hari sahaja untuk bekerja.starbucks US pula akan tutup 300 cawangan seluruh US.perghhh.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008