Sedap!! Klik gambar di atas!

Dr Khir Toyo, ajaklah pengundi KT selamatkan IJN!

Dalam posting bertajuk "Bloggers against IJN takeover by Sime," Ahirudin Attan menyenaraikan blog-blog yang memaparkan tanda protes pengambilalihan atau perbuatan meliwat Institut Jantung Negara (IJN). Apa yang menarik perhatian saya ialah Jalal juga turut memaparkan tanda protes itu.

Malah, dalam postingnya yang bertajuk "Penswastaan IJN : Orang lain makan nangka, orang lain kena getah," antara lain Jalal mempersoalkan:
(a) siapakah konsultan yang mengemukakan cadangan tersebut, dan

(b) berapakah jumlah keuntungan yang bakal diperolehi sekiranya cadangan itu menjadi realiti.
Sekiranya ada pihak yang perlu menjawab bantahan rakyat, ia adalah konsultan yang membuat cadangan itu yang sehingga kini tidak menjelaskan rasional cadangan tersebut.
Saya berterimakasih kepada kebimbangan dan bantahan Jalal kepada cadangan meliwat IJN itu. Dan, dengan rasa terima kasih tidak terhingga kepada kebimbangan dan bantahan Jalal itu, saya merayu agar beliau menggerakkan rakyat Kuala Terengganu mengkristalkan lagi bantahan itu dengan menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Gilalah kalau saya suruh Jalal berkempen menolak BN dalam pilihan raya kecil itu. Kalau Jalal buat gitu, akan terpecatlah beliau dari Umno. Sedangkan, at the rate now kata Mat Salon, Jalal dilihat paling berpeluang memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno.

Apa yang saya harapkan ialah Jalal menggunakan wang ringgitnya yang banyak untuk memastikan rakyat Kuala Tererngganu menolak BN dalam pilihan raya kecil itu untuk membantah cadangan meliwat IJN. Tolonglah berbelanja untuk kepentingan orang-orang miskin. Jangan biarkan jantung orang-orang miskin dirodok-rodok untuk menyelamatkan konglomerat yang bermasalah.

Dan sekali lagi, saya mengucapkan selamat pagi Kuala Terengganu, adakah selepas bangun tidur, masih ada lagi yang berselera menadah telinga kepada kempen-kempen BN? Adakah nak tunggu sehingga Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dijual, diswastakan dan diliwat baru nak marah-marah?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. http://kedaionlineanda.com

  2. Assalamualaikum,

    Pak Bsakaq,
    Nak tanya sikit....pasai apa hang panggil Toyol ni Jalal?

  3. Salam bang bakar, kak salwa dan anak2.

    Apa yg nak fikir sejauh itu bagi anak jawa berkenaan. PRK bukan tempat berkempen, tapi tempat berseronok, bersantai dan port melobi. Suara pemimpin tidak perlu untuk org Trengganu saat itu. Mereka tahu kekuatan org UMNO bukan terletak pada suara.

    Sepanjang tempoh penamaan dan PRK Kuala Trengganu pastinya tidak sunyi. Siang malam kereta lalu lalang ke hulu dan kehilir. Tak kurang jentera berat dan jengkaut terhoyong hayang. Mat Bangla juga ramai, tapi bukan untuk pengundi hantu, tapi menyiapkan projek panas yg baru turun dari langit. Projek meratakan pokok pisang dgn baja sumbangan. Projek melepar jalan tar dibawah pohon kelapa JKKKP untuk dijadikan tempat u turn kenderaan pembesar2 negara.

    Ayam itek membawa diri ke hutan kerana terkejut dgn siren polis yg mengepung lalulintas dan mengiringi pemimpin besar yg berjiwa rakyat itu seperti mana yg kita lihat di Permatang Pauh. Mereka datang diiring, dikepung dan ditatang. Kasihnya mereka pada pemimpin berjiwa rakyat yg perihatin kepada org2 tua, ibu tunggal dan nelayan pantai. Bertuah anak2 lulusan PMR, hadiah kejayaan yg tidak pernah termimpi sebesar itu. UPSR yg lama berlalu juga diraikan. Gembira ibu yg bertuah melahirkan mereka kerana itulah kali pertama anak mereka diusap kepala oleh pembesar negara dan bertanya resepi kejayaan dan selambanya anak2 bercerita tentang khasiat nasi berlauk keropok lekor basi sebagai alas perut kesekolah adalah kunci kejayaannya.

    Org besar dgn tanda nama dibaju berlegar2 di KT. Mereka adalah pekerja parti yg dibayar oleh tabung parti. Jgn salah anggap, mereka bukan kakitangan awam. Kalaupun melihat kelibat mcm kakitangan awampun memang mereka kakitangan awam. Itu tak jadi salah sebab mereka datang secara rasmi sebagai peserta kursus, atau lawatan sambil belajar menganai produk iks atau mempelajari kaedah nelayan pantai atau pegawai kebajikan masyarakat yg memang pun sentiasa bertugas sepanjang tahun membanci penduduk miskin. Tidak salah kalau org besar negara datang memberi benih padi teknologi baru yag dipelajari sepanjang lawatan rasmi ke Taiwan yg boleh ditanam diatas pasir laut. Yang pastinya KT pastinya riuh rendah dgn siren polis lalulintas, itu pasti. Bertahanlah telinga hingga 18 Januari. 19hb. padi mungkin dah menguning kesan kecanggihan teknologi Taiwan itu, jentera berat dah tersadai dijalan akibat jem piston kerana dikerjakan siang malam.

    Seronoknya jadi rakyat KT seperti hikayat 1001 malam. Tempoh singkat melihat org besar senyum menyapanya sehingga terkejut terpinga2. Org KT diberi peluang berbisik sehingga bibir menyentuh telinga org2 besar. Fenomena yang tidak boleh dibiarkan berlalu begitu saja, ianya mungkin hadir sekali seumur hidup, sebagai mana fenomena 3 tahun hijriah 1428,1429,1430 dlm satu tahun masihi 2008 hanya hadir 100 tahun sekali.

    So, apa perlunya Khir Toyo untuk bangun mendendangkan lagu jiwa, lagu cinta itu. Rakyat KT khususnya Trengganu amnya jugak tak mengharapkan IJN lagi untuk penyambungan hayat. Mereka boleh bina IJ Darul iman. Mereka dah ada royalti, mereka kini dah banyak duit, itu ceritanya. *MAD BALING*

  4. buta perut. tak dok akai.
    hati kering. sanggup tgk orang tak dok kemampuan masuk IJN kena tibai di Sime darby

  5. Khir Toyo nak ajak pengundi KT....ajak2 ayam boleh le..yang pasti dia konfim makan nasi ayam...hahaha...pemimpin kaya macam ni ka nak bantu org miskin...hang pa jgn dok harap la..

  6. Tapi bagi aku, lebih baik jalal dari orang lain.

  7. Penarik beca,
    Jika kerajaan hari ini bersungguh-sungguh nak swastakan IJN, tentu boleh asalkan kerajaan bersedia membuat perjanjian yang jelas lagi telus bahawa pihak swasta yang memiliki IJN, selamanya mesti memberi keistimewaan dan rawatan terbaik dengan harga yang murah pada rakyat bangsa melayu.

    Kerajaan perlu faham bahawa bangsa melayu hari ini adalah bangsa yang miskin kerana harta mereka yang banyak telah disamun olih pemimpin UMNO.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008