Sedap!! Klik gambar di atas!

Buruk kelaku tak nak Umno pandang rendah

Dalam posting bertajuk "Ahli-ahli PAS, bunuh ular masa dia kecik!" saya tulis:
Saya tidak terkejut jika ada ahli Exco Kerajaan Negeri dari PAS yang menggunakan kereta rasmi kerajaan untuk datang berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Maksud saya, kalau ada. Tolong sahkan dengan maklumat yang sahih, kalau ada.

Datang berkempen dalam pilihan raya kecil itu bukan urusan kerajaan. Itu urusan parti.
Beberapa hari selepas itu, saya menerima email yang menuduh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menggunakan kereta rasmi Menteri Besar Kedah ke pilihan raya kecil itu.

Saya tetap berharap tuduhan itu tidak betul.

Saya tak terus tulis cerita itu sebab saya tak berapa jelas sejauh mana kereta rasmi boleh digunakan. Saya lalu bertanya beberapa pegawai kerajaan, tinggi dan rendah. Bekas pegawai kerajaan pun saya tanya.

Dari penjelasan mereka, saya menyimpulkan bahawa kereta rasmi maksudnya kereta yang sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja. Kos dan perbelanjaan untuk kereta rasmi dibayar dan ditanggung oleh kerajaan dengan duit rakyat.

Urusan mana-mana pemimpin PAS untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan urusan kerajaan, termasuk berkempen supaya Mohamad Sabu tidak dicalonkan atas alasan "orang Mekah lebih tahu hal orang Mekah dan orang Madinah lebih tahu hal orang Madinah" (Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang memimpin negara Islam Madinah adalah orang Mekah).

Saya tidak terkilan Mat Sabu tidak dicalonkan. Malah, saya sangat terasa saya dianggap pengkhianat oleh para penyokong Mat Sabu kerana dalam hal tersebut saya berlaga pendapat habis-habisan dengan mereka. Walaupun saya orang miskin, maruah dan harga diri lebih penting. Jangan terhegeh-hegeh dengan muka tak malu bila orang tak nak.

Kalau saya menghadapi situasi seperti itu, pendirian saya ialah "piiirahhh!" Merungut tak puas hati sana-sini hanya menjatuhkan maruah sendiri. Malu sampai mati!!

Tetapi, saya terkilan sungguh kalau benar kereta rasmi digunakan. Sekali lagi, kalau benar tuduhan itu.

Saya letih dan benci sungguh dengan buruk kelaku nak tunjuk 'izzah kat orang Umno. Kalau naik flight, naik business class kononnya supaya orang Umno tak nampak kita kemere sangat. Siapa ajar pendirian gila dan kurang akal seperti itu?!!

Wahai sekelian orang Umno!! Ketahuilah, apabila kamu nampak pemimpin PAS nak penaik-penaik diri mereka termasuk naik flight business class, itu tandanya mereka nak tunjuk ego kepada kamu. Nak tunjuk mereka pun tak kurang hebat dari kamu.

Jika kamu berjumpa mereka dalam keadaan seperti (kecuali naik business class kalau tiket kelas ekonomi habis), hendaklah kamu perli, sindir, permain-mainkan mereka, tertawakan mereka sekuat-kuatnya, apa sahaja!

Orang seperti itu gila. Jika kamu, wahai orang Umno, berjumpa mereka dalam keadaan nak menunjuk-nunjuk bahawa mereka pun tak kurang hebat berbanding orang Umno, hendaklah kamu bertanya kuat-kuat kepada mereka "Hai ! Ni tak tunjuk bagak kat orang Umno ka?"

Tolong tanya kuat-kuat. Kalau patut jerit, jerit sikit. Biar semua orang dengar. Biar padan muka mereka!!!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Ya. Biar padan muka depa! :>

  2. Pak Bakaq,

    Dah lama saya tak dengaq perkataan "kemere"... hehehe

  3. salam pak bakaq,
    mb kedah pi dengan kereta mercedes dia kot ?

  4. Salam Pak Bakaq.
    Depa la ni kemaruk minda. Ilmu banyak, akal pulak kurang. Bila dah dok diatas, adab berpolitik, depa politikkan. Depa kut lupa amanah depa untuk dakwah. Adab pun sampai lupa nak jaga. Benda benda ni depa anggap remeh.

  5. Salam.
    Cuba cuba pi habaq kat depa, tengok apa depa nak jawab..
    Kami yang berkhidmat bawah depa, naik bengong jadinya. GLC Kedah jadi tak ketahuan. Hangpa complain, siap! Ingat lagi baguih..Haprak lagi adalaa. Depa terlampau percaya dengan perlantikan orang depa. Salah guna kuasa duk jadi jugak. Kita tegur, tak dak pasai depa nak percaya. Seolah maksum pula jadinya.

  6. Dia ada nas jika naik merz tu oi. dia ngaji tinggi. Lu ngaji di taiping aja. ha ha

  7. Saya rasa tak salah MB guna kereta rasmi, yang namapk kereta tapi kad minyak kereta - smartpay petronas dll tak tanya pulak... jika benarpun kerana sebagai wakil rakyat/ pemimpin tak kira kemana pun mereka menjalankan tanggungjawab pemimpin. Cuba teliti dalam syarikat GLC macam TNB, STMB, MAS dan MAHB senior management mereka yang diberi kereta syarikat - patit ke balik kampung dengan kereta rasmi.... beri alasan senang kalau kena call back untuk emergency. Tak kan gaji lebih RM20k tak mampu beli kereta private.

  8. Bang Bakaq...
    Nak buat macam mana.. itulah sikap kaum orang kita, kaum saya dan kaum abang bakaq.. cuba beza anutan fahaman parti sahaja...banyak lagi yang perlu kena belajak.. contoh Tok Guru Nik Aziz dah ada depa tak nak ikut.. memang ada yang keregak..

  9. Bakaq,
    Muawiyah masa diam jadi Gabnor di Syam, dia hidup bermewah-mewah. Bila Saidina Umar tanya, kenapa dia buat macam itu. Dia kata dia tinggal berjiran dengan Kerajaan Rom, jadi dia kena tunjuk yang Islam ini pun tak lekeh juga.

    Saidina Umar marah pun tidak, mengiakan pun tidak.

    Jadi kalau ada pemimpin PAS yang buat macam tu, dia pakai kaedah Muawiyahlah.

  10. aku dah cakap awal2 lagi, MB Kerajaan PAS Kedah ni perangai dan mazhab dia sama dgn mazhab bekas2 MB Kerajaan PAS Trg 1964 dan juga kerajaan PAS Trg 1999-2004....alim2 kucing,gong(angkuh) dan suka kpd penjilat2.Kalau ditegur dan dikritik depa kata kita jahil x cukup mengaji.Penjilat2 depa ajak bergabung dgn UMNO/BN pun boleh kata bagus!!!

    Kalau amalan tersebut diteruskan, tunggulah masanya rakyat akan jatuhkan mereka sebagaimana yg berlaku keatas kerajaan PAS trg dlm tahun 1964 dan 2004.

    Depa dok rasa depa lagi tinggi ilmu dan kepandaian dari TGNA mursyidul-am.Tu yg jadi gatal nak berunding dgn UMNO/BN.

  11. al-Hafiz al-Zahabi menyebut:
    “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”.

    Itulah realitinya. Perbezaan yang nyata jika dibandingkan dengan kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz. Kat Kedah ni.., depa jadi lengai kut mana tak tau..
    Dulu sebelum boleh kuasa, minda begitu cerah.. Bab adab kepimpinan cukup tertib. Dan dan dapat kuasa.., habih jadi tak ketahuan punca. Dulu haram, la ni kira halal..apa cerita. Ada yang pakat gila duk kumpul harta. Mana yang dah berpangkat, character pun ada yang dah berubah.. Senses dah tak ada.

    al-Imam al-Bukhari dan Muslim:
    “Demi Allah, bukan kefakiran yang aku bimbang menimpa kamu, tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia seperti mana dibentangkan kepada mereka yang terdahulu dari kamu, lalu kamu bersaing untuk mendapatkannya seperti mana mereka bersaing. Lantas dunia itu memusnahkan kamu seperti mana ia telah memusnahkan mereka”.

  12. Anonymous Tuesday, January 27, 2009 7:11:00 PM MYT

    Hang cakap apa ni..? Kan orang dah habark, 'datang berkempen dalam pilihan raya kecil itu bukan urusan kerajaan. Itu urusan parti.'

    Hang ni dah pegang prinsip; 'Musuhku semuanya haram. Pilihanku semuanya harum'

    Payah la camni..

  13. Hello Abg Bakaq..
    PAS ke UMNO? I org PAS. Kalau nak tegur ulamak mcm Ust Azizan tu tegur dengan berhemaah, jgn jatuhkan maaruah dia dengan bahasa kita. kalaupun dia buat salah, dia manusia biasa. Kalu org Pas hormatlah pemimpin kita, kalu u PKR hormat dia sebagai rakan, klu UMNO hormat dia sebagai org yang ada ilmu agama. Bye Pak Bakaq...Ingat tu pesan cek na...

  14. Anon 11:06
    Hang tak mau tanya pulak ka kat PAS Kedah, depa PAS ke UMNO????

    Piiirraaahh!!!

  15. salam pak bakaq..
    kebanyakkan org payah hendak mengaku kesalahan sendiri terutamanya jika mempunyai gelaran dan jawatan....bila ada teguran diberi...buat'nohin' je....bagi aku ilmu yang tinggi sepatutnya di gunakan untuk mengukur diri bukan menunjuk lagak pada org ramai..janganlah kita mencampak kan diri pada kebinasaan...

  16. kamu ni mestilah orang UMNOPUTRA.Selama 50 tahun orang salah guna kuasa kamu tak bankitkan,LINTAH lah kamu ni.

  17. Mat Ali,
    Hang melatah kat sapa? Hang mamai kut..? Tak ketahuan punca saja..
    Tok sah duk jadi bengong. Sorang bengong yang duduk dalam satu jemaah yang membawa kebenaran, akan terpadam cahaya kebenaran yang dibawa.

  18. PAS Kedah sembang deraih saja..Pentadbiran hancus.
    MB kira cuma harap kat 3 tukang penasihat dia. Geng 3 Stooges- Amiruddin, PZ, Taulan.
    Nasihat luar dialukan. Kritik lah macammana pun, depa alukan. Pakai tak tentu lagi..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008