Apabila saya cuba kaji cara bodo saya keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk menyelongkar apakah makna dan mesejnya, saya bukan tak terasa saya mungkin melukakan hati kawan-kawan dalam Umno. Saya juga teringat apa yang Tok Guru Mursyidul Am kata, "usah angkuh keluar kenyataan".
Fikir punya fikir, rasa-rasanya tak la berlagak. Saya hanya nak cari maksud tersurat dan tersirat.
Kita nak tahu apa masa hadapan PAS dan Umno. Berkesankah segala kempen terhadap PAS. Biasa la, dah nak tibai. Mesti la cari isu yang perasaan dok rasa mesti orang boleh tangkap cintan. Apa lagi kalau bukan isu PAS takut DAP, Cina pulas tengkok PAS sampai dapat tanah, PAS bagi Cina bela babi di kampung orang Melayu dan isu-isu yang sewaktu dengannya yang dirasakan oleh Umno mempunyai daya pikat yang kuat.
Saya juga nak try kaji-kaji, adakah orang boleh menerima Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Mac ini.
Kok mana pun, saya tak berhajat nak tengok Umno mati. Kalau Umno mati, sapa pulak nak maki PAS? Begitu juga, kalau PAS mati, sapa pulak nak maki Umno? Saya guna perkataan maki. Orang lain bolehlah pilih nak guna perkataan muhasabah ka, dakwah ka, asalkan kuasa dan harta tak menjadikan kedua-duanya bedebah. Muhasabahlah, dakwahlah supaya tak jadi bedebah.
Dengan keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu dapatlah kita lihat lebih kurang dua kelompok. Kelompok pertama ialah kelompok yang dah memang biasa dok tadah telinga, hati dan emosi mereka kepada kempen Umno. Golongan ini ialah golongan yang sudah masuk 'Asar atau dah dekat nak Maghrib.
Kelompok ni hampir tak boleh buat apa dah. Saya teringat dalampilihan raya 1999, seorang anak muda yang kehilangan kad pengenalan mak dan ayahnya. Berkelintau mak ayah dia cari IC yang hilang tu - nak mengundi Barisan Nasional (BN) katakan. Budak tu pun tu pun bersilat lebih dari mak ayah dia lagi cari IC yang hilang tu. Siap dok tekan-tekan lagi dan dok tanya tak habis-habis, "Mak boh tang mana?!!"
Tak mengundi BNlah dua laki bini tu. Dalam pukul enam petang, dah tak boleh mengundi dah, baru jumpak dua IC yang hilang tu. Budak tu yang jumpak IC mak ayah dia yang hilang tu.
Kelompok kedua ialah kelompok yang Bridget Welsh sebut sebagai pengkalan masa hadapan (Mem ni selalu bergurau dan perkenalkan diri dia "nama saya jambatan" - dia reti cakap Melayu. Agaknya dia nak bagi orang senang ingat nama dia. Teringat jambatan, teringat bridge dalam bahasa Orang Putih. Pastu senang la nak ingat nama dia).
Welsh nampaknya tak silap apabila Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu, Badrul Hisham Zaki kata, antara punca kekalahan BN adalah sokongan golongan muda kepada BN semakin berkurangan dalam pilihan raya kecil kali ini berbanding pilihan raya umum, 8 Mac tahun lalu.
Perkara itu diakui oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu yang juga Setiausaha Operasi Pas dalam pilihan raya kecil, Ariffin Deraman. Ariffin ni lulusan USM dalam bidang IT, lepas tu mengaji pulak di Universiti Al-Azhar.
Dia kata, daripada 61 saluran muda, 42 daripadanya berpihak kepada Pas manakala 19 saluran kepada BN.
“Pengiraan dibuat dengan mengambil kira saluran dua sebagai saluran muda sekiranya hanya terdapat saluran 1 dan 2 sahaja di pusat mengundi, saluran tiga dan empat akan dikira saluran muda sekiranya terdapat 1 hingga 4 saluran di pusat mengundi, begitu juga saluran empat dan lima dikira saluran muda sekiranya terdapat saluran satu hingga lima di kawasan terbabit.
“Undi tersebut sekiranya tidak mengambil kira undi pos, kita menang majoriti dengan 3,584, sebaliknya mendapat 2,631 majoriti sekiranya dicampur undi pos,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas mendapat undi paling banyak daripada golongan muda di Losong Masjid dengan 274 undi manakala undi paling merosot di Kampung Cina iaitu di saluran empat dengan kekurangan 95 undi.
Bagaimanapun katanya, Pas berjaya menawan golongan muda di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bukit Besar iaitu tempat calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengundi iaitu sebanyak 65 undi melebihi parti lain.
Saya tertarik dengan hasil kajian Ariffin dan jundinya yang menyatakan undi paling merosot ialah di Kampung Cina iaitu di saluran empat dengan kekurangan 95 undi. Adakah itu menunjukkan bukan sahaja kaum wanita dan orang-orang tua Cina sahaja yang tak undi PAS di Kuala Terengganu, malah anak muda Cina juga tak berapa nak undi PAS? Saya rasa begitulah. Budak-budak muda Cina pun tak nak undi PAS.
Jika benar, di manakah selisihnya pendekatan orang-orang PAS Kelantan yang menang besar di DUN Kota Lama yang majoritinya pengundi Cina dengan pendekatan orang-orang PAS Terengganu? Rasa-rasa elok jugak kaji tu.
Tu satu. Kedua, dari sikap pengundi Cina yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu, adakah selepas ini DAP akan menggelejat dengan lebih histeria lagi terhadap matlamat pejuangan PAS khususnya hukum hudud yang sebenarnya hanya salah satu juzuk dari sistem Islam? Saya rasa mungkin.
Saya juga nak tengok adakah pretenders like PAS akan dapat dijerkah dan disekat right in their tracks by the DAP. Setakat ini DAP dah sampai ke peringkat berguling-guling atas tanah bersama-sama Umno untuk menyekat undang-undang hudud diluluskan di Kelantan dan Terengganu (ketika PAS memerintah), tetapi undang-undang itu tetap diluluskan.
Berkaitan:

BN loses out on Generation Y voters (Malaysiakini)
Malaysia government stumbles to another poll defeat (International Herald Tribune)
DAP 'owes non-Muslims an apology for supporting PAS' (The Star)
BN, Pas, Pilihan raya, Terengganu, Umno (Firdaus Omar)

Cantik? Klik 

Pemerhatian diatas memberi kita mesej yang jelas bahawa usaha untuk menerangkan dasar perjuangan PR memerlukan usaha yang berterusan dan mungkin masa yang agak panjang...tidak cukup hanya dengan gerak gempur semasa pilihanraya saja.
Barisan pimpinan komponen parti2 dalam PR perlu lebih ikhlas dalam membina satu halatuju untuk kebaikan rakyat semua kaum dan bangsa seperti mana yang dituntut olih ajaran Islam yang sangat adil. Mereka juga perlu elakkan "politiking" yang sempit semata-mata ingin menjaga kepentingan peribadi masing2.Dalam berseronok meraikan kejayaan banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan dimantapkan.
Bersederhanalah dalam semua keadaan samada semasa menghadapi kemenangan maupun kekalahan.
Kita sedia maklum bahawa PR belum cukup matang untuk memimpin negara.
Bukan nak ukur dari segi berapa lama sesuatu parti itu ditubuhan tetapi dari segi keseimbangan, kekuatan dan kematangan sesuatu parti itu bergerak.
saya ada terbaca article dibawah di The MalaysianInsider.
sesuatu yang mungkin baik untuk di renungkan..
Ignore Dr M for sake of Umno and BN
sebab tu TGNA kata jangan angkuh. meuar2kan bahawa pemilihan calon sebagai sangat tepat mungkin sejuzuk daripada sifat yang tak berapa kena. memanglah pemilihan calon tu betul, tapi tak payah la uar2-kan sangat.
Musim politik tiang letrik dan paip air serta jalan tar sudah berlalu.
melayu dapat project,cina yg kaya(supplies diorang yg bekal)..melayu belum tentu kaya..silap2 muflis.
Betul tu..
Tak baik Angkuh...
Jangan riak :-)
Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com