Sedap!! Klik gambar di atas!

Bola tanggung bernama Najib

Antara lain, The Straits Times Singapura melaporkan, tinjauan pendapat oleh Merdeka Centre menunjukkan sokongan orang-orang Melayu telah berpecah dan undi kaum Cina sebanyak 11.6 peratus menjadi penentu dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam.

Saya seronok dan semakin bangga jadi Melayu apabila pakar Asia Tenggara di Johns Hopkins University, Bridget Welsh menyatakan keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan kejayaan PAS datang dari perubahan undi Melayu yang tidak lagi memihak kepada kerajaan. Bacaan selanjutnya di sini.

"Ini menunjukkan hilangnya keyakinan majoriti pengundi (Melayu) kepada Umno, dan ia menggambarkan mood nasional yang menolak Umno," kata Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa kepada AFP.

Mengulas kekalahan Barisan Nasional di Kuala Terengganu, Tengku Razaleigh Hamazah berkata, "Kita kalah sebab orang Melayu tidak mengundi kita dalam negeri di mana kita memerintah". Saya gembira dengan ayat "sebab orang Melayu tidak mengundi kita".

Tetapi, saya lebih gembira dan bersyukur apabila Harakah melaporkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut mengingatkan agar para petugas parti supaya terus menjaga hubungan dengan Allah dalam memastikan keberkatan dalam setiap usaha dijalankan.

Walaupun saya bukan petugas PAS dan hanya penyokong Fasal 5 perlembagaan parti itu, tetapi hati saya sejuk sangat dengan kenyataan Mohd Abdul Wahid. Teringat tulisan saya dalam posting bertajuk "Semua setuju Wahid yang nakal jadi calon PAS":
Saya sendiri bila diberitahu bahawa Mohd Abdul Wahid yang nakal tu akan jadi calon, hati saya sejuk tak terkata apa-apa. Lepas tu, saya pun ambik teropong buluh saya, teropong sana-sini. Susah sungguh nak cari orang yang tak suka kat Mohd Abdul Wahid. Laa.... Mat Sabu pun suka!!
Lebih kurang, saya tahu juga Mohd Abdul Wahid tu lagu mana. Saya pernah pergi luar negara bersama beliau dan kawan-kawan lain. Kata bijak pandai, kalau nak kenal seseorang, bermusafirlah dengan dia. Kami duduk dua minggu di luar negara. Duduk satu rumah. Lebih kurang kenal jugalah.

Saya tak naklah puji Mohd Abdul Wahid. Tok Guru Presiden PAS kata, tak baik puji orang yang masih hidup. Dia boleh berubah.

Balik kepada cerita Straits Times Singapura tadi. Banyak orang menisbahkan kekalahan Umno Barisan Nasional (BN) kepada imej gong calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu kata berkata adalah tidak bijak menjadikan Wan Ahmad Farid sebagai kambing hitam.

"Apa yang berlaku di Kuala Terengganu itu membuktikan majoriti rakyat tidak senang menerima (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai bakal Perdana Menteri bulan Mac ini," kata beliau.

Mat Sabu bagaimanapun mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Umno yang mengangkat Najib sebagai Presiden parti itu. "Tindakan Umno menghantar Najib dan isterinya (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ke Seri Perdana seperti menghantar bola tanggung kepada pembangkang. Kita mesti mengucapkan terima kasih banyak-banyak dan tidak terhingga kepada Umno," katanya.

Mat Sabu juga tetap menyifatkan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai pungutan suara rakyat atau referendum terhadap kepada kepimpinan Najib. "Ramai yang kata Najib mungkin akan jadi Perdana Menteri yang paling lemah dan lebih lemah dari (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) dan (Allahyarham Tun) Hussein Onn.

"Satu-satunya kekuatan Najib nanti ialah penggunaan kekerasan. Saya jangka Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan jadi senjata utama Najib. Sebab itulah kita lihat sekarang sudah dimulakan kempen yang mengaitkan ISA dengan ketuanan Melayu yang pada hakikatnya ketuanan Umno," kata beliau.

"Hang jangan cakap pandai sangat. Silap-silap tidoq atas simen dalam lokap lagi hang. Lepas tu pi bertapa di Kamunting macam aku dulu," bergurau pulak dia dengan saya.

Saya pun jawab: "Bodohlah tangkap bakaq. Buat habis beras kerajaan ja. Kalau kutu macam aku pun kena tangkap jugak, tak dak bahasa dah nak sebut kerajaan Najib tu!" (Gambar di atas ihsan Utusan Malaysia. Caption gambar itu menyatakan, Najib Tun Razak dan Hishammuddin Hussein berkata sesuatu pada Wan Farid Wan Salleh selepas beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil semalam. Gambar Mohd Abdul Wahid pula ihsan Buletin Online).

Gambar dari Malaysiakini:

Gambar dari mStar Online:

Gambar-gambar dari Straits Times:










Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Dulu Ce Det
    Tahun lepas Pak Lah diterajang..
    Sekarang Najib di PRU KT

    UMNO/BN mesti belajar dari Presiden Bush. Lihat video http://www.youtube.com/watch?v=muZY46cSU_Q

  2. Allahuakbar!

  3. bola tanggung, drop-shot atau smash saja

  4. Alhamdulillah....

    Cuma berharap yang menang tidak besar kepala.. tidak gong.... Ingat... Allah lebih berkuasa...

  5. Last PRU is just like a slap to the face, permatang pauh is like some pure bodyshots and KT is like a powerfull kick to the groin.. so when is the deadly KO blow? can't wait to see it..:)

  6. Pemerhatian diatas memberi kita mesej yang jelas bahawa usaha untuk menerangkan dasar perjuangan PR memerlukan usaha yang berterusan dan mungkin masa yang agak panjang...tidak cukup hanya dengan gerak gempur semasa pilihanraya saja.

    Barisan pimpinan komponen parti2 dalam PR perlu lebih ikhlas dalam membina satu halatuju untuk kebaikan rakyat semua kaum dan bangsa seperti mana yang dituntut olih ajaran Islam yang sangat adil. Mereka juga perlu elakkan "politiking" yang sempit semata-mata ingin menjaga kepentingan peribadi masing2.Dalam berseronok meraikan kejayaan banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan dimantapkan.

    Bersederhanalah dalam semua keadaan samada semasa menghadapi kemenangan maupun kekalahan.

  7. Ramai dari kita sekarang tak pernah alami keadaan dimana malaya jatuh ke tangan Jepun, tapi kita akan bernasib baik apabila tidak lama lagi kita akan dapat lihat kejatuhan UMNO kepada PR. Jika pemimpin dan ahli-ahli UMNO masih tak berubah maka sama-samalah kita melihat akan kejatuhan UMNO. Insyallah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008