Dalam posting bertajuk "Kenapa Najib tak nak sekolah," Jed Yoong 熊玉鳳 جيد يووڠ menegur saya seperti berikut:
Rasa-rasa beginilah. Ketika mengikuti usrah Abim pertengahan tahun tujuh puluhan (keluar Abim 29 Mac 1982, hari Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Umno. Dengan Anwar, dengan Abim aku meluat), naqib saya ketika itu, Ustaz Yusof Din memberitahu, "Halim, kalau hang tak boleh buat semua, jangan tinggal semua".
Makna kata, kalau tak boleh buat sepuluh kebaikan, jangan tinggal semua kebaikan. Dapat buat satu pun jadilah. Jangan sampai tak buat baik langsung.
Begitu juga benci rasanya. Kalau tak dapat benci semua, janganlah sampai tak benci langsung. Boikot pun sama jugalah. Kalau tak boleh boikot semua jangan tak boikot langsung.
Kita kena buat baik, walaupun tak larat buat semua kebaikan. Walaupun saya jahat, saya mesti belajar buat baik. Tak kisahlah walaupun saya masih lagi di kelas tadika dalam soal buat baik, tak naik-naik darjah, walaupun dah tua bangka.
Saya bagi contoh, kalau kita tak boleh laksanakan hukum hudud, buat dan luluskan undang-undang hudud, seperti di Kelantan dan Terengganu (1999-2004). Kalau di negeri-negeri yang kita tak ada majoriti dua pertiga untuk buat dan luluskan undang-undang hudud seperti di Kedah, Perak dan Selangor, jeritlah, keriaulah, pekiklah dan melalaklah hari-hari tentang niat kita untuk laksanakan undang-undang Islam.
Orang tua-tua kata, cakap-cakap kita menjadi doa. Mana tahu, satu hari nanti mungkin makbul.
Macam nak pergi hajilah. Tak dak duit macam aku pun tak pa. Yang penting hari-hari niat nak pi haji. Mana tahu, berkat niat, usaha dan ikhtiar, satu hari nanti dapat pi haji.
Yang jadi masalahnya ialah kalau niat pun tak ada. Yang jadi masalah lebih besar ialah hantu syaitan yang mengaku Islam dan kata "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan". Yang tak mengaku Islam tu aku tak kisah sangat. Terkejut babun pulak la kalau dia kata dia nak undang-undang Islam.
Pak BakaqBetul gak. Saya pun tak perasan. Terlepas pandang.
I see you have put up the boycott made-in-us logo.
Sila boycott juga Blogger, Google, dll....
YouTube pun US kot....

Cantik? Klik 

Betul tu kalau dah tak boleh boikot semua boikot la apa yg terdaya.. tak gitu bakaq
setuju sangat
Salam alaykum wr wb
Saudaraku yang se - iman, dan rakanku se-manusia,
Kita membalas tentangan mungkar Zionis mengikut darjah kemampuan masing masing, iaitu:
1. Jika mampu, berjihad bersama HAMAS di Palestin.
2. Jika mampu, bersama sukarelawan di Palestin.
3. Jika mampu, menderma ke tabung jihad/kemanusiaan Palestin secara berterusan (tiap tiap bulan, apabila mendapat gaji/pendapatan).
4. Jika mampu, menghentikan terus pembelian barangan keluaran zionis atau syarikat yang menyokong/mendokong zionis, jika ada alternatif yg lebih baik.
5. Jika mampu, memboikot (dengan menyertai kempen - ada jangka masa) pembelian barangan keluaran zionis atau syarikat yang menyokong/mendokong zionis
6. Jika mampu, menyatakan tentangan secara lisan (menulis, demonstrasi, memorandum dan seumpamanya)
7. Jika mampu, menyatakan tentangan di dalam hati dan fikiran (Selemah lemah iman)
Jangan pikir apa yang anda tak boleh buat, FIKIR DAN BUAT apa yang ANDA BOLEH BUAT jika anda masih bertanggung jawab sebagai MUSLIM ataupun sebagai MANUSIA YANG BERAKAL.
Ikhlas...
J
PS: Jangan kerana Yahudi yang mencipta enjin, maka kita tak mahu menggunakan enjin/motor, kerana semua ilmu - pengetahuan adalah dari Allah SWT. Siapa yang berusaha, mereka yang meraihnya, itulah JANJI ALLAH. Sungguhpun jauh sebelum enjin/motor dicipta yahudi, cendiakawan islam al Jazari telah mencipta asasnya. Begitu juga di dalam hal ehwal yang lain.
PPS: Di dalam sebuah peperangan (menentang kemungkaran), oleh kerana musuh mencipta senjata, dan membunuh saudara kita dengan senjata itu, maka adakah kita tidak mahu mempertahankan diri dengan menggunakan senjata yang mereka cipta? Bukankah BODOH namanya jika kita BERFIKIR dan BERTINDAK begitu?
Salamun'alaika
"SUNGGUH BENAR-BENAR HINA SEORANG KAFIR DI SISI ALLAH, SEHINGGA IA MEMINTA DUNIA BESERTA ISINYA; DIA AKAN MEMBERI IA KEPADANYA."
Harap Maklum. wasSalam
Salam bang bakaq dan yg seangkatan dgn nya,,
Aku nak tanya satuu soalan ,,kita marah dan maki hamun Yahudi pengkianat , LAKNATULLAH NI ini ..Hampa YANG DOK MAKI NI ,HAMPA ADA HISAP
ROKOK KE ? TERLUPA KE KITA BAHAWA ROKOK TUU COMPANY SIAPA YANG PUNYA ???? MALAS AKU NAK JAWAB LAH ..BUDAK TADIKA KEMAS DAN PASTI BOLEH JAWAB ???
MAKA BERHENTIKAN LAH HISAP ROKOK TUU,, BUKAN SAJA ANDA BUNUH DIRI ANDA TAPI BUNUH ANAK 2 ORANG 2 PALESTINE YANG TAK BERDOSA TU....BAGI ORANG ISLAM FATWA DAH ADA ..BAGI YANG BUKAN ISLAM FIKIR 2 KAN LAH ...DAH LAH ROKOK MAHAL ,BOLEH MEMBUNUH DIRI ANDA MALAH INSAN LAIN DI GAZA TUUU..
SAY NO TO UMNO /BN & SAY NOOOOOO TO CIGARETTE..
PERCAYA LAH WAHAI SAUDARA MEROKOK BUKANNYA KETAGIHAN TAPI ADALAH SUATU TABIAT..SEBAB TUUU MEMANG KITA BOLEH BERHENTI HISAP ROKOK... CUBA RENUNG MASA BULAN PUASA !!!!! KENAPA KITA BOLEH BERPUASA ,KALAU KETAGIH MEMANG MEMANG TAK BOLEH BERPUASA ,TAPI KENAPA KITA BOLEH BERPUASA SEBULAN ???
P/S : JADI KAN AZAM TAHUN BARU : YANG INI TAK BOLEH PASANG NIAT SEBAB HUKUM DAH ADA ? BETUL TAK BANG BAKAQ ??
SEKADAR RENUNGAN MENJELANG PRK P36 .....FIKIR 2 KAN LAH ...WASSALAM