Sinar Harian: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu memandangkan Pas dilihat sebagai 'hilang taring' dan tidak mempunyai pendirian teguh dalam memperjuangkan Islam yang menjadi asas perjuangan parti sebelum ini.Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pendirian yang selalu berubah-ubah dan hanya mengikut kepentingan tertentu parti tersebut tidak menjamin pembangunan untuk rakyat keseluruhannya.
“Pas adalah satu parti ‘loklek’ (tiada pendirian yang teguh)...kita lihat dalam perjuangan Islam sendiri, dulu dia (Pas) kata nak memperjuangkan Islam tetapi sekarang kita lihat Pas sudah tidak bercakap tentang negara Islam...dia juga tidak berani memperkatakan tentang hudud (lihat berita mStar di bawah dan berita Sinar Harian di sini).
“Dia boleh condong ke kiri dan condong ke kanan...selain itu, kita lihat sebelum ini bahawa dia menyatakan bahawa parti itu mampu mengemukakan calon-calon muda tetapi kalau tengok calon yang dikemukakan itu adalah calon tua (lihat analisis Zainal Epi dari Malay Mail di sini),” katanya.
Idris berkata, Pas sudah kehilangan calon-calon muda dan menampilkan calon yang lama tetapi tidak mampu melaksanakan sebarang pembangunan sepanjang perkhidmatannya.
“Pas sudah kehilangan calon-calon muda. Kalau tengok calon BN (Wan Farid) yang mana seorang peguam, berwibawa dan hebat (lihat posting bertajuk "SMS!! Wan Farid 'is really very bad (choice),' kata Dr M" dan lihat artikel Tranungkite bertajuk "Isu Patrick Lim: Calon BN Wan Farid ada peranannya?"). Tengok calon Pas, orang kata 'tak rok cetong' (tidak berkemampuan).“Di sini, perbezaan calon telah menunjukkan mana calon yang layak. Pas dilihat parti yang tiada kredibiliti, loklek dan mempertaruhkan calon yang 'tok rok cetong', tidak kredibiliti dan hal ini akan memberi kekuatan kepada BN. Saya yakin BN akan memenangi kerusi P36 Kuala Terengganu ini,” katanya.
Menurutnya, rakyat akan menilai apa yang telah dilaksanakan oleh BN setelah mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Pas Terengganu pada 2004 dan melaksanakan pelbagai pembangunan untuk rakyat sehingga kini (Lihat posting Haji Husam Musa 30/9/06, "Kemenangan BN di Terengganu 2004 tak sah?").
Katanya, agenda yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sama ada dari segi pembangunan fizikal dan peningkatan taraf hidup rakyat adalah secara konsisten ke arah memastikan rakyat keseluruhannya lebih proaktif dan berdaya maju.
“Namun, apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004. Orang Terengganu boleh menilai kemampuan Pas. Tengok apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN dari 2004 hingga 2008 (lihat berita Malaysiakini "Dr M: Khairy dan 'Patrick Badawi' perintah Terengganu"), walaupun kerajaan BN negeri lain tumpas tetapi Terengganu masih teguh. Jelas rakyat masih memberi mandat kepada kerajaan BN.
“Dalam BN, kita lihat ada pemimpin-pemimpin baru. Wan Ahmad Farid yang dahulunya tidak diberi ruang akan diberi ruang kali ini bagi membuktikan kemampuannya sebagai peguam muda dan timbalan menteri untuk memastikan Parlimen Kuala Terengganu akan mendapat pemimpin betul-betul berkaliber,” katanya.
Dari mStar Online:
Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.
"Tiada niau untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.
Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.
Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.
Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.
"Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.
"Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik," katanya.
Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.
Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.










Cantik? Klik 






ada masa nanti .. termakan kata diri sendiri pulak .. ;p
banyak lagi lawak akan berlaku dalam pilihan raya kecil ni, huhu
Jom datang ramai-ramai.
Kita tngok Sarkis(AMNO) di Kuala Trengganu kite.
Masok percuma hadiah pun ada..
Pas parti loklek kata si derih yang tak dapat jadi mb tu..ada ka patut??Hang pa pun boleh di katakan lokleq jugak..masa pas memerintah trengganu hangpa x kasi duit royalti minyak...tu loklek paling besaq la tu rampaih duit rakyat!!!derih lain kali mau bicara,tengok le parti sendiri..Presiden parti hang pun dapat gelaran flip flop...cemana tu.. geng hang sampai derhaka kat sultan ari tu x dapat terima mat said jadi mb baru....hang dah lupa ka Derih???
Memang jelas lagi terang pemilihan calon UMNO untuk PRK KT ini adalah lobi dari Idris Jusoh bersama KJ dan Pak Lah. Ini adalah usaha minit-minit akhir Pak Lah untuk memperkukuhkan pengaruh orang-orang beliau sebelum beliau melepaskan jawatan PM.
lawak sungguh artikel hang nie. mungkin hang ni pak lawak
Takyahle wat bhehite palsu, oghang ganu dah matang...
Demikianlah andaian seorang yang kecewa mengharap dapat perhatian dari bosnya. Citttt!!!
Deris Jusuh ni bodoh ke atau tak berapa sihat otaknya. Kerajaan Pusat kan ditadbir oleh BN. Mana jantannya UMNO untuk menubuhkan Negara Islam sedangkan bercakap memperjuangkan Islam. Cuba Perlembagaan Persekutuan mengizinkan Kerajaan Negeri melaksanakan Islam ! Kelantan pasti laksanakannya. Kelirulah rakyat kalau mendengar cakap pemimpin merapu !!!
tolong, tolong, tolonglah undi Dato Wan Farid demi menjaga projek2 Patrick Badawi dan SCOMI dinegeri Terengganu Darul Iman. Itulah sahaja harta yang kami ada, kesihanilah keluarga dan anak cucu kami yang dhaif ini......