Sedap!! Klik gambar di atas!

Anwar berjalan atas tilam

Kali ni pakai ganti nama "aku" rasa lebih mesra alam dengan tajuk ni. Lagu ni, nak tergelak aku bila wartawan The Straits Times Singapura, Reme Ahmad menyimpulkan padangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hu-ha hu-ha atau apa yang Mat Salon kata all the brouhaha di dalam Pakatan Rakyat (PR).
PAS boleh bincang, DAP boleh bising tapi kita masih sayang-menyayang dan boleh peluk-peluk.
Anwar, lapor Reme, menyatakan tidak ada salahnya umat Islam membincangkan undang-undang Syari'at yang hanya digunapakai ke atas mereka.

"Kita mematuhi Perlembagaan kita, tetapi kita seharusnya membenarkan orang-orang Islam menyatakan pandangan mereka".

Seronok aku baca bila Reme kata "clever word" terhadap apa yang dinyatakan Anwar itu. Memang, pandai dia bercakap! Berjalan atas tilam. Took a safe path on hudud, kata Reme.

Tetapi, Reme juga sigung sikit Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tak berani mansuhkan undang-undang hudud yang diluluskan ketika PAS memerintah negeri itu dari 1999 hingga 2004 dulu.

Memang la, buang pun tidak, lobi kerajaan pusat dari parti yang sama supaya buka laluan untuk laksanakan undang-undang itu pun tidak. Nak buang tak berani, nak buat tak nak.

mStar Online pula melaporkan Anwar berkata, pihaknya tidak ada niat untuk untuk memaksa rakyat bukan Islam di negara ini supaya tunduk kepada hukum hudud.

"Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu Selasa lalu.

Beliau juga berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin PR.

"Pemimpin-pemimpin PR ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.

"Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.

"Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik," katanya.

Sekali lagi, pandai dia bercakap dan selamat sungguh jalan yang dia pilih.

Malaysiakini pula melaporkan Anwar bermadah, berbeza pendapat dan pandangan bukanlah bermakna telah berlaku perpecahan di kalangan parti-parti di dalam PR.

Umno, kata beliau, mahu melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu yang membabitkan syariat Islam.

Ketika berucap dalam ceramah perdana sulung PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam, Anwar kata, tidak ada hak mana-mana orang bukan Islam untuk mempertikaikan hak orang Islam.

"Tetapi Umno khianat supaya kita berbeza pendapat dalam perkara tersebut. Berbeza pendapat dan pandangan bukanlah bermakna telah berlaku perpecahan sesama kita.

"Dalam Pakatan kita boleh berbeza pandangan politik," katanya di sambut tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Tak dak nak kata apa sangat la ucapan Anwar tu. Hanya nak tergelak bila Anwar kata "Umno khianat supaya kita berbeza pendapat". Bodoh, bengap, biul, baghal la kalau Umno tak buat macam-macam untuk pecahbelahkan PR.

Kalau Umno tak gunakan media untuk mengelirukan rakyat tentang PR, memang bangang tahap Tingkat Lima Jabatan Perdana Menterilah dia. Memang la itu kerja dia. PR lagu mana buat kerja?! Takkan tak naik-naik darjah, dok jaga gol ja tunggu orang serang, orang rembat.

PAS pulak nak buat guane bila Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kata perjuangannya tidak waras? Kalau aku jumpa apek kurang ajaq tu nanti, aku carut cukup-cukup kat muka dia. Berhujah nak buat apa. Bukan dia nak terima hujah kita. Bukan nak masuk dalam kepala bodo dia hujah kita.

Dalam Surah Al-Lahab (yang mula dengan ayat "tabbat yada Abi Lahabin watab" tu) Allah s.w.t. berfirman yang diterjemahkan sebagai "Celakalah kedua-dua tangan Abu Lahab (celakalah Abu Lahab) dan binasalah dia".

Fasal 5 Perlembagaan PAS menyatakan, tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Laporan The Star mengenai Anwar dan isu hudud:
PKR will not reject hudud

The Star (8/1/09)
: PKR will not reject outright PAS’ plan to implement hudud law, said its de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He also dismissed Karpal Singh’s remark that such legislation was unconstitutional, saying that the DAP chairman was making a general statement.

He said there was no need to reject the proposal as it was only applicable to Muslims.

What was needed, said Anwar, was an in depth discussion among Pakatan Rakyat partners on contentious issues which had resurfaced following a debate between PAS vice-president Datuk Husam Musa and Umno Youth deputy head Khairy Jamaluddin.

“Hudud is not something new. There is allocation for it in Islam. This is what PAS has been saying all along, that it is solely for the Muslims,” he told reporters after launching the PKR main operation room for the Kuala Terengganu parliamentary by-election yesterday.

According to Anwar, all opposition parties understood Islam and that its legislative aspects should not just be confined to Syariah family or civil law.

Describing himself as a practising Muslim, Anwar stressed there was no blanket answer on hudud and that he would not emulate what former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad did, which was to oppose and reject outright hudud law when PAS first proposed it without fully understanding the issue.

He said detailed discussions on the issue could clear the air.

He also urged all dissenting voices to study the specific proposal and its provisions closely before opening their mouths.

Anwar also hit out at the media for attacking PAS over the hudud proposal and conveniently forgetting that it was the government that had declared Malaysia an Islamic nation.

“I do not understand why the media is harping on it. It is a non-issue in this by-election. The bigger issues are the policies of Barisan in contrast to what Pakatan is trying to do. That should be the focus,” he said.

He also said the alliance between the opposition parties was developing into a compact front despite the media’s reports on rifts in their pact over certain governance and political policies.

“We are not Barisan Nasional where supposedly Umno dictates and others just follow. We practice democracy,” said Anwar.
Mengenai isu yang sama, The Straits Times Singapura pula melaporkan:
Anwar on a show of unity

KUALA TERENGGANU: Opposition leader Anwar Ibrahim flew home from Turkey on Tuesday, and headed straight for a beach in Kuala Terengganu.

He arrived late at night at the Tanjung beach, which was already covered by a sea of people, mostly men in skull caps.

Datuk Seri Anwar had come here to campaign for Parti Islam SeMalaysia (PAS) candidate Abdul Wahid Endut, who is standing in the Kuala Terengganu by- election. Mr Wahid faces Umno candidate Wan Ahmad Farid Wan Salleh and an independent.

The contest, scheduled for Jan 17, was called after the seat fell vacant last November following the death of Umno MP Razali Ismail.

The fight is such a close one that every factor counts, especially as the opposition has painted it as a step towards its goal to seize power.

One of the biggest headaches for the opposition is the recent public squabbling that showed up its lack of cohesion. This may turn off voters who see the quarrelling as a sign that the Pakatan Rakyat coalition is not ready to be in power.

Mr Anwar sought to dispel this perception by sharing the stage on the waterfront with Democratic Action Party (DAP) veteran Lim Kit Siang and PAS' top leaders Hadi Awang and Nik Aziz Nik Mat.

He told the beach rally that the perception of opposition disunity was created by the ruling Barisan Nasional (BN) coalition and the media. He did not deny that there were differences but said they were manageable. 'This is an Umno tactic, it is slander,' he said at a press conference yesterday.

The most recent controversy was over the Islamic penal code or hudud, which prescribes punishments such as amputation of limbs for offences like robbery. Kelantan and Terengganu have hudud laws but neither has implemented them.

The issue resurfaced after PAS vice-president Husam Musa said the party will introduce hudud if it takes power, prompting a protest from its Chinese- based partner DAP.

Hudud is fast becoming the weakest link for the Pakatan Rakyat coalition, just like ketuanan Melayu (Malay supremacy) is a bone of contention to Umno and its BN partners.

Mr Anwar yesterday attempted a middle-of-the-road response that supported neither PAS nor DAP. He said there was nothing wrong with Muslims wanting to discuss a parallel legal system that will apply only to Muslims.

'We abide by our Constitution, but we should allow Muslims to articulate their views. I have no objections discussing it within Pakatan,' he said.

The government's stand is that hudud is contrary to Malaysia's Constitution.

Playing down the differences, Mr Anwar said Pakatan remained united in aiming to topple the government. 'I want to say that we in the alliance are determined to topple the Barisan Nasional coalition,' he told the crowd at the beach rally, to cheers of Allahu Akbar (God is Great).

The opposition is hoping that a win in Kuala Terengganu will weaken Deputy Premier Najib Razak, who is leading the BN campaign. He is under pressure to defend the seat won by Umno by a tight majority in the March 2008 general election.

Analysts have suggested that PAS may have a slight edge because of its popular candidate - a five-term assemblyman for a state seat under the Kuala Terengganu parliamentary seat.

Mr Anwar said a Pakatan win will show that change is irreversible.

Asked if Datuk Seri Najib's credibility would be hit if Umno loses, he said: 'The assumption is that he has credibility. I don't share that view.
Bacaan sampingan:
Rakyat Kuala Terengganu mahukan pemimpin mesra (Bernama)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. UMNO dengan pencacainya memang tidak henti-henti memutar belitkan isu demi mencari kemenangan biar pun ianya dianggap jahat oleh rakyat! Cittt !!!

  2. Bakaq!

    Hang tunggu sampai kucing bertanduk pun BN tak kan Laksanakan hukum hudud di Terengganu dan Malaysia ini. Bukan takut pada MCA atau MIC tapi takut pada UMNO sendiri, nanti mereka tak boleh itu ... tak boleh ini ... ! Faham-fahamlah sendiri.

  3. Bakaq,
    Kata lagu nilah, sekolah bertingkat-tingkat, bodohnya berlapih-lapih.

  4. Ong Tee Kiat tu tak perasan ke yang ADUN dari Bandar (MCA) tak pernah ungkit pun isu hudud yang mimang pun dah jadi enekmen dinegeri Terengganu ini sejak PAS mementah dulu. Kenapa tak minta UMNO Terengganu mansukan saja enekmen itu.

  5. Pak Bakaq patut baca ada satu komen membela DSAI mengenai Pandangan Karpal tentang tubuh kerajaan ikut pintu belakang di blog Uncle Scribe A. Kadir Jasin.

    Copy Cat Seh. Saya tak marah nak copy cat gaya saya tapi tolonglah Anwar tak layak dibela lagu saya membenarkan Ali Rustam dengan kebodohan dia menganggkat Shah Rukh Khan. Lagi pun dalam kes kerajaan Melaka tu, penasihatnya ialah Tun Daim Zainudin. Tak salah kalau berbaik sangka dengan nasihat dan pandangan Tun yang sorang ini.

    Orang yang angau, berserta mabuk kasmaran berpanjangan aje yang akan menyamakan bakat Anwar sekelas dengan Tun Daim. Sebagai penulis memang kita berkeupayaan untuk menyihir taik nampak macam permata. Tapi tak bolehlah mengguna sihir ini sesuka hati apatah lagi untuk mencantikkan orang yang sejarah hidupnya tak pernah sunyi dengan kontroversi. Orang kata kontroversinya, nauzublillah, mengalahkan prestasi.

    Lagi satu dulu tu Anwar buat hal sampai nak terbalik negara, DAIM gak yang masuk ofis dan sattlekan apa-apa yang patut. Kenapa saya tidak akan lupa insiden Bank Negara's Audited Account. Extrodanary Loss On FOREX were charge to the Balance Sheet instead of P&L??? Kesannya direct pada program PPP/ITM yang sangat gah satu ketika dulu. Saya adalah pelajar A-Level Batch 10.

    Walau tak kena kat saya, kesanya pada junior...bayangkanlah all this while orang kampung semua dah tau, budak ni esok nak ke luar negeri, aleh-aleh setakat ke UNITEN, MMU dan Universiti Petronas aje??? Mungkin ramai tak perasan tapi itulah dia natijah dari nafsu besar Anwar main api di FOREX. Banyak lagilah kerosakan-kerosakan yang telah berlaku akibat kesilapan TUN M melantik orang yang tak lulus ekonomi jadi menteri kewangan kalau nak korek dan teropong satu persatu.

    Jadi pesanan ikhlas dari saya, Pak Bakaq buatlah apa yang patut, agar orang PAS sedar dan dapat belajar dari kesilapan TUN M yang lalu.

  6. Mardhiah,sekurang2nya pandangan anwar tentang harga minyak dalam debat yang lalu membuktikan beliau lebih bijak menangani krisis ekonomi dari pihak kerajaan walaupun hang kata dia x lulus ekonomi...kesilapan adat manusia,sapa x buat silap..tun M,tun daim pun ada wat silap kalo kita nak highlight pasal tu..T.S Mohamed Nor menteri kewangan tu pun merugikan duit bank negara berbilion bilion pun, hang x bising pun..be fair le dalam comment..

  7. Penarik beca,

    Berkaitan dengan penulisan "mardhiah", kita patut berterima kasih padanya kerana membuka cerita lama berkaitan dengan ekonomi negara.

    Kalau dulu Anuar melingkupkan ekonomi tapi diselamatkan oleh Tun Daim. Tapi bagaimana dengan keadaan ekonomi negara masakini...? Siapa yang melingkupkan dan siapa pula yang akan menyelamatkannya...?

    "Mardhiah" pasti tahu bahawa keadaan ekonomi negara Malaysia sedang merundum dan kerajaan pimpinan Pak Lah sedang berbohong pada rakyat bahawa eknomi negara masih stabil.

    Sebagai seorang pelajar A-Level Batch 10 apa pandangan anda dan bagaimana untuk memulihkan kesan kegawatan ekonomi global...? Dan bagaimana pandangan anda terhadap menteri kewangan yang baru dilantik, Najib Rasak..? Apakah dia lebih baik dari menteri yang mentadbir sebelum nya..? Apakah dia tidak akan menjahanamkan duit rakyat diatas kebodohannya kerana dia juga tidak ada kelulusan ekonomi..?

    Kalau kita pandang belakang, bermakna kita akan leka dengan pekara yang telah jadi sejarah. Pekara itu tidak boleh diubah lagi kecuali pekara yang ada dihadapan kita.

    "Mardhiah" sepatutnya anda tampil kehadapan membetulkan apa yang salah dilakukan oleh menteri kewangan yang ada sekarang, agar mereka sedar dan dapat belajar dari kesilapan TUN M yang lalu.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008