Sedap!! Klik gambar di atas!

Adakah Najib, Umno, BN akan berlaku adil kepada saya?

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, "Kami (Umno Barisan Nasional) akan berlaku adil kepada semua orang". Saya akan berusaha untuk mempercayainya. Adakah Najib, Umno, BN akan berlaku adil kepada saya? Tetapi, kepada bekas ketua awak sendiri pun tak berlaku adil, macam mana kawan nak percaya cakap awak?!! (lihat posting Ahirudin Attan bertajuk "Police report against PM lodged" dan lihat berita di bawah).
Perwakilan kemuka akuan bersumpah rasuah di Kubang Pasu

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan mesyuarat agung Umno dari Bahagian Kubang Pasu baru-baru ini, Rodzi Abdul Razak, mengakui bahawa beliau menerima RM200 dan diarahkan supaya jangan mengundi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perwakilan Umno bahagian tersebut ke Perhimpunan Agung parti itu minggu hadapan.

Dalam surat akuan bersumpahnya kepada Jawatankuasa Disiplin Umno yang disiarkan oleh Malaysia Today, Rodzi yang juga Setiausaha Umno Cawangan Kemunting, mengakui beliau mendapat "tiga sampul surat berwarna coklat muda" dari "Cik Gu Badly Bakar, Setiausaha Umno Zon Jitra".

Beliau "mendapati dalam setiap sampul surat tersebut mengandungi Ringgit Malaysia dua ratus (RM200), satu helai RM100 dan dua helai RM50 bersama dengan sehelai senarai undi nombor-nombor calon-calon".

Beliau diberitahu oleh Badly bahawa salah satu sampul surat itu untuk beliau sendiri dan dua lagi sampul "diarahkan diberi" kepada dua lagi perwakilan Umno Cawangan Kemunting, Nadzri Long dan Fazil Jamaluddin.

Rodzi jua diarah "memberitahu mereka untuk mengundi seperti senarai nombor-nombor calon-calon yang diberikan dalam sampul-sampul tersebut".

Dalam surat akuan bersumpah itu, Rodzi juga menyatakan bahawa Badly "juga memberitahu saya bahawa beliau mendapat arahan serta ditugaskan untuk memberitahu para perwakilan dalam Umno Zon Jitra termasuk saya juga supaya jangan mengundi Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan hanya memberi undi mengikut senarai nombor calon-calon yang disertakan dalam ketiga-tiga sampul surat tersebut".

Seorang lagi perwakilan ke mesyuarat agung Umno Bahagian Kubang Pasu, Ibrahim Arifin, mengemukakan surat akuan bersumpah bahawa beliau diarahkan supaya tidak terlibat dalam sebarang program berkaitan Dr Mahathir.Beliau yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Darat dan Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Tekun Kubang Pasu memberitahu, pada 5 September 2006, Pengarah Urusan Tekun, Syed Kamaruzaman; Pengurus Kanan Yayasan Tekun Nasional, Haji Yusof; Pengurus Tekun Negeri, Zambri Ahmad; Kamaruddin Awang dari Yayasan Tekun Negeri; Pegawai Pembiaya Tekun Negeri, Md Robai Desa dan Mansur datang menemui beliau di pejabat Tekun Kubang Pasu.

Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat aduan dari Umno Kubang Pasu bahawa Ibrahim terlibat di dalam kempen untuk Dr Mahathir.

Ibrahim menafikan dakwaan itu dan beliau memberitahu di dalam surat akuan bersumpahnya bahawa beliau "telah diberi arahan lisan oleh Pengarah Urusan tersebut supaya tidak terlibat dalam sebarang program berkaitan Tun Dr Mahathir" sehingga 9 September 2006.

Dua lagi surat akuan bersumpah adalah dari Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Biak, Ismail Taib dan ahli Umno Cawangan Kampung Lembah Arang, Aminuddin Omar.

Mereka mengemukakan pengaduan mengenai ucapan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom; Ahli Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Osman Aroff dan Saad Man di dalam perjumpaan di Darulaman Golf and Country Club.

Menurut Ismail, dalam ucapannya, Osman yang juga bekas Menteri Besar Kedah "telah meminta perwakilan bahagian Kubang Pasu untuk tidak menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perwakilan G7 untuk Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur yang akan diadakan dalam bulan November 2006".

Johari yang kini Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Saad pernah berkhidmat sebagai setiausaha Dr Mahathir.

Walaupun Umno berjanji untuk mengumumkan hasil siasatan aduan perwakilan-perwakilan dalam mesyuarat agung Umno Kubang Pasu itu dalam masa dua minggu, tetapi sehingga kini, tidak ada sebarang berita mengenai pengaduan tersebut.

Aduan tersebut dibuat September lalu.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Memang lidah tak bertulang!
    Cuma lidah biawak saja yang bercabang;
    Benarkan Najib adil pada semua orang,
    Kroni kayaraya rakyat terjun longkang.

    Citttt!!!!

  2. Memang ramai melayu cakap tak serupa bikin...
    Kesian.. generasi muda diwarisi dengan tabiat dan agenda rasuah ini...

    Ini perlu dihentikan segera... jika kita tidak mahu jadi macam bangsa lain....

    Salam,

  3. Salam tuan blogger! Apa khabar? Sememangnya kita mesti mencerminkan sifat yang terpuji dahulu sebelum hendak berkata kata bahawa kita akan berlaku adil atau hendak telus dan sbgnya.

    Harap tuan dapat linkkan blog saya ke dalam Malaysia Kita - bakaq juga. Kesudian tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih!

    Salam hormat.

    www.darahtuah.wordpress.com

  4. memang pemimpin kita telah diajar untuk:
    1. memberi & menerima rasuah (kononnya imbuhan)
    2. menipu rakyat
    3. memberi janji2 palsu kepada rakyat
    4. talam 2 muka. boleh dilihat dengan jelas apabila tiba musim pilihanraya
    5. mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan rakyat. secara tidak langsung, rakyat akan melihat mereka sebagai pemimpin yang bodoh
    6. sila tambah sendiri

  5. memang perangai burok pemimpin umno ni talam dua muka , hipokrit, semuanye ada pd gerombolan pariah nie

  6. Assalamualaikum wbh. bang bakar n family

    Bang bakaq, hang tak pi KT ke. Saya ada kat sana 16hb ni. dari kedah pukul 10 bersama family saja nak menyibuk. Mudahan PAS menang teruk dan BN kalah besar PRK P36 KT.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008