Ketika akhbar Guardian melaporkan "Israeli PM rejects calls for Gaza ceasefire" dan Datin Paduka Marina Mahathir menulis posting bertajuk "Horrible End of Year...for the Palestinians," Alex kawan saya menghantar SMS seperti berikut:Peace to the world. Happy New Year! Salam hangat dari Alex dan keluarga.Saya sentiasa menghormati Alex. Lalu saya balas SMSnya:
Sama juga kepada Alex, a non-Muslim who has more virtues than a Muslim like bakaq a.k.a. ~penarik beca.Di Malaysia, dalam posting Ahirudin Attan bertajuk "Hello, 09!", Belacak menyiarkhabarkan tentang "Newsmaker of the Year"nya. Apa Nama pula menamakan "Turkey of the Year"nya.
Saya lebih tertarik kepada resolusi Sheih bagi tahun 2009. Saya juga berharap tercapai harapan Husin Lempoyang yang ingin melihat sang rimau tidak lagi menjadi kambing dalam tahun 2009 ini.
Saya akan tulis bagaimana persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 dahulu menjadikan Malaysia panas dengan semangat perkauman selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu. Persempadanan semula itulah yang melahirkan gerombolan-gerombolan seperti Berug dan Kurap.
Jangan terkejut apabila PAS akan dituduh tidak sayang Melayu dan tidak sayang Islam jika membantah persempadanan semula yang akan datang yang dijangka memperbaiki bodoh dan bangangnya Umno dalam persempadanan semula 2003 lalu. Saya rasa, kalau buat persempadanan semula ala 2003 untuk menyekat apa yang berlaku dalam pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan hanya kira-kira 35 peratus orang Melayu mengundi Umno dan Barisan Nasional, akan berlaku apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 lalu. Kalau diperbetulkan persempadanan semula 2003 konon untuk mengembalikan kuasa Melayu (baca: Umno), akan berlaku pula apa yang berlaku dalam pilihan raya umum 1999 lalu.
Jenuhlah Berug dan Kurap serta gerombolan-gerombolan yang sewaktu dengan mereka menjerit-jerit merata jalan. Jerit jangan tak jerit! (Imej di atas ihsan Mazen Kerbaj dan saya juga berharap foto ihsan Guardian di bawah menginsafkan kita semua dan selain itu, klik di sini untuk bacaan penting di awal 2009 ini)
27/12/2008: Amid thousands of images of civilian casualties of the Israeli airstrikes in Gaza,
the solemn stare of one child appears to have stood out more than any other.
Newspapers and broadcasters across the world selected the image of
a young girl looking into a camera lens outside the Shifa hospital hours after an Israeli air strike.










Cantik? Klik 






salam..
pernah saya terbaca aduan seorang pembaca tentang kenyataan seorang alim tersohor malaysia yang mengatakan yahudi tak bom sana-sini untuk maju...
kalau betul, buta sejarah dan buta isu semasa kah dia?
Loyalty to the Resistance bloc leader MP Mohammad Raad said that Israel was colluding with some regimes bordering the Gaza Strip to close all the border crossings that allow the flow of medications and food supplies for the Palestinian people under siege.
“Why is the Rafah border crossing closed? Who is closing it? Are Egyptian authorities forbidden to open the crossing?” he asked.
During a speech at the Ashoura council organized by Hezbollah in South Lebanon, he added that Hezbollah was not relying on any Arab regime but on the patience of the people in Gaza and the fighters whom, he said, “we know how much they are jealous toward their land and they know our experience.”
He concluded that Israel’s membership in the United Nations Security Council meant that the UN was participating in all “Israeli crimes.”
Zolgoji Bukit Jelutung, Shah Alam
sudah menjadi tabiat Yahudi Zionis nie,depa suka mulakan serangan dan kata yang jadi punca adalah Hamas...pencetus situasi tidak terkawal ini..gila betul depa nie.
saudara sekalian
Sila baca posting diblog ini:
http://malaysianunplug.blogspot.com/2009/01/middle-east-conflict-orthodox-jews.html
Orthodox Yahudi (golongan neturai karta) mahu mansuhkan Israel dan pemimpin Zionis.
salam
cuma saya terfikir, semasa zaman tamadun ilmu islam andalusia, mengapa sekolah-sekolah Yahudi boleh diwujudkan?
wasalam
pemerhati