Kepada ahli-ahli, pengundi-pengundi dan para penyokong PAS,
Bagaimana perasaan anda jika wakil rakyat dari PAS yang anda undi hanya menjadikan Dewan sebagai tempat berehat? Sesekali mungkin dia kata, "Tuan yang dipertua, soalan nombor..." Itu saja.
Katakanlah Ahli Parlimen dari PAS yang anda undi itu dari Kelantan, pukul tiga petang Khamis (hari terakhir sidang dalam sesuatu minggu), anda sudah boleh tunggu dia di Kuala Lipis untuk minum-minum teh tarik sedangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, Dewan bersidang dari jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. (Dewan berehat jam 1.00 hingga 2.30 petang). Jika begitu buruk kelakunya, bagaimana perasaan anda yang mengundi beliau?
Kadang-kadang Dewan bersidang hingga malam, tak kiralah pukul 9.30 atau pukul 11.00 dan selalu juga hingga 11.30 malam. Bagaimana perasaan anda jika wakil rakyat dari PAS yang anda undi tidak pernah ada pada waktu-waktu tersebut? Nak kata dia pergi ceramah atau mesyuarat parti, tidak juga.
Cukup setakat itu dahulu, wahai ahli-ahli, pengundi-pengundi dan para penyokong PAS.
Saya hanya menyatakan satu dua perkara berhubung kerja wakil rakyat anda di dalam Dewan sahaja. Saya taklah cerita soal sama ada dia pernah buat homework atau tidak. Berapa orang yang dia pernah jumpa dan berbincang untuk mengemaskinikan pengetahuannya mengenai pelbagai isu dan perkara.
Saya juga tidak membandingkan wakil rakyat anda dengan Lim Kit Siang yang tua bangka tetapi tetap ligat dan aktif di dalam Dewan. Tak kiralah sama ada anda suka Kit Siang atau tidak sebab saya hanya cerita soal kerajinannya, sama ada bercakap di dalam Dewan atau mengorek serta membangkitkan pelbagai isu.
Saya juga tidak cerita soal prestasi wakil rakyat PAS dalam kawasan di mana dia dipilih - sama ada dia benar-benar berkhidmat kepada rakyat atau tidak. Ada yang pernah di pilih jadi Adun, tetapi dia dok asyik nak bela lembu - sampai rakyat naik meluat.
Akhirnya, saya hanya nak tanya, kalau wakil rakyat PAS pun pemalas, adakah pertolongan Allah senang-senang nak datang? Sedangkan, kalau tak dipilih jadi calon, ada yang buat muka macam muka... ah, nak kata macam muka setan pun, aku tak pernah tengok muka setan.

Cantik? Klik 

Pak Bakaq sihat??? Pak Bakaq dah kena guna-guna masa Pak Bakaq kena tangkap dulu tu kut??? he he he he
Itule ek akhir zaman ni Pak Bakaqkan kalu kita cakap benda betul, pasti akan ada orang kata kita dah tak betul, kita dah kena pukau dengan ajen dajjal bla bla bla..., "dah Allah hu akbar, ish ish dah kapiaq dah orang tua ni, depa dah dok bagi minum ayak holly water Pope Besar Kristian dah Pak Bakaq ni. Sumpah Wallahi ana nampak kalimah Allah kat dahi Pak Bakaq dah pecah de penangan Holly Water orang Polis PDRM ! :) berdramalah sikit.
Bakaq,
Apa yang hang tulis itu bukan setakat wakil rakyat sahaja tetapi kebanyakan ahli PAS begitulah kelakunya.
Cita-cita tinggi, nak tumbangkan kerajaan BN.
Minum teh secawan, sembangnya 3 jam. Dok ulas ceramah Mat Sabulah, Mahfuzlah tapi kerja tak buat.
Kerajaan BN kerja 24 jam sehari untuk pertahankan kerajaannya dengan segala jentera kerajaan digunakan siang malam mengelirukan rakyat. Tapi PAS hanya ada Harakah itupun tubek mingguan.
Aku punya pandanglah, PAS kena ada satu REVOLUSI MENTAL untuk menanamkan semangat kerja dan dayajuang. Semangat perjuangan Rasulullah dan para sahabat dan para pejuang terdahulu harus diteliti balik dan dihayati.
Bila Mahathir buat dasar pandang ke Timur, orang-orang PAS perli nak tiru Jepunlah dan kutuk macam-macam. Mereka kata Islam ada jalan penyelesaiannya kalau berpegang pada Islam.
Ini bercakap sahaja pandai tapi bila suruh buat kerja macam t***.
Pak Baqak, ada satu riwayat dari Yahya Al-Hindi mengatakan ahli parlimen yg mewakili penduduk ASsyahid Ibrahim Libya dah lama tak kelihatan di sidang parlimen sekarang ini tetapi elaun parlimen dituntut juga.
Apa hukum bagi orang2 ini dan sewaktu dengannya yg tak pi sidang parlimen dan ahli parlimen yg duduk diam memanaskan kerusi sahaja tapi tuntut elaun ahli parlimen. Ini wang rakyat.
Tolong Pak Baqak minta fatwa.
Ja'far Bukit Katil, Melaka
Habak saja nama depa. Dah berkurun kita nak simpan MP pemalas tu. makan gaji buta. Cakab degar2 di luar buat apa. Kalau nak jadi uztaz kuliah maghrib aja, tak yah jadi MP le.
MasyaAllah betul sangat2. Ingatkan ana aje yg perasan. Sekarang nih dah ada byk infomasi, kalau dulu2 boleh la kelentong. Pada pendapat ana (bukan fatwa ye), MP2 ni dibayar gaji oleh rakyat negara ini. Maka utk mereka ini jika ditinggalkan kerja yang mereka dibayar untuk buat kerja parti sekali pun pada saya perlukan hujjah yg amat kuat. Janganlah pulak kita bandingkan dgn kerajaan BN, buang karan je.
Sekarang ni dah ada byk laman2 web yg tunjukkan MP2 ni berhujah spt di MPPAS atau youtube. Maka rakyat boleh tahu sapa yg buat keje, sapa yg buat minum teh sebagai keje. Isk2 nak sgt ana sebut nama2 yg jarang2 sgt keluar berhujah. Tapi tak gamak pulak sbb bersangka baik yg mereka ini ada masalah lain, keluarga ke, anak sakit ke, kucing nak beranak ke...
Pak Bakaq,
Tolong habaq kat Wan Jo supaya semua MP PAS pi masuk kursus induksi dulu sebelum masuk parlimen. Tolong tunjukkan keberanian sikit semasa berada dalam dewan...jangan kyusuk mendengar lim kit siang dan karpal singh jer bergasak dalam dewan sampai terlelap.
BAKAQ nie yang hebat hanya MAT SABU yang lain tu
tolak tepi.... aku kenai sangatlah dengan hang bakaq oii
kalau tulis mesti ada nama mat sabu
tapi ingat bakaq oii ... puak JIM dok nak peneghajang puak mat sabu dengan isu syiah
dan tak dak tarbiyyah ...
Salam PaK Bakaq.Kesimpulannya.Ahli Parlimen Pas dan Umno sama saja.Sama-sama berebut nak jadi ahli parlimen sebab boleh dapat duit beribu-ribu.Hancurlah Malaysia macam ni.Sekarang kita nak percaya kepada siapa kalau perangai Pas dan Umno sama sahaja.Cepatlah bertaubat.Kasihan kat orang kampung yang duk undi kita dulu,kesana-kesini depa duk pi kempen nak bagi kita menang.Bila kita menang sebagai ahli parlimen,kita buat perangai pulak.
Tapi di kedah lagi laa teruk...kawasan dibawah majlis perbandaran rumput berzaman tak potong..kotoq lagi..ramai orang dah ngumpat ni..dulu 3-4bulan sekali mai jugak mesin rumput..sekarang??PAS oopas