Saya mempunyai perasaan yang paling negatif terhadap raja-raja Melayu. Mungkin ada sedikit tolak-ansur dalam hati saya terhadap Sultan Kedah dan Sultan Terengganu.Perasaan itu bukan baru. Sejak dari bersekolah menengah - ketika bersolat Jumaat di kampung saya di Matang, Perak atau bersolat Jumaat di masjid Taiping yang dekat dengan sekolah saya, Sekolah King Edward VII - saya akan meletakkan tangan saya atas peha serta berhenti menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh khatib apabila tiba kepada doa untuk si raja. Saya rasa berdosa sangat kalau saya mengaminkan doa seperti itu. Itu cerita saya. Bukan suruh orang ikut.
Saya juga penyokong kuat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meminda perlembagaan untuk mengkudungkan kuasa raja-raja Melayu. Tetapi saya taklah seberani blogger Umno, The “thirteen million plus Ringgit” guy dalam postingnya bertajuk "Chosing the right hereditary ruler". Baca juga postingnya yang bertajuk "A royal black mail?" dan posting Husin Lempoyang bertajuk "T Mukhriz mendahului pencalonan".
Dengan penuh ikhlas dan Allah menjadi Saksi, aku mengaku aku penakut. Hampa, dua-dua Umno, berani. Aku tabik! (Gambar ihsan The Star)










Cantik? Klik 






Hoi..Pak Bakaq...awat hang takut sangat...tengok tu..buah dada selambak...mereka nie mungkin caucasius kot?
hang takut masuk lokap lagi kaa????????
Pak Bakaq,
That makes two of us!!(I mean as far as angkat tangan masa Solat Jumaat is concerned...)
Apa yang Pak Bakaq lakukan semasa khatib baca do'a tu sama spt saya lakukan sampai sekarang. Saya tak rela. Pada raya Aidil Adha yang lepas saya solat raya di sebuah masjid di Melaka,kkhatib siap do'akan utk DiPertua Negeri sekali. Waktu tu jugak saya terbayang muka Shah Rukh Khan tengah terkinja kinja dikelilingi penari separuh bogel. Kacau kacau.
macam pagar dan kunci rumah kita lah....selain kita yakin dengan pagar dan kunci maka kita kena tawakkal kpd allah bahawa melayu islam akan selamat dunia akhirat di malaysia...tak semacam islam di plestin dan bosnia serta tempat2 lain...saya rasa cekka.wordpress.com ada betul tentang sejarah kejatuhan islam di andulusia sepanyol....ciri2nya ada di malaysia.
Sebenarnya anda berani. Anda mempunyai prinsip! UMNO mana ada???
Bagi aku tak ada masalah untuk doa kat dia orang...lagipun doa tu minta supaya Allah tunjukkan mereka jalan yang lurus...Tak rugi kalau Allah kabulkan doa kita dan tunjukkan mereka jalan yang lurus....Mungkin tuan-tuan boleh baca kisah Imam Malik kalau tak silap saya berkenaan perkara berkenaan...jangan emosional tak tentu pasal...tq
Pak Bakaq,
Pada pendapat aku la samada kita angkat tangan dan mengaminkan doa khatib tu atau tidak itu tidak menjadi hal sebab doa tu hak Allah untuk perkenankan.
Kalau sedunia orang doa pun tapi kalau Allah tak terima tetap tak makbul jugak.
Semasa aku kat sekolah rendah dan menengah (kat Johor) dan kat UTM KL dulu aku buat macam tu jugak.
Tapi setelah umur meningkat ni aku mula aminkan doa untuk raja pada hari Jumaat. Niat aku moga-moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada mereka.
Biar manusia ni atau raja berperangai tak elok manapun dia tetap manusia yang perlukan hidayah Allah untuk mendapat keselamatan abadi di sana termasuk lah kita yang hina-dina ni. Tak gitu Pak Bakaq.
Anyway teruskan membongkar mana-mana kelakuan tak senonoh golongan atasan ni semoga terbuka sikit pintu hati mereka untuk berubah.
Salam
A must READ for everyone...
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Thank you.
Amende lak penarikbeca ning. Mu ning wat oghang kongfius. Tak dok bende eih, mendoakan oghang dok kiro sapo....baik ke jahak mana pung, aminkang mehke moga selamak dunia akhirak, jauhkang mehke dari api neghake....kang mu doh kiro wat kebaikang...guanegok?
Bakaq sahabat lama ku.
Ampun tuanku! Beribu-ribu ampun! Sembah patik harap diampun! Demikianlah budaya dan adat Melayu beraja. Melakukan sembah memohon dahulu ampun sebelum melakukan kesalahan. Pemimpin Umno banyak mengatakan dan memperagakan: Melayu itu Umno, Umno itu Melayu. Bagaimana pula dengan prinsip Islam? Mampukah Melayu yang diperagakan oleh pemimpin Umno melakukan kehendak Allah dengan memberikan ketaatan, memohon keampunan, mengikut arah dan perintah hukumNya yang mana Raja-Raja juga adalah manusia yang dicipta sedangkan Allah adalah Maha Pencipta? Keamnpunan yang mana mesti diperolehi dan dan dituruti? Manusia mesti berfikir tentang siapa diri mereka sebenar di sisi Allah!
jangan takutkan manusia bila berurusan dengan Allah swt..
dan takutkan Allah swt bila berurusan dengan manusia..
Salam sejahtera bang bakar, kak salwa dan anak2.
Tak salah mendoakan org supaya jadi yg baik, lagipun tak berat mana kalau sekadar angkat tangan dan sesekali aminkan. Memang semua org akui mereka2 ada sejarah kurang baiknya, samada masa muda ataupun masa tua, tapi kita tak dihalang juga kalau ada yg nak kutuk kalau lihat perangai mereka yg tak baik. Masjid kariah kat kg kami di Baling, walaupun khatibya org kuat UMNO, entah apa yg tak kena maka sekarang jarang dah kami dengar doa untuk raja dan pembesar negeri atau negara. Apa pun kita harap mereka raja2 dan pembesar negeri akan jadi baik dan akan muncul waris2 yg mampu jadi idola masyarakat bagi menggambarkan kembali bahawa raja yg beragama Islam adalah raja2 yg patut disanjung. Moga suatu hari nanti tiada pihak yg tidak berpuashati dan menabalkan raja dari kelompok mereka sebagaimana yg dilakukan TS Anwar Musa.
Apapun adalah lebih afdal kalau kita berbicara secara positif dlm isu2 yg melibatkan kepentingan dan pemerhatian umum. Aapatah lagi ketika berada dlm kelompok yg tidak jelas. Kaedah itu lebih baik dan lebih mempermudahkan kata bual menyelinap dlm minda masyarakat semasa, berbanding sikap agresif dan terlalu kontra. Secara peribadi saya sentiasa menyokong sebarang tulisan yg boleh membina pemikiran. MAD BALING
apa salah doakan raja..doakan supaya mereka diberi hidayah....tu pun xreti apa daaa
my Old Edwardian..
Saya sokong anda.Xda pekdah nk menadah tangan dan amin depa.
Apa yang depa buat untuk kita??
Aku pun sama,x angkat tangan sampai la ni kalo bab doa khusus untuk raja ni...bukan apa, kan dah ada dalam doa yang sebut untuk muslimin,muslimat,mukminin mukminat..kalo depa tergolong dalam golongan tersebut depa dapat la...kalo nak angkat pun x salah,tak angkat pun x salah...perkara ni bukan wajib pun..
Pak Bakaq:
Wp hang tak suruh ikut style hang masa aminkan doa tp cara hang seolah-olah tak payah suruh orang macam 2 didoakan supaya berubah.
Karl
selalunya.. itu du'a supaya raja-raja panjang umur... du'a supaya mereka selamat sejahtera saja...
dari dulu... ramai je aku tengok yang tak amin kan du'a yang itu...
tapi ramai juga yang terus tadah tangan... tu yang kita selalu nampak golongan raja-raja ni panjang umur...
Kepada sekalalian orang Melayu,
Dok bising apa pasal ni. Silalah baca buku JIWA HAMBA yang baru dilancar di INTIM Ipoh pada 29.12.2008 yang lalu.
Baca buku tu, baru tahu yang Melayu kita ni masih lagi berJiwa Hamba.
-Tu La
Salamun'alaika
Tidakkah pada keadaan seperti itu (Berdoa); Bahawa ALLAH dekat kepada makhluk-NYA yang memohon. Adakah sewaktu kita meminta keampunan atau sewaktu kita memohon dilimpah rezeki dengan banyaknya? Jadi... Fikirlah dengan bimbingan serta didikan dari-NYA tentang ungkapan "Sungguh benar-benar hina seorang kafir di sisi ALLAH, sehingga ia meminta dunia beserta isinya; DIA akan memberi[nya] kepadanya." wasSalam
Nabi kita kan suruh kita berdoa supaya Allah mmberikan pentunjuk dan hidayat kpd orang yg berlaku zalim kpd kita ?
Tuan Beca,
Saya berpeluang menyaksikan pengkebumian jenazah Al-Marhum YDP Besar NS dari awal sampai akhir. Alhamdulillah, sebaik-baik masa yang Allah izinkan buat saya/kita untuk muhasabah diri akan hakikat kubur dan alam baka(q).
MasyaAllah, sayu sekali...macamana berkuasa, berharta, kuat dan perkasanya kita, bila tiba waktu kita mengadap Pencipta kita..datang kita hanya dibaluti oleh kain kapan dan baring (bersemadi) kita diatas lubang tanah! Masa kita masih berada dialam fana ini, tidur atas lantaipun kita mengeluh...
Saya ada terbaca catatan hadis yang sahih..
Bila seseorang mati..yang hidup akan tanya, "apa peninggalannya?", sedangkan malaikat akan tanya, "apa bekalan yang kamu bawa?"
picolotikusmondoq
Salam
@Moshe
Tidakkah al-Qur'an telah diturunkan. al-Qur'an ada al-Furqan ada al-Hikmah ada Hidayah ada qada dan qadar. Tetapi sudahkah hak sesama manusia diselesaikan dan hak sesama muslim diselesaikan. Apakah kita berharap doa dimakbulkan secara cepat atau dilambat? Tidakkah orang yang zalim kepada kita itu telah mengetahui di mana letaknya petunjuk dan hidayat? Apakah mereka itu tak perlu berdoa dengan tulus lalu kita diwakilkan untuk mendoakan mereka selama-lama mereka berlaku zalim pada mereka sendiri?
wa'alaika wa'alaihi al-salam.
Hoi..yang hang pi angkat tangan bakpa. Nabi pon angkat tangan lepaih solat jaa... muekekekekek tiru stail cakap pak bakaq
pada aku mudah ja, juak2 ni cme jadi ikon melayu ja sebenaqnya...
tp melayu yang mcm hangpa la, bukan aku...
sebab pada aku juak2 ni pun dah bukan melayu piyor, ada yg dah kacuk mat saleh etc...
hangpa xcaya pi check DNA depa..
BUKAN IKON BANGSA AKU