Pelampau-pelampau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengepung Forum Rakyat (No to ISA) di bangunan Bar Council malam tadi. Pelampau-pelampau itu mengepung, menyorak dan mengejek-ejek mereka yang menghadiri forum tersebut.
Nampaknya Malaysia sudah memasuki era baru di mana kumpulan pelampau dan samseng digunakan untuk mematahkan suara berbeza. Polis, FRU mungkin tidak diperlukan lagi selepas ini.
Pihak pembangkang pula dipercayai akan memastikan perhimpunan mereka akan dihadiri seramai-ramai penyokong untuk memastikan serangan Taliban jenis baru itu dapat dilawan balik.
Rupa-rupanya dengan segala kekayaan yang mereka ada dan disokong pula oleh apa yang dipandang tinggi sebagai pakar-pakar strategi, itu sahaja idea mereka untuk mempertahankan kekuasaan puak yang ketagih dan gian sangat dengan ISA.
Adakah samseng-samseng dan pelampau-pelampau itu akan menjarah di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan di sana? Sukar untuk menolaknya.
Kalau Taliban di Afghanistan dicipta oloeh CIA, Inter-Services Intelligence (ISI) Pakistan dan polis rahsia Arab Saudi demi kepentingan mereka, siapa yang mencipta Taliban yang menyerang forum ISA itu? Yang tahu, tolong angkat tangan.
Berkaitan:
Munafiq…….munafiq…….munafiq (Malaysia Today)
Forum Rakyat “No to ISA” berjaya. Niat jahat pemerintah gagal…. (Amin)

Cantik? Klik 

Post a Comment