Abd Rahim Kassim pernah menjadi peneraju Harakah dari hari pertama akhbar PAS itu beroperasi hinggalah beliau melarikan diri dari PAS bersama-sama Datuk Nakhaie Ahmad, walaupun ceritanya beliau tak masuk Umno. Mufaraqahlah kiranya tu. Itu cerita lama.Tetapi yang menariknya, beliau mendedahkan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi akan menjadi calon PAS bagi kerusi P36 Kuala Terengganu. Saya tidak tahu sejauh mana kesahihan maklumat itu.
Setahu saya, Tuan Guru Presiden PAS sendiri lebih cenderung kepada Haji Mustapha Ali yang satu masa dahulu menjadi antara pemimpin PAS yang paling saya segani dan merasa terhutang budi (bab merasa terhutang budi itu hingga mati - pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti...)
Kita tunggu sahajalah pengumuman 1 Januari nanti. Saya percaya Tok Guru Presiden akan mengumumkan yang terbaik. Saya tidak suka masuk campur kerja dan amanah orang. Tinggal lagi jangan sebut perkataan thiqah dan wala' depan aku. Meluat aku dengar. Thiqah dan wala' hari ini dah jadi candu masyarakat!
Berkaitan:
PAS candidate: Mat Sabu out (Malaysiakini)
Mat Sabu tidak kecewa gagal dipilih calon PAS (Malaysiakini)










Cantik? Klik 






saya tak tau nak menangis atau ketawa selepas membaca entri ni. barangkali, sesuai kalau saya sekadar senyum dan menitiskan air mata....
Bakaq,
Aku dah jarang benar dengar perkataan Thiqah dan wala' sekarang ini. Kalau dengar pun hanya dari blog hang sahaja.
Kalau tak salahlah maksudnya kesetiaan. Contohnya dalam sembahyang berjemaah kita kena patuh dan redho pada imam yang memgimamkan kita. Kalau tidak, sejengkal pun pahala sembahyang itu tidak diangkat.Begitulah yang aku dengar orang kata masa dulu-dulu.
Jadi kalau kita sudah tidak redho dan ragu-ragu dengan imam yang kita ikut, kenalah mufaraqah.
Daripada tak dapat pahala sembahyang berjemaah lebih baiklah sembahyang sendiri-sendiri.Dah 20 tahun lebih aku bersendiri bakaq. Orang kata macam hantu raya tidak bertuan. Tapi aku tidak kesah. Hati Aku tidak sakit.
Kalau betullah Mat Sabu tak dipilih jadi calon KT, nampak macam orang Kola Tenganu ni tak nak kat dialah.Mat Sabu ada buat apa-apa hal kot kat orang Kola Tenganu masa PRU dulu?
Salam pak Bakaq,
Kalo abg mat tak tanding undi kami 5 sekeluarga akan uzur pada PRK KT nanti. Beberapa kekawan lain yang atas pagar juga akan ambil tindakan yang sama. Sahlah kata orang luar ganu, PAS ganu ni air tenang jangan sangka tiada buaya. cakap jemaah islam , thiqah wala pulak lagi (ape bendenya??)....meluat,meluat...asobiyah tu ape ke bende. Cukuplah PAS ganu oooi... Benarnya tamak dan dah nampak PRK 12 dulu pengundi nak perubahan.... skrang baru sibuk Ganu ke atau tak... memang sah banyak PAS Ganu "play safe" dan cakap belakang...cakap lain buat lain!!!
pak bakaq, pak rahimkassim,
memang benar istilah thiqah dan wala' dah tak relevan lagi dalam politik Malaysia hari ni,termasuk dalam PAS.
istilah yang relevan dan diamalkan hari ini ialah
'serakah dan jilat" bukan lagi "thiqah dan wala"
Salam Abang Bakaq ,Aku yang jahil ni nak tanya ??
1. Adakah benar istilah thiqah dan wala' dah tak relevan lagi dalam politik PAS hari ??
2. Kalu Ya ,Adakah wajar dan adil kita mengaku kita ini parti ISLAM ?
3.Adakah benar ramai penyokong PAS samada di dalam dan Di luar Trengganu Meluat degan satu dua pemimpin atasan PAS trengganu ?
4.Adakah benar ornag PAS kata ,,Pemimpin atasan PAS kat trengganu tamak dan Cakap lain ,buat lain ?
5. Kalu YA ! Bang Bakaq patut kah orang 2 macam ini memipin Parti kita yang dilihat membawa imej ISLAM ?
6. Ada orang Kata ,pemimpin Pas kat trengganu yg tua 2 tu turun lah .jangan memimpin lagi dan jadi ahli biasa je ! Takut -takut jadi Liability Parti je ? YE KE bang Bakaq ??
TU soalan -soalan yang abang bakaq kena Jawab !!!
Kepada Anonymous, Wednesday, December 24, 2008 2:15:00 PM MYT
1. Relevan selagi tak dipergunakan sesuka hati.
2. Tidak penting mengaku tak mengaku. Yang penting, orang PAS komited buat apa yang terdaya untuk mencapai matlamat perjuangan PAS (sila lihat Perlembagaan PAS)
3. Saya memilih untuk tidak menjawab.
4. Saya memilih untuk tidak menjawab.
5. Saya memilih untuk tidak menjawab.
6. Saya memilih untuk tidak menjawab.
Akhirnya, saya rasa yang bertanya lebih tau dari aku yang ditanya.
Gua takut kalo "yang kat atas tue" dah makin jauh dengan akar umbi yang masih lagi kuat berpegang kepada Fasal 5 Perlembagaan PAS.
Takut depa jauh sebab "dunia" punya pasal...
puak ni sokong pas ke sokong orang pas?
Cikli, sokong jemaaah islam pas dan mereka2 yang benar2 memperjuangkannya lah!!! kalo pas nanti dah terpesong ko nak sokong ka.....? Orang macam pak bakaq ni lah yang kita nak supaya orang muda macam kita ni tak terpedaya dengan puak2 ugama.
pak bakaq,
harap jgn tak siarkan komen ni!
aku rasa elok cakap terang2...mustapha ali dan yg sewaktu dgnnya dalam PAS Trg elok lah bagi laluan kat pimpinan muda PAS dan bersara secara terhormat mcm dr mahathir dan pak lah; jangan perasan ahli2 akar umbi PAS dan rakyat marhain masih syok kat dia.
Janganlah jadikan jawatan2 dalam jamaah PAS sebagai harta pusaka keluarga dia.
Aku agak le kan...Dalam parti apa pun termasuk PAS sendiri akan ada pemimpin yang lebih mementingkan tembolok & agenda sendiri dari perjuangan parti..thiqah & wala' akan jadi umpan dan mainan untuk memperdayakan penyokong-penyokong... tidak seperti pejuang dahulu yang berkorban apa saje, harta ataupun nyawa.jika ada yang membawa obor perjuangan dahulu,orang itu akan tinggal bersendirian satu hari nanti tanpa dipedulikan...percayalah,dah banyak pejuang kemerdekaan dulu yang tak masuk pun dalam sejarah dan ada setengahnya hidup dalam kedaifan...sedangkan darah & nyawa mereka yang menjadi taruhan...aku bersimpati ngan pejuang tulen kerana mereka tidak pedulikan nama pangkat dan jawatan walaupun akhirnya mereka disisihkan....
-ODEN-
Aku tengok PAS la ni dah ada dua presiden Hj Hadi dan Anwar Ibrahim. Islam dah campak dalam longkang. Nampaknya kena cari parti Islam yang baru...!
CALON PAS PRK KT: BERBEZA PANDANGAN ADALAH RAHMAT
Demam pilihanraya kecil kembali muncul dengan fokus diletakkan kepada kawasan Kuala Terengganu. Di celah-celah pelbagai isu yang mula berbangkit, pihak BN awal-awal lagi membawa isu kononnya berlaku keberantakan PAS dalam memilih calon untuk pilihanraya tersebut. Dikatakan wujudnya perselisihan antara kepimpinan PAS dalam menentukan calon yang perlu bertanding. Pengumuman calon PRK PAS yang lewat daripada BN menambahkan lagi hujahan peluru yang ditujukan kepada pihak PAS. Namun, adakah begitu kisah sebenarnya. Ada yang mengatakan kepelbagaian pendapat yang timbul bermula daripada petikan kata Mursyidul Am sehinggalah pandangan PAS perhubungan negeri menunjukkan berlakunya perpecahan dalaman PAS. Cukup dangkal sekali kesimpulan yang dibuat. Adakah kepelbagaian pendapat yang multidiversiti boleh ditafsirkan sebagai perpecahan?
Apakah teras kepada penentuan calon? Telah diketahui PAS sentiasa mendengar semua pendapat sama ada diterima daripada ahli cawangan, ahli biasa, peringkat negeri ataupun kepimpinan teringgi, malah Presiden PAS sendiri di petik berkata blogger juga mempunyai hak untuk memberikan pandangan. Apabila manusia diberikan ruang untuk memilih, pilihan yang dibuat akan berasaskan nilai dan hukum kecenderungan masing-masing dan pengalaman yang di lalui. Budaya PAS tidak pernah mewujudkan homogenisasi pendapat selagi mana tidak bertentang dengan dasar perjuangannya. Malah, PAS akan cuba mengharmonikan semua pendapat melalui perbincangan ataupun syura kerana meyakini diversiti dan kepelbagaian akan memberikan ruang utk keberhasilan potensi pendapat yang baik dan yang terbaik. Keterbukaan prinsip inilah yang cukup tidak disenangi oleh pihak lawan.
Apabila timbulnya kepelbagaian pandangan, satu teras tunjang akan bertindak sebagai kawalan kepada semua dinamika proses yang berlaku dan sistem tersebut sudah tersedia di dalam pengurusan organisasi PAS itu sendiri. Di mana pada akhirnya, proses pencalonan akan diserahkan kepada PAS Pusat serta Jawatankuasa Politik PAS Pusat dan akan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat.
Pak Bakaq,
Aku bukan ganu mari dan bukan ahli gerombolan PAS, aku setuju amat lah dengan komen yang senja beri laluan kepada yang muda lagi bertenaga seperti Dr.Syed Azman tu, lebih-lebih lagi dalam abad ke -21 ni , serba mencabar. Calon dari luar KT patut sangat dielakkan, bukan dia tak bagus tetapi jangan sampai seolah-olah kelihatan anak tempat tak layak dan tak mampu. Yang penting Allah jua penentu dan membei ilham kepada manusia. Yang penting menang.Pada saya DSA lawan terbaik DWF.
Assalamualaikum wbh bang bakaq, semoga sihat anak beranak dan juga kak salwa.
Rasa elok kalau akhie Dr. Sd Azman. Jgn nanti dilihat PAS ketandusan pemimpin. Trengganu khususnya KT memerlukan org tempatan. Trend dan pemikiran rakyat kini bukan bergantung 100% kepada kelantangan dan keberanian individu sebagai ahli politik, tapi lebih bergantung kepada idea dan kekuatan minda untuk berdepan dgn situasi rakyat setempat.
Wanamad baling.
pak bakaq, salam,
saya macam terasa PAS akan kalah di PRK KT. Dari pengamatan saya PAS masih tidak dapat membaca pandangan mengundi terutama pengundi atas pagar dan mengundi bukan melayu. Alahai PAS Ganu.....politik mu lebih banyak dari dakwah. Harap2 nepotisme dan terhutang budi tidak menjadi sandaran membuat keputusan. Wallahualam.
Salam abang bakaq,
Saya harap abang siarkan komen ni!
Saya rasa ...mustapha ali dan saudara wan mutalib dan yg sewaktu dgnnya dalam PAS di Trg tu elok lah bagi laluan kat pimpinan PAS yang lain yang banyak berjuang dan bukannya yang banyak bahang pro--- dan di saran kan bersara secara terhormat dari menjadi ahli tertinggi jadi ahli biasa jer lah ..mcm dr mahathir dan pak lah; INGAT AHLI 2 pada akar umbi PAS dan rakyat marhain ingin kan pemimpin yang kota apa yang di kotakan nya ....DULU NYA KITA SELALU MENYEBUT UMAR ABD AZIZ SEBELUM MEMERINTAH..BILA DAH DAH MENANG ,ENTAH MANA HILANG UMAR ABD.AZIZ YANG KU JUMPA HANYA MERCERDES ,CAMRY ..LIM GUAN ENG JER YG SEKARANG DUDUK SEBUT UMAR ABD .AZIZ ..
SOALAN
1. BANG BAKAQ SETUJU TAK KOMEN SAYA TU ?
2. bANG BAKAQ SETUJU TAK KALU SAYA KATA KAN YG ORANG CINA DAN INDIA TAK DIBERI PEDEDAHAN DAN PENJELASAN YG TEPAT MENGENAI HUDUD ! kALU DEPA TAU TENTU MEREKA SETUJU HUDUD DI JLN KAN DI MALAYSIA ?
3. PEMIMPIN KITA DUDUK SEBUT NAK BELI KERETA MEWAH CAMRY ? PADA HAL APA SALAH NYA PASAL KERETA NASIONAL ? SAYYIDINA UMAR , ALI KALU ADA MASA NI SEMUA KENA PANCUNG ,,,SEBAB TU KER TAK DER MASA KUT ?
Janganlah jadikan jawatan2 dalam jamaah PAS sebagai harta pusaka keluarga dia.