Update 11.30 PMDari A Voice: I've written this piece entitled "Najib statement on IJN doesn't jive". Would appreciate if you or anyone could double check and confirm the insider info exposed.
Posting asal
KUALA LUMPUR: Bagi menyambut hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, Sime Darby Bhd akan bertukar menjadi badan kebajikan.
Program sosial akan menjadi keutamaan Sime Darby manakala pertimbangan perniagaan tidak lagi menjadi perkiraan utama.
Kerajaan, kata Abdullah, mahu jaminan daripada Sime Darby Bhd, yang berminat membeli kepentingan dalam IJN Holdings Sdn Bhd, supaya meneruskan khidmat pusat perubatan jantung terkenal itu kepada golongan berpendapatan rendah.
Najib, yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Abdullah berkata, kerajaan tidak menghalang hasrat Sime Darby untuk menguasai pegangan dalam IJN tetapi konglomerat itu perlu memberi jaminan akan mengutamakan itu perlu memberi jaminan akan mengutamakan golongan miskin.
"Apa sahaja kedudukan IJN, program sosial perlu diberikan keutamaan," kata beliau semasa mengulas isu berkenaan.
Dalam sidang akhbar mengenai hasrat Sime Darby mengambilalih IJN itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid menolak pandangan yang mendakwa obligasi sosial akan menjejaskan perolehannya.
Seorang penganalisis pasaran menyokong pandangan Ahmad Zubir itu dan menyatakan, walaupun Sime Darby akan menjadi badan kebajikan yang mengutamakan program sosial seperti yang dikehendaki Timbalan Perdana Menteri, beliau menyatakan, perkara itu tidak menimbulkan sebarang percanggahan dengan kepentingan perniagaan.
Menurut beliau, obligasi sosial kini bertukar menjadi komoditi yang menjamin prospek keuntungan dan perolehan yang tinggi.
"Perkhidmatan kesihatan adalah obligasi sosial kerajaan. Kajian pihak kami mendapati setiap hari begitu ramai orang yang berpusu-pusu untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Pada masa yang sama, semakin ramai rakyat Malaysia yang mengidap sakit jantung. Keadaan itu menunjukkan perniagaan perkhidmatan kesihatan menjamin prospek keuntungan dan perolehan yang tinggi.
"Saya percaya golongan miskin juga berpeluang memperolehi khidmat dari perkhidmatan kesihatan yang diswastakan. Cuba anda lihat klinik-klinik dan hospital-hospital swasta, mereka tidak pernah menolak untuk memberikan perkhidmatan kepada mana-mana orang miskin asalkan si miskin itu membawa wang yang mencukupi sebagai bayaran perkhidmatan yang diberikan.
"Perkara itu membuktikan program sosial tetap diberikan keutamaan oleh pihak swasta yang menawarkan perkhidmatan kesihatan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden MCA yang juga bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, banyak projek yang diswastakan di negara ini mengakibatkan bayaran yang meningkat dan beliau tidak melihat mana-mana projek yang diswastakan menurun bayarannya.
Dr Chua berkata aspek kedua yang penting ialah sama ada penswastaan boleh menjamin kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan.
"Sudah tentu apabila bayaran meningkat ia akan membebankan rakyat (berpendapatan rendah)," katanya.
MIC pula berharap kerajaan tidak menswastakan IJN kerana ia akan menyebabkan kesusahan kepada mereka yang tidak berkemampuan pada jangka masa panjang walaupun Sime Darby Bhd, yang akan mengambil alih memberikan jaminan bahawa tindakan ini tidak akan membebankan golongan tersebut.
Presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata kerajaan hendaklah mengambil kira akibatnya, andainya mereka yang tidak berkemampuan dikenakan tekanan yang tidak munasabah.
"Ramai pesakit IJN adalah daripada masyarakat India yang miskin. Mereka bergantung kepada subsidi dan geran kerajaan," kata beliau.
Berikut dipetik sepenuhnya dari laporan bertajuk "Wajarkah IJN diswasta?" (Utusan 19/12/08):
Gov't gives green light to IJN privatisation (Malaysiakini)
Once again, hands off IJN, please! (Ahirudin Attan)
Mencarut untuk kesihatan jantung anda (Nam Ron Di)
Jantung bakal dirobek dari badan penduduk termiskin? (A M Ubaidah S)
Sime Darby/IJN - Who is the Adviser to deal? (Reme Ahmad)
The greedy, profiteering Sime Darby confirms it is eyeing IJN (Sime Darby Watch)
Heartless future for Heart Institute? (K Temoc)
Betul ke IJN akan jadi JIN? (A mom of three Mohd)

Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangatBerkaitan:
–Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri
Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan
–Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri
Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat
–Datuk Dr. Chua Soi Lek
Timbalan Presiden MCA
(Bekas Menteri Kesihatan)
Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan
–Khairy Jamaludin
Naib Ketua Pemuda UMNO
Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus
–Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby
Gov't gives green light to IJN privatisation (Malaysiakini)
Once again, hands off IJN, please! (Ahirudin Attan)
Mencarut untuk kesihatan jantung anda (Nam Ron Di)
Jantung bakal dirobek dari badan penduduk termiskin? (A M Ubaidah S)
Sime Darby/IJN - Who is the Adviser to deal? (Reme Ahmad)
The greedy, profiteering Sime Darby confirms it is eyeing IJN (Sime Darby Watch)
Heartless future for Heart Institute? (K Temoc)
Betul ke IJN akan jadi JIN? (A mom of three Mohd)

Cantik? Klik 

IJN eloklah ditukarkan namanya kepada IJS (Institut Jantung Swasta) saja. Tak mungkin Sime Darby akan mengambil kira kepentingan golongan yang tidak berkemampuan. Macam mana tolol pun seseorang tu, ia akan dapat tangkap bahawa kalau Sime Darby `berkhidmat sosial' kepada golongan miskin, tak buat duit lah depa.
Tak tau apa lagi yang Gomen kita ni akan buat dalam agenda depa nak meruntuhkan negara kita ni. Nak kata bodo, tak bodo kot, tapi kalau kata pasai tamak, sat gi jadi kita menudoh pulak, so kata depa bodo saja la.
Manusia business ni, bila nak dapatkan sesuatu, mereka akan memberi berbagai-bagai jaminan dan janjian, walaupun bulan dan bintang.
Apabila telah dapat, mereka akan memberi berbagai-bagai alasan kenapa mereka tidak boleh menunaikan janji.
Cuba lihat, semasa harga minyak naik, mereka berlumba-lumba menaikkan harga barang, tetapai setelah harga minyak turun, berbagi-bagai alasan yang diberikan untuk tidak menurunkan harga barang.
Sekarang ini MCA dan MIC tidak bersetuju cadangan itu, jadi pemimpin UMNO, fikirkanlah, jangan nanti nama kalian akan ditulis dalam sejarah kerana menyebabkan UMNO berkubur.
Untuk Ahli UMNO....lu fikirlah sendiri.
hahaha..boleh caya ke? dr korporat yg gilakan duit nak jd badan kebajikan? sape yg depa nak tipu nih..
"Saya percaya golongan miskin juga berpeluang memperolehi khidmat dari perkhidmatan kesihatan yang diswastakan. Cuba anda lihat klinik-klinik dan hospital-hospital swasta, mereka tidak pernah menolak untuk memberikan perkhidmatan kepada mana-mana orang miskin asalkan si miskin itu membawa wang yang mencukupi sebagai bayaran perkhidmatan yang diberikan..."
lihat kenyataan di atas,kalo "simiskin ada wang mencukupi" tak payah cakaple,semua org tau boleh rawat ...ni orang nak tau pasal orang miskin yang tiada wang,,cemana??boleh rawat??
"Seorang penganalisis pasaran"...This guy's comments sound damn sarcastic
"Cuba anda lihat klinik-klinik dan hospital-hospital swasta, mereka tidak pernah menolak untuk memberikan perkhidmatan kepada mana-mana orang miskin asalkan si miskin itu membawa wang yang mencukupi sebagai bayaran perkhidmatan yang diberikan."
Just looks like some blatant scheme to suck money from Sime Darby to fund Najib's or others' pet projects.
I've written this piece entitled Najib Statement On IJN Doesn't Jive.
Would appreciate if you or anyone could double check and confirm the insider info exposed.
saya yakin SIME DARBY akan menjalankan tanggungjawab sosialnya...contoh paling jelas semasa penubuhan SIME BANK...pinjaman/loan diberikan dengan begitu mudah sekali dalam jumlah yang sangat besar kepada kroni2...apabila tak dapat nak collect semula hutang (takut dengan kroni2 ni)....SIME BANK pun ditutup (saya rasa ini boleh dikira tanggungjawab sosial jugak ni)
quote :
"Cuba anda lihat klinik-klinik dan hospital-hospital swasta, mereka tidak pernah menolak untuk memberikan perkhidmatan kepada mana-mana orang miskin asalkan si miskin itu membawa wang yang mencukupi sebagai bayaran perkhidmatan yang diberikan".
Tak kan tidak faham maksud ayat tu, kot!
ini semuo idio hampeh..idio nk kombongkan poghot..mano ado oghang koporat yg lapa duit memanjang..tibo2 nk sodokah konon nk jadi badan kobajikan..kalo yo nak kobajikan poie baya zakat tu laie baik..
ini sumo nk menyusahkan oghang jo kojo oghang umno ni sekaghang..kalo ko toghuih kan juo niat busuk ko tu..jgn ko harap lah aku dongan kaum keghabat aku akan undi emeno laie..hidup menyusahkan oghang jo..nanti mampuih jadi antu..
kalau korang tak puas hati, bukan takat baca, komen, rungut... tak kesudahan... apa kata kita cari puncanya, kalau orang ganu skarang ni dah dapat peluang tuk betulkan puncanya.... inilah masanya tuk tukar walaupun sikit punca kepincangan yang korang tak puas hati hehehe
kalau dibiarkan punca ini terus berpunca, ibarat barah yang akan merebak dan terus merebak, pasni satu badan sakit2 akibat merebaknya barah swasta dan barah2 lain.