Sedap!! Klik gambar di atas!

Sebab apa Cina kaya?

Tulisan kali ini macam cheap matinee nak tunjuk saya baik sangat. Tak, dengan ikhlas dan mudah-mudahan Allah mengiktiraf keikhlasan saya - dengan ikhlas saya nyatakan saya bukan orang baik. Allah Maha Mengetahui.

Yang saya nak cerita lagu ni: Saya ni sebenarnya bukan ada kerja tetap. Pendapatan sangat teruk. Cukuplah takat tu. Tak elok cerita lebih-lebih.

Dalam pada itu, ada beberapa kawan mengajar saya supaya bersedekah setiap kali saya berada dalam kesempitan. Jadi, kalau tengok saya bersedekah, tu maknanya saya nak mintak Allah s.w.t. tolong sayalah tu. Saya pun tak tau adakah sedekah saya itu dikira ikhlas atau tidak oleh Allah. Saya bersedekah sebab nak minta Allah balas sedekah saya dan mengeluarkan saya dari kesempitan. Kalau salah, saya mohon ampun dari Allah.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu satu hari pernah bertanya saya. "Hang tau pasai apa Cina kaya?" Saya pun jawab, "Pasai depa rajin la. Tu yang utama. Bab depa kuat bagi rasuah, kuat bela pemimpin Umno, tu satu bab la. Tapi yang utama, pasai depa rajin".

"Hang ni, yang aku nak cerita benda lain... Tapi antara sebab Cina kaya ialah sebab depa rajin derma. Hang tengok sekolah Cina (vernakularlah tu), aku rasa dekat semua dibina dengan duit derma orang-orang Cina. Banyak lagi la yang kita tak tau yang depa derma. Tak kiralah walaupun untuk kepentingan bangsa depa sendiri. Tapi, depa kuat derma. Sebab tu depa kaya".

Saya dok fikir-fikir, kepada saya, betui jugak pendapat Mat Sabu tu. Kepada orang lain, ikut sukalah.

Balik kepada cerita saya. Nak jadikan cerita, kalau saya bersedekah, terutama kepada anak yatim, saya akan terlepas dari kesempitan. Tu yang selalu terjadi...

Apa pasal saya cerita semua tu? Adakah saya nak buat tayangan perdana kononnya saya baik? Tak mustahak semua tu. Ikut sukalah nak tafsir lagu mana pun cerita saya ni. Nak tafsir cara tak elok pun tak pa. Tak kisah.

Tapi yang lebih mustahak, saya merayu anda semua membantu kesusahan orang yang susah di sini dan di sini (sila klik perkataaan-perkataan di sini tu - kot-kot tak biasa buat lagu tu). Itu dua yang saya jumpak hari ni. Tolonglah bersedekah. Tolonglah!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Assalamualaikum,
    Pak Bakaq,
    Kalu tambah satu lagi 'sini' boleh ka?

    Diposting oleh Najmi di 2:07 AM 1 komentar
    Tuesday, November 25, 2008
    HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN

    Saya dan isteri baru sahaja selesai menziarahi Kakak Norhaslina Mary (45 tahun) untuk menghulurkan bantuan berupa kerusi roda.

    Beliau mengidap penyakit polio sejak berumur 7 tahun. Sebelah kakinya kecil dan menyebabkan beliau memerlukan tongkat untuk bergerak. Bersatus balu selepas suaminya Hashim Ibrahim meninggal pada 2005 akibat cancer. Beliau memeluk Islam dengan meninggalkan agama kristian 16 tahun yang lalu (1992).

    Sejak memasuki umur 40an menyebabkan beliau semakin sukar berjalan. Kecacatan beliau tidak menghalang minat beliau untuk belajar mengaji Al-Quran mendalami agama. Sering berulang alik ke tempat pengajian sekitar taman perumahannya.

    Albert adik bujangnya sering menghantar beliau ke kelas pengajian. Albert merupakan ahli kelab penyokong PAS Indera Mahkota.


    Beliau banyak dibantu oleh saudara Yusri (Naib Ketua DPP Indera Mahkota) dan isterinya yang juga tinggal di taman perumahan yang sama.

    Sebaik sahaja Yusri memaklumkan pada saya masalah beliau, saya terus menghubungi beberapa orang sahabat untuk mencari kerusi roda yang boleh dilipat untuk memudahkan adik beliau untuk hantar beliau berulang alik ke tempat pengajian.

    Al hamdulillah, seorang sahabat menghadiahkan kerusi roda baru 3 bulan dibeli milik ibunya yang telah meninggal dunia.

    Beliau adalah saudara seagama dengan kita. Yang menariknya tentang keluarga beliau, seluruh anggota keluarganya kini menerima dengan hati terbuka status agamanya walaupun mereka belum memeluk Islam. Mereka kagum dengan keprihatinan umat islam seagama. Mudah mudahan Allah akan berikan hidayah kepada seluruh keluarga ini.

    Bantulah saudara seagama dengan kita. Ingat pesanan nabi, barangsiapa yg memudahkan urusan saudaranya Allah akan memudahkan urusannya
    Kepada saudara yang ingin membantu, saya sertakan maklumat berkaitan.

    MARY ROSALINE @ NURHASLINA MARY.
    No Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 06116-29-83918374-4

  2. Easy answer.
    Tamak..
    When you desire, keep thinking about, your subsconscious/unconscious will attract it..kinda like prayer.....
    Melayu kurang kaya bukan kerana malas, etc sebab tak cukup tamak...Jika cukup tamak, automatic akan rajin, etc
    ;)

  3. Salaam alaik. Pak Bakaq,

    Melayu bila kaya aje, tambah bilangan isteri dulu dan tambah bilangan kereta mewah.

  4. Salam....tuan minta baca email segera....ada hal urgent nak minta tolong......sahabat tuan....

  5. Bakaq,

    Bila part part macam ni, untung jadi orang kaya. Itu yg aku cemburu dgn depa.

    Yang jadi aku sedih kat orang kaya2, kadang2 mereka ni tak tahu humble dan sederhana dlm kehidupan. Bila mereka kata mereka tak ada wang utk derma sesuatu, kita lihat cawan dan pinggan dia guna utk jamu minuman dan keuh itu pun lebih mahal dari sumbangan yg kita pinta.

    Macam mana pun, nak jadi kaya berniaga. Makan gaji boleh kaya dgn hanya rasuah saja. Berniaga bila ada part kena kompromi untuk sampaikan kaya, tak sanggup pulak.

    Apa pun Mat Sabu jangan cakap lepas sangat, sebelah Hotel renaissance di Kota Baru ada cerita tersendiri.

    Orang kaki rasuah ni tak kira parti. cakap sama Mat Sabu. Dalam mana2 parti ada yg niat tak baik. Ada niat baik tapi bila berkuasa niat dia lari oleh sebab2 tertentu. Pasang bini juga.

    Cina kaya kerana rajin hanya satu bab dan bab itu tak boleh ketepi bab lain. Ramai dari businessmen Cina ni tak berlaku adil dgn rakyat bangsa lain. Mereka dia sama dia saja ...

  6. Kenapa kita selalu tanya soalan "kenapa orang Cina Kaya?"... sebab mereka rajin derma kat sekolah Cina, mereka rasuah, mereka tak adil dengan bangsa lain, bla, bla, bla.

    Tu lah saja alasan kita yang bernama "orang Melayu" ini dari zaman datuk nenek kita, hinggalah ke zaman cucu-cicit kita... alasan yang sama. Mungkin inilah alasan yang mudah kita beri.

    Tapi kenapa kita tak pandang kita sebagai orang Islam? Di mana tanggungjawab kita untuk membantu orang lain (TANPA MENGIRA AGAMA & BANGSA) sama ada menerusi derma ikhlas (bukan yang dicanang-canang) atau menerusi intiitusi zakat. Kaya tak kaya tu urusa diri sendiri... berusaha dan berderma, InsyaAllah akan diberi pulangan setimpal sama ada di dunia atau di akhirat. Tapi kalau kita nak balasan di dunia sahaja, maka tulah kita akan sering bertanya "kena orang Cina kaya?" tapi orang Melayu merempat...

    Tepuk dada tanya akal dan iman sekali...

  7. Cina kaya pun kerana orang melayu kuat rasuah khasnya yang jadi pemimpin atasan dan yang bekerja dengan kerajaan.
    - pemimpin atasan dan pihak kerajaan lebih percaya bangsa cina dari bangsa sendiri kerana bangsa melayu tak cukup modal untuk tabur rasuah.
    - buat projek kerajaan harga RM50,000 tapi tender RM120,000 sebab 50% keuntungan kena bagi orang yang luluskan projek serta duit kopi untuk pegawai pegawai berkaitan.
    - orang cina bagi mereka semuanya halal dengan bantuan polis, imigresen, pejabat hutan, kastam dll sebab itu banyak berlaku kilang haram, balak haram, pendatang haram, kelab malam dan lari cukai. Orang melayu boleh dibayar untuk menutup mata aktiviti haram kaum cina.
    - orang melayu penuh dengan hasad dengki sesama sendiri, bila lihat orang lain maju bermacam cara dibuat untuk menjatuhkan sesama melayu.
    - orang melayu banyak makan budi sewaktu pilihanraya atau derma dari kaum cina, sebab itu bila mereka minta projek cepat saja diberikan.

  8. org cina kaya sbb mereka bijak mengambil kesempatan dari kelemahan org melayu..mereka menggunakan segala kesempatan yg ada melahap segala apa yg terdaya untuk dilahap..disamping itu mereka bersikap berat sebelah terhadap kaum2 lain (mendeskriminasi kaum lain)..mereka pandai pula menilai sikap org lain walau pun tanggapan mereka itu meleset dan hanya mementingkan diri dan kaum sendiri..

  9. Cina kaya = malayu mudah dirasuah
    Cina kaya = dia org kuat perkauman
    Cina kaya = melayu kuat membeli, cina kuat simpan
    Cina kaya = politik melayu cari jln selamat
    Cina kaya = melayu senang ditipu
    Cina kaya = melayu tak sedar diri
    Cina kaya = melayu kuat nafsu
    Cina kaya = kuat tlg bangsa dia
    Cina kaya = melayu suka beli brg dia
    CINA KAYA = MELAYU TLG CINA BG KAYA

  10. Pasai dunia nilah segala-galanya bagi kaum depa..jadi depa pulun sungguh sungguh..tak kira la apa cara sekalipun ,janji untung.sekurang2nya depa dapat dunia, melayu? dunia tah kemana..akhirat lagi la...insaflah le melayu!!!

  11. Persoalan yang menarik.

    Menderma untuk jadi kaya ;
    atau jadi kaya baru ada wang derma?

    Bagi saya tabiat menderma mencerminkan satu falsafah hidup - jika kita mengambil dari masyarakat maka kita harus pulangkan kepada masyarakat. Bila kembalikan harus bertumpu kepada institusi yang boleh memperbaik nasib masyarakat iaitu pendidikan, maka lama-kelamaan masyarakat itu akan menjadi terdidik dan mencipta lebih banyak kekayaan.

    masalah orang melayu kaya ialah mereka suka mengumpul harta tanpa menyalurkannya kembali kepada institusi pendidikan - tak kuat derma, karena menganggap itu tanggungwajab kerajaan.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008