Gambar di sebelah saya copy and paste dari Agendadaily dan dengan terima kasih kepada laman berita itu."Konsep ketuanan Melayu sepatutnya tidak perlu dibincang secara terbuka. Ketuanan Melayu bukan bermakna Melayu itu tuan dan kaum lain adalah hamba. Ketuanan Melayu bukan bermaksud Umno mesti memerintah. Ketuanan Melayu adalah institusi Raja-Raja Melayu yang telah wujud sejak sebelum merdeka…kalau sesiapa tidak setuju dengan institusi Raja-Raja ia adalah satu penderhakaan tetapi Umno akan tetap mempertahankannya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Jika raja-raja Melayu adalah tuan, adakah rakyat dianggap hamba? Hey! Saya bukan hamba sesiapa melainkan Allah s.w.t. yang dikasihi. Period.
Menguloas ketuanan Melayu, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno membunuh diri apabila bergantung harap dengan ketuanan Melayu yang sebenarnya tidak wujud.
"Kepada kita (umat Islam), cukuplah Allah sebagai Tuhan kita. Umno nak bergantung dengan ketuanan Melayu yang tak pernah wujud itu, silakan bunuh diri," tegas beliau lagi.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.
Katanya, laungan ketuanan Melayu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas serta tanggungjawab mahupun disiplin politik.
‘‘Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’ tegas beliau yang juga Menteri Luar.










Cantik? Klik 






Ramai lagi orang pas syok dengan ketuanan melayu tu.
Perkataan tuan bukan makna raja dan hamba.
Itu penyalahgunaan oleh British. Dulu kita panggil mereka Tuan Thomas. Yang ini berkekalan salahguna istilah.
Prof Shamsul Amri mendefinasi tuan sebagai Tuan Puteri atau respect.
Tan Sri Khalid Abdullah kata istilah Ketuanan Melayu digunakan dulu2 sebagai bererti tuan rumah. Kita jadi tuan rumah yang dipaksa menerima tetamu sebagai ahli keluarga.
Ketuanan Melayu yg ramai salaherti dan salahguna dalam UMNO adalah lahir dari penggunaan deskripsi Malay Dominance oleh Abdullah Kok Lanas dalam syarahannya tahun 1986.
Ia bukan istilah pun tetapi dah digembar gemburkan rakyat bukan Melayu.
So brader, janji hang tak kena lelong. Hang jgn takut dijual hingga jatuh harga 50 paun macam sadiq sigaraga ... :)
Hangpa tak mau ke ketuanan islam???
Husin Lempoyang
Dah lama aku tunggu orang sebut ketuanan Islam dalam blog ni. Tq, Sin!
Bagi yang allergy kpd perkataan Islam, boleh guna ketuanan kebenaran atau keadilan.
Hang ni main-main retorik je tentang istilah 'tuan' tu. Buat-buat bodoh. Nanti jadi betul-betul bodoh, baru padan muka.
Kalau saya tengok dan rasa hang ang kawan-kawan PAS hang, hangpa bukan hamba Allah SWT. Hangpa hamba politik. Hamab ideaolgi hangpa. Syok sendiri.
Bila kaum kafir laknatullah (kawan-kawan DAP) hang mencemuh Islam, hangpa dok diam tersipu-sipu. Hang lebih takut kat DAP dari Allah SWT. Siapakah Tuhan hangpa sebenarnya??
Aku heran orang PAS nih. Dah gila ka apa?
Islam bukan pada cakap-cakap sahaja, Pak Beca. Bukan pada huruf-huruf I S L A M. Mungkin ramai orang allergy pada perkataan Islam sebab dikotorkan dan di kuda-kudakan oleh PAS. 'Tuhan' dalam Islam lebih rendah nilainya dari politik. Siapa mahukan Islam yg cheap sale macam Islam yang digambarkan oleh PAS.
Maaf....saja-saja nak tanya....
Kenapa dalam polis ke....askar ke...orang bawah kena panggil TUAN kat orang atasan...kenapa tak dipanggil pangkat aje...
Contohnya....
Prebet: Leftenen Husin Lempoyang, saya prebet Bakaq melapurkan diri...atau contoh lain..
Leftenen: Prebet Bakaq, jaga kawasan malam ini.
Prebet : Baik, Leftenen..
Kan sedap tu...tak payah nak panggil Tuan...macam mana?...setuju tak?
Saudara Anonymoussaid yang Bestari. Saya Ahamd. Jika Tuan berani, sila perkenalkan diri. Berbicara ikut adat dan tatasusila Melayu,Ciss jangan tikam curi. Setiap keris ada berpunya. Setiap bermaruah mempunyai nama.
mari bermuzakarah atau nak berdebat. Aku beli bila-bila saja. Sebut tarikh, mas dan tempat.
Usah tunjuk jantan di alam maya.
Ketuanan sesuatu kaum itu ialah asas golongan fasis, gerakan fasis dan parti-parti fasis; serta salah satu punca kezaliman di muka bumi ini.
Ketuanan Aryan asas ideologi parti Nazi Jerman, yang mencetuskan Perang Dunia-2 dan pembunuhan beramai-ramai bangsa Russia, Poland dan Yahudi.
Ketuanan Orang Putih telah mengwujudkan sistem apartheid di Afrika Selatan. Manakala di Amerika Syarikat Ketuanan Orang Putih adalah asas gerakan gerombolan Klu Klux Klan yang membunuh (lynching)Orang Kulit Hitam.
Ketuanan Yahudi pula asas pada Zionisme dan kewujudan Israel yang menjajah, mendera dan menzalimi rakyat Palestin.
Manakala Ketuanan Serb yang bongkak dan mendominasi kaum-kaum lain telah mengakibatkan porak-perandanya Persekutuan Yugoslavia yang kini berpecah menjadi negara baru: Slovenia, Croatia, Montenegro, Kosovo, Macedonia dan Bosnia. Sebelum perpecahan itu, tidak kuranglah juga berlakunya pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh kaum Serb keatas kaum Croatia, Bosnia dan Kosovo akibat menyahut seruan semboyan Ketuanan Serb.
Inilah pandangan rakyat dunia yang bertemadun dan pengajaran sejarah bahawa ketuanan sesuatu bangsa itu bersifat fasis dan berbuat zalim.
Ketuanan bangsa nyata sekali bobrok dan hina dari pandangan dunia walau macam mana sekali pun ianya di kelentong (spin).
Begitulah dengan 'Ketuanan Melayu', ianya tidak akan dapat lari dari ciri-ciri fasis dalam dirinya dan amalan-amalan yang zalim. Ianya akan dikutuk oleh seluruh rakyat dunia yang bertamadun.
Apakah kamu mahu menjadi golongan orang-orang yang berbuat zalim di dunia ini?
Ahmad Sufian,
terima kasih kerana peka terhadap mereka yang pengecut ini.
Umpama keris tak bertuan, tikam sana sini muka disorokkan, itulah bacul si anon.
Cuma bagi saya, bersua muka itu perkara nombor dua. Kerana ingin bersua maya pun belum tentu si anon ini berani.
ahmad.sufian@yahoo.com,
Hang ni nak tunjuk-tunjuk jantan dengan saudara seugama yang cuba menegur sikap buruk hang. Dengan sama-sama Islam hang berani. Dengan orang kafir hang menikus. Inilah penyakit hati orang munafik.
Penarik beca,
Kenapa kita perlu bertegang leher tentang Ketuanan Melayu...? Siapa yang mula menimbulkan isu ini...? Orang melayu atau orang separuh melayu...? Dalam bangsa melayu sekarang ni ramai pengkhianat bangsa, mereka ingin menghapuskan kekuatan bangsa melayu seperti mana yang berlaku di singapore.
Aku ingin bertanya pada kamu penarik beca, sekiranya ketuanan melayu itu menjadi satu kesalahan pada sebutannya atau penggunaannya atau maknanya dalam masyarakat melayu di Malaysia ini, apakah kamu ada cadangan yang lebih baik dari pada itu...? Kamu bangsa apa..? Sekarang ni ramai orang mempersoalkan tentang melayu mengapa...?
Orang PAS ingin mengutamakan islam dari bangsa dalam kehidupan seharian, islam jenis apa yang ingin amalkan, sedangkan islam itu ada syiah, sunnah dan yang terbaru adalah hadhari..? Bukan itu mengelirukan..? Bagaimana kita mahu jadi khalifah dimuka bumi ini sedangkan isu bangsa dan masaalah agama kita tidak boleh selesaikan..
Tok Uban
Antara leftenan dan prebet, gelaran tuan bukan tuan dan hamba tetapi respek kepad apangkat dan klasifikasi pangkat.
Intipatinya prebet itu bukan hamba yang tak ada gaji dan disuruh kerja dari pagi sampai malam.
Saye rase Yunus Ali tu post before bace komen2 awal la... Husin Lempoyang dah terangkan dah~
Logik sejarah pon, mase Chineses and indians dibawak masuk ke Tanah Melayu, yang memerintah adalah British, Melayu pon pak turut je... Konsep ketuanan tue hanyalah nak kekalkan kedaulatan melayu supaya orang Melayu tak jadik macam red indians kat Amerika nun (kalau ikutkan sekarang Islam cos my friend is Chinese+Indian+Japan tapi die adalah Melayu sebab lahir Muslim...err...walopon x berkenaan ngan post tapi just nak mention)
So, technically, what Yunus Ali said cannot be implied in Ketuanan Melayu.
Ps- Butterfly effect-wise, zalim ke kite kalo nak elakkan negara kite sampai ke tahap nak azan pon nanti kene senyap2?