Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar cerita kat saya, Fasal 37 Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2008 memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk melakukan meminda, memotong, menambah, mengganti, melakukan pengubahsuaian, perubahan, pengubahan dan memutuskan mana-mana peruntukan sebagai tidak boleh dipakai dalam Akta SPK dalam tempoh dua tahun pertama.
"Ni nampak sangat rampas kuasa Yang di-Pertuan Agong ni, cabul Perlembagaan. Kalau kuasa Perdana Menteri sampai macam tu sekali, tu dah kira terang-terang ceroboh, cabul konsep demokrasi berparlimen," katanya.
Menurut sistem demokrasi berparlimen negara ini, penggubalan atau pindaan sesuatu undang hendaklah mendapat kelulusan Dewan Rakyat, Dewan Negara sebelum dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.
Mahfuz juga kata, fasal tersebut amat bahaya kerana ia akhirnya akan mencabul konsep pemisahan kuasa di negara ini.
"Katalah Perdana Menteri tiba-tiba rasa dia nak potong atau dia tak nak pakai, Fasal 2 SPK tu dia sebut mendukung kebebasan badan kehakiman. Kalau Perdana buat gitu, hancurlah kebebasan badan kehakiman," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Malah, katanya lagi, SPK tak dak kuasa melantik hakim kuasa di sisi Perlembagaan.
Artikel 122B Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik hakim-hakim dengan nasihat Perdana Menteri.
SPK, katanya, setakat boleh syor saja tetapi tak dak kuasa Perlembagaan pastikan Perdana Menteri terima calon-calon yang disyorkannya untuk dicadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Kalau lagu tu, tak dak apa-apalah. Sia-sia saja rakyat, Ahli-Ahli Parlimen dok jangka pandangan SPK hendaklah diterima sebelum calon hakim dicadang kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri. Tertipu la semua," katanya.
Laa, saya dok heran dengar cerita Mahfuz yang gambarkan Parlimen pulak diguna untuk tipu orang ramai? Penipuan berparlimen ka?
Dalam Fasal 9 (1) pula, Perdana Menteri boleh memecat mereka yang dilantiknya pada bila-bila masa dan tanpa sebab.
"Bila Perdana Menteri berkuasa lantik dan pecat bila-bila masa dan tanpa sebab, lima dari sembilan anggota SPK akhirnya jadi pak yet (pak turut) Perdana Menteri.
"Depa juga akhirnya mungkin jadi 'pengawas' kepada pandangan, sikap empat anggota lagi," kata Mahfuz.
Fasal 5(1) menyatakan keanggotaan SPK terdiri daripada Ketua Hakim Negara sebagai Pengerusi, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik oleh Perdana Menteri dan empat orang terkemuka yang bukan anggota eksekutif atau perkhidmatan awam lain.
Berkaitan:
Parliament passes JAC Bill (Malaysiakini)
No politicians in JAC please, says ex-judge (Malaysian Insider)
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bakal cetus masalah pemilihan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan (Bernama)

Cantik? Klik 

Mesti ada pemisahan kuasa yang jelas antara badan eksekutif dengan badan kehakiman. Kalau masih kabur dan tak jelas, PM masih ada ruang untuk melantik hakim yang dia suka, maka tidak ada maknanya penggubalan SPK ini. Nagbihkan boreh aje.
Ketua Hakim mesti dilantik oleh kumpulan hakim-hakim juga. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tidak mungkin Lingam mengenal manikam.
Adakah ini reform badan kehakiman yang di janjikan oleh PM sebelum mengundur diri,menghadkan kuasa agung,menambahkah kuasa perdana menteri,menolak proses demokrasi??? Come on PM, ...janganle PM plak jadi cam 'judge dredd'..i'm the law!!!