Sedap!! Klik gambar di atas!

PhD IQ zero, PhD tipu

Sebelum menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Batu Kawan, Prof Dr P Ramasamy adalah professor di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM dan pernah menjadi professor pelawat di University of Kassel, German.

Banyak tulisan-tulisannya yang saya baca. Ada yang saya setuju, ada yang tidak. Biasalah tu.

Tetapi, sebagai ilmuan, saya anggap Ramasamy seorang yang hebat. Beliau bukan sekadar jaguh kampung. Tulisannya malah terkandung dalam jurnal-jurnal antarabangsa. Kita tahu ada ramai yang bergelar professor dan mempunyai PhD, tetapi kebolehan setakat mengajar budak-budak sahaja. Boleh bertanduk kucing kalau kita jumpa tulisan atau kajiannya disiarkan oleh mana-mana jurnal selepas disertasi Phdnya.

Jangankan dalam jurnal, nak masuk akhbar nyamuk pun tak layak. Malah, ada beberapa Naib Canselor yang saya rasa PhD mereka mungkin PhD beli atau PhD tipu. Beruk pun heran macam mana dia ada PhD sedangkan ideanya hampir kesemuanya macam sial. Tak perlulah saya sebut nama Naib Canselor-Naib Canselor penipu tu. Ramai boleh kenal mereka.

Saya dah jumpa ramai yang berkelulusan PhD, tetapi bila bersembang soal-soal politik dengan mereka, kadang-kadang saya rasa macam bersembang dengan orang yang IQ zero - walaupun dia ada PhD.

Ramasamy bukan jenis itu. Beliau hebat berdasarkan ukuran akademik, tak kiralah saya suka atau tak suka ideanya.

Meskipun begitu, bila masuk Parlimen, kadang-kadang saya tengok beliau "diluku-luku" begitu sahaja oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Memang beliau boleh berdebat dan selalu juga beliau menyinar. Tetapi berdebat dalam dewan bukan seperti mengajar budak-budak. Dewan Rakyat is not about a parrot training another parrots.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Ada sejarah bersabda, MP Pas ada PHD tahun 1990 dan 1995 tetapi membisu serubu bahasa dalam parlimen. Teralu sarat ilmunya sehinggaterlalu berat nak keluarkan ideanya. Wooooooo.

  2. Bakaq,

    Bila baca tulisan hang ni, sampai kat IQ zero, aku senyum sendiri. Bagaimana kawan kita yang IQ zero tu. Sihat lagi ke?

  3. Sihat wal 'afiat..

  4. Salam,
    Melatih kakak-tua bercakap apa jua bahasa memang mungkin. Mungkinkah kita melatih supaya ia berfikir dan mentadbir?
    Wassalam.

  5. pak bakaq, pak rahimkassim,

    setakat yg aku tahu kawan kita yg bergelar IQZero kat kg baru tu belum dapat PhD lagi. apapun harap2 dia tak sesat masuk UMNO macam boss dia....semuga semuanya diberi petunjuk dan keredhaan Allah SWT.

    pesan kat Pemuda PAS Trg, ada PhD pun belum tentu dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan jamaah.takut2 nanti jadi pemanas kerusi empuk kat Parlimen je mcm Professor Tua yg dulu tu!

  6. Pak Bakaq;

    Munkin kite yang tersalah tafsir apa makna Ph.D tu. Ph.D ada lah pengkhususan. Tidak bermakna dia tau dalm semya hal.

    Kalu Ph.D nye pasal "Round-about" beliau akan mahir pasal tu; semua jenis "round-about" dia kena tahu. Jadi kalu cakap pasal Hudud; mungkin dia cetek atau tak tahu.

    Sama juga dengan Spcialist perubatan. Kalu dia seorang pakar Oncologist, jang tanye dia pasal Optometry. Mungkin sikit-sikit dia tau lah. Papi jang pulak dia kate Bodoh lah doktor Oncologist tu, tak tau mata pulak.

    jadi, dalam soal ini, kite jangan memperkecilkan PhD dia. Mungkin pemahaman kite yang kurang.


    MRSM Kalae Chepo 66/73

  7. Ph.D tu apa ek? Permanent Head Damage ke? Ekekekekekeke...

  8. huh... Iq zero tu ngalahkan down syndrome.. IQ 50

  9. tuan

    saya rasa pendapat MRSM tu ada benarnya.

  10. Mereka kena luku dengan samsing BN dalam Parlimen tu sebab tak berapa licin bahasa melayu nya tetapi cuba benarkan mereka berbahasa Inggeris nak tengok sapa kena luku.

  11. bayangkanlah si shahidan kasim pun ada PHD:

    Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan
    KANGAR 2 Nov. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu, sebagai keterlaluan.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1103&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive

  12. Salam Bang Bakaq,

    Sekarang ini ramai memiliki PHD semata- mata untuk cari makan..(kepentingan diri sendiri)
    tetapi tak ramai memiliki PHD dalam membela agama and nasib rakyat...

    Nah!!! kalau begitu, orang macam abg Mat Sabu yang wajar kita cari sebagai calon di KT kelak...

    Cucu Panglima Garang

  13. saya setuju dengan pendapat MRSM Kalae Chepo 66/73.seseorang yang ada Phd tak semestinya dia tahu segala benda di dunia ini.takkanlah nak tanya pada orang yang ada Phd A tentang hal B.memang tak masuk lah.

    tapi tak dapat disangkal ada ahli politik kita yang ada kelulusan segera (baca:kelulusan yang dibeli) dan bukan dengan cara yang sepatutnya.baru-baru ini didedahkan didalam tv ada sindiket yang melakukan pemalsuan pelbagai dokumen.transkrip kelulusan pun mereka boleh palsukan juga.

  14. Salam. Bekas setpol TG Presiden Pas, Sdr Syed Azman PhD dari Birmigham UK (Sains Politik- Kajian Pertubuhan Pelajar), Sdr Samsuri setpol TG Presiden kini PhD dari Leeds UK (Kejuteraan Penerbangan), Bekas MP Rantau Panjang, Tuan Daeng Sanusi PhD U Al-Azhar (Ilmu Kalam Tauhid), Bekas Prof Haron Din PhD Al-Azhar (Syariah), Bekas Prof Mahfodz Mohamed PhD Scotland, Bekas Tahanan ISA Bekas Prof Lutpi Ibrahim PhD Scotland (Ilmu Usuluddin), dll.
    Kalau tak silap Prof Lutpi Ibrahim adalah satu2nya dalam sejarah Malaysia seorang Pofessor Universiti dari Universiti Malaya dalam pengajian Islam yang di tahan bawah ISA di bawah pemerintahan Mahathir dan Anwar Ibrahim atas isu ancaman SYI'AH di Malaysia. Akibat penahan itu beliau di berhentikan dari Universiti Malaya.

    Zolgoji, Bukit Jelutong Shah Alam

  15. Memang orang berPHD itu cerdik tapi mereka hanya cerdik dan pakar dalam bidangnya bukan semestinya dia pakar dalam semua bidang maka tak perlulah Pak Bakar menghina mereka.
    Yang tak menyalahi sYariat dan tak mengundang apa2 bencana biarlah mereka. Anas bin Malik kata sepanjang aku berkawan dengan Rasulullah saw Baginda saw tak pernah berkata kepadaku kenapa you buat begini dan kenapa you tak buat begitu

  16. iQ Zero masih boleh lagi jangan IQ Umno, teruk! Rasuah! Zalim!

  17. Sejak Mat Sabu tak ada di parlimen. Banyak sangat wakil BN naik tocang terutamanya wakil dari Pasir Salak! Harapkan Berahim Ali - Kah Kah Kah .....

  18. Assalamulaikum Pak Bakaq.Macammanakah IQ Zero tu yer?

  19. pak bakaq tau ka ramasamy tu dah meng"kera"kan MP kerajaan, dan jugak di"kera"kan oleh timb. menteri hari ni? huhuhu...

  20. Sebenarnya berpolitik perlu ada pengalaman berdepan dengan karenah dan sepak terajang politik. Jika ada PHD sekalipun tidak ada pengalaman politik maka kaku macam saudara katakan tadi.

  21. Pak bakaq kena senaraikan dulu ciri - ciri IQZero tu dulu...la ni ramai yg takjub dengan PHD

  22. kesian proffesor2 di University dihina IqZero...cub pak bakaq tanya dorang masak-masak..mungkin ada yang tak tau...iqzero k tu>? Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan..nilai2 diri sendiri..

  23. tuan tuan sekelian,,,,,,,,, saya teringat unkapan Pegawai Memerentah saya ketika saya berkhidmat didalam sebuah kapal perang Malaysia "you are talking faster then you are thinking" saya pun x tahu sangat apa yang di maksud kan oleh pegawai memerentah saya tu dulu,,,,,,,,, maklum lah saya ni hanya seamen biasa!!!

  24. tumpang sekaki, dengan izin.
    org dulu-dulu ada kata 'ulaq menyusuq akaq takkan hilang bisanya'...
    ulaq kita tau ada yg memang tak berbisa tapi pakar membelit. bangkali untuk susuq akaq-akaq politik si ulaq jenis membeliat saja yang layak.
    polyytactic = politic.

  25. salam...
    adat dunia, PhD di nilai sebagai pengukur kebijaksanaan...
    manusia di anugerahkan dengan akal fikiran, manusia mampu untuk menilai siapa yang layak untuk di iktiraf sebagai cendikiawan atau cendawan...(the truth is out there)
    http://layarangkasa.wordpress.com/

  26. salam..
    Pak Bakaq PHD yang depa dapat tu khusus dalam bidang yang diorang pakar sahaja....yang pelik di malaysia ni kalo ada PHD dikira pandai semua..
    Bidang lain depa pun ceroi...
    ada professor beli keta pun kena tipu ngan salesman..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008