Qarun ialah kroni Firaun yang kerjanya melahap sebanyak-banyak harta kekayaan. Begitu banyaknya harta Qarun sehingga beliau terpaksa menyuruh hamba-hambanya memikul longgokan kunci gudang-gudangnya.
Terkejut beruk saya apabila mendapat tahu tentang kelahiran Qarun-Qarun baru di dalam PAS. Mereka juga hakikatnya adalah kroni Firaun kerana mereka adalah salinan dari pemimpin utama mereka, Qarun di zaman Firaun.
Saya panggil Qarun kerana Imam 'Ali 'a.s. pernah menyatakan, nak kenal peribadi seseorang itu bukan dengan melihat sembahyang puasanya, tetapi lihat kepada mu'amalatnya. Kalau mu'amalat macam mu'amalat Qarun, mereka sebenarnya adalah Qarun-Qarun baru.
Malaysia Today melaporkan, kroni-kroni Firaun yang terdiri dari "pimpinan Pas Selangor" itu sibuk melobi untuk mendapatkan projek perniagaan. Ketika majlis-majlis perbandaran di Selangor menghadapi pelbagai masalah dan kekurangan, terutama Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dilihat sebagai pihak yang tidak bersih berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, orang-orang yang dipertanggungjawabkan sebagai Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sepatutnya mencari jalan mempertingkat PBT di Selangor, kalau nak Pakatan Rakyat (PR) menang lagi dalam pilihan raya akan datang.
Sayangnya mereka lebih senang menjadi jelmaan Qarun yang bulur kekayaan.
Itu satu perkara. Kedua, adakah mereka terlibat dalam transaksi yang tidak diperbolehkan oleh undang-undang. Bagaimana dengan percanggahan kepentingan atau conflict of interest? Kalau mereka terlibat dalam transaksi yang tidak diperbolehkan oleh undang-undang, mereka tak ubah seperti penyamun.
Dahulu, saya selalu mendengar cerita sekumpulan orang yang digelar penyamun Umno bermaharajalela di Selangor, malah di negeri-negeri lain. Adakah penyamun Umno digantikan dengan penyamun PAS?

Cantik? Klik 

syabas pak bakaq!!!
bantai, bantai, bantai!!! itu kan kerja yang paling senang diatas muka bumi ni.
Sekarang ni kebanyakkan orang iman lemah. Kalau iman kuat macam Tuan guru takkan jadi penyamun.
Saya pun kalau ada gadis datang goda, leleh gak air liur. Lupa segalanya.
Kerana benda2 ni la org PAS sanggup kafirkan org UMNO,boleh kawan dengan setan,tuhan mencarut, kejap perjuangkan hudud kejap tak dan sebagainya dunia! dunia! dunia!
Bakaq,
Sebab itu dia orang tendang Khalid Samad dan Shaari Sungib dari pegang jawatan dalam PAS Selangor. Dia orang tahu "hantu" dua ekor ini akan menyusahkan dia orang.
Aku ni bukan orang baik. Tapi rasanya dari segi ikhlas dengan PAS ni, Khalid dengan Shaari tak ada orang boleh lawanlah....
Hang ingat macam mana bakaq....
'Harta dan anak pinak adalah perhiasan hidup'
'harta2 dan anak2 adalah musuh bagi kamu'
Itu sedikit catatan dari firman... Jnganlah kita lalai dengan perhiasan semata @ musuh bagi org2 beriman tu..
moga2 itu tidak berlangsung!
kalau pak bakaq tak cerita, orang tak tahu.. kalau orang tak tahu, makin sedap la penyamun menyamun...ni kalau orag dah tahu, penyamun pun slow la sikit...
keep up the good work, tuke gateh teksi weh!!
Orang yang nak menyamun atau sudah menjadi penyamun Ingat firman Allah ini yang bermaksud: "Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang mereka kerjakan." (Surah Hud, ayat 15-16)
Syabas...perkara ini berlarutan hingga ke hujung tahun..dan ia akan berterusan hingga la sampai pilihanraya akan datang..Ini kerana hanya pada kali ini saja PAS mampu membolot semua projek serta harta..dan kesempatan ini di gunakan sebaiknya...
Ape yang menjadi masalah adalah...keuntungan tersebut tidak disalurkan kepada para petugas-petugas parti...kerana pada mereka..mereka adalah pimpinan maka pihak pimpinan perlu dapat menafaat tersebut terlebih dahulu daripada petugas-petugas bawahan.. maka petugas parti yang selama ini ikhlas bukan mengharapkan balasan.. tetapi sebagaimana kisah Nabi SAW setelah mendapat harta rampasan perang.Nabi SAW telah mengagihkan kepada para penduduk Mekah...kerana kurangnya kemantapan iman dalam diri mereka..Namun mereka yang bersama-sama nabi SAW di madinah pulang bersama Nabi SAW..begiulah seharusnya pimpinan..mereka lebih mengutamakan petugas bawahan...kerana petugas ini yang membantu mereka sewaktu pilihanraya akan datang.
Aku sokong kalau PENYAMUN dibongkarkan identiti mereka. Penyamun PAS lagi jahat sebab mereka boleh didakwa BERTOPENGKAN ISLAM.
Tapi hang kena ada bukti dulu la bang bakaq. Jangan kata dulu baru cari bukti. Ke guane?
Karl
Bang Kaq,cuba siasat sapa yang dikatakan penyamun.Pastikan betul dakwaan tu.Kalau betul taruk gambar dia dalam blog Bang Kaq.
Pak Bakaq,Itu bukan penyamun tapi musang berbulu ayam....
Kontraktor pas pun hidup dgn projek, kalu ada orang nak tolong bagus lah tu..
Tak kan nak tunggu sampai tinggal kuah dulu, (selepas isi dibaham oleh pkr dan dap)
Hai sheh Bakaq, pasai tu depa tendang orang-orang yang dok petahan perinsip jamaah dan akhlak baik...ada pasai rupanya