Bagai diduga, Pemuda DAP (Dapsy) Pulau Pinang akhirnya membantu kempen Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir untuk menjadi Ketua Pemuda Umno apabila membuat laporan polis terhadap anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu (lihat laporan Malaysiakini hari ini bertajuk "Dapsy buat laporan polis terhadap Mukhriz").
Dengan kempen DAP itu, adalah dipercayai peluang Mukhriz untuk memenangi jawatan itu lebih cerah dan menjejaskan harapan pesaingnya, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (Jalal).
Dr Mahathir yang sebelum ini jelas kelihatan begitu bimbang anaknya akan kalah terbukti bukan calang-calang ahli politik. Sambil menyumbat kerongkong parti-parti seperti DAP, MCA dan Gerakan dengan ubat yang amat pahit, a plan in a plan berjalan lancar. Saya teringat kata-kata seorang ahli korporat, Dr Mahathir ni kita kena cari his plan in a plan in a plan (berapa banyak plan mana aku tau).
Mukhriz memang dijangka sukar mencapai kemenangan apabila Jalal bukan sahaja menjajah tempat-tempat lain, malah Kedah sendiri (di mana Mukhriz melancarkan kempennya) telah dijajah oleh tokoh yang secara bergurau disebut Jawa Rangers itu. Bekas Menteri Besar Selangor itu bukan setakat main dari bahagian ke bahagian, malah main dari rumah ke rumah.
Saya tahu kehebatan PR Jalal ini dari seorang kawan. Tak boleh ceritalah sebab kawan saya tu tak bagi cerita. Tapi, PR Jalal memang hebat. Sebelum isu sekolah vernakular dan tindakan Dapsy membantu kempennya itu, khabarnya memang terkayu Mukhriz di tangan Jalal.
Khairy tak payah ceritalah. Begitu ramai orang-orangnya yang lari ke kem Jalal. Dan, dengan maklumat yang ada pada hari ini, saya masih menjangkakan Jalal akan menjadi Ketua Pemuda Umno.
Berkaitan:
Sekolah vernakular: Mukhriz perjelas pendiriannya (Malaysiakini 2/12/08)
Hipokrasi Pemimpin Umno (Amin Yatim)
Khir Toyo dan Mukhriz cadang sekolah bersama; kita tunggu reaksi Hisham (Norizan Shariff)

Cantik? Klik 

Wah lu pun sudah termakan garam jawa tu juga ye. he he
TUAN
daripada 3 abdul yang ada rasanya abdul jalallah yang paling layak sebagai menantu umno. tak ada rotan akar pun jadilah.
=)
Tuan
Kalau itu-itulah juganya isu-isu yang menjadi keutamaan dan kriteria pemilihan para pemimpin Umno, makanya yang memimpin Melayu akan sentiasa daripada yang kecut mindanya, yang bonsai kreativitinya, yang sentiasa monyok karismanya tapi sentiasa subur putar belitnya.