Sedap!! Klik gambar di atas!

Paranoid apa Ahli Parlimen Telok Intan?

Katakanlah saya berkawan dengan Ahli Parlimen Telok Intan, M Manogaran. Dan, katakanlah pula kami berjalan-jalan di pekan pada satu hari dalam bulan Ramadhan. Oleh kerana terlupa atau terlepas pandang, tiba-tiba dengan tak sengaja Manogaran mempelawa saya makan.

Saya pun kata, "Ih, hang ni... Aku mana boleh makan siang hari bulan puasa ni. Haram!"

Si loyar itu lalu meningkah saya, "Saya rasa sakit hati, mengapa kata makan itu haram?"

Saya mungkin tak jawab. Tetapi, dalam hati saya pasti tertanya-tanya, "Sakit paranoid apa pulak dia ni? Dia mabuk tuak (toddy) ka? Sewel ka? Gila ka?"

Saya tak tuduh. Saya hanya tertanya-tanya.

Kalau dia teruskan juga dan berkata, "Tetapi cara awak katakan, misalkan kalau kata-kata dikeluarkan, examplelah oleh seorang Hindu..."

Pada masa itu saya mungkin carut si Manogaran tu. Paling kurang pun saya akan katakan, "Hey! Dont try to dictate the terms of my religion. My religion is my territory. I will fight any violation of my territory!"

Lepas tu, apa nak jadi pun, biaq dia jadilah!

Apa hal saya bercerita seperti di atas? Baca petikan hansard Dewan Rakyat 1/12/08 di bawah ni:
Tuan M Manogaran [Telok Intan]: Ya pendapat dan itu adalah satu kenyataan, kita mesti terima, kita tidak boleh mengatakan seseorang itu betul dan lain orang itu salah, this is a fact of life, dengan izin, kita harus terima, harus menghormati antara satu sama lain, harus terima bahawa kita ada keistimewaan dan kita ada kelemahan, tidak ada satu bangsa di dunia ini adalah istimewa pada semua sekali dan tidak ada bangsa di negara ini, di dunia ini yang semuanya ada kesalahan atau kelemahan atau kekurangan seperti Socrates, seorang ahli falsafah Greek mengatakan “I’m a citizen not of Athens but, I’m a citizen of this world” dengan izin, itu penting, kenapa tidak kita boleh memupuk semangat kebaikan di antara kita, dekat 50 tahun sudah jadi, macam Yang Berhormat Pasir Salak katakan, jangan gunakan perkataan-perkataan yang boleh hina atau menyakitkan orang lain.

Baru-baru ini, Majlis Fatwa telah mengatakan tentang yoga, itu adalah hak Majlis Fatwa untuk mengatakan tentang yoga, tidak sesuai untuk kawan-kawan Muslim kita, tetapi saya rasa sakit hati, mengapa dia kata yoga itu haram? Tidakkah Majlis Fatwa mengambil kira perasaan orang India ataupun orang Hindu. Jadi..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Telok Intan, Telok Intan.

Tuan M Manogaran [Telok Intan]: Ya Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya rasa salah faham Telok Intan ini jangan dilanjutkan, Majlis Fatwa dia berkaitan dengan hak hukum hakam Islam dan apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa khusus untuk pegangan, anutan orang Islam semata-mata, jadi kalau dikata hukum haram, dalam Islam ada haram, ada makruh, ada harus, ada sunat, ada wajib.

Jadi yoga itu dari segi pandangan Islam, salah kepada orang Islam, dia tidak pula menyalahkan orang bukan Islam yang nak mengamalkan yoga. Jadi jangan sentuh tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam yang khusus untuk orang Islam, saya harap Telok Intan jangan panjangkanlah perkara ini, nanti salah faham, macam tadi kata, biarlah kita jangan menyinggung perasaan orang lain, saya setuju sangat, Yang Berhormat Telok Intan bercakap begitu baik, saya cukup apa yang dia perkatakan, jadi tolonglah hentikan soal nak mempertikaikan Majlis Fatwa kerana dia terus akan menyentuh orang Islam.

Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Sikit, saya menyokong Yang Berhormat Sri Gading ini, fatwa ini adalah hanya untuk orang Islam sahaja. Dan dia tidak bermakna bila kata haram, maka orang lain tersinggung kerana itu hanya untuk orang Islam dan tidak ada sikit pun niat untuk menyinggung mana-mana pihak, sekian.

Tuan M Manogaran [Telok Intan]: Mungkin niat dia baik, tetapi cara dia katakan, misalkan kalau fatwa dikeluarkan, example lah oleh seorang Hindu

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat,Yang Berhormat, boleh alih kepada isu yang lain Yang Berhormat, ya?

Tuan M Manogaran [Telok Intan]: Saya harus beri penjelasan kepada soalan yang dibangkit, jika Majlis Fatwa Hindu katakan, keluarkan sesuatu practise oleh kawan-kawan Muslim kita, itu haram di sisi Hindu, tak baik kita dengar macam itu. Jadi mungkin Fatwa boleh gunakan perkataan tidak sesuai untuk kaum Islam, kita boleh terima

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Majlis Fatwa pun mengkhususkan kepada orang Islam.

Tuan M Manogaran [Telok Intan]: Saya faham.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini tidak mengganggu kaum lain.

Tuan M Manogaran [Telok Intan]: Mungkin surat khabar..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Macam juga kata orang Islam, babi itu haram, mughallazah, bukan pula makna kalau orang Cina, orang India yang makan babi, kita benci, tak. Itu soal you, tapi dari segi hukum Islam, babi itu najis mughallazah, haram dimakan.

Jadi kalau Majlis Fatwa kata haram, bukan pula nak menyinggung orang Cina, orang India yang makan, silalah makan, macam arak jadi jangan panjangkanlah saya ingat, untuk kebaikan kita bersama.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, jangan panjangkanlah Yang Berhormat.

Tuan M Manogaran [Telok Intan]: Terima kasih saya cuma harap untuk demi kepentingan perpaduan, cara kita mengeluarkan kenyataan seperti itu boleh dielakkan, itu cuma satu saya minta sahaja.

Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Sikit mungkin saya, perkataan haram itu sendiri, saya cakap ini sebagai seorang pakar dalam bidang hukum hakam, dia ada mempunyai maknanya yang tersendiri, rentetan dari hukum haram itu ada dia punya implikasi, jadi dia hanya digunakan sebagai istilah bagi orang Islam yang mana perbuatan itu jika dilakukan maka ada kesan dosa dan pahala, itu sahaja.

Tuan M Manogaran [Telok Intan]: Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar dan juga Sri Gading, saya haraplah Yang Berhormat Pasir Salak yang kita dengar hari ini adalah betul-betul Pasir Salak yang tulen dan benarlah, bukan macam dahululah, saya sokong, dengan itu saya minta Yang Berhormat Menteri, biar kita menghadapi satu masa depan yang betul-betul ada perpaduan di antara kaum, saya sokong semua langkah-langkah yang boleh diambil oleh kementerian untuk mengukuhkan semangat perpaduan di antara kaum, sekian terima kasih.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Abg bakaq nak menyimpang sikit pasal nak minta pandangan abg bakaq..

    Aku tertanya-tanya apa kah yg dilakukan oleh PAS dalam hal sistem ekonomi ini??

    1. Adakah golongan cerdik pandai PAS ini telah berbincang dalam merangka satu sistem ekonomi yg berlandaskan islam??

    2. Dimanakah tanggungjawab wajib yg ada pada semua ahli-ahli PAS yg selalu menghentam kerajaan tetapi tak pernah mengemukakan cadangan yg PRAKTIKAL dgn satu penerangan yg lengkap??

    3. Jikalau ramai sangat PEMIMPIN dan AHLI PAS yg kononnya teramat arif dalam hal-hal agama menghafal AlQURAN dan HADIS,tak kan lah satu orang pun tak dapat nak mengali hikmah-hikmah yg terkandung dalam AlQuran.. kenapa Kristian dan Yahudi dapat mengali pengetahuan dan ilmu daripada AlQUran dan Hadis?? Adakah PEMIMPIN dan AHLI PAS hanya pandai menghafal??

    4. Apakah fungsi DEWAN ULAMA?? Apakah fungsi LAtJAH?? Selain membincangkan hukum hakam agama salah satu tanggungjawab yg sepatutnya di buat adalah hal-hal ekonomi.. dari dulu sampai sekarang sebenarnya PAS tak nampak memperjuangkan satu sistem ekonomi yg lebih islamik..

    5. Satu setuju dengan pendapat NOBISHA tetapi sekarang siapakan yg arif tentang AlQURan dan HAdis? Untuk mengatakan satu sistem ekonomi itu adalah berlandaskan islam atau tidak adalah bergantung kepada pakar2 agama (yg sepatutnya menuntut lagi ilmu mengenai pengurusan ekonomi).. oleh kerana PAS mengaku adala sebuah PARTI ISLAM dan memahami ISLAM maka wajib bagi PAS untuk membentangkan satu sistem ekonomi yg boleh diguna pakai di MALAYSIA dan di DUNIA..

    ini adal ah pendapat dan pandangan aku..

    wasssalam

    Harap sesiapa yg terasa mengambil tindakan yg sepatutnya

  2. Konon le depa nak melembutkan istilah haram tu. Kan ni zaman plural. he he

  3. salam pak bakaq,

    kenapalah sehari dua semua orang sibuk sangat2 dengan isu "ketuanan"?

    tak sangka dalam abad ke-21 yang serba moden ni majoriti masyarakat ahli politik di negara kita masih mabuk dan angau dengan istilah ketuanan sana ketuanan sini!

    islam telah membebaskan manusia dari ketuanan dan perhambaan sesama makhluk sejak 14 abad yang lalu...untuk meletakkan manusia sebagai insan yang mulia dan di muliakan.

    islam tidak pernah mengajar manusia mabuk dan angau dengan soal ketuanan, yang diajar oleh islam ialah prinsip tauhid (rububiyyah dan uluhiyyah) serta ketaqwaan kapada Allah SWT.
    semua manusia akan selamat dan mendapat kemuliaan diatas prinsip tauhid tersebut!

    wallah-u-alam.

  4. bila orang bukan Islam tak faham,maka mereka akan rasa tersinggung.padahal tak apa pun.cuma salah faham sahaja.contoh macam senario di atas.

    Yoga itu haram apabila amalan yoga yang ada unsur ritual bukan Islam dilakukan.bukannya yoga itu haram buat semua agama.mungkin dari segi ini yang mereka tidak faham.

  5. Haha.. Betoi la Pak Bakaq... YB tu mmg PARANOID.

    Macam mana kalau jadi macam ni pulak:

    Orang Islam jangan sembelih lembu semasa raya kurban nanti, sebab lembu haram dimakan oleh Hindu. Tidakkah orang Islam menghormati orang Hindu? Jadi demi perpaduan, semua orang jangan makan lembu.

    WAH! Tak kah lembu kita jadinya??

    Pak Bakaq...semua ni salah UMNO...sebab perkenalkan Islam Hadari..

    Habis semua orang keliru pasal Islam. Sapa nak jawab?

  6. Islam hadhari ka tak hadhari tu tak penting.
    Ajar asas fardhu ain bagi betui dulu. tok sah dok lompat pi hadhari ka.tak hadhari.

  7. Saya baru terpikiaq bang bakaq lepas ni bila Raya Aidil Adha LEMBU-LEMBU tidak boleh dijadikan binatang korban memandangkan ia tidak sensitif dengan SUCINYA binatang tersebut bagi perspektif Hinduism.

    Maka kenalah cari kambing, biri-biri, unta, kibas. Lepas tu mamat yang balik dari Perancis akan berkata, sembelihan cara Muslim dan Yahudi(Kosher) zalim, sepatutnta cara Barat.

    Tak pun ada yang kata, pengharaman dan sensitiviti kita kepada BABI dan KHAMAR merupakan anti-sosial kerana tak sensitif dengan norma pemakanan sejagat yang tidak Islam.

    What's next? Walhal tanpa perlu PM jelaskan fatwa tersebut hanya kepada Muslim dan jika mengamalkan asana yoga secara komprehensif.

    Adakah kesalahfahaman, kesalahsangkaan disebabkan oleh kerana kita tak reti berbahasa Melayu dah walaupun warganegara?

    Nampaknya bahaya bila UMNO lemah (PAS lemah).

    Karl

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008