Sedap!! Klik gambar di atas!

Mengarut ja, Mat Sabu

Ketika orang dah mula bising siapa calon PAS di Kuala Terengganu, atas nama demokrasi, saya sampaikan pandangan saya kepada Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. "Tok sah lah (tak usahlah) Kuala Terengganu tu. Mengarut ja," kata saya.

Mat Sabu mengulangi apa yang dia beritahu saya setelah "demam"nya kebah selepas kalah di Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Biasalah, Mat Sabu tu orang, bukan plastik. Dah kalah, "demam" perasaan jugalah sikit. Biasalah tu.

Pada waktu itu, selepas kalah tu, beliau beritahu saya, "Elok dah apa yang Tuhan atoq (atur) tu".

Itu juga yang Mat Sabu jawab bila saya kata "mengarut ja" bertanding di Kuala Terengganu sekali lagi. "Elok dah apa yang Tuhan atoq (atur) tu," katanya membuka bicara. Yang lain, tak payah ceritalah. Kesimpulannya dia tidaklah kemaruk Kuala Terengganu.

Tetapi selepas dia terasa seperti dihalau-halau, dengar khabar ada perubahan dalam pendiriannya. Saya tak jumpa dia lagi. Tetapi, saya harap Mat Sabu masih dengan pendirian "elok dah apa yang Tuhan atoq (atur) tu".

Hari ini, dalam berita bertajuk "Mat Sabu 'orang luar' ditolak di Kuala Terengganu?" Utusan Malaysia Online melaporkan, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mohamad Sabu terus dikekalkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan (lihat Malaysiakini 3/12/08 "Mohamad Sabu pilihan Nik Aziz di KT").

Mula-mula membaca berita itu, saya tidaklah bercadang mengulasnya. Jika Tok Guru Mursyidul Am boleh memberikan pandangannya, kenapa pula Azman Shapawi tak boleh? Kalau nak demokrasi, jangan sekat siapa-siapa pun beri pendapat. Kalau Tok Guru boleh beri pendapat, takkan tok haru macam saya tak boleh beri pendapat. Apatah lagi Azman Shapawi, dia bukan tok haru. Dia pernah mengaji di Semanggoi dan banyak tempat lagi.

Sebab itu saya tak cadang nak ulas.

Tetapi, bila dah baca sampai ke bawah berita itu, ada satu kenyataan Azman Shapawi yang saya sokong.

Beliau dilaporkan berkata:
Pihaknya membuat cadangan itu berdasarkan analisis yang dilakukan pada pilihan raya umum lalu hampir keseluruhan calon luar yang bertanding di negeri ini memperolehi jumlah undi yang tidak memberangsangkan.
Azman Shapawi memang benar. Hampir keseluruhan calon luar yang bertanding di Terengganu memperolehi jumlah undi yang tidak memberangsangkan. Berbanding dengan perolehan undi yang diperolehi oleh calon-calon dari negeri Terengganu sendiri, perolehan undi yang diperolehi oleh calon-calon import yang bertanding bagi kerusi Parlimen di Terengganu dalam pilihan raya umum yang lalu membuktikannya.

Terbukti bahawa calon-calon dari negeri Terengganu sendiri memperolehi jumlah undi yang memberangsangkan.

Untuk makluman, dari kesemua calon untuk kerusi Parlimen di Terengganu, Mat Sabu dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Yusri Mohd Akin adalah "pemain import".

Besut
Datuk Dr. Abdullah Mohd Zin (BN) (29,376)
Datuk Hussin Awang (Pas) (18,786)
Majoriti: 8,500 undi

Setiu
Datuk Mohd Jidin Shafee (BN) (26,610)
Mohd. Pauzi Muda (Pas) (19,378)
Majoriti: 6,696 undi

Kuala Nerus
Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (BN) (26,439)
Mohd. Shukrimun Shamsuddin (Pas) (25,098)
Majoriti: 1,341

Kuala Terengganu
Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
Maimun Yusuf (Bebas) (685)
Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628

Marang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) (33,435)
Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (BN) (30,688)
Majoriti: 2,747

Hulu Terengganu
Mohd Nor Othman (BN) (27,784)
Kamaruzaman Abdullah (Pas) (17,324)
Majoriti: 10,460

Dungun
Matulidi Jusoh (BN) (29,264)
Shamsul Iskandar Yusri Mohd Akin (PKR) (24,270)
Majoriti: 4,994

Kemaman
Datuk Ahmad Shabery Cheek (BN) (37,199)
Fariz Musa (PKR) (24,516)
Majoriti: 12,683
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Wakil rakyat dan wakil parlimen bukanlah penceramah agama, kalau penceramah ugama boleh lah kita jemput orang luar bagi ceramah, mesti berbondong-bondong orang datang nak dengar.
    Tapi kalau nak jadi wakil rakyat biarlah orang tempatan, dia akan jadi pemimpin tempat itu, hanya anak tempatan saja yang boleh memahami hati nurani orang tempatan.

  2. Ada kebenarannya alasan tu. Tapi , kalau pimpinan dah tentukan sesiapa, perlulah patuh. Utamakan parti daripada peribadi !

    UMNO awal-awal dah minta penyokong dan pemimpinnya supaya ' lupakan perselisihan pemilihan jawwatan ' dan tumpu dulu kerja kempen untuk kemenangan PRK Kuala Terengganu.

    Kalau UMNO boleh cakap macam tu, takkan PAS nak bantah ?

  3. Parlimen untuk kepentingan negara, bukan sekadar untuk penduduk setempat.

    kalau nak yg wakilkan penduduk setempat, ADUN lebih sesuai.

  4. Utusan Malaysia Online melaporkan, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata,
    "Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti.

    "Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,"ujarnya.

    Tambahnya, itu berlaku kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing,

    "Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu,"ujarnya.

    Perenggan yg terakhir ini Azman Shapawi Abdul Rani kena faham sebagai Ketua Pemuda Pas Negeri dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat.

    Dalam berjemaah jangan dahului pendapat pemimpin, terutama TG Hj Nik A Aziz dan TG Hj Abdul Hadi.

    Jika setakat pandangan Datuk Mustafa Ali boleh le kita dahului kerana beliau bukan Tuan Guru dan tak dak anak murid pun, yang ada gaji pencen bekas Timbalan Menteri, bekas Exco Kerajaan Negeri, Bekas Adun dan Bekas MP. Itu pun dah cukup untuk Datuk Mustafa duduk, bagi peluang ahli politik muda Pas pula untuk menerajui Pas Trengganu.

    Ja'far Bukit Katil, Melaka

  5. Pada pendapat saya,kalau nak berkhidmat untuk orang tempatan... ADUN orang tempatan okay tapi kalau untuk parlimen, jangan ikut sentimen kenegerian sangat. Ketepikan sentimen tersebut. Wakil parlimen perlukan orang lantang bersuara baru suara rakyat tempat dia wakili dapat diberi perhatian. Begitu juga dengan isu-isu nasional. kalau wakil rakyat orang tempatan tapi tak lantang dan berani macam nama suara rakyat yang diwakili nak diperjuangkan.Ikut sepert orang cina, kalau untuk parlimen, mesti dia oranng pilih orang yang lantang bersuara... tak kira dari mana asalnya. Orang Melayu ni kena ubah pemikiran sikit.

  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

    MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

    MARDHOTILLAH

    :-)

  7. Jika Ismail Ibrahim ialah anaknya sendiri, siapa pula Ismail kita?

  8. abang mat, jom la balik utara. depa dah tak mau,huhu :-)

  9. Pemain import:
    Shamsul Iskandar Yusri Mohd Akin = kalah 4,994 undi
    Mat Sabu = kalah 628 undi

    Pemain tempatan:
    Kemaman = kalah 12,683 undi
    Dungun = kalah 4,994 undi
    Hulu Terengganu = kalah 10,460 undi
    Besut = kalah 8,500 undi
    Setiu = kalah 6,696undi

    Pemain tempatan KALAH lagi teruk berbanding pemain import... Analisis apa ni?

  10. ha ha ha hidup ganu kite, matematik pun tak reti. ni pasal math dalam inggeris kot

  11. saya setuju dgn pendapat sdr zuhairy.

    Biaq pi kat depa la abang mat, nanti dalam pru13 kita cari lokasi belah sana, yang penting
    perjuangan kita teruskan, tak gitu abang mat.

  12. Pemimpin memberi pendapat beserta dgn alasannya sekali.Kita fikirkanlah,alasannya baik atau tidak.Bukan bermakna kita tak boleh beri pendapat.Jangan hanya kerana 'demokrasi' saja kita mahu pendapat kita diterima.Azman Shapawi masih banyak lagi yg perlu dipelajari.Mengaji di banyak tempat bukan bererti sudah tahu segala2nya.Kalau nak bandingkan pengalaman politik TG Nik Aziz dgn Azman Shapawi, macam langit dgn bumi.....fikirlah sendiri!!!!!!

  13. susah-susah letak calon DAP kat KTrenggnu tu habis cerita...

  14. parlimen= calon bukan tempatan, Dun-dun = calon-calon tempatan

    undi parlimen PAS kurang (banyak?) daripada jumlah undi dun-dun PAS untuk parlimen tersebut

    Mungkin itu yang cuba dimaksudkan oleh Pemuda Terengganu tersebut

  15. Salam Penarik beca,

    Soal pemilihan calon biarkan orang Trengganu sendiri yang pilih. Negeri mereka, biarkan rakyat mereka yang berkelayakan menjadi calon. Jika orang Trengganu pilih orang luar, itu menunjukkan bahawa orang Trengganu tak bijak, tak pandai dan tak layak jadi pemimpin, sehingga terpaksa mencari orang luar jadi calon.

  16. tak guna letak mat syabu kat situ...gerenti kalah lagi pas

  17. Kalau macam inilah cara pemikiran Azman Shapawi sebagai KPN/TKPPP nescaya melingkuplah PAS kemudian hari.
    Adakah masa pemilihan sebagai TKPPP dulu beliau diundi/dipilih hanya oleh orang T'ganu sahaja???
    Sendiri mahu ingat...

    Mungkin Azman Shapawi ada agenda peribadi untuk menjatuhkan Abg mat yang ku sayangi...

    Harap-harap Abg Mat dipilih sebagai calon di KT nanti...

    I love u Abg Mat

    Cucu Panglima Garang.

  18. Nampak seperti Ketua Pemuda Terengganu kurang nak iktiraf peranan tok guru Nik Aziz,boleh pula dia kata itu pendapat peribadi,seolah2 pendapat TGNA itu seperti pendapat orang yang kecil dalam PAS.

    Atau memang terdapat perang saraf antara Terengganu dan Kelantan,maklumlah sebelum ini panas sikit antara Mustafa Ali dan TGNA.

    Pendapat peribadi saya,Mat Sabu memang elok diangkat suaranya ke parlimen berbanding wakil tempatan yang belum tentu hebat suaranya.Saya setuju dengan hujah TGNA,bernas dan bergeliga.

  19. Tak guna letak mat sabu di situ, orang terengganu lebih sukar calon dari orang kampung sebab orang kami pentingkan kualiti dari parti.. sorry to say.. sy tak nampak kelebihan mat sabu dari segi membantu rakyat.. sekadar lidah yang bergerak tapi anggota lain membisu tidak guna juga.. ini pandangan saya.. ramai lagi ahli parti pas yang lebih sesuai dan beribawa.. salam aidiladha

  20. Apa ni? PAS pun dah jadi kelaku BN. PAS Tganu ni sombong sangat. Belum tadbir negeri tetapi dah angin semacam. Patutlah kalah dan tak bangun-bangun lagi. Mungkin ini sebahagian daripada usaha mualaf PAS (baca sebagai JIM) untuk menjatuhkan golongan PAS tulin. Takpa Bang Mat. PRU13 kami aka berusaha bagi balik Kuala Kedah kat Bang Mat. Sedih tengok kelaku orang PAS (islam?) bila dah menang sikit.

  21. Jangan terima Ayah Pin jadi rasul pasal dia orang Ganung sudahhhhh

  22. tulisan baka haq ni memang geliga,sayang aku tak kenal sangat hang..tapi tulisan hang ni kalu azman shapawi baca, pasti dia perasan hang sokong dia...kesian tok guru presiden..

    azman..azman..cerdik la sikit woi..

    aku setuju pandangan tok guru dari segi keperluan di parlimen adalah org mcm abg mat..mu semua ingat lagi dok aksi brutal abg dgn arwah ust fadzil??mahathir pun kecut tau..inikan pula pak lah lembih, najib dan sepupunya yng pondan itu..

    dan aku tengok dengan ada abg mat dlm parlimen sj lah baru kehadiran PAS akan dirasai..sbb semua yg ada mcm malu2 nak berperang...

    cuma kena beringat satu perkara iaitu tradisi pilihanraya kecil,dgn semua jentera kerajaan utk menangkan BN, maka faktor calon orang tempatan kadang2 turut jadi penentu..tapi dlm kes Kuala Terengganu bagi tahun 2008/09 ini boleh jadi lain sikit kerana 1)BN pecah sakan 2)UMNO dlm tempoh perang sama sendiri 3)Sentimen tolak kerajaan BN 4)Imej MB Ahmad Said bg saya gopoh sombong 5)Keputusan PRU12 dgn majoriti tipis kpd BN 6)KT tak sama dengan Hulu Teganu woi...

    Semoga Allah beri kemenangan pada Islam

  23. alahai zeman sepawi mu ni oghe kapong mu pong tak mau ke mu,mu skolah mane ni haa,dulu puak mu jugok lah ghoyat nabi tak ngaku umat bila berjuang atas nama asabyah ganu mcm ni? mu tu ingat bebaik yang mu sanggah tu sapa haaa,ala mat sabu mu tak yeh la nak campor puak tak gheti baso tu, mu kalah 628...puak ganu sendiri alah sampai ada yang puloh ribu,kena doh mu ngan suhaimi anti hussam tu,,math gagal,kalo stopa ali lagi mudoh aloh ni,pesan anwar tak yah nak sibuk gi kt tu,stopa dulu dia pulau permatang pauh,macam2 puak2 suhaimi ni tudoh pimpinan pas yang gi bantu anwar di pp,skarang suruh suhaimi jadi tenaga penceramah kat kt tu,,,,nak gelak bila stopa awal2 lagi doh ghoyat bukang pas tanding tapi pakatang ghakyak tanding...he he he mari kita lihat sapa yang kena? uhu uhu uhu....kitaa ttap yakin dengan slogan pas 4 all.

  24. Salam Qurban kepada semua dan Selamat mengarak calon kita dan selamat mengundi PAS kepada semua rakyat PAS di Kuala terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

    Pilihan raya kecil ini, memerlukan bukan saja isu tempatan dan setempat tetapi calon tempatan juga adalah yang terbaik dari kalangan tempatan yang layak.

    Berhubung dengan saranan YAB Tok Guru Nik Aziz tu, saya merasakan pandangan peribadi yang tak payah dipanjang-panjangkan. Sepatutnya Tok Guru ambil Mat Sabu bertanding di Kelantan pada PRU 12 dulu. Bukannya dibiarkan merata tampat tempat. Mat Sabu di Kuala Terengganu semasa PRU 12 dulu adalah nama terakhir yang dicadangkan setelah semua negeri tidak berminat mengambilnya sebagai calon.

  25. Kalau dah Utusang Meloya atau Berita Hairang yang melaporkan, buat ape nak heboh???Buang Karang je weh...cakap putar belit media arus perdana tu pong hangpa dok percaya..kata boikot depa?bagi cek la, dalam Utusang dan B.Hairang (serta suku sakatnya)yang boleh percaya cuma waktu solat je la...nak gaduh pasal calon buat ape? PAS 4 ALL, kan?

  26. Hanya sebahagian kecil sahaja org Pas Terengganu yang perangai jumud. Tak adil untuk salahkan kesemuanya. Beza kekalahan Abang Mad bukannya besar. Yang sedikit penyebab kekalahan dan yang sebahagian lagi adalah faktor lain iaitu penipuan UMNO dalam pilihanraya. Insyaalah , PAS akan menang kali ini.

  27. salam semua..yg ni aku copy dari blog SUKJ..ada sapa nak komen ka?

    “PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat

    Pasti PAS akan keluar meninggalkan Pakatan Rakyat(PA) sebelum PRU-13. PAS perlu memohon maaf kepada seluruh umat Melayu dan Islam di negara ini.

    PAS tidak ada pilihan lain kecuali perlu keluar meninggalkan Pakatan Rakyat(PA) demi perpaduan umat Melayu Islam di negara ini.

    Kepada para penyokong PKR di Terengganu khasnya, anda semua tidak perlu lagi bekerja keras untuk menyokong calon PAS dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu kerana PAS akan bergabung semula dengan UMNO sebelum PRU-13.

    Parti PPP akan menggantikan parti PAS dalam Pakatan Rakyat.

    Saya akan ulaskan isu ini lebih lengkap selepas tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen K.Terengganu(P36) pada 6.1.2009.”

  28. mari kita pakat sokong tok guru, abe mat tepat sekali calon k.t takbir!!!!

  29. PARLIMEN KUALA TERENGGANU

    Rozali Ismail (BN) - 32,562
    Mohamad Sabu (PAS) - 31,934
    Maimun Yusof (Bebas) - 685

    Majoriti BN - 628


    DUN

    WAKAF MEMPELAM

    Osman Awang (BN) - 7,452
    Mohd Abdul Wahid (PAS) - 9,645

    Majoriti PAS - 2,193

    BANDAR

    Dr Abdul Manaf (PKR) - 6,689
    Toh Chin Yaw (BN) - 7,831

    Majoriti BN - 1,142


    LADANG

    Wan Hisham wan Salleh (BN) - 6,692
    Wngku Hassan (PAS) - 6,723

    Majoriti PAS - 31


    BATU BUROK

    Nordiana Shafei (BN) - 9,511
    Dr Syed Azman (PAS)- 10,672

    Majoriti PAS 1,161

    Jumlah Undi Dun untuk PAS dan PKR
    (9,645 + 6,689 + 6,723 + 10,672) = 33, 729

    Jumlah undi Dun untuk BN
    (7,452 + 7,831 + 6,692 + 9,511) = 31,486

    Beza undi PAS dan BN = 2,243
    Tolak undi untuk Nenek Maimun 685

    Mohamad Sabu sepatutnya mendapat majoriti kemenangan sebanyak 1,558 undi tetapi dia kalah 628 undi. Itulah sebabnya beliau dikatakan kalah kerana bukan anak tempatan.

  30. Salam...

    Orang terengganu memang sombong.
    Sombong tak kena tempat.
    Sebab tu lah ALLAH izin perintah negeri sat saja, tak sampai satu penggal penuh.
    Kalau dak apa lagi la benda benda bodoh yang orang terengganu nak buat.
    Orang terengganu kuat asobiyah.

    Tak yah terima la kalau ada tawaran bertanding kat sana ABG MAT SABU oii... Mampoih pi la kat depa

  31. Assalamualaikum wbt...
    adik kakok dae abe2 yae dihormati sekeliae..

    1. Dalam Islam takdok istilah puak tu puak nih.. takdok istilah org luar atau dalam.. yang penting sapa yang paling bertakwa dan berguna untuk meneruskan perjuangan Islam dan menegakkan. Secara rumusannya, boleh saja kita singkap balik Sirah Rasulullah dan zaman2 khalifah seterusnya..

    2. Selagi orang Terengganu keseluruhannya tidak mempunyai satu azam politik dan merobah mental block yang merungkup otak dan akal mereka selama ini, saya hanya boleh berkata, PAS tidak perlu bertanding di seluruh parlimen terengganu. Buang masa, kerana mereka BELUM BERSEDIA UNTUK BERTEMPUR.

    3. Dalam konteks pemilihan calon, saya menyokong melewatkan pengumuman.. PARLIMEN KT, 3 DUN PAS MENANG... kenapa perlu gopoh.. jalankan kerja akar umbi.. setup archer group IT & MIS, artileri PERANG SMS, askar berkuda yang akan bergerak dari rumah kerumah.. infantri yang jaga setiap jalan dan rumah.. SECARA RINGKASNYA... melewatkan pengumuman akan memberikan perhatian yang lebih kepada PAS.. calon kurang pressure dan ini penting kerana risikan kepada taktik lawan kena jelas... masalah kebocoran maklumat ke pihak lawan juga saya anggap pasti berlaku... Boleh jaminkan org terengganu benar2 jujur..?? kasi duit sikit.. hancus segala IMAN..

    4. kepada abe mat sabu.. anda boleh saja kemana saja.. tapi bagi saya.. buat masa ini.. hanya PENANG, KEDAH dan KELANTAN yang hanya mampu memberi kemenangan kepada ABE MAT SABU... terengganu?? mungkin 20thn lagi.. maaf.. kalo anda fikir saya salah.. sila buktikan dalam PRK PARLIMEN KT...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008