Di awal pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah dahulu, saya menghantar SMS kepada pembesar negeri itu memohon agar jangan menggunakan kereta rasmi kerajaan untuk menghadiri program parti. Saya diberitahu beliau menggunakan kereta rasmi untuk menghadiri program ceramah di Kota Sarang Semut.
Tidak lama selepas itu, saya diberitahu bahawa "Ustaz tak dan nak tukaq kereta". Saya taklah melawan alasan itu walaupun orang tua-tua kata, kalau nak seribu daya.
Semalam, orang Kedah call saya lagi dan mengadu Exco-Exco kerajaan negeri itu guna kereta kerajaan "ikut suka hati depa".
"Nak mai program parti pun pakai kereta Exco. Kereta tu duit rakyat. Program parti tak termasuk program kerajaan negeri. Pasai apa pakai duit rakyat.
"Takkan nak mai program parti minyak asin-asin. Satu tangki untuk program kerajaan, satu lagi tangki untuk program parti, urusan peribadi. Tayar kereta pun asin-asin ka? Empat tayar untuk program kerajaan negeri, lepas tu ada rizab empat tayar untuk program parti, urusan peribadi.
"Ahli-ahli parti, rakyat bawah macam kami ni mai program parti pakai duit sendiri. Kereta ka, mutu ka, beli pakai duit sendiri. Minyak tuang pakai duit sendiri. Tayar lagi la kena beli sendiri, sapa nak bagi?!" katanya panjang lebar.
Dia juga kata, "depa dok melaram sana-sini dengan kereta kerajaan". Saya tak boleh nak kata dia betui atau tak betui. Saya dah lama tak pi Kedah.
Saya tanya dia, Dr Ismail pakai kereta kerajaan suka hati dia jugak ka? Dia jawab, "Tak tau la, tapi tak nampak la pulak. Nak kata ada pun tak nampak. Nak kata tak dak pun, ya la, dah tak nampak".
Nak jadikan cerita, siang semalam saya baca berita Malaysiakini bertajuk "Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta" dan "DUN S'gor siasat jutaan wang Balkis". Mai malam, dah cerita pasai negeri Kedah pulak. Di Selangor, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) siasat. Di Kedah, rakyat sendiri yang siasat.

Cantik? Klik 

Abis tu org2 UMNO tu pakai kereta dan bangungan kerajaan macam pusaka mak bapak dia dan bepuluh2 tahun... takkan kita yg baru sket2 ni tak boleh??
Jawapan: Pegi masuk UMNO kalau rasa perangai UMNO tu betul!
Baru dapat kuasa Bakaq, tengah kemaruk..2x5 5x2.
Pak Bakaq,saya setuju..duit rakyat tak boleh pakai untuk parti.Jangan jadi macam UMNO yang kita dok selalu maki siang malam pasal salah guna kuasa..satu lagi bab kereta ni..kalau pun kerajaan Kedah dan Perak nak tukaq kereta, apa salahnya pakai kereta cabuk sikit dari perdana..guna waja ka..Awat yang nak pakai keta kemaih macam Camry tu..Kena la ada beza kita dengan BN..
"Sayidina Abu Bakar didatangi saudaranya di kediamannya sebagai khalifah di mana pertanyaannya bahawa kedatangan saudaranya itu atas urusan peribadi atau negara. Maka apabila dijawab urusan peribadi maka dihembusnya pelita yang sedang bernyala tadi kerana pelita itu adalah pelita rakyat."
Yb-yb tu patut tahu bila mati nanti akan dipersoalkan akan semua tindakan mereka yang menggunakan harta rakyat untuk kepentingan diri sendiri atau parti,mampukah mereka menjawabnya nnt???bukankah umar abdul aziz telah menunjukkan cara yang baik untuk memerintah.kalo setakat tahu dan cakap saje,tak reti nak buat...x de gunala..
Abis tu org2 UMNO tu pakai kereta dan bangungan kerajaan macam pusaka mak bapak dia dan bepuluh2 tahun... takkan kita yg baru sket2 ni tak boleh??
alahai, kalau org UMNO terjun lubang tandas lepas pegang jawatan, org PR pun kena terjun lubang tandas ke?
Salam Pak Bakaq,
Tang nie teman setuju kalau nak praktik islam praktik 100% jangan sekerat sekerat cam orang kata. Tugas kita tegur, dema nak dengor atau tak itu dema punya pasai. "Waatawasaubil haq waatawasau bis saub"
Bila dah dapat kuasa memerintah negeri...nafsu nak pakai kereta besar, rumah besar dan berbini ramai mulai melonjak-lonjak. Hanya iman yang teguh saja yang mampu mengawal nafsu-nafsu ini...tak kiralah orang PAS ke atau orang UMNO
Dapat kuasa memerintah negeri sudah tentu dapat juga gaji atau sumber pendapatan dan juga projek yang lebih lumayan daripada sebelumnya. Ego pun mulai menjadi-jadi...
kan aku dah cakap dulu, perangai dan nafsu ketua
kerajaan PAS Kedah tu mcm2 nak sama dgn perangai
kerajaan PAS Trg dulu...nafsu besak.
kalau tak ikut cara kepimpinan PAS Kelantan, insyaAllah PAS kedah akan tumbang mcm PAS trg,
nauuzubillah!
kalau benar menggunakan hak kerajaan negeri yang perbendaharaannya didukung oleh pembayar cukai di negeri tersebut untuk urusan selain URUSAN RASMI KERAJAAN NEGERI hukumnya HARAM.takkan mereka yg pakar agama tidak tahu benda ni? takdak kereta naik motor. awat takut jatuh standard ka atau takut neraka? cantik pak bakaq. jgn bagi peluang. perlu perbetulkan perkara2 mengarut nih
Salam saudara Bakaq,
Ingatkanlah pemimpin benda beginilah buat orang atas pagar benci di Terengganu dulu lihat yb-yb dan isteri gi melaram dengan kereta rasmi dan hotel mewah. Ubahlah cara dan beringat. Itu nasib belum tak ada mereka yang jerit tak dapat duduk first class C kapal terbang. Lihatlah kanan kiri banyak yang memerhati. Tak keluar lagi cerita shopping kasut isteri kat KLCC dan bajunya designer's shirt..!!! Bersederhanalah dan berpada-padalah. Expectation dan perception umum pada orang ugama dari PAS harap tahu-tahulah sendiri. Kalau background profesional kuranglah sikit..... Harap hati-hati dan sensitiflah wahai pimpinan PAS. Jangan nanti orang ramai meluat...Jangan terkejut kalau-kalau PRK13 orang atas pagar undi BN balik. Dah sama je...
tau xpe. ni ada pepatah paku dulang paku serpih, kata org dia yang lebih. x boleh blah aku komen ezza erisa. sengal
Habaq kat depa Pak bakaq,jangan dok amalkan mentaliti dan cara umno yang depa sendiri kata tak betui tu..nnt mencemarkan imej islam dan parti!!!
Saudara Bakaq
Tolong habaq kat orang-orang PAS khususnya MB PAS kalau nak amalkan mentaliti dan cara UMNO bersiap sedia untuk turun takhta pada 2012-13. Rakyat bukan bodoh lagi. Coba lihat kempimpinan orang bukan Islam di Pulau Pinang yang bagitu sensitif terhadap rakyat. Naik flight kelas ekonomi, pergi ceramah kereta sendiri. Apa nak kata saudara Bakaq, inilah perangai sebenar mereka yang tamak kuasa dan bukannya mahu membela nasib rakyat.
Baru naik pelamin, takhta dijadikan hak milik tok nenek mereka. Depa ni sedaqlah sikit rakyat melantik mreka kerana sudah berbulu dengan tabiat tamak pemimpin lama. Bat apa nak tukaq kereta pakai je lah. Mereka yang cakap aqama gelar diri utaz dan tuan haji odalah UNTA untuk exco barulah jimat cermat kerana rakyat dan bolehlah guna UNTA untuk semua majlis termsuk ceramah parti. Dah mula meluat dengan perangai USTAZ alaf baru. Anggap ini amaran rakyat kepada PAS. kalau gagal ikut cara Nik Aziz henti jadi MB dan exco.Siap sedia untuk turun takhta tidak lama lagi tatkala rakyat buat bicara.
UNTA
Hampa semua ni tang pemimpin pakai kereta kerajaan untuk program parti hampa nampak no. Yang hampa dok minta tak habis-habis kerajaan kedah bantu sekolah-sekolah agama SRIDU dll, bantu kerja-kerja parti, hampa ingat hampa minta duit sapa? duit rakyat serupa tu la.Hampa double standard.Tu la orang PAS ni, dulu di terengganu depa dok hentam pimpinan pakai kereta kerajaan. Menceceh memburukkan pimpinan sehingga orang meluat kat pimpinan PAS T'gganu. bab pakai kereta kerajaan ni, orang umno lebih faham. depa tak bising benda remeh macam ni. ini yang dikatakan "perks" atau kemudahan yang datang dengan jawatan. kereta yang diberi untuk exco pakai adalah untuk tak kira peribadi atau resmi. kalau tak boleh dah lama kena cekup dengan BPR! Hampa tak dok dlm kasut pimpinan. Kalau kata tak sempat tukar kereta, percayalah cakap aku. memang tak dan.kalau boleh depa pun tak mau pakai kereta kerajaan. semua mata memandang nak cari salah. biar anonymous kata orang putih lagi baik. sudahlah tu. kalau tak mau pimpinan pakai kereta kerajaan, buat usul supaya semua kemudahan kepada exco dan MB ditarik balik..... tu lah membangkang terlalu lama tak reti nak pikiaq macam pemerintah.
kalau hampa nak aku boleh senaraikan segala macam aktiviti yang pakai duit rakyat!!! Pi pakat mengajilah. susah kalau ilmu sejengkal, tahu nak menghukum saja!!
untuk anonymous yg dok kata org ilmu sejengkal tu...Aku pun nak tau ilmu yg cemana nak jawab bila dah mati nnt pasal guna harta rakyat?? para khulafa rasyidin dan pimpinan islam yang terkenal ngan ilmu dan taqwa zaman dulu pun x dak buat camtu...hangpa rasa,hangpa lebih baik ka dari depa??jawab memang boleh jawab cuma betul salah je...kalo dah nyata salah jgn dok gebang nak perbetui..
Bukan senang nak pilih pemimpin yang jujur, ikhlas dan beriman. Pemimpin kita cuba mempertahankan taraf pimpinan mereka, bukankah kita yang yang sepatutnya mempertahankan mereka dan jika ada dikalangan kita yang lebih baik dari mereka, mereka tidak wajar lagi menjadi pemimpin kita. Biarlah orang yang berkelayakan sahaja menjadi pemimpin.
rakyat dah bagi keta pakai ajalah ...utk buat kerja .. kadang2 kerja parti ni berselang-seli dgn kerja pemerintahan.
tak yah lah dengki2 dgn exco2 tersebut
Tok sah lah dok menyombong.. Bab tegur menegur jangan disamakan dengan hasad dengki. Amanah tu teramatlah berat. Tauladan tatkala berkuasa itu banyak hikmahnya. Bebal tu tak dak faedahnya. Benda boleh dikawal, nak pi redha buat apa. Kemaruk sangat ka?
NEMESIS
salam
ingat pimpinan pas !!!!!!!!!
kejatuhan pas trangganu adalah berpunca dari masalah yg sama.engkar janji pada pkr dalam agihan mkk menyebabkn timbulnya desas desus yb pkr lompat.yb dari pkr tertekan dgn tekanan ahli kerana agihan mkk.pas tidak menganggap pkr sebagai kawan......menepati janji adalah ciri2 org beriman.....pas dilihat lebih islamik dari pkr,tapi kenapa pas mungkir janji dgn agihan mkk.sy malu berdepan dgn kwn2 dari pkr...sy malu dgn rakan rakan non muslim....
muhasabahlh diri kita.....kita semua sygkn pas...jgn memburukkn imej pas wahai pimpinan hanya kerana di uji dgn sedikit kemenangan...contohilh TGNA...CONTOHILH KELANTAN......SY MALU....