Dalam posting bertajuk "Kita ISAkan Utusan?" saya tulis mengenai ceramah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu:Dalam ceramahnya beliau bertanya kepada yang hadir, "kalau kita berkuasa dan kita tangkap para pemimpin Umno di bawah ISA, adakah Tuan-Tuan setujuu?!!"Siang tadi, dalam berita bertajuk "MCA Youth goes to PAS HQ to protest" Malaysiakini melaporkan (gambar di atas juga ihsan Malaysiakini):
"Setujuuu!!!" jawab yang hadir.
"Saya tak setuju!!" sanggah Mat Sabu. "Kalau kita tak setuju depa guna ISA tangkap kita, kita juga tak nak guna ISA tangkap depa. Siang malam kita lawan ISA, adakah tiba-tiba bila kita berkuasa, kita pula yang nak gunakan ISA?!! Haaa!!? Kita akan hapuskan ISA kalau kita berkuasa!!"
In an unprecedented move, Federal Territory MCA Youth stepped into the PAS headquarters in Kuala Lumpur to submit a memorandum protesting a plan to bring in hudud law.Adakah kita akan tergelejat-gelejat marah? Bodohlah kalau kita buat perangai macam Berug dan marah tak tentu hala. Kalau kita nak gunakan hak demokratik kita untuk memprotes apa yang kita tak suka, adakah kita akan double standard dan mengamuk bila Pemuda MCA memprotes hudud?
The Islamic party had on Dec 20 claimed that the opposition Pakatan Rakyat coalition would implement hudud law if it forms the federal government. This has since been attacked even by political ally DAP.
Nine MCA representatives led by FT Youth head Chiew Lian Keng handed the one-page memorandum to PAS Youth secretary Ahmad Sabki Yusuf, who received it on behalf of president Abdul Hadi Awang.
They first shook hands with Ahmad Sabki, explaining their presence and the contents of the memorandum.
"We are not satisfied with a statement made by PAS vice president Husam Musa on the implementation of hudud laws in a multi-racial and multi-religious society. It is unacceptable," said Chiew, reading from the memorandum.
"FT MCA youth will thwart any move or effort that could threaten the federal constitution."
Kalau mereka mempunyai hak demokratik memprotes hudud, adakah kita tidak mempunyai hak demokratik menyokong hudud?
Saya bukan reti Perlembagaan Malaysia. Saya kutu dan saya tak mengaji tinggi, sekolah menengah pun tercicir. Tapi dalam poting bertajuk "Suara terlarang" saya tulis ikut suka hati saya tentang Perlembagaan Malaysia. Kalau tak betul pun, peduli apa aku. Quran ya la tak boleh tafsir ikut suka hati. Kalau malas nak klik,ni saya copy and paste:
Tiba-tiba, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad menjadi bogeyman baru. Apa dosa beliau? Besar. Besar sungguh dosanya. Sila baca laporan The Star di sini.
Sang security guard atau pengawal keselamatan sekularisme di negara ini duduk tak duduk sudah melantik diri sendiri sebagai polis baru yang menjerkah orang-orang PAS setiap kali mereka bersuara mengenai negara Islam. Apa sahaja kenyataan mengenai hasrat PAS untuk mewujudkan negara Islam kini menjadi suara terlarang.
"Forbidden, ada tau ka?"
Semakin kukuhlah kedudukan Malaysia sebagai negara polis. Selain PDRM, ada lagi rupanya polis-polis tiruan yang kerja mereka ialah menjerkah dan menghamun PAS setiap kali hasrat mewujudkan negara Islam diucapkan.
Tidak peduli walaupun Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menyatakan "we are allowing more time for the electorate to understand us better" yang dengan sendirinya bermakna PAS akan menawarkan pilihan tersebut melalui pilihan raya dan bukan melalui paksaan. Apa mereka peduli itu semua asalkan mereka boleh bersedap-sedap menjerkah dan menghamun apa sahaja pernyataan PAS mengenai negara Islam.
Mereka juga tidak peduli kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pandangan yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Mereka juga tidak peduli kalau kita bersuara mengenai hak untuk menganuti dan mengamalkan Islam yang dijamin oleh perkara 11 perlembagaan tersebut.
Depa siapa nak nafikan kebebasan bersuara setiap kali kita bercakap mengenai Islam dan negara Islam? Nak suruh pulak orang gugur negara Islam. Kamu siapa? Hey, we dont take order from you!
Awat? Depa nak kata bercakap mengenai negara Islam adalah amalan Islam yang disekat perkara 11(5)? Berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak? Kalau benar demikian, adakah perkara 3 menjadikan agama yang mempunyai amalan yang yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak sebagai agama rasmi?
Kalau ketagih sangat nak jadi polis tiruan pun, janganlah sampai nak sekat kebebasan bersuara dan penawaran pilihan secara demokratik. Bukannya nak paksa. Macamlah kita tak tau bahawa paksaan tidak boleh menjamin sokongan dan kesetiaan.
Bagi yang tidak mahu menjadi polis tiruan, mereka sedap-sedap pula menyatakan negara Islam tidak ada dalam ajaran Islam. Saya dah nyatakan pendirian saya dalam posting bertajuk "Bathsul Masail: Alahai Pak Pandir..."
Peduli apa depa setuju tak setuju. Aku bukan tertakluk kepada persetujuan hampa.
Dalam al-Quran, terdapat banyak sistem dan undang-undang. Kalau tak ada negara, di mana nak laksanakan sistem dan undang-undang? Nak laksanakan di mana apa sahaja amalan yang disyaratkan kepada kita untuk menganuti Islam?
Sebab itulah, kepada yang mahu merealisasikan Fasal 5 Perlembagaan PAS, kita mesti bersuara dengan lebih kuat dan kerap untuk menawarkan pilihan tersebut secara demokratik. Peduli apa undertakings apa pun. Kalau tak nak, itu hak masing-masing. Hak untuk menolak tidak dinafikan. Tetapi, jangan cuba nak jahit mulut orang.
Awat? Over your dead body? Who wants to step on your stinking dead body? It will dirty our shoes, or my sandal for that matter.
Saya gian nak copy and paste lagi apa yang saya tulis dalam posting bertajuk "DAP tolak dasar PAS? Biasa la...":
Apa yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Bila telah diluluskan mengikut undang-undang negara, saya juga berhak dari segi demokrasi untuk menyokong tujuan dan matlamat perjuangan PAS itu. It is my absolute democratic right. Suka hati aku la nak guna hak demokratik aku.
Bila masing-masing menggunakan democratic right masing-masing, apa fasal awak banyak sakit?!
Video ihsan Malaysiakini










Cantik? Klik 






MCA tentang hudud patut pun kerana dia orang tidak faham. Tugas PASlah untuk bagi tahu sampai dia orang faham. Tak boleh berhenti dan tidak boleh putus asa.
Dengan malaun UMNO ini pun kena buat macam itu juga kerana kepala dia orang dengan kepala MCA tak banyak beza.
ape kate kite suruh org2 PAS nih buat blog,roadshow pasal hudud..bgtau dulu kt org2 yg x paham(x kire melayu, cine, india etc) hudud nih ape maksudnye..care pelaksanaan, syarat2 die..
kadang2 orang nih x nampak hikmah d sebalik hukum2 tuh..
kite kumpulkan karye2 tok guru nik abdul aziz dan ulamak2 laen..
kdg2 org islam pon x reti nk explain hudud tuh cmner..nk explain cmner kalo dlm syllabus pelajaran agama Islam x diterangkan..stakat main sentuh sket2, susah la..kalo bdk tanye lebih sket, berani ke ustad kt skolah nk jawab?
Saudara Muadz,
Macamana nak tarik minat Non-Muslims untuk mengakui keserasian Hukum ALLAH yang mencipta manusia itu sendiri dengan manusia kalau ada manusia-manusia yang mengaku Islam,yang Solat 5 kali sehari semalam,yang pergi Haji dan Umrah tetapi mereka ini yang menakut-nakutkan Non-Muslims kepada Hukum ALLAH?
WaAllahu'alam. Arwah bapak saya teramat cool dalam menasihati anak-anaknya, alhamdulillah apa yang dia sampaikan lekat sampai bila-bila inshaAllah pasai cara dia deliver tu. Dia pernah kata kat saya, "Kalau hang berkelahi dengan orang, paih tu orang tu panggil hang babi, hang tok sah dok panggil dia babi juga. Kalau hang panggil dia babi juga, dah ada dua ekor babi kat situ..."
Yang saya nampak secara big picture dalam isu yang tengah hot ni adalah suatu taktik `diversion' pihak Khairy yang nampaknya menjadi. Saya rasa biaq pi lah sapa-sapa yang lain nak melatah sampai terlondeh seluaq pun, kita tok sah.
Setahun yang lepas saya diduga Allah dengan cara saya hilang projek yang saya dapat melalui cara betul kepada puak depa-depa dibawah naungan PM kita. Waktu tu, Allah bagi saya terkata kat suami saya "Tak pa lah, depa ada Pak Lah, kita ada Allah"...teramat tepat, WaAllahi. Biaq depa melatah, kita relax, kita ada Allah, hukum Allah hukum azali.
`Hudud' is a term that's making a lot of people nervous, it is going to be a formalisation of what is proper to be followed in governing a state, whatever state. For now, we lay low and we do what is right, the rest we leave it up to Allah s.w.t. niat kita baik, Allah akan tulong, in God we trust.
taklah sepelik mana kalau mca tolak hudud ... yang pelik bin ajaib nya orang Islam sendiri pun tolak benda yang sama ... dengan pelbagai alasan ikut logik akal ...
mereka tiada hak untuk protes hukum hakam islam..siapa mereka? sedangkan orang islam sendiri pun tidak boleh protes hukum hakam islam...apa sudah jadi ni? kelemahan orang2 islamlah punca berlakunya perkara sebegini..
MCA menentang hudud kerana mereka sama seperti DAP tidak mendapat penerangan yang jelas tentang keindahan hudud. Umno yang didokong umat Islam hendaklah memikul tanggungjawab untuk memberikan pemahaman sebaiknya tentang keindahan huhud ini. Mereka merupakan pihak pemerintah sekarang dan mempunyai keupayaan dan kuasa untuk melalukannya. Hudud adalah hak Allah dan datang dari Allah. Jangan sampai ianya dipermainkan. Ayuh pemimpin Islam Umno bangkitlah, jangan pula anda yang menentang huduh Allah ini. Ianya keindahan ciptaan Allah.
Nama pun bukan Islam aka Kafir. Hum Kafirun.
Apa isu besarnya.
cuma orang Islamlah bodoh. Banyak macam buih.
Anak dara Melayu kena jual anak kedai 24 jam. Tak ada pulak demosntrasi besar-besaran memboikot syarikat milik Cina yang paksa anak Melayu jual arak.
Atau tak ada orang demonstrasi di pejabat MAS yang wajibkan wanita Islam hidangkan arak atas kapalterbang. Tak ada pun gerakan nak paksa MAS hentikan tayangan tubuh badan wanita Islam dan jadi pelayan arak atas kapalterbang ni.
Yang itu pun tak selesai tak payahlah cerita benda lain.
UMNO kian terdesak untuk menang.Isu Hudud yang dimainkan media totok UMNO dengan suntikan tambahan daripada akhbar the star telah menjadi senjata makan tuan.
Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 telah diluluskan sebulat suara oleh anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu termasuklah adun MCA sendiri.
Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002.
Habis isu hudud yang sengaja dijolok MCA untuk memerangkap DAP agar tidak menyokong PAS dalam PRK Kuaa Terengganu.MCA serba tak kena kerana telah menyuruh DAP boikot PRK KT untuk buktikan tak sokong hudud sedangkan ADUN MCA sendiri sokong hudud.
Kaum Cina semakin meragui MCA yang lebih dilihat bodyguard kepada UMNO kerana sebelum ini kaum cina dicerca dan dihina oleh pemimpin UMNO sebagai kaum pendatang.luka itu ditambah dengan kenyataan mukhriz agar sek cina dihapuskan.
Kaum Cina sudah jelas dengan peranan yang dimainkan MCA ketika ini yang lemah dan gagal memperjuangkan nasib kaum cina
UMNO mesti berhenti dari mengelirukan rakyat msia tentang keperluan hukum syariah islam (termasuk hudud). sudah lebih 50tahun rakyat dikelirukan dan diperbodohkan olih UMNO sehingga tidak memahami keindahan hukum syariah islam.
aku harap UMNO tidak akan mengemukakan idea gila untuk pengajaran pendidikan islam dalam bahasa inggeris pulak selepas ni...kalau itu berlaku rakyat msia akan jadi lebih keliru dan bangang!!!