Lim Kit Siang menyifatkan menteri-menteri kabinet dan anggota-anggota Majlis Ekonomi Negara (MEN) mengalami kekurangan dan kemiskinan intelek apabila "mereka begitu mudah diperdayakan dengan statistik dan data meragukan" yang dibentangkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Berdasarkan apa yang dibentangkan Musa, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kadar jenayah di negara ini adalah lebih rendah berbanding Jepun dan Hong Kong tetapi tinggi sedikit berbanding Singapura jika dikira berdasarkan kadar per kapita.
Statistik yang diberikan oleh KPN untuk menunjukkan Malaysia lebih selamat dari Jepun dan Hong Kong adalah "paling menipu dan tidak dapat diterima", kata penasihat DAP itu, kerana definisi yang berbeza digunakan.
Sebagai contoh, kata Lim, kes pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk adalah 1.09 kes di Jepun, 0.26 kes di Hong Kong sedangkan di Malaysia 2.12 kes.
Bagi kes rogol bagi setiap 100,000 penduduk pula adalah 1.62 di Jepun, 1.54 di Hong Kong manakala di Malaysia pula setinggi 11.47.
Lebih buruk lagi kes rompakan bagi setiap 100,000 penduduk di mana hanya 4.78 kes di Jepun, 17.56 di Hong Kong dan setinggi 90.49 di Malaysia.
Dengan statistik yang memeranjatkan mengenai jenayah ganas di Malaysia berbanding Jepun dan Hong Kong itu, Lim mempersoalkan bagaimanakah KPN "begitu tidak bertanggungjawab menipu kabinet dan MEN supaya mempercayai Malaysia lebih selamat dari Jepun dan Hong Kong".

Cantik? Klik 

salam pak bakaq,
kes jenayah di malaysia semakin membimbangkan. malah pdrm gagal menanganinya secara bertanggungjawab. saya cadangkan agar disetiap daerah diwujudkan satu jawatankuasa memantau keberkesanan polis menyelesaikan aduan / laporan polis daripada masyarakat. kadar sebenar penyelesaian kes-kes yang dilaporkan boleh diketahui dengan adanya jk yg terdiri dari pemimpin masyarakat . harapkan musa hassan atau pdrm memberikan statistiknya, seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Husin mana tahu contoh contoh yang Lim Kit Siang beri tu tak tipu?
Salam,
Kesian menteri kita asyik kena goreng dengan KPN yang memang kaki goreng.
Anonymous at 10.59 PM, saya tak dapat siarkan komen anda.
Itu kes yang dilapor. Yang tak dilapor berapa banyak pulak bib.
kesian...
basah kepala deme kene kencin...
ish ish ish
tak dinafikan jenayah di malaysia memang meningkat,
tidak saja di bandar yang penghuninya pelbagai sosial status, tapi dikampung2 sekalipun terus menjadi2 , jenayah tak semesti membunuh, merompak, samun, curi , dadah dll. masalahnya bila di laporkan pada pdrm, oooohhh curi basikal buruk jer, tak apa lah nanti kita lihat, ya lah laihat kalau ada depan mata tangkap, kalau tak tak apalah, bukan besar sangat--- begitulah persepsi pegawai polis bila buat laporan, ya lah dari curi kecil2lan lama2 jadi besar kalau tkk di bendung. lagi satu tindakan tak boleh di ambil tanpa barang bukti di tangan, jadi kalau mencuri barang takkan nak tunjuk pula baru nak ambil tindakan, jadi sampai bila nak habis pencuri ni walau kita tahu kutu tu seorang pencuri. boleh dikatakan setiap malam dikampung berlaku jenayah curi, naik rumah dll, apa polis buat--------tak ada bukti, senang jawabnya, yalah kalu tak kerja cari bukti mana nak dapat.jadi PDRM tolong kerja keras sikit jangan sampai rumah sendiri atau kelurga sendiri yang jadi mangsa.
KPN musa mmg patut undur dr jawatan. PM najib pun WAJIB meletak jawatan kerana tiada daya kepimpinan untuk memartabatkan tanah air. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan. UMNO rapuh. Wacana dlm menegakkan Islam tiada. Rakyat sudah terlalu lama menikmati penderitaan yang tiada kesudahan.
ALLAHUAKBAR, bantulah...