Update 2.15 PM
Dalam komen di bawah, Abd Rahim Kassim kata: Masing-masing bagi jawapan untuk lepas diri je. Hudud bolehlah bagi alasan kerajaan pusat tak bagi buat, tapi yang kerajaan pusat tak halang tak buat juga.
Posting asal
The Star melaporkan (lihat beritanya di bawah), ketika Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditanya oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff yang mempengerusikan wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam, Kota Bharu Sabtu lalu, adakah beliau akan memperjuangkan hukum hudud jika dipilih menjadi Ketua Pemuda Umno, dengan tersenyum menantu Perdana Menteri itu berkata beliau akan melakukannya.
Bernama pula melaporkan, setelah dicabar oleh Khairy mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menegaskan: "Kita akan buat"
Utusan Malaysia melaporkan Husam mengulangi penegasan bahawa PAS tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini, termasuk melaksanakan hukum itu.
Buktinya ujar beliau, kerajaan PAS Kelantan terus mengadakan perayaan Hari Hudud setiap tahun kerana tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.
“Kita memang mahu melaksanakan hudud tetapi dihalang oleh Umno. Kalau Umno tumbang insya Allah kita boleh melaksanakan hukum hudud.
“Saya memberi jaminan, kita akan buat,” katanya.
Bernama juga melaporkan Husam berkata, tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.
Seorang lagi ahli panel, Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pula berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.
“Kerana undang-undang jenayah itu terletak di dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
“Jika kerajaan negeri Kelantan tidak mampu melaksanakan hudud maka kerajaan pusat harus melaksanakannya,” katanya.
Khairy Jamaluddin akui pemimpin PAS matang berpolitik (Harakah)
Suruhanjaya Pelantikan Hakim hanya komestik - Ahli Akademik (Harakah)
Khairy buat kejutan di Kelantan (KL Pos)
Dwiparti politik berikan peluang BN pulih imej (Utusan Malaysia)
Pakatan pembangkang retak menanti belah - Khairy (Utusan Malaysia)

Firebrands Husam and Khairy debate various hot issuesBerkaitan:
The Star (21/12/08): Two firebrand politicians – state exco member Datuk Husam Musa and Rembau MP Khairy Jamaluddin – took potshots at each other on various issues during a no-holds barred forum here last night.
Husam and Khairy held a healthy debate over issues ranging from Umno’s arrogance of power to PAS’ plans to implement hudud law.
The forum entitled Malaysian Political Reformation was held at Balai Islam in Lundang here and was moderated by Universiti Kebangsaan Malaysia’s Associate Prof Mohd Agus Yusof who reminded the politicians and the floor to not touch on personal issues.
Husam fired the first salvo when he said that Umno’s unpopularity in the March general election was a result of Umno’s arrogance of having power.
Khairy, in reply, said this arrogance had apparently infected PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who had said in bravado that he would march into Putrajaya on Sept 16 to take up the post as the next Prime Minister.
“But it is in my opinion, that the political reformation was not as much a reformation but actually a protest vote by the people to teach Barisan Nasional a lesson for not implementing the promises made in the 2004 general election,” Khairy said.
Husam’s subtle insinuations caught Khairy on the hop on several occasions but Khairy maintained his calm and took the “beatings” professionally to the delight of Umno members in the crowd.
Khairy launched another attack on Husam when he asked whether hudud law would be implemented if Pakatan Rakyat had taken over the Government on Sept 16.
Husam gave an assurance that hudud law would be implemented if they had taken over.
Associate Prof Mohd Agus added fuel to the already hot topic and asked Khairy if he would push for hudud law if he became the Umno Youth chief.
Khairy smilingly replied that he would, which resulted in shouts among PAS supporters in the hall.
At a press conference later, both men supported more such forums to be held.
Pas tetap laksana hudud, qisas: Husam
Berita Harian (21/12/08): Pas akan tetap melaksanakan undang-undang hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk kepemimpinan negara melalui pilihan raya umum.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu selepas dicabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin Pas selepas pilihan raya umum Mac lalu.
“Kita akan buat,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam di sini, malam kelmarin.
Selain Husam dan Khairy, anggota panel wacana itu termasuk Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dan dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.
Husam menegaskan tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul Pas kerana tanggungjawab itu harus dipikul semua orang Islam, terutama pemimpin.
Husam mendakwa dasar Pas kini semakin diterima semua pihak, termasuk bukan Islam menerusi penubuhan kelab penyokong dan Pas turut mendapat sokongan rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP.
Mengulas bidasan Khairy mengenai pendirian Pas terhadap beberapa keputusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti pengharaman jualan arak di Selangor dan pertandingan tarian jalanan di Pulau Pinang, Husam berkata, Pas ketika ini hanya mampu menyuarakan bantahan.
"Kita membantah (apabila dasar itu diteruskan) tetapi tidaklah sampai mengambil tindakan keluar parti kerana ada pertimbangan lain yang diambil kira," katanya.
Lebih 3,000 penonton yang sebahagian besarnya terdiri penyokong Pas memenuhi ruang dalam dan luar dewan Kompleks Balai Islam itu.
Khairy hadir pada majlis itu sambil ditemani kira-kira 50 ahli Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.Ihsan Hanief
Khairy Jamaluddin akui pemimpin PAS matang berpolitik (Harakah)
Suruhanjaya Pelantikan Hakim hanya komestik - Ahli Akademik (Harakah)
Khairy buat kejutan di Kelantan (KL Pos)
Dwiparti politik berikan peluang BN pulih imej (Utusan Malaysia)
Pakatan pembangkang retak menanti belah - Khairy (Utusan Malaysia)

Cantik? Klik 

Salam PB.
saya pernah eniaki sebuah teksi dipandu orang India. sepanjang perjalanan dari bengkel kereta TTDI Jaya hinggalah ke seksyen 27 Alam Megah, dia menceritakan hanya satu sokongan dan keyakinanan kepada hukum hudud seolah-oleh dia sedang mentarbiah dan memberi tazkirah kepada saya dan isteri mengengai kebaikakan hukum hudd.
beliau sangat-sangat yakin jika hukum hudud dilaksanakan, jenayah dapat diatasi sepenuhnya.
Wat's new?
PAS has always said it's about Islam.
So Islam means hudud?
PAS never said it would put aside hudud.
And now KJ, is he joining PAS?
Bakaq,
Masing-masing bagi jawapan untuk lepas diri je. Hudud bolehlah bagi alasan kerajaan pusat tak bagi buat tapi yang kerajaan pusat tak halang tak buat juga.
Star reports:
Meanwhile, Khairy pointed out that he did not say that hudud laws would be implemented as reported in the Sunday Star yesterday.
He had said that the status quo would be maintained.
He added that it was Husam who said hudud laws would be implemented if Pakatan Rakyat formed the Federal Government.
sebelum ini kerajaan pusat ada beri kebenaran untuk dilaksanakan hudud di Kelatan tapi tak nak pulak mereka mahu melaksanakannya atas alasan hudud hanya terkandung dalam manifesto yang lama.pelik.sekarang untuk persiapan kempen pilihanraya kecil di KT di hujahkan semula isu hudud ini.taktik untuk mendapat sokongan.
KJ memperjuangkan hudud??? Mesti Paklah tak kasi punya...nnt abis kroni2 depa yang kena hukuman dulu...politik2..main sedap mulut je apa nak kata..
-JAI-
salam to all,
to Fecto, pls correct your fact before bashing pas for not implementing hudud. when did federal gave permission to kelantan for implementing hudud? not a chance...