Oleh kerana komen Yunus Ali dalam posting sebelum ini bertajuk "Saya bukan hamba raja-raja Melayu" sangat menarik perhatian saya, berikut saya siarkan sepenuhnya:
Ketuanan sesuatu kaum itu ialah asas golongan fasis, gerakan fasis dan parti-parti fasis; serta salah satu punca kezaliman di muka bumi ini.
Ketuanan Aryan asas ideologi parti Nazi Jerman, yang mencetuskan Perang Dunia-2 dan pembunuhan beramai-ramai bangsa Russia, Poland dan Yahudi.
Ketuanan Orang Putih telah mengwujudkan sistem apartheid di Afrika Selatan. Manakala di Amerika Syarikat Ketuanan Orang Putih adalah asas gerakan gerombolan Klu Klux Klan yang membunuh (lynching)Orang Kulit Hitam.
Ketuanan Yahudi pula asas pada Zionisme dan kewujudan Israel yang menjajah, mendera dan menzalimi rakyat Palestin.
Manakala Ketuanan Serb yang bongkak dan mendominasi kaum-kaum lain telah mengakibatkan porak-perandanya Persekutuan Yugoslavia yang kini berpecah menjadi negara baru: Slovenia, Croatia, Montenegro, Kosovo, Macedonia dan Bosnia. Sebelum perpecahan itu, tidak kuranglah juga berlakunya pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh kaum Serb keatas kaum Croatia, Bosnia dan Kosovo akibat menyahut seruan semboyan Ketuanan Serb.
Inilah pandangan rakyat dunia yang bertemadun dan pengajaran sejarah bahawa ketuanan sesuatu bangsa itu bersifat fasis dan berbuat zalim.
Ketuanan bangsa nyata sekali bobrok dan hina dari pandangan dunia walau macam mana sekali pun ianya di kelentong (spin).
Begitulah dengan 'Ketuanan Melayu', ianya tidak akan dapat lari dari ciri-ciri fasis dalam dirinya dan amalan-amalan yang zalim. Ianya akan dikutuk oleh seluruh rakyat dunia yang bertamadun.
Apakah kamu mahu menjadi golongan orang-orang yang berbuat zalim di dunia ini?










Cantik? Klik 






KETUANAN MELAYU seingat saya belum pernah membuat tindakan 'peryisihan kaum' seperti yang dituduh oleh Hindraft. Ketuanan Melayu dijadikan istilah untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan melayu/bumiputera dari tidak menghalang hak kaum-kaum lain dan tidak pula menyingkirnya. Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan lain-lain ketuanan spt mana apa yang saudara ungkapkan dalam penulisan saudara. Dulu suatu ketika di Singapura Ketuanan melayu memegang taktha, kini apa pu tak ada. Itu di Singapura. Bagaimana di Thailand dan Filipina dimana Islam menjadi korban negara?
DiMalaysia bukan islam memperolehi dan menjalani kehidupan yang sangat harmoni. Ketuan melayu adalah ketuanan yang sangat dan paling terbaik diatas muka bumi ini.
Perkataan 'ketuanan' sama dengan perkataan Inggeris 'supremacy', seperti dalam frasa 'White Supremacists'. Perkataan ini sedang disalahgunakan olek UMNO untuk naikkan kemarahan rakyat Malaysia. Inilah taktik keji UNMO yang kita sudahpun dah biasa melihat dan mendengar. Hak-hak istimewa orang Melayu dan bukan Melayu terpelihara dalam konstitusi negara dan tidak sesiapa pun boleh mengancam hak-hak ini. Sultan Sharafuddin Idris Shah sudahpun bercakap demikian. Cuba baca temuduganya:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/2/nation/2690236&sec=nation
Tergelak baca komen tuan pasal ketuanan Melayu. Apa ada pada ketuanan melayu? Cuma tipu daya puak orangutan nak memerintah, itu saja. Ketuanan melayu cuma tipu melayu, lain dan sangat berbeza jika di bandingkan dengan ketuanan Aryan, Serb, China, India atau Tamil kerna kesannya puak tersebut masih dominan dan tiada pihak berani mempersoalkannya! Di sini, ketuanan melayu di hakiskan supaya ketuanan china pendatang dominan seperti di singapura, tak gitu?
"Ketuanan Yahudi pula asas pada Zionisme dan kewujudan Israel yang menjajah, mendera dan menzalimi rakyat Palestin."
Saya dok pikiaq jugak. Bila dan kat mana pulak orang Cina dan orang India di Malaysia ni di bom, di tembak dan di halau dari rumah mereka?
Orang melayu Islam yg hidup susah ramai. Kampung-kampung mereka tergadai.
salam perpaduan,
ketuanan melayu bukanlah bermaksud penindasan kaum lain tapi lebih kepada atas dasar hak dalam perlembagaan dan sejarah Malaysia ni sendiri~ bukannya mengatakan bangsa lain tu kuli dan hamba. ini cume statement dr bangsa bukan melayu sendiri yang memulakan mainan sentimen ini.
atas dasar dalam perlembagaan, bangsa bukan melayu perlulah menghormati hak istimewa bangsa melayu. jika sebelom ini kedua-dua pihak boleh hidop dengan 'selesa', kenapa skarg ingin bermain api?
bila sebut ketuanan melayu, melayu disalahkan. tapi sedar tidak bangsa melayu sekalian, yang memulakan permainan baling-baling mercun ini adalah org bukan melayu? kenape mereka tidak disalahkan?
penarik beca,
very apt comments about the term ketuanan melayu ..and you are correct. it is absolutely fascist. and there is no kelentong that will explain how harmless it really is.
but that has been mahatir's way for 22yrs, twist and turn the meaning of words!!
not surprised that not many people get it
Yunos Ali terlalu dramatik sangat tu ...
Perkara salah tidak boleh jadi pengukur sebenar intipati perjuangan parti. Pemimpin UMNO salah dalam menggunakan perkataan ketuanan melayu tanpa memahami maksudnya.
Saya cuma hairan atau harian, dimana pula ketuanan islam pihak pas. Saya lebih suka lagu itu dari lagu sekarang yang nampaknya macam dibodoh-bodohkan PKR dan DAP, maaf cakap brader.
Saya lebih sedih bila Hj Hadi yang pernah melaungkan wasiat tiba2 boleh kata negara islam dan malaysian malaysia itu hanya istilah saja. Yang penting adalah keadilan, menghapuskan rasuah, kesejeahteraan rakyat, dll.
Hooi brader, awat pragmatik sangat. Malaysian Malaysia bukan untuk membina nation. Ia hanya menhancurkan pembinaan negara-bangsa Malaysia ini. Malaysian Malaysia terlalu pekat helah yang menyembunyi nawaitu agenda dominan.
Lihat bagaimana PAS dimainkan di Penang. Kaji baik2 disebalik Lim Guan Eng berkata pemimpin akan ada ukuran dan merit untuk terus. Pemimpin pakai meritokrasi dan bukan demokrasi? Apa sebaliknya? Kaji dalam2.
DI Perak Nizar beri tanah 999 tahun. Adakah itu legal? Adakah itu adil? Rakyat Melayu dapat 99 tahun sekarang, mereka 999 tahun? Say atak rasa itu keputusan Nizar tetapi dipaksa DAP yang dominan.
Akhir sekali, mungkin berbeza pandangan antara UMNo dan PAS mengenai nation dalam state yang ingin dibina, tetapi banyak similarity sebenarnya. Melayu itu Islam, Islam itu Melayu di bumi Malaya. Kekalkan itu.
Aktivis PKR dan DAP adalah juga aktivis yang menyokong Islam Liberal dan puak-puak Artikel 11, pro Lina Joy.
Salam,
Bungaraya..jangan samakan melayu dan Islam..Melayu adalah bangsa dan Islam merupakan agama..2 'konsep' yang berbeza..Islam bukan berasaskan bangsa..tak kan tu pun tak tau.. mungkin bungaraya hanya hendak 'manipulate' salah satu atau kedua2 konsep yang disebut kan tadi...
salam che' bakar,
buang masa saja berbahas tentang ketuanan melayu.
Apa kata kita bincang pulak tentang ketuanan Rosmah.
Anak Bulan
Bulan Penuh 2012
Di sebabkan gajah depan hidung tak nampak ,saya lebih suka kapada fascism yang telah diamali olih orang kelompok bangsa selain daripada orang melayu.
1.Layanan pilih kasih dalam syarikat dan kilang dan apa jenis perusahawan.
2.tak bagi turun harga malah penaikan harga olih pembekala ,pengilanag, peniaga ,pemborong yang 90 peratus terdiri lih orang yang bukan melayu.
3.Tidak mahu turun harga malah naik harga ikut suka persatuan pemborong cina.
4.memboikot barangan keluaran sungguh pun kecil barang yang bolih buat olih orang melayu.
5.bila nak ambil pekerja pilih bangsa cina dan tak mahu ambil orang melayu.
6.iklan kerja kosong terang terang minta orang cina yang reti mandarain yang layak mohon.
7.apa bila peminpin, menteri dll dan pembesar cina termasuk ahli politik MCA DAP dan PGRM bagi temuramah di luar semua nya guna pakai mandarin dan tidak pernah guna Bahase melayu ,walaupun di lobi parlemen.
8.Bila penerbit drama untuk Tv keluarkan drama bersiri mandarin,cerite dan cara sa olaha olah bukan berada di Malaysia ,sampaikan apa saja ciri malaysia saperti pelbagaian bangsa,motokar, alat rumah tak ade langsung tunjuk kehidupan di malaysia.
Dll ,seratus kajang kertas pun tak cukup,nanti tuan punye blog marah.
Ini pengelaman hidup saye dari saye sekolah,U, hingga sekarang,semua negeri pun sama,baik daripada kedah hingga johor,kaum cina memang amali fascis terhadap orang melayu..,
Tapi saya yakin tahu melayu tak pernah fascis terhadap cina.. fascis sam ngan Adolf Hitler, B Mussilini, Gen Tojo, Goebbels,Bush Snr,Kuomintang,Lenin,Stalin.
cukup lah, saya tahu orang melayu baik hati dan tak suka berbabalah.
Jangan napi kenyataan dan bukti amalan fascism orang cina terhadap melayu ,itu aje.
Orang Melayu fascis ? Mustahil.
arjuna waspada
Saye rase Yunus Ali tu post before bace komen2 awal la... Husin Lempoyang dah terangkan dah~
Logik sejarah pon, mase Chineses and indians dibawak masuk ke Tanah Melayu, yang memerintah adalah British, Melayu pon pak turut je... Konsep ketuanan tue hanyalah nak kekalkan kedaulatan melayu supaya orang Melayu tak jadik macam red indians kat Amerika nun (kalau ikutkan sekarang Islam cos my friend is Chinese+Indian+Japan tapi die adalah Melayu sebab lahir Muslim...err...walopon x berkenaan ngan post tapi just nak mention)
So, technically, what Yunus Ali said cannot be implied in Ketuanan Melayu.
Ya.Betul. Tidak perlu menjaja perkataan "Ketuanan Melayu" untuk berpolitik perkauman. Hakikat sebanar terkandung dalam Perlembagaan Negara. Mana-mana pihak yang ragu-ragu tentang Ketuanan Melayu, minta tolong beli atau pinjam atau pergi ke kedai-kedai buku untuk 'curi baca' Perlembagaan Negara secara percuma sekiranya tidak mampu mengeluarkan beberapa ringgit untuk membeli senaskahnya. Kepada yang berkenaan khususnya orang-orang suruhan yang lindung dibelakang nama NGO tertentu,tidak perlu lah melaung-laungkan kata-kata kosong. Hak Bumiputra dan Melayu terjamin seperti yang terkandung dalam Perlembagaan.
Juga tidak setuju dengan pandangan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Adakah 100 persen Melayu itu Islam. pernah kah anda menyelubungi jiwa setiap Melayu. Cuba lihat Mesjid yang dibina dengan harga berjuta-juta di merata pelusuk negeri,ada mesjid lama ada mesjid baru. Berapa ramai kah hadir sembahyang. Satu saf pun tiada. Penuh sesak pada sembahyang jumaat saja. Oleh itu marilah membangunkan negara Malaysia yang teguh dari segi ekonomi supaya semua penduduk dapat pekerjaan apabila tamat pengajian tinggi/rendah. Apa ada pada Ketuanan Melayu jika separuh lebih rakyat melayu menganggur. Tolonglah wahai pemimpin negara yang partinya telah berkuasa lebih 50 tahun bincang untuk kukuhkan ekonomi negara bagi faedah rakyat bukan untuk perjuangan peribadi iaitu untuk mendirikan dinasti. TIDAK ADA APA YANG AKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA. INGATLAH MATI. BILA PANDU ATAU BERJALAN LIHATLAH KUBUR DAN CUBA BAYANGKAN KERANDA KITA DISEBELAH KUBUR SIAP UNTUK DISEMADIKAN. WAKTU ITU PASTI ADA INSAN LAIN YANG MEMEGANG TAMPOK NEGARA. OLEH ITU, INGATLAH WAHAI PEMIMPIN KAMU BUKAN NYA HEBAT SANGAT CUMA PERMAINAN POLITIK BIJAK AWAK MEMBERIKAN PELUANG UNTUK KAMU BERADA DI SITU LEBIH LAMA. AKHIR NYA AKAN TURUN ATAU MATI JUGA. INSAFLAH. FIKIRKAN TENTANG KESEJAHTERAAN RAKYATMALAYSIA. Barulah negara aman damai. Cuba lihat negara USA, dua parti berlawan apabila yang kalah terus AKUR DAN mengaku kalah dan terus menyokong yang menang bagi kebaikan USA bukan parti.Yang menang pula turut lantik tokoh-tokoh tertentu DARI PARTI LAWAN untuk membantu mentadbir negara USA. Rasa-rasa nya di negara ini ta mungkin berlaku hal sedemikian. Tahu sebab apa ? Sebab kepentingan DIRI bukan kerana Ketuanan Melayu. Itu hanya satu modal untuk memperdayakan melayu dan terus memperbodohkan mereka supaya yang berkuasa boleh terus berkuasa. Bangunlah wahai kaum ku jangan tertipu di pemimpin politik durjana yang terus menerus mahu pecah dan perintah rakyat. Allah selamatkan MALAYSIA.
Hampa piakaq habis-habis noh, Bakar tu baik orangnya.
Pak Baqaq,
Saya rasa teruja dgn bacaan saya tentang penerangan Presiden Iran Ahmadinejad. Terang x payah bersuluh.
Katanya orang Islam sepatutnya tidak terperdaya dengan pergerakan 'people's power'/demokrasi. Yang perlu kita sanjung adalah suruhan agama Islam. Tiada duanya.
Allahuakbar!
Orang PAS macam saudara jangan terlena. Biar mulut sama kumitnya dgn hati. Jangan munafik.