Dalam Dewan Rakyat Isnin lalu, ketika membahaskan SPRM, Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar, mendedahkan ada seseorang yang mempunyai 860 aduan rasuah terhadapnya. Tetapi, tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana ada "orang tertentu daripada pihak kerajaan" yang mahukan saksi ketiga sebelum membenarkan BPR bertindak.
Selepas itu tersebarlah tuduhan kononnya orang yang mempunyai 860 aduan terhadapnya itu ialah Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tersebar juga tuduhan kononnya tindakan tidak boleh diambil kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memestikan wujudnya saksi ketiga sebelum membenarkan BPR bertindak.
Apa nak kata? Tuduhan angin? Kalau namanya tuduhan angin, tuduhan angin tidak dapat dipastikan kebenarannya. Bagi yang percaya, tentulah dia kata memang betul tu. Bagi yang cerewet dan mahukan bukti yang jelas, dia tentu menolaknya sebagai khabar angin yang tidak berasas.
Saya tak berani nak kata apa-apa. Saya hanya melaporkan khabar angin. Kesian Ali Rustam. Harap sangat khabar angin itu tidak betul. Buklan apa, saya takut Abdullah dibaling kasut.
Berikut ialah petikan ucapan Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, mengenai perkara itu:
Akan tetapi saya katakan bahawa ini sangat-sangat penting kalau tidak nanti bahawa tidak ada tindakan yang serius terhadap ini sebab saya dikatakan bahawa kes 860 aduan terhadap seseorang itu dikatakan bahawa BPR bersedia untuk memulakan kes bertindak.Dekat nak sama pula dengan posting Datuk Ruhanie Ahmad bertajuk "Siapakah calon Timbalan Presiden Umno yang terlibat dengan politik wang?"
Akan tetapi ada orang tertentu daripada pihak kerajaan kata boleh tetapi dengan syarat ada saksi yang ketiga. Kalau ada saksi yang ketiga boleh on, boleh ambil tindakan tetapi saya tidak tahulah bahawa apakah boleh dalam kes rasuah ini wujud perlu sampai kita hendak dapat kepada saksi yang ketiga?
Petikan berita sebelum ini yang menarik perhatian:
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ada calon jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang untuk mendapat pencalonan sebagai pandangan peribadi.
Beliau berkata "kita berharap semua calon tidak terlibat dengan politik wang dan cara lain yang kurang sihat kerana mereka yang menawarkan diri itu untuk berkhidmat kepada parti supaya parti terus menjadi kuat".
"Pandangan yang Tun (Dr Mahathir) sebut, itu pandangan beliau, terpulang kepada ahli untuk mentafsirkannya," katanya (Bernama).
"Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.
"Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding....tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang Umno menentukannya," katanya (Perdana Menteri).
Dalam hal ini, anggota Umno tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
"Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini," katanya (Malaysiakini).
Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah ‘pak lawak’ semata-mata (Berita Harian).










Cantik? Klik 






kite mesti kesian kan mereka puak2 umno ni pasai mereka dah takde cara lain untuk meraih kemenangan melainkan dengan cara rasuah je..satu jari tuding kat orang lain,empat jari tuding kat diri sendiri...haru..haru..