Sedap!! Klik gambar di atas!

Kenapa SPRM kejam dan zalim (1)

Dalam posting bertajuk "Tak patut Anwar sokong SPRM," saya menyatakan:
Rang undang-undang itu kejam dan zalim kerana ia membunuh hak asasi manusia, sama seperti Rang Undang-Undang Identifikasi DNA. Kedua-duanya adalah rang undang-undang yang kurang ajaq. Saya akan terangkan kemudian betapa kurang ajaqnya SPRM.
Sebagai permulaan, berikut ialah petikan ucapan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar di Dewan Rakyat semalam. Saya akan terangkan lagi.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menimbulkan beberapa persoalan di sini berkaitan dengan beberapa seksyen yang saya kira bahawa perlu kepada satu penjelasan yang lebih jelas kepada kami di Dewan ini. Iaitu seksyen yang berkaitan dengan 43, sebab saya cukup bimbang bila diberikan satu keluasan yang sebegitu tanpa ada check and balance yang menyebabkan bahawa orang yang hanya disyaki. Saya melihat juga dari segi bukan sekadar kita hendak mencegah rasuah hendak mengambil tindakan, tapi hak orang yang disyaki juga harus diambil kira. Itulah hak-hak mereka iaitu apabila kuasa memintas perhubungan, boleh detect telefon dan sebagainya. Bagi saya bahawa sepatutnya SPRM ini harus mengambil, mendapat order daripada mahkamah terlebih dahulu walaupun tanpa pengetahuan orang yang disyaki. Sebab mereka harus menunjukkan apa evidence yang menunjukkan kepada mahkamah bahawa mereka perlu untuk membuat pemintasan perhubungan ini. Iaitu hendak detect telefon kepada orang yang disyaki sehingga mahkamah berpuasa hati, hakim berpuas hati memang ada keperluan bahawa mahkamah boleh beri hak itu kepada pihak SRPM.

Kalau tidak nanti bermakna bahawa ini sudah tentu tidak begitu baik untuk seseorang kerana mereka hanya disyaki belum lagi dituduh dan belum didapati bersalah dan sebagainya. Sebab itu bagi saya bahawa kita takut nanti privasi seseorang itu akan terganggu kerana akan berlaku detect melalui pintasan telefon dan sebagainya.

Begitu juga dengan seksyen 47 berkaitan dengan soal iaitu obligasi di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat. Saya kira bahawa ini suatu penjelasan yang harus diberikan kepada kami di sini bahawa seolah-olahnya seksyen 47 yang harus juga dibaca bersekali dengan beberapa seksyen yang lain bahawa seolah-olahnya macam orang yang disyaki itu tidak ada hak untuk mengatakan tidak boleh memberikan keterangan sedangkan dalam kes-kes jenayah yang lain pengalaman saya bahawa kita boleh mengatakan kepada pihak penyiasat bahawa saya akan menjawab di mahkamah. Akan tetapi dalam akta ini dia memberikan satu kuasa yang begitu penuh, pasti mesti berikan keterangan kepada pihak yang menyiasat. Jadi bagi saya bahawa ini hak seseorang itu mungkin boleh berlaku penyalahgunaan kuasa bagi saya dan berlaku pemaksaan ke atas mereka untuk memberikan keterangan-keterangan yang kemungkinan orang itu tidak terlibat tetapi oleh sebab ketakutan berada dalam siasatan pihak SPRM ini, kemungkinan ini akan menjebakkan orang-orang tersebut. Saya menyebut ini bahawa saya bimbang bahawa ada kemungkinan akta ini juga boleh berlaku penyalahgunaan kuasa itu sendiri. Jadi ini yang saya kira bahawa harus dilihat oleh pihak kerajaan sendiri.

Saya katakan bahawa apa salahnya kalau untuk kita ubah. Apa salahnya untuk kita ubah? Sebab itu saya katakan bahawa soalnya bukan tidak berubah ataupun tidak tetapi pentingnya kepada kita memberikan hak kepada orang yang disyaki itu sendiri supaya dia tidak terdedah kepada penyalahgunaan kuasa yang akhirnya dia memberikan keterangan yang tidak sepatutnya dia berikan keterangan kepada pihak yang menyiasat.

Kemudian beberapa klausa yang lain yang saya fikir bahawa begitu juga dengan 53(4), 53(6), 53(7) yang tidak perlu saya sebut bahawa perlu dibuat satu kajian bahawa kadang-kadang kita mengambil kuasa mahkamah, kita mengambil satu kuasa mahkamah yang sepatutnya mahkamah yang menentukan beberapa tindakan dan keputusan-keputusan tetapi undang-undang ini telah mengambil suatu bentuk kuasa mahkamah.

Akhirnya bagi saya bahawa yang berkaitan dengan soal defence statement ini, maknanya penyataan pembelaan ini. Bagi saya bahawa adalah tidak wajar untuk peringkat ini orang yang dituduh itu mengemukakan kepada pendakwa tentang apa bentuk pembelaan diri dia, tidak sepatutnya bagi saya bahawa. Sepatutnya pembelaan ini ialah pembelaan yang seharusnya berada, berlaku di hadapan hakim. Akan tetapi apabila pembelaan itu dibuat terlebih dahulu dan diberikan secara bertulis, secara dokumen kepada pihak pendakwa dan saya kira bahawa ini sesuatu yang tidak adil yang mungkin akan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa.
Berkaitan:
Big MACC of Corruption (Malaysian Digest)
MACC Bill passed (Malaysiakini)
Rasuah: Sidang Dewan Rakyat panas (Malaysiakini)
Ahli Parlimen minta SPRM siasat Ketua Menteri Sarawak (Utusan Malaysia)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Berhujah masa dah siap sapa pun boleh dan seronok. Cuba duduk dan buat sendiri ....jangan la pulak bagi alasan pasal tak di bagi peluang.... kalau dah berkuasa... kenapa tak laksanakan undang diperingkat negeri....

  2. kalo ada undang2 yang ada bau2 bacang sifatnya dengan isa tu..elok jangan disokong pasai tak mengikut hukum islam...pasti tidak adil dan boleh dipinda2 mengikut kepentingan diri sendiri..contoh dah ada,kenapa masih nak sokong??

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008