Dalam posting bertajuk "Kenapa SPRM kejam dan zalim (1)," saya berjanji akan terangkan lagi. Ni sikit-sikit la saya terangkan kenapa saya anggap kejam dan zalim.
Seksyen 43 SPRM menyatakan, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, pendakwa raya atau pegawai SPRM berhak memintas apa-apa mesej serta berhak memintas, mendengar dan merekodkan apa-apa perbualan melalui apa-apa telekomunikasi dan mendengar apa yang direkodkan dari perbualan yang dipintas itu.
Mereka juga berhak memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantarannya.
Sepatutnya, untuk memastikan check and balance, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS dalam ucapannya di Dewan Rakyat, SPRM hendaklah mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu.
"Sebab mereka harus menunjukkan apa evidence yang menunjukkan kepada mahkamah bahawa mereka perlu untuk membuat pemintasan perhubungan ini, iaitu hendak detect telefon kepada orang yang disyaki sehingga mahkamah berpuas hati, hakim berpuas hati memang ada keperluan bahawa mahkamah boleh beri hak itu kepada pihak SRPM".
Jika tidak, katanya, ia "tidak begitu baik untuk seseorang kerana mereka hanya disyaki belum lagi dituduh dan belum didapati bersalah dan sebagainya".
"Sebab itu bagi saya bahawa kita takut nanti privacy seseorang itu akan terganggu kerana akan berlaku detect melalui pintasan telefon dan sebagainya," katanya.
Begitu juga dengan seksyen 47 akta itu yang berkaitan dengan kewajipan memberikan maklumat.
Seksyen itu antara lain menyatakan, tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai SPRM atau seseorang pegawai polis supaya memberikan apa-apa maklumat tentang apa-apa perkara yang menjadi kewajipan itu untuk menyiasatnya di bawah Akta SPRM, hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakannya.
Seksyen itu jelas mencabul hak yang tertuduh apabila berlaku pemaksaan untuk memberikan maklumat. Sepatutnya hanya mahkamah yang boleh mewajibkan seseorang memberi keterangan. Dalam Akta SPRM, belum lagi bersalah, baru nak siasat, dah diperlakukan seperti orang salah. Ia bertentangan dengan prinsip 'innocent untill proven guilty'.
Dalam ucapannya, Mahfuz juga menyifatkan berlaku pengambilalihankuasa mahkamah dalam seksyen 53(4), 53(6), 53(7) itu sedangkan mahkamahlah yang sepatutnya menentukan beberapa tindakan dan keputusan-keputusan.
Seksyen 53(4) antara lain menyatakan, walaupun notis bertulis tidak diberikan kepada seseorang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM, sesuatu pernyataan yang dibuatnya "tidaklah tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian".
Penjenayah pun diberi hak untuk memberikan kenyataan beramaran. Malah, menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaik Daud Md Ismai, tidak pernah lagi kenyataan beramaran diakui oleh yang dituduh, semua dicabar tentang bagaimana polis mendapatkannya.
Kenyataan beramaran pun boleh dicabar dalam mahkamah, bagaimana pula percakapan tidak beramaran atau tanpa notis itu boleh diterima sebagai keterangan?
Seksyen 53(6) antara lain menyatakan (kena boh dalam Bahasa Inggeris sebab saya tak faham dengan jelas terjemahannya dalam Bahasa Malaysia), "Where in any criminal proceedings against a person for an offence under this Act, evidence is given that the accused, on being informed that he might be prosecuted for it, failed to mention any such fact, being a fact which in the circumstances existing at the time he could reasonably have been expected to mention when so informed, the court, in determining whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused and in determining whether the accused is guilty of the offence charged, may draw such inferences from the failure as appear proper; and the failure may, on the basis of those inferences, be treated as, or as capable of amounting to, corroboration of any evidence given against the accused in relation to which the failure is material".
Lebih kurang maknanya, apabila seseorang tertuduh gagal menyatakan apa-apa fakta di mana tertuduh dijangka akan menyatakannya, kegagalan itu dikira sebagai sokongan kepada apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan.
Mak aih! Terlupa nak cakap pun boleh digunakan ke atas yang tertuduh.
Ada riwayat dari Bukhari dan Muslim yang menyatakan, "sesiapa dari kamu tidak solat kerana tertidur atau terlupa, maka tunaikanlah ia apabila kamu ingat..." Terlupa, menurut riwayat itu, tidak pula digunakan ke atas yang terlupa untuk memutuskan bahawa beliau berdosa. Akta SPRM melawan prinsip keadilan dalam tradisi Islam itu. Sebab itu saya kata kejam dan zalim. Ia melawan prinsip keadilan dalam tradisi Islam. Tu antara lain la, yang kejam dan zalim tu.
Seksyen 53(7) pula antara lain menyatakan, tiada apa-apa jua dalam Seksyen 53(6) "menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan berikutan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya berhubungan dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh".
Tu dia! Diam tak kata apa pun boleh menyebabkan yang tertuduh didapati bersalah. Sepatutnya pendakwa yang mesti membuktikan yang tertuduh bersalah. Kalau diam pun boleh menyebabkan yang tertuduh bersalah tanpa perlu yang mendakwa membuktikan yang tertuduh bersalah, sekali lagi ia berlawan dan bertentangan dengan prinsip 'innocent untill proven guilty'.
Seksyen 62 SPRM yang paling gila! Antara lain ia menyatakan, apabila penyerahan dokumen oleh pihak pendakwaan telah dilakukan, tertuduh hendaklah, sebelum beliau dibicarakan, menyerahkan kepada pihak pendakwaan "suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara-perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh yang tertuduh, dengan menyatakan sebab-sebabnya dan suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan pembelaan".
Mahfuz baik. Dia cakap elok-elok. Antara lain, dalam ucapannya di Dewan Rakyat beliau menyifatkan seksyen itu tidak wajar apabila yang tertuduh dipaksa mengemukakan kepada pendakwa tentang apa bentuk pembelaan dirinya sebelum yang tertuduh itu dibicarakan.
"Sepatutnya pembelaan ini ialah pembelaan yang seharusnya berada, berlaku di hadapan hakim.
"Akan tetapi apabila pembelaan itu dibuat terlebih dahulu dan diberikan secara bertulis, secara dokumen kepada pihak pendakwa dan saya kira bahawa ini sesuatu yang tidak adil yang mungkin akan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa," katanya.
Kalau saya, saya kata "kepala hotak hang! Kurang ajaq!"
Berkaitan:
Fighting graft: A call to arms (NST 14/12/08)
Banyak peruntukan SPRM janggal, ceroboh hak peribadi (Harakah 18/12/08)
Mahfuz bahas Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Ahli Parlimen PAS)










Cantik? Klik 






Post a Comment