Sedap!! Klik gambar di atas!

Kurang ajar dan The Christian Federation

"Ini adalah sesuatu permintaan yang wajar dikira sebagai 'Kurang Ajar'," demikian kemarahan kawan saya, blogger Umno yang memakai pengenalan The "thirteen million plus Ringgit" guy mengulas gesaan The Christian Federation of Malaysia (CFM) supaya ditarik balik larangan menulis Bible di dalam Bahasa Malaysia.

Dalam posting bertajuk "Benarkan Bahasa Melayu untuk injil: Bagi betis, hendak peha pula!", beliau berkata, "Permintaan ini secara tidak langsung memberi kesan moral kepada kedudukan mutlak kuasa Raja Raja Melayu keatas Islam sebagai tunggak ugama Persekutuan Malaysia dan kebudayaan Melayu di mana merangkumi Bahasa Melayu, kini sengaja dicabar secara terancang.

"Apakah orang Melayu, sebagai kekuatan asas politik yang mendukung kuasa memerintah Malaysia semenjak Merdeka, akan membuat kompromi sekali lagi, atas alasan lemah 'toleransi dan semangat menghormati hak orang lain' dan membiarkan Bahasa Melayu yang melambangkan jiwa Bangsa Melayu di'sundal'kan, membelakangkan 'roh' definisi Melayu itu sendiri?"

Saya teringat posting saya bertajuk "Herald: Peluang untuk laksanakan hak demokratik kita". Sebab saya pernah bubuh link, tapi ada orang yang tak perasan kata boleh klik dan pi situ, ni saya copy and paste lagi:
Akhirnya akhbar mingguan Katolik, Herald, diizinkan untuk dicetak di dalam Bahasa Malaysia. Ahirudin Attan memetik laporan BBC yang mengisytiharkan kerajaaan Malaysia telah mengalah - "Now the Malaysian government has back-tracked".

Untuk menggambarkan perasaannya, saya petik terus apa yang ditulis olehnya di dalam Bahasa Inggeris:
So what's the fatwa, really? Is it still only Muslims who can use Allah or is it free for all now? Can someone in the Hadhari government (other than the junior minister) clear the air, please? I don't want to end 2007 dazed and confused!
Oleh kerana izin cetak di dalam Bahasa Malaysia diberikan, Malaysiakini memetik Augustine Julian, setiausaha Catholic Bishops' Conference berkata, "kita boleh meneruskan penggunaan perkataan Allah".

Laporan Malaysiakini juga menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan mengalah - "Gov't backs down, Herald gets new permit"

Tahniah diucapkan kepada penganut agama Kristian yang mendapat apa yang mereka perjuangkan.

Hakikat bahawa Herald dicetak di dalam Bahasa Malaysia dan menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan tentulah menimbulkan kerisauan sebahagian umat Islam bahawa akhbar mingguan itu akan diedarkan juga kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Risau? Tak payahlah. Buang masa sahaja, banyak lagi perkara lain untuk dirisaukan. Banyak lagi kerja lain.

Kalau dicetak di dalam Bahasa Inggeris pun, ia tetap boleh disebarkan kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Saya masih ingat, tahun tujuh puluhan dahulu, adik-beradik saya yang belajar di sekolah Saint Louis di Taiping hampir setiap minggu diberikan risalah-risalah dan majalah-majalah Kristian. Semuanya dalam Bahasa Inggeris dan tampil dalam bentuk yang sangat menarik pula. Saya selalu membaca risalah-risalah dan majalah-majalah itu.

Tidak pula terancam keimanan kami. Jangankan terancam, terusik pun tidak. Itu tidaklah pula bermakna kami hebat dan segala puji bagi Allah s.w.t. jua.

Apa yang penting sekarang, ketika orang-orang Kristian telah mendapat hak mereka, kita juga berhak melaksanakan hak demokratik kita untuk melindungi orang-orang Melayu yang beragama Islam dari terkeliru.

Janganlah menjadi bangsa yang lemah dan sentiasa mengemis kepada kerajaan supaya menghalang itu dan ini. Orang Putih selalu kata, "from no chance to a goal". Kaki-kaki motivasi Melayu pula selalu berkata, "ancaman kita jadikan peluang" - inilah masanya anda semua perlu membuktikannya.

Sejak beratus-ratus tahun dahulu umat Islam di negara ini telah menghadapi gerakan Christian missionary. Mereka berjaya mempertahankan pegangan agama Islam di kalangan ummah tanpa pergaduhan dan persengketaan.

Lebih dari itu, umat Islam selalu diperlecehkan, lemahkah sangatkah keimanan kamu sehingga kamu menjerit dan menuntut perlindungan dari semua perkara?

Nah, inilah peluang untuk membuktikan bahawa kita tidak lemah. Buktikan kepada siapa? Kepada Allah dan bukan kepada sesiapa pun selain dari-Nya.
Dalam komen kepada posting itu, Sebol bertanya:
Adakah pihak Katolik yang beria-ria mahu gunakan "ALLAH" dalam penulisan Katolik dalam B.Melayu cukup berani untuk menggunakan "ALLAH" dalam penulisan Katolik dalam Bahasa Inggeris?
Berkaitan:
Review Bahasa Bible rule (Singapore Straits Times)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Allah tidak melarang makhluknya menyebut namanya. Dan Allah juga tidak memberikan hak kepada orang Islam siapa yang patut atau tidak patut menyebut namanya.

    Larangan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO itu adalah perangkap perkauman yang dipasang untuk menguatkan kedudukan mereka.

    Jadilah orang Islam yang cerdik dan jangan asyek diperbodohkan oleh UMNO.

  2. bagi saya kita di pihak yg benar,apa perlu takut dengan semua ini,yg penting bagi umat islam perlu mendalami islam dengan sebaik2nya,barulah tak goyah iman,lumrah manusia nak yg benar dan tak suka yg batil jadi mcm mana penyebaran kristian pun manusia tetap cari yg benar iaitu islam

  3. hanya kerana perkataan Allah u orang dah menggelabah? hehe...

    Katolik

  4. kerajaan lemah..islam kat malaysia pun dah terbahagi kpd 2, islam hadhari dan islam.

  5. salam..
    pak bakaq,aku rasa orang kristian ni bukan hanya nak pakai nama Allah saja,mereka mempunyai agenda yang lebih besar dari itu di masa hadapan..mereka cukup pandai dalam melaksanakan 'hidden agenda mereka' lihatlah apa yang berlaku kepada Parti melayu UMNO itu...orang melayu,islam mengamalkan undang-undang dan cara barat..itu semua dakyah mereka seperti yang pernah aku baca mengenai Konsep Garam & Ragi omputih ni..
    Lihat le generasi skang, x sama ngan generasi adik2 pak bakaq...dulu ibu bapa amat mengambil berat hal agama anak2..mereka akan pastikan anak mereka mendapat pengetahuan dalam bidang agama semenjak dari kecil lagi.... La ni,kebanyakkan mak bapak sibuk ngan kerja & bersifat materialistik, tengoklah bukan agama yang di didik tetapi kebendaan yang di ajarkan.aku risau satu hari,generasi akan datang ini tersalah pilih Allah kristian dari Allah orang islam semata-mata kerana kurangnya pengetahuan agama...mereka mungkin menganggap "Dah nama sama, jadi agama pun sama la cuma nama agama ja lain2"Nau'zubillah" mintak di jauhkan..
    walaupun isu nama ni nampak macam kecik ja...tapi cuba fikirkan kesannya di masa hadapan berpandukan keadaan generasi muda islam yang kita lihat skang.. yahudi dan nasara ni dia akan pastikan kita umat islam ikut depa macam dalam ayat quran kata tu...
    walau pun isu ini di politikkan oleh UMNO tapi aku rasa kita kena pikiaq jugak..
    wallahualam....

    -ODEN-

  6. dah nak sangat guna perkataan Allah, sembahlah Dia.

    macam ambik barang mahal, tapi tak nak guna atau salah guna, kan ke bangang tu.

    jadi sembahlah Dia sebagaimana yang Dia suruh melalui NabiNya dan Kitabnya.

    Allahu akbar.

  7. satu lg hasil kelemahan pemimpin yg dipilih org melayu sendiri..mungkin juga agaknya sebagai salah satu rukun islam hadari yg sekarang mcm hidup segan mati tak mahu..

  8. salam

    saya setuju dengan pak bakaq..kenapa takut sangat?saya rsasa dengan cara ini perdebatan dan mengenai fahaman perlunya penyembahan Tuhan yang Esa dalam konsep Agama Kristian semestinya dapat dijelaskan..begitu juga dalam Yahudi,Buddha dan Hindu.

    Penjelasan harus diberi.Bagi saya konsep penyembahan tuhan yang Esa sudah ada dan tugas umat Islam la untuk menjelaskan.Kalau nak salahkan kerajaan pun, kena tanya balik diri kita.Apa peranan kita dalam hal ni?Jangan bila belum dapat kuasa bising bagai nak rak.bila dapat kuasa, haram satu benda pun tak buat.

    Cuba kaji balik dakwah yang wali Songo buat.Pendekatan yang bagaimana?

    Bagaimana kerajaan Islam Andalusia boleh memerintah rakyat berbilang agama dan kaum dan rakyatnya boleh hidup bertoleransi?

    takut sangat?Nah, buka link ni :

    en.wikipedia.org/wiki/Zakir_Naik

    www.irf.net

  9. setuju 100%. melayu dalam konteks perlembagaan negara kita tidak tepat. itu sebab mereka masih kebal dengan mengatakan melayu=islam sedangkan bukan melayu(menurut perlembagan) saja yg berbahasa melayu.

    oh ya, dalam bab ini marah pula mereka, macam mana dengan PPSMI?

    saya ada ulas tajuk ini dalam blog saya. Maaflah, pandangan remaja mcm saya, tidaklah sebagus saudara.

    http://laskarbangsa.blogspot.com

  10. Jika mereka sungguh sungguh inginkan terjemahan, jangan diberi izin menggunakan "Allah" tapi menggunakan "Tuhan".

    Habis cerita.

  11. Abg Becha,

    Pertama sekali, kita sememangnya faham, di dalam bahasa Arab, panggilan untuk Tuhan adalah "Allah". Itu pengetahuan yang paling penting orang Islam tahu. Dan juga kita kena ingat, orang-orang Christian Arab, menyebut Tuhan dengan panggilan "Allah" juga. Bilamana Bible ditulis ke dalam bahasa Greek, dan ditulis pula dalam bahasa Inggeris, maka hasilnya adalah "God" (terjemah ke bahasa Melayu - "Tuhan"), sepertimana mengikut lidah percakapan bahasa yang ditulis itu.

    Adakah di antara kita ini, generasi yang baru ini masih kenal siapa itu Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat? Yang cukup terkenal dengan kemahirannya dalam ilmu Bible? Hinggakan dia lebih tahu akan isi kandungan dan hafalan Bible itu lebih hebat daripada mana-mana paderi Christian? Hingga dia tahu Bible ini terdapat puluhan versi-versi yang saling bercanggah antara satu sama lain? Untuk yang sudah lupa atau masih belum tahu siapa Sheikh Ahmed Deedat, cubalah google kan..."Is Jesus God? Ahmed Deedat vs Anis Sorrosh". Ada sebanyak 22 video semuanya di YouTube. Ada banyak lagi video2-nya yang telah diupload ke YouTube.

    Alangkah bagusnya jika Malaysia ini ada seorang yang mahir dalam ilmu Bible sehebat Ahmed Deedat. Insyaallah, setiap muslihat golongan Christian kita boleh patahkan.

    Saya pelik, sudah dekat beberapa ratus tahun tidak pernah sekalipun golongan ini pernah bersoal tentang penggunaan "Allah" dalam Bible mereka. Kenapa sekarang mahu persoalkan? Ternyata ada muslihat mereka. Muslihat paling nyata sekali, adalah kerana ingin mengelirukan golongan orang Islam yang cetek ilmu agamanya dan bila golongan ini boleh dikelirukan, mudahlah usaha untuk memesongkan akidah digerakkan.

    Pada pandangan saya sendiri, perlu untuk kita umat Islam mendalami kandungan Bible. Bilamana kita tahu kandungan kitab itu, maka mudah juga untuk kita berhujah secara bijak dengan mereka dan dapat mencari titik permulaan di mana kita boleh "reason" atas dasar apa Islam itu benar.

  12. setahu saya agama Kristian bukanlah yang memulakan isu Allah ini sebaliknya jabatan agama Islam yang memulakannya apabila mengharamkan/melarang orang kristian menggunakannya.Saya rasa isu Allah ini adalah perkara kecil sahaja yang jika ia tidak dipengaruhi oleh emosi2 maka ia tidak menjadi isu besar pun.Dan jika sesiapa kawan Islam hendak menolong/membantu saya dengan menjawab ketidaktahuan saya ini:
    1)Apakah kesan negatif secara langsung terhadap keimanan Islam bila Kristian menggunakan perkataan Allah?
    2)Adakah Islam di Malaysia akan terancam/tidak boleh berkembang bila Kristian menggunakan perkataan Allah?
    3)dari segi perlembagaan/undang2 negara Malaysia adakah bukti yang mengatakan bahawa perkataan Allah adalah hak persendirian/istimewa agama Islam?
    4)Dan dalam Agama Islam sendiri pernahkah Baginda Nabi dan kawan-kawannya mengeluarkan kenyataan bahawa perkataan Allah adalah hak persendirian/istimewa agama Islam sahaja?
    bahawa komen saya ini tidak bermaksud untuk mencipta provokasi tetapi hanya ini berkongsi pendapat dan ingin menambahkan ilmu di dada sahaja.
    sekian,terima kasih.

  13. boleh nak gunakn perkataan ALLAH dlm bahasa Malaysia, tp mestilah juga gunakan perkataan ALLAh dlm Bilble yg berbahasa Inggeris...Tentu ramai org Kristian yg mencari kebenaran akan masuk Islam.Wallahualam

  14. "boleh nak gunakn perkataan ALLAH dlm bahasa Malaysia, tp mestilah juga gunakan perkataan ALLAh dlm Bilble yg berbahasa Inggeris...Tentu ramai org Kristian yg mencari kebenaran akan masuk Islam.Wallahualam"

    aku nak tergelak dengan pandangan hang ni...

    selalunya bab-bab islam ni aku pi tanya dekat perempuan...berapa "puashati kah anda dgn ajaran islam?"..jawapannya pasti "101%"...
    aku tanya lagi..kalau suami hang nak kahwin satu lagi kerana memang dia cukup syarat mengikut hukum islam?...si perempuan terus "tak puashati"..golongan wanita tak di sama taraf dgn kaum lelakinya..walhal dalam kitab Injil dan Taurat semua manusia adalah setaraf, boleh buat keputusan sendiri..malah Nabi Isa sendiri telah berpesan selepas Nabi Isa akan muncullah para cerdik pandai dan nabi-nabi palsu yang mendakwa dia adalah suruhan tuhan...

  15. Anonymous 3 Jan 2008 11:21am,

    Logik akal anda tidak berasas...anda berfikiran apa yang saya suka term-kan sebagai "pendek akal".

    Tak perlu tanya perempuan Islam, tanya sahaja kepada mana-mana perempuan pun mahu Islam, ataupun bukan Islam. Ada atau tidak yang akan kata dia suka berkongsi suami, jangankan suami, malah boyfriend pun? Saya tidak tahu, tapi pada tekaan saya, anda bukan Islam (mungkin?). Anda tahu siapa itu Abraham (Ibrahim A.S)? Ibrahim A.S adalah bapa kepada Nabi Ishak (Isaac - bapa kepada golongan Yahudi) dan juga Nabi Ismail (bapa kepada golongan Arab). Nabi Ibrahim juga beristeri dua...jadi bagaimanakah anda boleh menyatakan tiada sama taraf di dalam Islam untuk perempuan dengan lelaki? Sama taraf yang anda maksudkan adalah subjektif kepada makna anda sendiri dan mengikut tafsiran nafsu anda. Dalam Al-Quran pun manusia ini semua setaraf, tiada beza warna kulit.

    Sejak azali lagi Tuhan (Allah) telah jadikan Adam dan Hawa bukan sama. Adam ada kebolehannya dan Hawa dengan kebolehannya, tidak sama. Daripada segi taraf apa maksud anda? Orang Kristian Mormon di US boleh beristeri lebih daripada seorang...sama taraf apakah rujukan anda? Bible keluaran version mana rujukan anda? King James? Tahukah anda Bible yang dipegang selama ini sudah disalah tafsir(terjemah), terpesong, banyak contradictions antara versi-versinya dan dibaca terkeluar daripada konteks Bible asal itu sendiri?

    Anda berkata: "malah Nabi Isa sendiri telah berpesan selepas Nabi Isa akan muncullah para cerdik pandai dan nabi-nabi palsu yang mendakwa dia adalah suruhan tuhan". Tahukah anda, di dalam Bible dalam bahasa yang asal (Aramaic/Hebrew) sebelum terjemahan yang ada sekarang, kedatangan Nabi Muhammad telah pun disebut? Muhammad is mentioned by NAME in the original language hebrew. Watch this link of Ahmed Deedat dialog at the minute 8:00 till the end of the video (Petikan from Song of Solomon 5:16) tajuk video Muhammad in the Bible.

    http://www.youtube.com/watch?v=Hhazm0UdlTc

    Anda sepatutnya tanya bab islam kepada yang berilmu dan ahli dalam ilmu itu, isu kahwin adalah sebahagian daripada Islam, lagipun bukannya tidak ada orang Islam yang berpoligami dan hidup dalam bahagia.

    Allah sudah sebut dalam Al-Quran, lebih kurang begini maksudnya...kahwinlah dua atau tiga atau empat, tapi kalau tidak boleh berlaku adil antara mereka (isteri), kawin satu sahaja. Sila rujuk Quran An Nisa (Surah 4:Ayat 3) untuk terjemahan lengkap tepat. An Nisa maksudnya Women/Perempuan.

    Tahukah anda masalah dunia sekarang ini, nisbah wanita adalah lebih ramai daripada lelaki? Saya minta anda bagitau saya apakah langkah-langkah yang ada dalam Bible untuk menolong wanita-wanita yang ramai ini untuk berkahwin? Di dalam Quran memang sudah ada jawapan. Jika anda mahu berhujah tentang sama taraf, sekarang saya mahu tanya, adakah dunia sekarang adil kepada mereka ini, bagaimana mereka boleh berkahwin jika semua lelaki telah pun berkahwin? Islam ada solution dia kepada masalah dunia. Hanya manusia sahaja yang belum benar-benar beramal kepada Islam.

    Itu sahaja komen saya. Salam.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008