Wah, rupa-rupanya hudud itu jatuh tarafnya dan kini ia sekadar menjadi jerat politik untuk mempengaruhi arah aliran politik.
Lebih malang lagi kalau orang yang mengaku Islam mahu menjadikan hudud sebagai jerat atau orang yang mengaku Islam menyifatkan jawapan tanpa berpura-pura mengenai isu hudud sebagai telah terjerat.
Dan, betapa murah dan hinanya hukum Allah apabila ia dijadikan umpan perangkap di medan perburuan kuasa yang rakus dan kotor.
Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, adakah orang yang dilihat bijak berpolitik dan menjaga kepentingan diri tiba-tiba menjadi bangang dan biul apabila perkataan hudud dijerit ke telinganya oleh mereka yang membenci hudud? Saya juga tertanya-tanya, adalah untuk mendapat sokongan kita terpaksa menolak apa yang diwajibkan oleh Islam - barangkali suatu hari nanti akan diminta menolak keperluan membina masjid dan surau untuk orang-orang Islam kerana "sudah terlalu banyak".
Apa lagi nak buat supaya saya dilihat tidak mengamalkan politik sempit perkauman dan agama. Tinggal sembahyang? Tuang puasa? Sekat zakat?
Entah berapa puuh kali Raja Petra Kamarudin menulis seperti apa yang ditulisnya dalam artikel bertajuk "The constantly grumbling Chinese":
Lebih malang lagi kalau orang yang mengaku Islam mahu menjadikan hudud sebagai jerat atau orang yang mengaku Islam menyifatkan jawapan tanpa berpura-pura mengenai isu hudud sebagai telah terjerat.
Dan, betapa murah dan hinanya hukum Allah apabila ia dijadikan umpan perangkap di medan perburuan kuasa yang rakus dan kotor.
Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, adakah orang yang dilihat bijak berpolitik dan menjaga kepentingan diri tiba-tiba menjadi bangang dan biul apabila perkataan hudud dijerit ke telinganya oleh mereka yang membenci hudud? Saya juga tertanya-tanya, adalah untuk mendapat sokongan kita terpaksa menolak apa yang diwajibkan oleh Islam - barangkali suatu hari nanti akan diminta menolak keperluan membina masjid dan surau untuk orang-orang Islam kerana "sudah terlalu banyak".
Apa lagi nak buat supaya saya dilihat tidak mengamalkan politik sempit perkauman dan agama. Tinggal sembahyang? Tuang puasa? Sekat zakat?
Entah berapa puuh kali Raja Petra Kamarudin menulis seperti apa yang ditulisnya dalam artikel bertajuk "The constantly grumbling Chinese":
Sebahagian masyarakat Cina menyatakan mereka enggan mengundi PAS kerana bimbang PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam. Tetapi, bagaimana PAS hendak melaksanakan undang-undang Islam jika mereka tidak mungkin mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen?










Cantik? Klik 






Salam,
Masalah kepada Umat Islam yang berpolitik itu apabila meletakkan survival politik mereka menjadi perkara utama.Islam itu bukan politik sahaja..segala yang ada dalam islam itu baik tetapi dirosakkan oleh golongan2 muslim teutamanya pemimpin yang kurang pengetahuan dan buruk akhlaknya...bagaimana kita hendak berbicara tentang islam pada orang kafir supaya mereka melihat islam itu cantik sedangkan pengamalnya lintang pukang...
Islam itu lembut tetapi tegas..di dalam soal hukum ini kita mesti bertegas...kalo dok harap kepentingan duniawi sahaja tanpa memikirkan ukhrawi alamat sia sia saja le hidup orang islam ini...
PAS dilihat seolah-olah terlalu 'survive' dalam memperjuangkan Islam sedangkan dalam masa yang sama mereka bersekongkol di bawah satu payung dengan DAP yang cukup jelas dan nyata agenda perjuangannya jauh berbeza dengan PAS. Walau sekuat mana sekalipun PAS survive namun mana mungkin mereka boleh berjaya jika masih bersekongkol dengan DAP...
Tuan Penarik Beca,
Dalam keghairahan kita bercakap soal hudud, eloklah kita sama2 bermuhasabah dan melihat diri sendiri. Adakah kita telah menunaikan solat dengan sempurna? Adakah anak isteri kita telah menutup aurat sewajarnya? Adakah kita telah meninggalkan perbuatan2 maksiat dan mungkar? Itu semua adalah perkara2 yang boleh kita laksanakan sekarang, tak perlu nak tunggu Pakatan Rakyat memerintah atau Khairy jadi Ketua Pemuda!
Mengapa kerajaan negeri yang mejoritinya orang islam dihalang dari mengamalkan hukum huddud?..Biarkan kalau nak dilaksanakan...mengapa mesti dihalang?
Ini akibatnya kalau islam kita hanya nama aje...
Hi
I think it's best for PAS to explain hudud more, etc than to go with this kind of not enough seats to implement argument.
I have to say that the Barisan's "it's risky" argument for Pakatan to be in power is lame.
Yes, the Chinese likes to grumble, but not all. Ha Ha. But in KL/Selangor, we are very demanding and yes, we do grumble, complain, etc if our wakil rakyat think they can just enjoy their wakil pay and hang out at the parliament lobby.... ;)
nampaknya kita marah apabila isu ketuanan Melayu disanggah.
Tapi tidak marah pula bila isu ketuanan Islam di perkotak katikkan?
Aku dengar KJ (Ketua Jahanam) tu memang muslim sejati, bertaqwa bukan kaki pencuri atau suka berpoya-poya mcm kebanyakan anak-anak buahnya. Takkan orang kaki sembahyang puasa penoh dah pegi mekah mcm dia nak perangkap Husam plak.
Dia lah satu2nya pemuda islam harapan bangsa yg muncul di abad ini untuk memberi kesejahteraan abadi dunia akhirat untuk kita..hehe. Kami melayu maupun cina india dayak orang asli semua sokong KJ jadi PM!
/batman
Tau tak pa..
kita mesti ingt...apabila nabi muhammad pbuh berhijrah dri kota mekkah k madinah nabi melakukan perjanjian dgn org kafir...dan org yahudi..untk menubuhkan sebuah negara islam...so apa salah pas berkerjasama dgn dap or sesiapa sja dlm dunia ni? sedangkan nabi per berjanji kontrak sendiri dgn yahudi??
Saya tidak nampak pelik dengan hujah tetap mahu melaksanakan hudud jika PAS memerintah.Memang itu akan dilaksanakan, apa pulak kita nak berdolak-dalih. Just say the truth. Soal DAP tidak setuju itu perkara kecil bukan perkara besar. DAP tidak setuju belum tentu orang bukan Islam tidak setuju!Dulu, ramai orang Cina takut bersunat, tapi kini dah ramai orang cina mahu bersunat. Kempen kalau sokong PAS kena sunat dah tak laku sekarang . Orang Melayupun ramai yang tolak hudud bukan DAP je! Just talk...talk and talk. Yang paling utama kita mesti ada kekuatan untuk menerang dan menerang.(http://garamlada.blogspot.com)
assalamualaikum pak bakaq,
saya baru belayar masuk blog pak bakaq,isunya hampir sama dengan nobisha,yang bagi saya awat yang kecoh sangat pasal hudud ni.
cuba tanya diri sendiri,aku ni sapa,muslim ke? apa yang sebenarnya ingin ku cari,nikmat dunia ke,nikmat akhirat ke?rasanya lagi bagus 2-2 sekali kan pak bakaq and pelayar sekelian.
tidakkah kita pernah di beritahu,yang sepaling2 lemah tentangan kita adalah doa,tidakkah setiap apa yang kita nak lakukan di dulukan dengan niat?
yang jadi masaalahnya kini,berapa keratkah dikalangan kita menyokong hukum hudud ni,berat sangatkah hukumannya?yang menjadikan kita terlalu takut hudud.nak jalankan hudud takut tapi masih melakukan segala macam maksiat dan noda.
rasanya 2/3 para MP kita berbangsa melayu dan yang pentingnya berugama islam,kalau dibahaskan kat parlimen sure menang punya,selakkan tabir yang memisahkan parti demi agama,
pasal dap,mca,mic tu itulah tugas kita semua untuk memberikan penjelasan yang seterang terangnya,tunjukan contoh yang sebaik2nya , tapikan pak bakaq........
cam mana cina tak menjerit,camne india tak berbunyi,kalau kalangan melayu sendiri berkokok menolaknya.
maafkan saya andai ada artikel ini yang salah,tolong2lah perbetulkan,yang baik itu dari ALLAH,yang buruk itu dari saya sendiri.
apabila nabi muhammad s.a.w membuat perjanjian hudaibiyyah dan bertahalluf politik dengan kabilah-kabilah di sekitar kota madinah, banyak usaha2 dakwah dilakukan olih baginda dan para sahabat untuk menerangkan keadilan, kemuliaan dan kecantikan islam kapada kabilah-kabilah yg bernaung di bawah kepimpinan rasulullah s.a.w.
perkara tersebut tidak banyak dibuat oleh PAS dalam suasana tahalluf(kerjasama) politik antara PAS dan anggota2 pakatan rakyat pada masa ini. malangnya yg terlalu banyak dibuat oleh PAS sekarang ini ialah lebih kapada usaha berebut2 mencari jalan pintas ke PUTRAJAYA! sampai ada yang sanggup berunding dengan gerombolan UMNO yang munafik spt yg dilapurkan beberapa bulan yang lalu.
Harap para tok guru dalam PAS tolong perjelaskan semasa tempoh perjanjian hudaibiyyah tersebut ada ke rasulullah atau para sahabat pergi berunding dengan pembesar2 quraish di mekah mencari jalan bagaimana nak membentuk kerjasama membina kerajaan di kota mekah???
Bakaq,
Diutuskan Rasulullah itu untuk tegakkan hudud sahaja ka?
Jawab sekaligus kepada Sdr Norizan Shariff yang dihormati, bdak bergelar ask dan Anonymous Monday, December 22, 2008 11:53:00 PM MYT
Apabila saya tulis posting fasal mengucap:
Bakaq,
Diutuskan Rasulullah itu untuk ajar mengucap sahaja ka?
Apabila saya tulis posting fasal sembahyang:
Bakaq,
Diutuskan Rasulullah itu untuk suruh sembahyang sahaja ka?
Apabila saya tulis posting fasal puasa:
Bakaq,
Diutuskan Rasulullah itu untuk suruh berlapar dahaga sahaja ka?
Apabila saya tulis posting fasal zakat:
Bakaq,
Diutuskan Rasulullah itu untuk suruh kita tolong orang sahaja ka?
Apabila saya tulis posting fasal mengerjakan haji:
Bakaq,
Diutuskan Rasulullah itu untuk suruh kita kelilin Ka'bah sahaja ka?
Pak Bakaq,
Rasulullah diutus untuk mengamalkan demokrasi ka?
-penyokong Mat Sabu
Insaflah. kita berjanji dengan Allah hidupku mati ku kerana Allah tuhan sekian alam.
Datang PAS berjanji dengan DAP - tolak laksanakan hukum Allah.
MUNAFIK namanya. Ambik kau.
SALAM..SAYA DA PEGI WACANA HARI TU,....BILA MODERATOR TANYA KERI KALU DIA MENANG PEMUDA UMENO ADAKH DIA AKAN LAKSANAKAN HUDUD...DIA TAK JAWAB MALAH TIDAK DAPAT MENJAWAB...TUGAS LAKSANAKAN HUDUD BUKAN TUGAS PAS..TUGAS SEMUA ORANG ISLAM...JADI TAK SEMPURNA ISLAM SESEORANG ITU JIKA DIA TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD WALAUPUN SEKADAR IMPIAN..SETIAP MUSLIM MESTI BERIMPIAN HUDUD AKAN DILAKSANAKAN SEUATU HARI NANTI..YANG ORNG ISLAM SENDIRI DOK BANTAH PASAL APA....
Hudud adalah hukum Allah. Adakah manusia ini lebih bijak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Adakah Allah tidak tahu malaysia ini sebuah negara majmuk, sebagai seorang muslim kita percaya semua makhluk adalah ciptaan Allah swt. Pencipta ini tahu apa yang terbaik untuk makhluk ciptaannya, dan kerana itulah Allah telah menurunkan Hudud sebagai hukuman bagi mereka yang ingkar dengan suruhanNya. Tidak perlu dibahaskan lagi sesuai atau tidak Hudud dilaksanakan di malaysia ini, Allah yang mengatur semua yang kita lihat pada hari ini di malaysia. Hanya mereka yang beriman dan yakin dengan Al-Quran dan segala isi kandungannya dan melaksanakannya tanpa ragu-ragu akan mendapat rahmat dari Allah, InsyaAllah.