Sedap!! Klik gambar di atas!

Hudud: Husam ucap tahniah kepada Umno

Berita di bawah adalah ubahsuai dari berita Sinar Harian hari ini:
Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa mengucapkan tahniah kepada Umno kerana pendirian yang tidak pernah berubah dan konsisten menolak hukum hudud.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Umno kerana pendirian mereka yang tidak pernah berubah itu, dan sekarang ini saya lebih risaukan Umno berbanding DAP kerana Umno mendakwa mereka Islam.

"Macam mana orang Islam boleh menolak hukum hudud dan sekali lagi, tahniah kepada Umno kerana konsisten menolak hudud dari dahulu," katanya.

Beliau mengulangi penegasan bahawa pendiriannya terhadap pelaksanaan hukum hudud tidak pernah berubah.

Beliau berkata, Pas dan Umno dari dahulu lagi tetap dengan pendirian masing-masing di mana Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud manakala Umno tetap menolaknya.

"Sebagai umat Islam kita kena menerima hukum hudud ini kerana hukum hudud adalah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah jenayah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan di Kota Bharu semalam.

Katanya, dari segi pelaksanaan, Islam membenarkan hudud dilakukan mengikut kedudukan dan kemampuan pihak terbabit.

Husam memberi contoh seperti solat Zuhur, di mana solat tersebut tidak boleh ditunaikan selagi belum masuk waktunya.

Menurutnya, sekarang ini yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN) dan Umno menolak hukum hudud walaupun mereka beragama Islam.

Sementara itu, menantu Perdana Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda Umno , Khairy Jamaluddin menafikan beliau menyokonmg hudud dalam surat yang dihantar oleh pejabat Ahli Parlimen Rembau kepada Malaysiakini. (Imej di atas ihsan Malaysiakini)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam,

    Syabas Husam!

    Saya ada komen sikit dalam blog saya tentang isu ini.

    http://helangjagat.blogspot.com

  2. Pemimpin UMNO buta hati perut!

  3. good!

  4. Pak Bakaq,

    Aku memang tak faham dengan perangai orang yang mengaku Islam tapi tak faham atau sengaja buat-buat tak reti terhadap perlaksanaan hukuk hudud. Setahu aku hanya orang "munafiq" sahaja yang dengan terang-terang menolak utk melaksanakan hukum hudud.

    Hudud tu hukum qati'e apa nak dolak dalik lagi. Sekurang-kurangnya mereka kena tunjukan sokongan ke arah perlaksanaan hukum ini.

  5. Tp aku hairan kenapa PAS tak bersuara apabila Kuasa Mahkamah Syariah di pertikai kan oleh DAP??

    Memang kecewa..nak HUDUD di laksanakan tapi yg asas pun tak di pertahankan..

  6. kepada KJ pulak memang la semua org tahu dia ni pak lawak.. silap-silap mabuk masa keluarkan kenyataan masa dok berhujah dhn HUSAM..

  7. Salam buat bang bakar, kak salwa dan anak2.

    Bagus juga debat antara Husam dan KJ tempohari. Sekurang2nya isu berkenaan memberi ruang kepada PAS untuk memperjelaskan kepada umum secara lebih comprehensif, apatah lagi ramai pemerhati politik melihat seolah isu yg hampir terpinggir 2 atau 3 tahun kebelakangan ini. Elok benar diketengahkan kembali. Benarkah ianya dipinggirkan oleh PAS sendiri. Ada sesetengah pihak mendakwa pimpinan pusat PAS telah jauh tersasar dari landasan perjuangan asal menegak hukum Allah itu. Bagi pihak yg masih istiqamah dgn perjuangan, mereka amat mengharapkan pelaksanaan hudud merupakan sesuatu yg sedang diusahakan berterusan.

    Apatah lagi sejak PRU12, kita dapati pentas ceramah kerap dilihat dikongsi oleh pemimpin atau ketua komuniti. Malam kelmarin dulu saya berpeluang menghadiri satu ceramah info terkini dari Exco kerajaan PR Kedah YB Dr. Hamdan bersama YB Gobala atau nama angkat Iban (Jugah anak Juga. Suatu perkara yg positif apabila kita lihat YB dpd PKR khususnya yg bukan beragama Islam mampu memberi penjelasan yg minima, mudah serta sesuai dgn keperluan semasa masyarakat komuniti setempat itu telah mendapat maklumbalas yg spontan dan segera daripada komuniti berkenaan bahawa adalah suatu yg tidak adil sekiranya hukuman syariah berkenaan dikhususkan kepada umat Islam sahaja, sedangkan mereka juga memerlukan hudud seandainya ianya mampu memberi kesan yg positif terhadap keselamatan awam dan keselesaan hidup dan mampu memberi kesan yg lebih baik dari sistem perundangan sediada. Tidak habis disitu, saya turut diajukan beberapa soalan dan sedikit keyakinan dari kalangan remaja India khususnya ketika kami sama2 bermain bolasepak keesokan petangnya, bagi mereka bahawa tidak ada yg tidak baik tentang hukum hudud sebagaimana yg dikupas oleh YB Gobala pd malam tersebut. Saya rasa usaha begini dapat diteruskan. *MAD BALING*

  8. itulah umno bila org kata dia tak islamik melenting...bila bab hukum Allah dia sanggup jadi batu api nak lagakan org Islam dgn non muslim. setan ke apa umno niii...

  9. Apa yang Husam mengarut ni setahu saya tidak pernah atau ada sebarang kenyataan dari pemimpin UMNO dan Kerajaan BN menolak hukum hudud.

  10. yo lah tu...UMNO x tolak hukum hudud cuma depa kencing kat jamaah yg memperjuangkan hukum hudud.

  11. Orang BN tak pernah nampak kesalahan pemimpin mereka. Allah dah butakan hati puak ni, jgn harap org UMNO nak faham dan sokong Islam dan Hudud, mereka lebih suka Islam bersama pendokongnya mati dan merana.

  12. Saya pun tak pernah dengar atau lihat sebarang kenyataan daripada UMNO bahawa mereka menolak Hudud. Setahu saya dari dulu hingga sekarang hanya PAS yang pandai-pandai melabel UMNO macam tu. Jangan main tuduh-tuduh... Islam tak ajar main tuduh-tuduh...

  13. salam tuan speaker

    jangan masa pengumuman calon hari esok presiden silap sebut nama. tulis besau besau nama calun pas tu. USTAZ HARUN DIN. BUKAN USTAZ HARUN SALIM BACHIK. orang ramai pakat gelak pulak

  14. mungkin takde kenyataan amnu tolak hudhud... tapi mereka cuma tak nak buat je... buat alasan je yang mereka tahu...

  15. Kalau ikut hukum hudud hukuman pemerintah yang tak laksanakan hukum ni apedia ekkk?

  16. Hukum hudud adalah bersesuaian dengan fitrah manusia, jika hudud dilaksanakan negara akan jadi aman damai,insyaalah

  17. takziah umno kerana tolak hudud

  18. HUdud? PAS sebenarnya kena berdebat dengan Karpal Singh..jangan jadikan melayu sebagai palestin gaduh sesama sendiri

    http://pkrpasdap.blogspot.com

  19. Brther Bakaq,Puak puak UMNO ni "sudah terang lagi bersuluh".Kasihan mereka ya "dulu,kini dan selama nya" Rio "Old Edwardian 72-77"

  20. Salam semua,

    Malam tadi saya ada tengok penjual kat dataran merdeka jual buku Mat Jenin jadi PM. Kalu ada sesiapa yang dah beli buku, sila komen kat http://matjenin.blog.com pasal saya tak sempat nak beli.

    tq

  21. PAS untuk semua,
    HUDUD untuk semua tapi secara berperingkat.
    HUDUD adalah hukum paling adil.
    UMNO tak nak sebab diorang memang tak mahu berlaku adil.

  22. bersama perjuangkan HUKUM HUDUD, UMNO tolak HUDUD tidak semestinya dengan buat kenyataan tolak HUDUD. ada kuasa untuk laksana tapi tak nak laksana kira tolak la tu. nak tunggu berapa puluh tahun baru nak laksana? nak tunggu rakyat faham? bila rakyat nak faham kalau tak diajar? sampai bila-bila pun UMNO tak akan buat. DULU KINI DAN SELAMANYA

  23. "Walau anak perempuanku mencuri sekalipun. Maka, aku akan memotong tangannya."

    Waktu bilakah ungkapan yang mirip seperti ini pernah dilafazkan, wahai saudara-saudaraku sekelian?

  24. Tepuk dada tanya selera. Adakah seseorang yang tak sempurna sembahyang nya kalau dia penyokong UMNO, dan adakah sempurna sembahyang seseorang yang menyokong PAS. Bukan kah salat yang sempurna itu menentukan arah tuju di akhirat. Mana kita tahu hati umat islam, samaada dia nya pemyokong PAS, UMNO, Hamas, Hezbollah, moderate Arabs, radikal Muslims, those in remote South Americas, remote Papua New Guinea....Allah will judge you based on your niat !

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008