Jarang orang pembangkang rasa kesian kat kerajaan Barisan Nasional. Siang tadi, ketika belum lagi saya baca berita pembatalan kegianan melelong IJN (lihat Malaysiakini "Kabinet tangguh swastakan IJN"), Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar memberitahu, beliau kesian kepada kerajaan BN yang akan dinakhodakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak."Kesian... Punyalah tak dak duit, sampai rumah sakit, orang sakit, orang mati semua depa nak jual," katanya.
Petang tadi barulah saya tau kenapa kerajaan BN tak dak duit, sampai rumah sakit, orang sakit, orang mati semua depa nak jual. Mahfuz cerita kat saya, seorang tokoh korporat hantar SMS berikut kepadanya:
"Hari ini oil is traded below US$34 in NY Merchantile Exchange! Justeru itu Bajet Malaysia 2009 yang disandarkan kepada imbuhan daripada Petronas harus dikaji semula. Bajet tersebut menganggarkan harga minyak sekitar US$65-US$75 dan 40%-50% daripada bajet adalah daripada imbuhan Petronas (kalau tak silap ingatan saya). Persoalannya adakah Bajet 2009 ini masih realistik/relevan? Adakah kita mampu mencapai pertumbuhan ekonomi 4.5% seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan? Economist Intelligence Unit dan Macquarie Bank menganggarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sekadar 1.5% (Sila lihat "Operational risk: Economist Intelligence Unit downgrades Malaysia," "EIU: Malaysia politically unstable, 2009 growth at 1.5pc" dan "Economist.com | Country Briefings: Malaysia" - bakaq a.k.a. ~penarik beca) . Tetapi dengan harga minyak yang merudum ini, saya rasa kita Insya Allah akan berhadapan dengan recession".Tu yang Mahfuz cerita kat saya. Hampa jangan tanya aku bab-bab ekonomi ni. Mana aku tau!
Yang saya tau, dulu pagi-pagi boleh beli koi (kueh) RM1 tiga, nasi lemak RM1 sebungkus. La ni kueh empat kupang sebijik, tiga RM1.20 dan nasi lemak pun RM1.20 sebungkus. Dulu teh tarik kat Restoran Thaqwa tu RM1 segelas sederhana, la ni RM1.10. Roti canai lama dah naik harga. Kalau ada duit tak pa jugak. Aku ni tau-tau ja la. Mana ada kerja tetap.
Nak jual apa benda pun tak dak. Orang yang dituduh Bapa Jual Borong Malaysia boleh jugak jual macam-macam. Tau siapa dituduh Bapa Jual Borong Malaysia? Saya pun tak tau. Tapi dalam pukul 3.27 petang tadi, ada pengkagum Tun Dr Mahathir Mohamad (sokong tak sokong, tak perasan la pulak, yang saya tau dia kagum kat Dr Mahathir) hantar kat saya SMS lagu ni:
1. Tengku Abdul Rahman - Bapa KemerdekaanPengkagum Dr Mahathir itu kemudiannya mendakwa dan menuduh Abdullah sebagai "Bapa Jual Borong Malaysia"! Dia la kata, saya lapor ja... (Gambar di atas ihsan Malaysiakini)
2. Tun Abdul Razak Hussein - Bapa Pembangunan
3. Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan (zaman dia PAS kena hambat macam anjin kepala buruk dari BN - bakaq a.k.a. ~penarik beca)
4. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bapa Pemodenan)
Semenjak Pak Lah jadi PM:
1. MV Augusta kena jual
2. Avenue Capital kena jual
3. Pantai Holding pun jual
4. Bank Bumiputra jual juga
5. IJN nyaris tak kena jual
Berkaitan:
IJN Doctors, I salute you! Cabinet defer, Musa culprit? (A Voice)










Cantik? Klik 






Salam...
Kenapa pemimpin hanya tau menjual je bila x dak duit..kenapa mereka tidak mengamalkan slogan yg selalu depa habaq kat rakyat ubah cara hidup,berjimat...
Depa pun kena berjimat la...kurangkan pi luar negeri,jangan guna seri perdana yang sewanya mahal tu...kurangkan majlis2 yang membazir...
dan yang paling penting jgn rasuah..
insyaallah, malaysia x kurang duit cuma kurang pemimpin yang berintegriti je...
Pak Baka,
Dolah belajar dari Ahmad Nespu. Siapa marah dia jual. Hampa marah kat dia, dia juallah.....
salam pak bakaq,
tula depa. mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan.
kerajaan menangguhkan buat sementara waktu deal Sime Darby untuk ambil alih IJN.rakyat begitu marah dengan tindakan Kementerian Kewangan dan S.Darby.pesakit mula risau akan kos yang bakal meningkat.doktor dan staf di IJN dijadikan "scapegoat" sebagai justikasi untuk pengambilalihan IJN.
saya dan ramai lagi rakyat Malaysia memandang ini sebagai satu isu serious dan harap perjanjian tersebut dibatalkan serta merta.malah doktor and staf IJN menegaskan yang mereka cukup selesa berada dimana mereka ada sekarang.
1. Tengku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
2. Tun Abdul Razak Hussein - Bapa Pembangunan
3. Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan (zaman dia PAS kena hambat macam anjin kepala buruk dari BN - bakaq a.k.a. ~penarik beca)
4. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bapa Pemodenan)
5. PAK LAH ("Bapa Jual Borong Malaysia")
uh... huu..... sesuai lah tuh...
rimau pergi meninggalkan belang, Pak Lah pergi meninggalkan "Jahanam".
aku nk minta tlg Pakatan Rakyat & kuncu2nya, inilah masanya skali lagi nk tolong kami rakyat yg miskin & susah payah nih...
jalan kan gerakan besar2an, demo, perhimpunan ka, hantar memo ka, buat kecoh dlm Parlimen ka,... pokoknya apa2 saja yg boleh mengagalkan rancangan "bakal perdana menteri" tu...
yg pasti dia dah nampak rablah (mengelabah) bagaimanan nk menjayakan bajet perihatin 2009???????
kita lihat saja "janji"2 penipu BN,
sebelum PRU12... kerajaan "janji" tk akan menaikkan harga minyak, "itu cuma dahyah pembangkang & fitnah DSAI"
selepas PRU12 & sebelum kenaikkan mendadak harga minyak... mentri rambut putih albino tu kata, esok perdana mentri akan mengumumkan cadangan penstrukturan semula subsidi minyak & harga minyak baru dijangkakan akan berkuatkuasa pada Ogos (lebih kurang 2 bulan untuk buat kajian teliti). "janji" bulan Ogos tapi berkuatkuasa serta merta????
Keesokan harinya... kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak disebabkan harga minyak global meningkat tinggi & kerajaan tak mampu menggung subsidi yg besar, walau bagaimana pun kerajaan "janji" akan mengekalkan subsidi minimum RM0.30.
hari berikutnya... TPM (bakal perdana mentri) kata kerajaan "janji" akan mengikut harga minyak mengikut harga pasaran global.
tapi hari ini... mentri rambut putih albino a.k.a "mentri putar belit" setiap hari memberi macam alasan untuk mengelakkan penurunan harga minyak mengikut harga pasaran global. "janji" lagi kerajaan akan mengekalkan subsidi RM0.30 tapi dgn berbagai tapi & tapi & tapi lagi.....
masa kerajaan susah terpaksa menanggung subsidi yg besar... rakyat diminta berkorban dan bersusah payah bersama kerajaan... tapi bila rakyat susah kerajaan masih tidak mahu bersusah payah bersama rakyat.... ape cerrrrrr?????
masa ni lah peluang kerajaan untuk membantu rakyat dimana harga minyak global yg begitu rendah membolehkan kerajaan menurnkan harga minyak untuk dinikmati oleh semua rakyat!!!
bukannya memberi pelbagai alasan ketidakbolehan kerajaan menurunkan harga minyak di pam?????
barulah nk pikirkan pendapatan kerajaan terjejas & macam2 lagi?????? ...
msa nk naik dulu kenapa tk pikir semua tu pakai kepala hotak yg warasss????????
masa nk buat bujet dulu kenapa tk ambil kira semua nih??????
pembankang & bekas mentri kewangan bagi idea kenapa di templak, "pembangkang cuma pandai bercakap".?????
peluang rakyat nk menikmati sedikit kesenangan harga minyak yg rendah, kerajaan tidak mahu berkorban sedikit pun.???????
sabaliknya masih lagi mencari jalan untuk membeban kan rakyat (dgn erti kata lain mencuri duit poket rakyat untuk tujuan pembangunan oleh kerajaan perihatin BN untuk rakyat)
mana semua "janji"2 diatas
tak mampu katakan lah tak mampu....
bagi lah peluang org lain memerintah...
InsyaAllah... nasib rakyat akan terbela.
Aminn.....
Jadi jual pun hangpa bising, tak jadi jual pun hangpa bising... Awat lagu tu?.. Apa yang hangpa semua mau Pak Lah dan kerajaan buat? Hangpa rela ka kalau PKR nak memerintah? Hangpa tak tau lagi macam mana pulak cara depa perintah... Tengok saja la Selangor dan negeri-negeri pembangkang, apa jadi? Kelam kabut tak habis-habis...